MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Monday, December 19, 2011

AUKU dipinda? Mahasiswa masih tidak bersedia

Posted by ASPIRASI UKM 1:34 PM, under | No comments

MPP Aspirasi UKM mengutuk tindakan tidak beretika dan mencerminkan kejumudan dalam tingkahlaku terhadap sesuatu isu yang dilakukan oleh sebuah badan yang bergerak atas nama "BEBAS" yang menurunkan/menaikan bendera pertubuhan mereka di PWTC tempoh hari. Tindakan tersebut jelas menunjukkan cara berfikir segelintir mahasiswa yang begitu rakus dan ekstrim dalam menangani sebarang isu yang berkaitan.

Lebih menyedihkan persatuan di UKM turut menyatakan sokongan terhadap kejadian tersebut apabila presiden ISIUKM turut menjadi antara pendokong perarakan tersebut (biarpun sekadar membacakan doa penutup).Keadaan ini menunjukkan bahawa tahap pemikiran dan budaya jiwa segelintir mahasiswa yang sememangnya mudah dipengaruhi oleh sebarang anasir yang akhirnya merugikan intelektual mahasiswa itu sendiri. Takut-takut akhirnya nanti tindakan presiden ISIUKM yang tidak matang ini akan menyebabkan pertubuhan yang sepatutnya mengembangkan intelektual islami (seperti namanya itu) menjadi hanya pertubuhan politik pro partisan yang jumud dan menjumudkan.



Bila emosi menguasi diri apa jua sanggup dilakukan

Atas denyut nadi mahasiswa? fikirkan kembali


Pertubuhan yang mengelarkan diri mereka BEBAS akhirnya dibuktikan hanya merupakan "kuda tunggangan" partisan yang menjadikan mereka sebagai alat untuk mencapai tujuan politik licik dan memperkotak-katikan intelektual mahasiswa. Beberapa keping gambar menunjukkan pertemuan dengan pemimpin partisan menunjukkan keadaan sebenarnya.

MPP Aspirasi UKM  mengajak seluruh warga UKM untuk mengenang bagaimanakah nanti keadaan negara ini apabila AUKU yang bertujuan memastikan mahasiswa dapat belajar dengan aman dan harmoni dipinda dan akhirnya menukar senario yang selama ini diraikan oleh mahasiswa ini menjadi kucar-kacir dan huru-hara. Kita dapat melihat dengan jelas keadaan itu berlaku biarpun AUKU masih belum dipinda. Natijahnya nanti kita lihat bagaimana kedudukan agama, bangsa dan tanah air kita ini akhirnya menjadi seperti negara jiran yang terus dicengkam dengan budaya 'politiking' berlebihan tetapi kemakmuran masyarakat entah kemana. 

MPP Aspirasi UKM mengesa mahasiswa UKM agar lebih peka dan proaktif dalam menolak sebarang bentuk 'dakyah' songsang bersifat ekstrimis yang cuba meresapi masuk oleh pendokong-pendokong politik seperti ini. Hayati cogan kata UKM dengan berhikmah.


" ILMU MEMIMPIN"
TEGUH SETIA BERSATU

Wednesday, November 30, 2011

MPP Aspirasi Tubuh Badan Bertindak Kebajikan

Posted by ASPIRASI UKM 8:32 PM, under , | No comments

MPP Aspirasi UKM hari ini menubuhkan Badan Bertindak Kebajikan Mahasiswa yang akan menjadi ruang aduan mahasiswa mengenai sebarang masalah terutamanya kebajikan mahasiwa seperti masalah yang dihadapi kini berkenaan air dan sebagainya. Badan ini juga akan berkerjasama dengan setiap Kelab Aspirasi di kolej-kolej kediaman untuk menbantu mahasiswa menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit.

Umum mengetahui bahawa Aspirasi UKM mempunyai cawangan di setiap kolej-kolej kediaman di kampus ini dan ia merupakan pendengar paling setia terhadap setiap permasalahan dan isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan mahasiswa. Sehubungan dengan keadaan tersebut Aspirasi UKM sekali lagi akan bersama-sama dengan mahasiswa untuk menjadi teman paling setia dan bersama-sama menghadapi sebarang masalah yang timbul.

 Jika terdapat sebarang masalah rakan-rakan mahasiswa boleh suarakan melalui rakan-rakan aspirasi di kolej-kolej kediaman atau terus ke MPP Aspirasi d

Warga kampus UKM boleh menghubungi MPP Aspirasi di talian berikut:

Mohd Kamal Ali
(UMUM 1/2)
0193699691

kamalmpp.asp@gmail.com
Yudha Putra
(FTSM)
0133514365
yudhampp.asp@gmail.com
Mohd Fadzil Razali
(UMUM 1/2)
0177599154

fadzilrazalimpp.asp@gmail.com
Wu Tuan Yuan
(UMUM 1/2)
0169150159
yuanmpp.asp@gmail.com


Lim Keng Wei
(FEP)
0129300362
kengweimpp.asp@gmail.com
Umi Nazira Kharuddin
(FSKB)
0132503049
uminazirampp.asp@gmail.com
Mohd Azlan Ismail
(FKAB)
0194545593
azlanmpp.asp@gmail.com
Rahmad Fauzi Mohd  Nasir
(UMUM 1/2)
0136375392

fauzimpp.asp@gmail.com
Lum Kok Kiong
(UMUM 1/2)
0177508408

kokkionglummpp.asp@gmail.com
Zalikha Adila Zainuren
(FGG)
0147356407
zalikhaadilampp.asp@gmail.com
Siti Nur Hidayah Ismail
(FST)
0196962365
hidayahmpp.asp@gmail.com
Muhammad Helmi Othman
(FSSK)
0132299980
helmimpp.asp@gmail.com
Wilfred Mok Kok Hoe
(FST)
0163244505
wilfredmpp.asp@gmail.com
Mohamad Noorhisyam Saperi
(FSKB)
0138215244
syamsaperimpp.asp@gmail.com


::TEGUH SETIA BERSATU::

Saturday, November 26, 2011

MPP Aspirasi UKM Bantah Seksyen 15 AUKU Dipinda

Posted by ASPIRASI UKM 3:38 PM, under | 1 comment

MPP Aspirasi UKM hari ini sebulat suara bersetuju untuk menggesa kerajaan agar melakukan kajian secara terperinci mengenai pindaan ke atas seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri untuk dipinda. MPP Aspirasi UKM yakin bahawa hanya segelintir mahasiswa yang cenderung untuk mengamalkan politik kepartian dan angka ini tidak sampai 20-30 peratus dan ianya tidak mengambarkan nilai majoriti.

Masyarakat kampus hari ini yang lebih terdedah dengan amalan kesederhanaan, sikap musawarah yang menolak fahaman ekstrtimis akan lebih selesa untuk mengekalkan apa yang sudah diamalkan sejak pengenalan AUKU sekitar tahun 70 'an itu. Hal ini dapat dilihat apabila temu bual secara lisan MPP Aspirasi bersama beberapa pelajar sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bebeberapa universiti sekitar yang menyatakan bahawa mereka tidak setuju jika seksyen tersebut dipinda. Bagi mereka amalan menolak budaya politik kepartian ini harus dipertahankan kerana ianya merupakan jaminan bagi melahirkan pemikiran mahasiswa atau bakal graduan yang lebih merdeka tanpa dipengaruhi oleh idealogi politik kepartian yang disertainya.



Memang benar di universiti ada Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa tetapi ianya setakat ini hanya melaksanakan idealogi pelajar dan bukannya idealogi parti politik luar. Aspirasi UKM sebagai contoh yang telah sekian lama menjadi tunjang kesejahteraan politik kampus yang menolak sifat ekstrimis merupakan jambatan politik terunggul dan bukannya politik kepartian luar.

MPP Aspirasi UKM menyeru agar kerajaan menimbangkan semula keputusan pindaan seksyen 15 AUKU demi kesejahteraan kampus dan kelestarian idealogi merdeka mahasiswa tanpa pengaruh budaya politik luar yang tidak sesuai dengan cara hidup mahasiswa.

::TEGUH SETIA BERSATU::

Tuesday, November 15, 2011

Sekitar Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2011

Posted by ASPIRASI UKM 12:06 AM, under | No comments


Konvensyen Pemimpin Pelajar Institusi  Pengajian Tinggi( IPT) 2011 yang berlangsung selama empat hari sehingga kelmarin membabitkan 28 IPT awam dan swasta ,menggariskan tujuh resolusi berkaitan isu semasa. Konvensyen yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi disertai oleh 350 pemimpin mahasiswa dari 28 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara.


Seramai lapan orang ahli panel dijemput untuk menyertai forum yang dirangka untuk melahirkan pelapis pemimpin negara pada masa akan datang dan menambah medium komunikasi antara pelajar IPT dengan pentadbiran negara.


Mereka yang dijemput ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Saifudin Abdullah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Prof. Dr Ibrahim Abu Shah, pensyarah Universiti Teknologi Petronas Prof. Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican dan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Datin Paduka Datuk Prof. Dr. Ramlah Adam.


Selain itu, Mantan Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Dr. Mohammad Fairus Khairuddin, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Lokman Nor Adam dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Utara Malaysia (UUM) Datuk Dr. Ahmad Faiz Abd Hamid turut dijemput.


Bertemakan : "Membina Negara Bangsa" hasil resolusi telah berjaya dicapai menerusi forum perbincangan dan pertukaran pendapat dengan penceramah jemputan tersebut.



7 resolusi berkenaan adalah  :



  • ·         Memberi keistimewaan dan menaik taraf ekonomi golongan berpendapatan rendah;

  • ·         Mengatasi jurang ekonomi antara masyarakat dengan memperkasakan pembelian barangan buatan tempatan dan mempertingkatkan bidang pertanian;

  • ·         Meminta pembabitan mahasiswa dalam audit universiti dan perbelanjaan aktiviti mahasiswa;

  • ·         Membuka lebih banyak kuota kepada pelajar IPTS untuk melanjutkan pembelajaran di IPTA;

  • ·         Minta peranan media untuk menapis filem dan sebagai ejen ilmiah;

  • ·         Mewujudkan jaringan antara universiti dengan sektor yang berkepentingan;dan

  • ·         Pemurnian semula sukatan belajar sejarah dengan memperkasa rukun Negara.



   Antara wakil UKM yang turut menyertai konvensyen  ini ialah perwakilan daripada MPP Aspirasi,PMUKM,Persatuan Mahasiswa Sarawak,dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Bagi mewakili  UKM  , pembentangan cadangan kertas kerja telah dilakukan oleh  wakil fakulti  iaitu saudara Izzat Fathi dan wakil PMUKM iaitu saudara Ahmad Muzzamil Muhd Hairi dengan tajuk “Negara Bangsa, Suatu Analisa” dan “Pembinaan Negara Bangsa:Bagaimanakah Peranan Ekonomi.


Pada pandangan peribadi saya, konvensyen seperti ini boleh dilakukan di UKM tetapi dilakukan mengikut skala pemimpin pelajar UKM dengan merujuk kepada tajuk “memperkasa varsiti lestari”, yang mana wakil-wakil daripada persatuan mahasiswa fakulti,persatuan mahasiswa anak negeri,kolej-kolej dikumpulkan ideanya pada awal tahun dalam mendapatkan satu resolusi yang membawa kepentingan kepada mahasiswa UKM dalam meningkatkan kemahiran insaniah dan kebolehpasaran khususnya serta memaparkan hasrat pelajar UKM dalam membina suasana kampus yang kondusif . Resolusi ini mungkin kemudiannya boleh dihantar kepada pihak pentadbiran UKM .


Sekadar perkongsian, di dalam kumpulan kecil yang dibentuk sewaktu konvensyen ini,saya telah menyarankan agar aktiviti kokurikulum  mahasiswa dikira sebagai jam kredit dan seterusnya  saya merujuk kepada sistem kontrak pembelajaran yang sedang dijalankan di UKM. Rata-rata respons yang diterima daripada ahli kumpulan itu adalah baik   dan ada di antara mereka yang cemburu dengan pelaksanaan sistem ini kerana setelah diterangkan secara terperinci mengenai sistem ini mereka bersetuju bahawa sistem ini akan dapat menggalakkan pelajar untuk menguruskan sesuatu program sambil berpeluang mengumpul jam kredit. Penerangan yang saya dan wakil daripada Persatuan Mahasiswa Sarawak terangkan telah membuatkan kata sepakat agar memasukkan cadangan didalam resolusi kumpulan kami bahawa  sistem kontrak pembelajaran ini dijadikan model kokurikulum di institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia . Hal ini membuktikan inovasi kontrak pembelajaran yang dijalankan di UKM dianggap solusi terbaik oleh pelajar universiti lain untuk menggalakkan pelajar terbabit dalam aktiviti kokurikulum atau sesuatu program seterusnya menggarap kemahiran insaniah dan kebolehpasaran mahasiswa .









Tuesday, October 25, 2011

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Posted by ASPIRASI UKM 7:00 PM, under | No comments



MPP Aspirasi UKM mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh mahasiswa penganut Agama Hindu di Malaysia khususnya di pembukitan ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga kita terus Teguh Setia dan Bersatu dalam meneruskan agenda mengangkat martabat mahasiswa berminda kelas pertama dengan citra UKM yang sebenar.


TEGUH SETIA BERSATU

Saturday, October 22, 2011

QHADAFFI DALAM KENANGAN

Posted by ASPIRASI UKM 2:16 AM, under | 1 comment

MPP Aspirasi UKM mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit maklumat buat seluruh mahasiswa UKM mengenai siapa sebenarnya Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, yang telah kembali ke Rahmatullah akibat tindakan rakyat Libya sendiri yang rakus menurut telunjuk barat yang ingin melihat kejatuhan umat Islam.


Pemerintahan Kerajaan Libya di bawah Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi,

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah / riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percuma;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Malahan terkini Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukupi untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.
MPP Aspirasi UKM menyeru seluruh mahasiswa yang merupakan generasi penerus negara bangsa agar jangan sesekali diperkudakan oleh sesiapa demi kepentingan mereka. Akhirnya kelak, kerugian buat diri sendiri. Semoga apa yang terjadi menjadi iktibar dan pedoman buat kita bersama...


Al-Fatihah buat Muammar Muhammad Al-Qaddafi......


TEGUH SETIA BERSATU

Friday, October 21, 2011

Dialog Santai MPP Aspirasi UKM Bersama Mahasiswa Tahun 1 Kolej Rahim Kajai

Posted by ASPIRASI UKM 1:52 AM, under | No comments

MPP Aspirasi UKM telah mengadakan Lawatan Muhibbah dan Dialog Santai bersama-sama mahasiswa tahun satu Kolej Rahim Kajai pada 20 Oktober 2011. Lawatan ini adalah bertujuan bagi menyelami permasalahan dan isu-isu yang berkaitan kemahasiswaan yang menjadikan 'jiwa-jiwa' baharu UKM ini runsing dan memerlukan tempat mengadu. Justeru MPP Aspirasi UKM sepakat mengambil pendekatan santai begini agar dapat mendengar sendiri permasalahan adik-adik kita ini.

Banyak perkara yang diutarakan oleh mahasiswa tahun satu tersebut yang merangkumi masalah berkenaan Learning Contract (LC), masalah gangguan binatang liar, permasalahan berkenaan kafeteria dan lain-lain. MPP Aspirasi UKM yang diwakili oleh saudara Kamal Ali, Azlan Ismail dan Siti Nurhidayah Ismail cuba sedaya upaya untuk membantu memberikan pemahaman yang jelas mengenai perkara-perkara tersebut. Pendekatan santai bergini dirasakan amat berkesan dan menjadikan ikatan antara MPP Aspirasi UKM dengan mahasiwa tahun satu lebih akrab. 









MPP Aspirasi UKM juga akan mengadakan pendekatan yang sama kepada hampir semua kolej kediaman di kampus Induk, Kuala Lumpur serta Cheras bagi menyelami keadaan dan realiti sebenar kehidupan mahasiswa agar dapat disalurkan kepada pihak yang berkenaan. 

Nantikan Kehadiran kami di kolej anda......


TEGUH SETIA BERSATU

Thursday, October 20, 2011

Amalkan Hidup Sihat

Posted by ASPIRASI UKM 10:23 PM, under | No comments

Dalam menjawab andaian-andaian  tentang  tahap kesihatan pelajar UKM yang dikatakan menghidapi penyakit seperti demam,batuk,sakit tekak daripada pelajar UKM sendiri, saya telah menemui Dr Roslan Abd Jalil(Ketua Pusat Kesihatan) atas kapasiti ingin tahu.Dari pemahaman saya, beliau telah menjelaskan bahawa andaian-andaian panik perlu dielakkan kerana tahap kesihatan di UKM berada dalam keadaan normal. Daripada itu juga saya telah mendapatkan sedikit maklumat tentang faktor dan cadangan berkenaan kesihatan daripada MPP Umi Nazira.Ini adalah antara maklumat yang di berikan.
Antara faktor-faktornya ialah:
  • Peningkatan taraf hidup yang menyebabkan tekanan, terutama dari segi mental akibat tekanan kerja yang tidak diuruskan dengan baik. Ditambah dengan gaya hidup yang kurang sihat; spt. merokok, pengambilan makanan yang kurang sihat dan tidak teratur, serta kurang mengamalkan senaman.
  • Dari faktor sekeliling, badan yang kurang ataupun lambat adaptasi terhadap perubahan persekitaran membuatkan badan lebih cenderung untuk sakit.
  • Adaptasi ginetik oleh virus2 terhadap perubahan sekeliling dan vaksin2 yang terdahulu menyebabkan muncul penyakit baru dan virus menjadi semakin rintang terhadap ubat2 sedia ada.
  Cadangan mengatasinya:
  1. Amalan kebersihan yang sempurna.
  2. Jangan ambil mudah walau sakit yang ringan.
  3. Elakkan selalu tertumpu dan berada di kawasan yang padat.
  4. Ambil prevalens yang sesuai, dapatkan nasihat pakar/doktor sebelum diambil
  5. Kawalan diri- emosi, penjagaan kesihatan,dan gaya hidup yg lebih sihat
  6. Ambil tahu akan wabak dan penyakit yg sedang menular; untuk ambil pencegahan
  7. Kurangkan terdedah di luar.
Program-program seperti Walkathon,Siswa Sihat dan banyak lagi dilihat mempunyai matlamat untuk melahirkan mahasiswa yang cerdas dan cergas. Saya menyeru agar rakan mahasiswa dapat menjaga kesihatan fizikal dan mental. Pesanan ini adalah bagi memastikan mahasiswa dapat menjalani segala aktiviti pembelajaran,ko-kurikulum serta menikmati persekitaran kampus yang sihat.


TEGUH SETIA BERSATU

Monday, October 17, 2011

MPP ASPIRASI UKM INGINKAN MESYUARAT PERINGKAT MPPUKM

Posted by ASPIRASI UKM 2:49 AM, under | No comments

MPP Aspirasi UKM kesal dengan "feedback " yang di terima melalui jawapan balas yang diberikan wakil PMUKM Wan Ahmad Fahmi (melalui Facebook) berkenaan permintaan MPP Aspirasi UKM yang mencadangkan Presiden PMUKM Ahmad Muzammil untuk memanggil mesyuarat peringkat MPPUKM bagi semester ini. 

Tujuan MPP Aspirasi UKM inginkan mesyuarat peringkat MPPUKM adalah disebabkan pendekatan yang digunakan pimpinan (Presiden) PMUKM sesi kali ini yang hanya menjalankan mesyuarat dengan memanggil pengerusi biro sahaja. Untuk makluman, tiada satu pun pengerusi biro di dalam kabinet PMUKM dianggotai oleh MPP Aspirasi UKM. Sehubungan dengan itu, maklumat atau suara mahasiswa yang diwakili oleh MPP Aspirasi UKM tidak dapat disampaikan kepada pimpinan PMUKM dengan berkesan.


Klik untuk paparan lebih jelas



Sebelum ini terdapat sebuah pertubuhan haram yang mengutuk keras sikap PMUKM yang tidak memanggil mesyuarat pada sesi sebelum ini. Namun kini, kumpulan tersebut sunyi dari membetulkan 'kesilapan' PMUKM. MPP Aspirasi UKM bukan berniat mahu memburukkan presiden PMUKM namun suara mahasiwa merupakan elemen paling penting kritikal dan tidak boleh dipandang sepi.

Untuk rekod, PMUKM sesi kali ini juga telah gagal dalam menyelaras Mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) bersama PMUKM bagi semester lepas yang seharusnya menjadi jambatan terbaik bagi setiap MPPUKM menyuarakan sendiri permasalahan mahasiswa kepada pihak pengurusan universiti. Namun mahasiswa UKM telah mengalami kerugian setelah peluang tersebut  dilepaskan oleh PMUKM secara tidak bertanggungjawab dan menyebabkan banyak masalah mahasiswa tidak dapat di bawa ke pengetahuan pengurusan tertinggi universiti. Bagi semester ini masih tiada lagi ura-ura mesyuarat LPU akan dilaksanakan. Mesyuarat LPU dilaksanakan 2 kali bagi setiap sesi PMUKM.

TEGUH SETIA BERSATU

Saturday, October 15, 2011

LAPORAN WORLD YOUTH LEADER FORUM (HONG KONG)

Posted by ASPIRASI UKM 4:44 PM, under | No comments

Pada 19-23 Julai 2011 yang lalu, seorang MPP ASPIRASI UKM, Abdul Muein Abadi telah terpilih bersama-sama lapan orang pelajar UKM yang lain, iaitu Muhammad Nur Adzim (wakil Fakulti Pengajian Islam yang juga pemenang Pingat Emas Universiti pada Konvokesyen ke-39 yang lalu), Khoo Hau Wei (wakil Fakulti Perubatan yang juga pememgang Biasiswa Kanan Universiti pada majlis konvokesyen ke-39 yang lalu), Tan Sze Pei (wakil Fakulti Undang-undang yang juga penerima Biasiswa Yayasan Tun Suffian), Nurul Atiqah Izzati (wakil Fakulti Sains dan Teknologi), Choong Lai Yuan (wakil Fakulti Farmasi), Adnin Fatinah (wakil Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat), Nur Husna (wakil Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat), dan juga Muhammad Hasanuddin Bin Mohd. Yusoff (wakil Fakulti Undang-undang) untuk membentangkan kertas kerja di seminar World Youth Leaders Forum di Chinese University of Hong Kong (CUHK).  Kriteria pemilihan adalah berdasarkan dua orang pelajar yang memiliki PNGK tertinggi daripada setiap fakulti dan menghasilkan kertas kerja akademik yang diluluskan oleh panel penilai daripada Chinese University of Hong Kong (CUHK), boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik serta mempunyai karakter sebagai pemimpin.  Delegasi daripada UKM ini turut diiringi oleh Prof Dato’ Dr Laily Bin Din serta Dr Madeline Berma.



Saudara Abdul Muin memembentangkan kertas kerjanya

World Youth Leaders Forum (WYLF) ini mempunyai objektif untuk:
1.  menyediakan platform kepada mahasiswa di universiti-universiti di seluruh dunia untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat berhubung topik-topik pada peringkat serantau serta global
2.      Mempromosikan pendedahan serta persahabatan silang budaya
3.      Mengangkat tanggungjawab serta kesedaran sosial berhubung isu-isu global dan serantau
4.      Memupuk rasa kesalingbergantungan dalam era global

 
Pada edisi 2011, pihak penganjur WYLF telah memilih tema Reshaping the Post-Crisis World Order’ dengan tiga buah tema ekonomi, politik, dan juga sosial.  Saudara Abdul Muein Abadi telah membentangkan kertas yang bertajuk "Reshaping the Post-Crisis World Order: Analyzing US-Sino Competition Post 2008-2009 Subprime Crisis". Beliau membentangkan sebuah analisis mengenai impak persaingan antara Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China ke atas pembentukan order ekonomi, politik, dan sosial dunia pasca krisis subprima 2008-2009.  Pembentangan beliau dipengerusikan oleh Professor Tsao King-kwun daripada Department of Government and Public Administration, The Chinese University of Hong Kong. 

Pada sesi soal jawab, saudara Abdul Muein Abadi telah menerima soalan antaranya berhubung kerelevanan perspektif Neo-Realism yang pro kepada pembangunan militari dan strategik dalam menilai pembentukan semula order dunia kerana meningkatnya kesedaran berhubung kerjasama dan keamanan dalam kalangan masyarakat antarabangsa pada hari ini.  Beliau telah menjawab bahawa pada peringkat antarabngsa, “negara” merupakan sebuah aktor yang rasional, maka sebagaimana rasionalnya perspektif Neo-Realisme dalam melihat persaingan perebutan sumber-sumber serta peluang-peluang pada hari ini, begitu juga rasionalnya sesebuah negara untuk cenderung membangunkan persenjataan dan pakatan keselamatan meskipun dalam masa yang sama berusaha mempromosi keamanan dan kerjasama pada peringkat antarabangsa. Beliau kemudiannya menggunakan contoh kes tercetusnya perang di kepulauan Korea pada tahun 2010 yang lalu sebagai petunjuk bahawa pembangunan militari dan strategik adalah masih relevan serta rasional bagi sesebuah negara pada hari ini.

Rombongan Delegasi Ke Hong Kong

Selain daripada menimba pengalaman membentang serta berdebat untuk mempertahankan kertas kerja pada peringkat antarabangsa, mahasiswa juga berpeluang untuk berinteraksi bersama dengan mahasiswa dan mahasiswi daripada universiti-universiti terkemuka dunia yang lain seperti daripada Universiti Harvard, Universiti Manchester, Institut d'Etudes Politiques de Paris, University of Massachusetts Boston, dan lain-lain lagi.  Maka, secara tidak langsung, mahasiswa dapat berbincang secara langsung berkenaan perkembangan budaya ilmu serta pembangunan penyelidikan pada peringkat sarjana muda lagi yang telah meletakkan universiti-universiti terbabit pada kedudukan yang tinggi pada persada antarabangsa.

Pada forum ini juga, saudara Muhammad Hasanuddin Bin Mohd. Yusoff dan saudari Choong Lai Yuan telah mengharumkan nama UKM apabila memenangi anugerah Best Poster Award menerusi poster yang dihasilkan masing-masing dalam kategori ekonomi dan sosial.
      
Forum WYLF ini akan diteruskan selama lima tahun lagi maka para pelajar UKM adalah digalakkan untuk mempersiapkan diri mulai sekarang sekiranya berminat untuk menyertai forum ini pada tahun 2012.



TEGUH SETIA BERSATU

Friday, October 14, 2011

Laporan Lawatan MPP Aspirasi UKM Ke Thailand

Posted by ASPIRASI UKM 5:13 PM, under | No comments

Pada 11 hingga 14 Julai 2011 yang lalu MPP Aspirasi UKM, Mohd Kamal Ali telah menerima jemputan lawatan ke negara Thailand dari Kedutaan Besar Kerajaan diRaja Thailand di Malaysia. Lawatan tersebut merupakan manifestasi kerajaan negara Thai untuk memberikan maklumat dan informasi mengenai bagaimana minoriti muslim hidup dan bersosialisasi di negara majoriti Buddha tersebut. Pemilihan penulis bagi mengikuti lawatan tersebut difahamkan  ditentukan sendiri oleh pihak Kedutaan Thailand di Malaysia bertitik-tolak dari pengalaman dan nilai kepimpinan yang ditunjukkan melalui wacana dan diskusi kepimpinan peringkat kebangsaan yang telah dihadiri oleh penulis. Laporan ini diterbitkan Tiga Bulan selepas tarikh lawatan adalah kerana memerlukan pengesahan dari Kedutaan Besar Kerajaan diRaja Thailand di Malaysia.

Selain penulis, delegasi rombongan juga di sertai oleh Pengurusan Teringgi UKM iaitu Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim (Timbalan Naib Canselor (HEPA) UKM), Pn. Hayati (Pensyarah Bahasa Thai UKM), Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Pengarah PHAK UM, wakil pelajar UM dan wakil-wakil media termasuklah dari kumpulan Media Prima, Utusan Melayu Berhad (Editor Keagamaan) dan akhbar The Star. Delegasi rombongan di ketuai oleh Mr. Songsak Saicheua, Timbalan Duta Besar Kerajaan di Raja Thailand di Malaysia.

"First-handed experience and information  "
Tujuan utama lawatan tahunan tersebut adalah untuk memberikan pengalaman sepanjang hayat dan maklumat yang sahih kepada mahasiswa dan media di Malaysia berkenaan dengan cara dan realiti layanan kerajaan negara Thailand kepada masyarakat muslim di negara berkenaan yang sering dimomokkan dengan cerita negatif yang tidak menggambarkan perihal sebenar kehidupan masyarakat di negara tersebut.

Hari Pertama, lawatan delegasi rombongan diraikan dengan diskusi bersama akademia dari negara Thai mengenai pelbagai perkara. Aspek kemahsiswaan, sosial, ekonomi, politik dan kerjasama serantau turut di sentuh dalam diskusi berkenaan. Akademia dan mahasiswa yang hadir pada malam tersebut ialah dari Mahidol University, Thammasat University dan Chulalongkorn University yang masing-masing berkongsi keterujaan dengan semangat ASEAN yang tuguh dan bersatu.

Mr. Songsak Saicheua, Timbalan Duta Besar Kerajaan diRaja Thailand di Malaysia memberikan taklimat ringkas.

Pada Hari Kedua, rombongan delegasi di bawa melawat ke kawasan Kadejean. Perjalanan ke kawasan ini mengambil masa kira-kira 30 minit dari bandaraya Bangkok. Tiba di kawasan ini, delegasi di bawa untuk melawat Kalyan Temple dan Masjid Tonson yang masing-masing berkedudukan tidak sampai beberapa langkah. Keadaan ini menunjukkan bahawa kepelbagaian agama di negara ini diamalkan tanpa rasa takut dan dengan terbuka. Delegasi di bawa bertemu dengan Datuk Paduka Imam Patana Langputeh, Imam dan Pengetua Masjid dan Madrasah Tonson. Pelbagai kisah dan ilmu dikongsikan oleh beliau sehingga membuatkan delegasi rombongan tidak puas mendengar perkongsian ilmu yang disampaikan. Selesai mengerjakan solat fardhu Zuhur berjemaah bersama Datuk Paduka Imam Patana Langputeh, delegasi rombongan di bawa melawat ke universiti tersohor Thailand, Chulalongkorn University untuk bual bicara mengenai masa hadapan Islam yang disampaikan oleh ilmuan muslim Thailand Prof. Dr. Jalal Maluleem dari Muslim Studies Center, Institute of Asian Studies, Chulalongkorn University . Beliau merasakan negara Malaysia merupakan contoh terunggul untuk menjadi model kepada negara Islam lain dalam konsep kesederhanaan yang diamalkan oleh pemerintah di Malaysia sehingga pelbagai agama dapat hidup sebumbung dan menikmati keharmonian secara bersama. Seterusnya delegasi di bawa untuk perkongsian ilmu dan kepakaran bersama mengenai permakanan halal untuk pasaran dunia. Pertemuaan itu dipengerusikan oleh Pengerusi Halal Science Center, Chulalongkorn University. Romnbongan mendapat kebenaran untuk melawat makmal identifikasi makanan halal di institut tersebut. Menjelang malam, delegasi dipertemukan dengan Kelab Pelajar Muslim Thai di universiti tersebut. Sekali lagi kebersamaan dalam semangat serantau ditunjukkan oleh semua menyebabkan malam tersebut merupakan pengalaman yang akan dikenang sepanjang hayat.

di Kalyan Temple
Datuk Paduka Imam Patana Langputeh

Penulis bersama jemaah kariah Masjid Tonson.

Prof. Dr. Jalal Maluleem


makmal pengesahan Halal Chulalongkorn University.
Hari Ketiga lawatan, delegasi di bawa melawat ke Lokasi Warisan Dunia Ayudhaya yang mengambil masa sekitar 45 hingga 50 minit perjalanan dari bandaraya Bangkok. Lokasi Warisan Dunia tersebut merupakan sejarah penting buat negara Thai dan merupakan pusat pemerintahan kerajaan sebelum berpindah ke Bangkok. Delegasi diberi penerangan oleh Mr. Teeranan Chuangpicit, sejarawan Thailand mengenai komuniti muslim di kawasan tersebut. Selepas kira-kira 3 Jam di tapak warisan dunia tersebut, Delegasi bertolak untuk melawat The Islam Sri Ayudhaya Foundation School yang merupakan sekolah asas dan menengah persendirian di bina atas kesedaran untuk memupuk nilai Islami sedari awal buat generasi muda Islam di kawasan terbabit. Delegasi sangat teruja dengan kepetahan berbahasa Melayu pengetua sekolah berkenaan yang merupakan bekas pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kumpulan delegasi di bawa melawat sekitar sekolah dan dipersembahkan hasil-hasil seni Khat pelajar sekolah berkenaan yang sememangnya sangat berbakat. Selesai lawatan tersebut, delegasi berkunjung ke salah sebuah masjid tertua di Thailand yang berusia kira-kira 400 tahun. Masjid tersebut ialah Masjid Takia yang menurut kisah telah disiapkan dan di bina oleh pendakwah dari India bernama Sheikh Takia. Komuniti masjid tersebut juga membawa delegasi rombongan melawat makan Sheikh Takia yang berkedudukan bersebelahan dengan masjid tersebut.
 
Delegasi lawatan di Pusat Maklumat Ayudhaya
Ayudhaya dahulu kala

Tapak Warisan Dunia Ayudhaya

Delegasi bersama tenaga pengajar The Islam Sri Ayudhaya Foundation School

antara hasil kreativiti pelajar The Islam Sri Ayudhaya Foundation School

Masjid Takia

Hari Terakhir lawatan, delegasi di bawa untuk melawat bangunan bersejarah di sekitar bandaraya Bangkok termasuklah Istana di Raja (Grand Palace), Bangunan Parlimen dan lain-lain. Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada rombongan delegasi merasai sendiri suasana di sekitar bandaraya tersebut. Lawatan tamat secara rasmi pada jam 4.40 petang apabila kumpulan delegasi berlepas pulang ke tanah air.

Penulis di hadapan bangunan Parlimen Thailand
Istana diRaja Thailand


'Tuk-tuk' sangat popular di Thailand


Kesimpulan
Kesimpulan daripada lawatan tersebut, perkongsian ilmu dan informasi membolehkan pemahaman dan penghayatan yang jelas terhadap situasi sebenar yang di alami oleh masyarakat muslim di negara 'Gajah Putih' tersebut. Walaupun dihimpit dengan polemik politik yang pelbagai, masyarakat di Thailand dilihat mampu hidup dengan aman dan damai dan menganggap kepelbagaian adalah kekuatan sebenar mereka. Semoga perbezaan antara kita juga menjadi kekuatan dan keunikkan kita yang sememangnya telah di iktiraf oleh dunia.



MOHD KAMAL ALI
MPP Aspirasi UKM
Merangkap 
Presiden Sekretariat Aspirasi UKM



TEGUH SETIA BERSATU