MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Saturday, April 16, 2011

KEROSAKAN LAMPU ISYARAT

Posted by ASPIRASI UKM 7:36 AM, under | No comments

Salam musim peperiksaan, kerosakan lampu isyarat di pintu kemasukan utama UKM yang berlaku sejak kebelakangan ini menimbulkan banyak kesulitan kepada warga UKM. Setelah menerima aduan, saya telah berhubung dengan pihak JPP dan pegawai berkenaan menjelaskan punca utama kerosakan tersebut adalah disebabkan oleh masalah sistem lampu isyrarat. Dengan itu, pihak JPP telah berhubung dengan jurutera untuk membaikinya dan dijangka lampu isyarat dapat berfungsi semula dalam masa seminggu ini.
 Oleh sedemikian, semua warga UKM dinasihati agar lebih berhati-hati ketika melalui pintu utama tersebut. Akhir kata, minta maaf atas segala kesulitan dan selamat menduduki peperiksaan!


-Wilfred Mok Kok Hoe-
MPP PMUKM 2010/2011

::TEGUH SETIA BERSATU::

Sunday, April 10, 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN!

Posted by ASPIRASI UKM 10:38 PM, under | No comments



::TEGUH SETIA BERSATU::

Friday, April 8, 2011

SEMAKAN PEMILIHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2011-2012

Posted by ASPIRASI UKM 1:25 AM, under | No comments

Pemakluman Penting!!

Semakan Pemilihan Pendaftaran Kursus Semester 1 Sesi Akademik 2011-2012 telah berubah daripada 3 Mei 2011 kepada 11 April 2011. Perubahan bagi memberi laluan kepada pendaftaran Semester 3b Sesi Akademik 2010-2011. Mohon pelajar semak pekeliling yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.


Sumber : www.ukm.my/e-pelajar/index.htm
e-Pelajar :: Sumber Informasi Pelajar UKM | UKM@WEB
www.ukm.my







::TEGUH SETIA BERSATU::

Wednesday, April 6, 2011

MASALAH KRISIS AIR (5/4/2011-6/4/2011)

Posted by ASPIRASI UKM 4:23 PM, under | No comments

Salam sejahtera.Setelah menerima aduan daripada penghuni Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) tentang masalah air, saya telah menghubungi pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan untuk maklumat lanjutan. Menurut pegawai berkenaan, beliau berkata bahawa mereka akan sentiasa menyalurkan air ke tangki statik bagi blok-blok berkenaan apabila paras air kurang daripada 1m di dalam tangki. Namun demikian, masalah ini tidak dapat diselesaikan pada semalam meskipun penduduk KPZ telah membuat aduan kepada beliau bahawa mereka tidak mendapat bekalan air dari pagi hingga tengah malam.

Sehubungan dengan itu, saya telah pergi ke Bahagian Perkhidmatan dan Prasarana (BPP), Jabatan Pengurusan Pembangunan untuk berhubung dengan En Mohd Nur Saifullah, selaku penolong Jurutera BPP. Menurut beliau, masalah air bukan sahaja berlaku di KPZ, malah kolej lain seperti KAB dan KBH turut mengalami masalah yang sama. Keadaan di KPZ lebih serius di blok A,B,G dan H . Untuk blok A dan B, terdapat tangki sedutan di mana ia akan sentiasa diisi penuh dengan air apabila paras air kurang daripada 1m. Sementara blok G dan H mempunyai masalah kerosakan pam yang perlu dibaiki oleh pihak pengurusan KPZ.

Tambahan pula, bukan semua blok di KPZ mempunyai masalah air kerana faktor graviti. Sebagai contoh, penghuni Blok E tidak menghadapi masalah air yang serius kerana ia terletak di kawasan yang lebih rendah. Dalam mengatasi masalah tangki dan pam yang rosak, pihak BPP telah mengisi air di tangki statik untuk para penghuni. Oleh itu, semua penghuni perlu mengambil baldi untuk mengambil air sementara menunggu air di dalam tangki sedutan penuh.

Akhirnya, beliau berharap semua pelajar dapat bersabar apabila masalah yang tidak diingini ini berlaku. Pihak pentadbiran UKM sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah dan menjaga kebajikan warga UKM. Masalah ini dijangka dapat diselesaikan secara sepenuhnya pada bulan Jun 2011 kerana kerja pembinaan pam baru sedang diusahakan. Dengan itu, kerjasama semua warga UKM adalah amat penting dalam mengatasi krisis air ini. Semoga kita dapat bersama-sama jimat dalam penggunaan air!

Gambar bersama En Mohd Nur Saifullah

Penerangan beliau tentang krisis air di KPZ dan kolej lain


sumber: Saudara Wilfred Mok

::TEGUH SETIA BERSATU::