MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Thursday, February 28, 2013

Kenyataan Sokongan Kepada Transformasi MPP UKM dan MEP Kolej Akademik

Posted by ASPIRASI UKM 1:53 PM, under | No comments


"Kami menyokong TRANSFORMASI Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) dan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP). Semoga peranan kedua-dua badan induk mahasiswa ini dapat dipertingkatkan selaras dengan TRANSFORMASI yang dijalankan".

Oleh : Shahrul Akmal Bin Johari - MPP UMUM Aspirasi UKM 2012/2013

ISU NAIK TARAF LANTAI PUSANIKA : Antara Manipulasi dan Kebenaran

Posted by ASPIRASI UKM 9:35 AM, under | No comments



ISU NAIK TARAF LANTAI PUSANIKA : Antara Manipulasi dan Kebenaran 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Kampus UKM

27 FEB 2013, RABU, 4am - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Saudara Shahrul Akmal Johari bersama Saudara Muhammad Azrol Md AzharSaudari Nur Azreen Binti Abdul Malek dan ditemani Mahasiswa UKM yang lain melakukan perbincangan bersama pihak kontraktor yang menyelenggara projek naik taraf di Pusanika.

Kami cuba mendapatkan kebenaran kenyataan di sebalik kenyataan yang dikeluarkan pihak-pihak tertentu berkenaan situasi di Pusanika UKM.


Menurut En. Fandi, apa yang beliau maksudkan sebagai 'tidak berapa sesuai untuk dipasang di kawasan seperti Pusanika' itu mungkin disalah faham atau dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu. En. Fandi hanya mengatakan bahawa 'anak tangga' yang berfungsi sebagai penahan gelincir pada tangga yang lama tidak sesuai diletakkan pada jubin/lantai yang baru'. Sepatutnya perkara ini diterangkan dengan lebih mendalam dan jelas kepada mahasiswa/i UKM. Ada di antara mahasiswa/i yang tersalah anggap sehingga mempercayai keseluruhan jubin/lantai yang dipasang di Pusanika tidak sesuai digunakan. Oleh itu, pihak kontraktor akan meletakkan getah penahan pada jubin yang baru tidak lama lagi disebabkan kerja-kerja naik taraf dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada 'Book Fair' di Pusanika.


Pihak kami dan En. Fandi berasa kesal jika adanya sesetengah pihak yang cuba mencipta 'aduan' dan melagakan mahasiswa dengan pihak pentadbiran UKM. Tidak timbul soal pihak kami mencuba 'back up' pihak pentadbiran atau yang lain-lain TETAPI kami percaya pihak UKM telah cuba sedaya upaya memberi keselesaan kepada mahasiswa/i UKM.

Menurut En. Fandi lagi, penggunaan jubin/lantai di Pusanika tersebut tidak mendatangkan masalah dari segi penggunaannya. Jubin yang digunakan mempunyai kelebihan dari segi kekuatan dan ketahanan. Ia sesuai mengikut tema yang dipersetujui dan mempunyai ciri persamaan lantai seperti di 'shopping mall'. Pihak beliau belum lagi melakukan kerja mengilatkan atau 'polish' bahagian lantai yang dinaiktaraf disebabkan kerja-kerja pemasangan pendawaian elektrik dan 'air cond' belum selesai. Beliau juga memaklumkan kepada kami, kerja-kerja naik taraf kini berada di tahap 40-50% siap. Pihak mereka akan berusaha secepat mungkin menyiapkan  projek tersebut memandangkan ia merupakan laluan utama pengguna khususnya mahasiswa/i UKM. Penutupan jalan/laluan jika dilakukan akan mendatangkan kesukaran kepada mahasiswa/i UKM untuk berurusan di kawasan tersebut. Pihak MPP Aspirasi telah mendapatkan contoh gambaran awal projek naik taraf Pusanika.





Oleh itu, kami berharap tiada wujudnya pihak tertentu yang memanipulasikan kenyataan-kenyataan sebelum ini dek 'marahkan sangat pentadbiran UKM'. Kami juga faham setiap perubahan itu pasti mengambil masa. Kami berharap mahasiswa/i UKM dapat bersabar dan menyarankan agar mahasiswa/i berhati-hati ketika menggunakan kawasan tersebut yang masih dalam pembinaan lagi. Elakkan memakai selipar yang 'haus' bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Sekian, terima kasih.

:: Kebajikan dan Keselesaan Mahasiswa Tunjang Perjuangan Kami ::

Melaporkan :
Shahrul Akmal Bin Johari - MPP UMUM Aspirasi UKM 2012/2013






Wednesday, February 27, 2013

PERHATIAN PRAKTIKAL PELAJAR FEP

Posted by ASPIRASI UKM 1:31 PM, under | No comments


KEPADA:

1) SEMUA PELAJAR PROGRAM PERAKAUNAN YANG AKAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI BAGI SEMESTER 1 SESI 2013/2014

2) SEMUA PELAJAR PROGRAM PENTADBIRAN PERNIAGAAN DAN PROGRAM EKONOMI YANG AKAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI BAGI SEMESTER 3 SESI 2012/2013



::MPP ASPIRASI UKM::

Friday, February 22, 2013

BB1M - Penyerahan Baucar dan Tatacara Penggunaan

Posted by ASPIRASI UKM 1:55 PM, under | No comments


22 Februari 2013, Jumaat, 10 Pagi berlangsungnya Majlis Penyerahan BB1M yang disempurnakan Naib Canselor UKM, Ybhg Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Wajah-wajah ceria dalam Majlis Penyerahan BB1M UKM yang diwakili oleh YDP MPP UKM, YDP-YDP Kolej Akademik

Tatacara Penggunaan BB1M

Kami menyarankan kepada semua Mahasiswa/i untuk menggunakan BB1M yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Belilah buku anda, keperluan pembelajaran anda kerana itu adalah hak anda. Bersama-sama memesan dan selamat beramal.

:: MPP Aspirasi UKM ::

Kebajikan dan Keselesaan Mahasiswa Diutamakan

Wednesday, February 20, 2013

KEMPEN BERHIJAB MENUTUP AURAT : Permulaan Menuju Kesempurnaan

Posted by ASPIRASI UKM 11:18 AM, under | No comments


Menutup Aurat itu cantik. Urusan seharian pun dengan izin Allah. Have a nice day ahead !
via MPP Aspirasi Nur Azreen Binti Abdul Malek.

Terjemahan Hadis Rasulullah S.A.W bersabda :  "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat."

Hadis di atas merupakan nasihat dan ingatan daripada Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya menyampaikan apa-apa perkara yang diketahuinya kepada orang lain. Ia bermaksud sesiapa boleh berkongsi apa sahaja dengan ilmu yang ada. Seseorang atau sekumpulan yang diberikan kelebihan sedikit ilmu yang bermanfaat, diminta untuk memanfaatkan dan menyampaikan kepada orang lain agar semua dapat merasa kemanisan sesuatu ilmu itu. Walaupun ia mengandungi sepotong ayat sahaja, jika ia memberi kebahagiaan kepada orang lain, sebarkanlah. Indahnya kekeluargaan Islam itu sehinggakan perasaan individualistik dan egois dihilangkan serta dikikis bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan masyarakat sekalian.


Advantages of wearing the Hijab :

  1. You please Allah plus you get reward InsyaAllah.
  2. It is Allah's protection of your natural beauty. You are too precious to be 'on display' for each man to see.
  3. It is Allah's preservation of your chastity.
  4. Allah purifies your heart and mind through the Hijab.
  5. Allah beautifies your inner and outer countenance with Hijab.
  6. Allah defines your femininity through the Hijab. Allah wants you to be respected by others and for you to respect yourself.
  7. Allah raises your dignity through the Hijab - when stranger looks at you, he respects you because he sees that you respect yourself.
  8. Allah protects your honor 100% through your Hijab. Men do not gaze, approach or speak to you in a sensual way.
  9. Allah gives you nobility through the Hijab. You are noble not degraded because you are covered not naked.
  10. Allah demonstrates your equality as a Muslim woman through the Hijab. Your Lord bestows upon you equal worth as your male counterpart and give you a host a beautiful right and liberties.

:: MPP Aspirasi UKM ::

Tuesday, February 19, 2013

HARI KEDUA : SEMESTER 2

Posted by ASPIRASI UKM 3:31 PM, under | No comments



SELAMAT BERKULIAH DAN BERPRAKTIKAL.. SEMOGA SEMESTER INI LEBIH BAIK DARI SEMESTER YANG LEPAS..

:: MPP ASPIRASI UKM 2012/2013::

Saturday, February 16, 2013

SEMOGA BERJAYA : KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1 2012/2013

Posted by ASPIRASI UKM 12:20 AM, under | No comments











Kepada yang cemerlang, diucapkan Tahniah..Kepada yang kurang cemerlang, Tingkatkan usaha.. Jangan mengalah untuk terus meningkat ! Usaha Tangga Kejayaan ! Salam Aspirasi Mahasiswa !

Friday, February 15, 2013

Semakan Yuran : MPP ke Jabatan Bendahari UKM

Posted by ASPIRASI UKM 3:57 PM, under | No comments


Penyelesaian Masalah Yuran Pengajian Semester 1/2 Pelajar UKM

Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa UKM..

Pada 15 Februari 2013 Pukul 11.00 Pagi, MPP UMUM UKM Saudara Shahrul Akmal telah pergi ke Jabatan Bendahari UKM, Aras 3 Bangunan Canselori bagi mendapatkan maklum balas mengenai beberapa masalah yang dialami oleh mahasiswa/i UKM. Di sini terdapat beberapa masalah yang MPP Shahrul ajukan kepada pegawai yang berkhidmat di Jabatan Bendahari UKM berkenaan yuran pengajian semester dan penjelasan :

1 - Bagi pelajar LI/Praktikal yang tidak menginap di Kolej Kediaman UKM, mereka tidak akan dicaj untuk yuran penginapan kolej melainkan mereka yang menginap. Tetapi bagi mereka yang LI/Praktikal dan TELAH MEMBUAT PENGESAHAN kolej kediaman pada semester lalu, pelajar boleh memaklumkan semula pembatalan penginapan secara bertulis kepada Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman. Seterusnya, Pihak Pentadbiran Kolej akan mengesahkan pembatalan penginapan tersebut kepada Pihak Bendahari UKM bagi menyelaras semula yuran pelajar berkenaan.

2 - Bagi pelajar yang meminjam PTPTN, pemotongan yuran pengajian akan dilakukan secara automatik melalui akaun simpanan pelajar tersebut. Namun, bagi pelajar yang membiayai pengajian secara persendirian/biasiswa, pelajar boleh menjelaskan yuran melalui mesin ATM kepada akaun Bendahari UKM.

3 - Kewujudan Yuran Khas Kolej sebanyak RM 100 akan dikenakan kepada setiap pelajar bagi setiap SESI dan bukannya SEMESTER. Oleh itu, bagi mereka yang telah dipotong pada semester lalu, tidak akan dicaj lagi pada semester kedua. Tetapi, jika ada pembayaran lagi yang dilakukan, pelajar boleh menuntut dan memaklumkan kepada Pihak Bendahari UKM untuk penyelarasan semula.

4 - Mengenai masalah yuran tunggakan sebanyak RM 70 yang dialami oleh pelajar khususnya Pelajar Tahun 1 adalah merupakan Yuran Minggu Mesra Pelajar (MMP). Yuran MMP sebenarnya adalah sebanyak RM 390. Pada Semester 1, Pihak Bendahari UKM telah memotong sebanyak RM 320 disebabkan beberapa masalah teknikal. Oleh itu, pelajar perlu melunaskan semula RM 70 bagi melancarkan Sistem Maklumat Pelajar dan Keputusan Peperiksaaan. Pelajar boleh menyelesaikan baki tersebut melalui Mesin ATM Bank Islam : Masukkan kata laluan -> Lain-Lain -> Bayaran Bil/Yuran IPT -> Yuran IPT -> No. Kad Pengenalan -> Keluar nombor Matrix anda -> Memasukkan amaun. Simpan slip untuk rujukan kepada Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UKM.

5 - Adakah yuran ini yuran yang muktamad ?
Yuran yang dikenakan adalah yuran yang muktamad untuk setiap pelajar. Menurut seorang pegawai di UKP, Bendahari, yuran tertunggak pada akhir semester disebabkan perbezaan yuran kolej kediaman masing-masing.

6 - Sudah bayar tetapi tidak boleh 'check' keputusan peperiksaan ?
Bagi pelajar yang telah membayar hutang tertunggak melalui mesin ATM namun masih tidak dapat 'check result' peperiksaan, Pelajar dinasihatkan untuk mendapatkan penyata pembayaran di bank bagi membuktikan anda telah membayar tunggakan tersebut. Pelajar perlu membawa penyata pembayaran tersebut kepada pihak Unit Kewangan Pelajar dan pihak Bendahari akan menyelaras semula akaun pelajar.

Sebarang pertanyaan boleh la menghubungi MPP Aspirasi UKM..

:: Kebajikan dan Keselesaan Mahasiswa Diutamakan ::

Melaporkan : MPP UMUM - Shahrul Akmal Johari

Thursday, February 14, 2013

Isu Kerosakan Jalan Raya UKM : Usaha dan Tindakan

Posted by ASPIRASI UKM 7:58 PM, under | No comments


Penyelesaian Isu Kerosakan Jalan Raya UKM : Usaha dan Tindakan

Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa..

Pada 14 Februari 2013 04.00 Petang, MPP UMUM Aspirasi UKM, Saudara Shahrul Akmal telah meninjau beberapa lokasi kerosakan jalan raya yang serius dan kritikal. Keadaan jalan raya terbabit memerlukan penambahbaikan segera oleh pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP). Masalah ini dijangka akan menyulitkan mahasiswa/i serta penjawat UKM yang lain lagi-lagi kita menghampiri bermulanya Semester 2 2012/2013.

MPP Shahrul telah pergi ke JPP bagi mengetahui status kerosakan jalan raya yang serius di sekitar UKM. Beliau telah pergi bagi mendapat respon dari pihak JPP berhubung masalah ini. Pihak JPP memaklumkan bahawa kerja-kerja penambahbaikan atau penurapan akan dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad ini. Kerja-kerja penambahbaikan akan dilakukan dalam lingkungan ilmu khususnya. Pihak JPP juga memaklumkan bahawa kerja-kerja penambahbaikan tidak dapat dijalankan dalam masa terdekat disebabkan cuti Tahun Baru Cina yang diambil oleh kontraktor yang terlibat.

Kami, pihak MPP Aspirasi UKM menyatakan hasrat agar penambahbaikan dapat dijalankan dengan segera sebelum Semester 2 bermula pada Isnin ini. Sebelum kejadian 'sport rim' motosikal patah,  sebelum kejadian 'rim alloy' bengkok, sebelum kemalangan yang serius berlaku, kami harap masalah kerosakan jalan raya ini dapat diselesaikan segera. Kami, pihak MPP Aspirasi tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku akibat kerosakan yang serius ini. Ini bagi memberi keselesaan di atas jalan raya kepada pengguna khususnya mahasiswa/i dan penjawat UKM. Terima kasih diucapkan kepada Pihak JPP bekerjasama dan menyambut baik kedatangan wakil MPP Aspirasi.

Selepas itu, MPP Shahrul pergi ke Pejabat Wisma Aman (Unit Keselamatan) berjumpa Pegawai Unit Lalu Lintas, Tuan Kamaruzzaman bagi memaklumkan kejadian ini. Beliau memohon kepada pihak Wisma Aman agar meletakkan tanda/kon sebagai tanda berjaga-jaga dan amaran kepada pengguna jalan raya. Terima kasih kepada pihak Wisma Aman kerana menyambut positif cadangan MPP dan tindakan akan segera dilakukan selepas waktu pejabat. MPP Shahrul dan beberapa pegawai Wisma Aman telah turun padang bagi melihat sendiri kerosakan yang terjadi. Pihak Wisma Aman mengakui bahawa kerja-kerja meletakkan amaran/tanda kerosakan dilakukan oleh mereka dan kerja-kerja penambahbaikan dilakukan pihak JPP.

Pihak MPP Aspirasi UKM menyambut baik reaksi positif dan kerjasama yang diberikan pihak Wisma Aman bagi memastikan keselamatan pengguna di UKM terutamanya di waktu malam. Pihak Wisma Aman juga mengingatkan kepada mahasiswa/i agar membuat aduan di Wisma Aman jika terjadi kemalangan jalan raya di sekitar UKM. Disini beberapa gambar kerosakan jalan raya di sekitar UKM :


" KEBAJIKAN DAN KESELESAAN MAHASISWA DIUTAMAKAN "

:: MPP UMUM ASPIRASI UKM :: SHAHRUL AKMAL ::



Majlis Perjumpaan Timbalan Naib Canselor HEPA Dan Pelajar Siswazah.

Posted by ASPIRASI UKM 6:31 PM, under | No comments



Majlis Perjumpaan Timbalan Naib Canselor HEPA Dan Pelajar Siswazah.

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) akan mengadakan Majlis Perjumpaan Timbalan Naib Canselor HEPA dan Pelajar Siswazah.

Tarikh : 23 Februari 2013 (Sabtu)
Pukul : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Kuliah PPS, Pusat Pengurusan Siswazah, UKM.

Pertanyaan lanjut sila hubungi :

En. Azizi (03-89215347) / Cik Nor Intan (03-89214530)


::MPP ASPIRASI UKM::



Semakan Yuran Pengajian Semester 2, 2012/2013

Posted by ASPIRASI UKM 6:13 PM, under | No comments


SALAM ASPIRASI SALAM MAHASISWA,

Pemberitahuan : Para Pelajar boleh mula menyemak jumlah bayaran yuran pengajian untuk Semester 2, Sesi 2012/2013 di laman web http://www.ukm.my/siskew/

Para Pelajar juga boleh menyemak perincian yuran pengajian dan mengenal pasti setiap bayaran yang dikenakan. Untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan, bolehlah menghubungi MPP Aspirasi UKM di Talian yang tertera. Selamat Kembali Ke Kampus Tercinta !

Thursday, February 7, 2013

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M)

Posted by ASPIRASI UKM 11:54 PM, under | No comments


:: SALAM ASPIRASI MAHASISWA UKM ::

SPP1M merupakan saluran alternatif bagi mahasiswa untuk mendapatkan bantuan kewangan tambahan selain PTPTN bagi menampung kos sara hidup di universiti (DS Najib Tun Razak)


Satu skim baru telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi kemudahan kewangan kepada mahasiswa/i universiti yang didaftarkan di bawah SETARA. Menyedari akan masalah kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa dalam menyara pendidikan anak-anak di universiti, maka SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) diperkenalkan. Skim yang berbentuk pinjaman ini, mengehadkan kepada kursus kepakaran perubatan dan kursus-kursus kritikal memandangkan kursus-kursus ini memerlukan pembiayaan dana yang banyak. Oleh itu, kerajaan telah memperuntukkan pinjaman sehingga RM150,00 bagi kursus kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi kursus kritikal dan terpilih.

Ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat bagi mendapatkan pendidikan seterusnya memperbaiki taraf hidup keluarga. Senarai pengajian / kursus, boleh disemak di laman sesawang, www.penerajuedu.com. dalam masa terdekat.

KEBAJIKAN TERAS PERJUANGAN KAMI : MPP ASPIRASI UKM 2012/2013

MENGILHAM HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN


KEMASUKAN PINJAMAN PTPTN SEMESTER 2 2012/2013

Posted by ASPIRASI UKM 12:05 PM, under | No comments




Gambar di atas ini merupakan proses yang diambil oleh pihak PTPTN bagi menyalurkan pinjaman kepada mahasiswa/i bagi semester 2 tahun 2012/2013. Pelajar akan mula mendapat baki pinjaman pada 20 FEBRUARI 2013. Gesaan kami, harap mahasiswa/i dapat tenang dan sabar dalam menunggu kemasukan baki pinjaman PTPTN nanti. Segala permasalahan boleh diajukan kepada pihak kami :

MOHD AZROL - 019-6997809
SHAHRUL AKMAL - 017-7960437

"KEBAJIKAN MAHASISWA TERAS PERJUANGAN KAMI"

Wednesday, February 6, 2013

Pendaftaran Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2012/2013

Posted by Kinanda Nugraha 11:10 PM, under | No comments

PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2012/2013

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, sukacita sekiranya pelajar program Prasiswazah Sesi Akademik 2012/2013 membaca dengan teliti pekeliling ini dan mengambil tindakan seperti berikut:

1. Pendaftaran Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2012/2013 akan dijalankan secara web melalui laman web http://www.ukm.my/smpweb

2. Pelajar adalah dinasihatkan supaya tidak mendedahkan NPP (password) masing-masing untuk mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari

3. Maklumat dan kemudahan untuk mendaftar kursus seperti berikut:


4. Pelajar lama yang tidak membuat pendaftaran awal tidak dibenarkan membuat pendaftaran kursus kecuali setelah menjelaskan denda sebanyak RM15.00

5. Pelajar yang menggantung pendaftaran pada semester sebelumnya dan mendaftar selepas 18 Februari 2013 juga akan dikenakan bayaran denda sebanyak RM15.00

6. Bayaran perlu dibuat di kaunter Bayaran Jabatan Bendahari dan resit yang diperolehi diserahkan di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik untuk dikemas kini status pendaftaran diri pelajar. Bagi pelajar Kampus Kuala Lumpur dan Kampus Cheras, sila berurusan dengan kaunter pejabat Dekan masing-masing

7. Pelajar dikehendaki mendaftar kursus mengikuti unit maksimum yang dibenarkan. Pelajar yang ingin mendaftar kursus melebihi unit yang ditetapkan, sila dapatkan kebenaran daripada Dekan Fakulti dan memastikan Fakulti mengemaskini dalam Sistem Maklumat Pelajar sebelum pelajar membuat penambahan kursus melalui SMPWEB

8. Pelajar diwajibkan membuat pengesahan pendaftaran kursus pada minggu kelima semester iaitu bermula 18-24 Mac 2013 dan sebarang perubahan kursus selepas tempoh tersebut tidak akan diterima

9. Pelajar adalah bertanggungjawab untuk:
  • Mendaftar, menyemak dan mengesahkan semua kursus yang telah didaftarkan;
  • Memastikan maklumat peribadi di dalam SMPWEB adalah terkini pada setiap semester seperti ejaan nama, alamat surat menyurat, alamat e-mel dan no kad pengenalan;
  • Sentiasa prihatin mengenai notis dan pekeliling terbaru yang dipaparkan oleh Bahagian Pengurusan Akademik di dalam SMPWEB
:: MPPUKM ::

Keputusan Peperiksaan Semester 1 Sesi 2012/2013

Posted by Kinanda Nugraha 10:58 PM, under | No comments


- SALAM MAHASISWA -

Mulai semester ini, Bahagian Pengurusan Akademik UKM tidak akan mencetak keputusan peperiksaan rasmi untuk diedarkan kepada pelajar. Slip keputusan peperiksaan rasmi boleh diperolehi melalui SMPWEB dan boleh DICETAK SENDIRI mulai 18 Februari 2013Keputusan Peperiksaan Semester 1 juga boleh disemak di SMPWEB mulai 15 Februari 2013. Sekian, harap maklum.

dr : Bahagian Pengurusan Akademik Ukm 

MENGILHAM HARAPAN MENCIPTA MASA DEPAN

::MPPUKM::