MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Wednesday, September 25, 2013

ISU KAFE KIY : MPP ASPIRASI AMBIL TINDAKAN

Posted by ASPIRASI UKM 7:37 PM, under | No comments

ISU KAFE KIY : MPP ASPIRASI AMBIL TINDAKAN

Kami di barisan MPP ASPIRASI UKM, melalui beberapa siri perjumpaan bersama Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) dan mahasiswa/I yang menginap di kolej kediaman Ibrahim Yaakub dimaklumkan mengenai beberapa masalah yang berhubung kait dengan servis pengusaha kafe KIY yang tidak menyenangkan pelajar, terutama sekali semasa Minggu Mesra Pelajar.

Oleh itu, sebagai badan kepimpinan utama pelajar UKM, kami terpanggil untuk membawa perkara ini kepada pihak pengurusan KIY untuk sebarang tindakan lanjut bagi mengatasi masalah ini. Pada 24 September 2013, MPP Azreen telah bertemu dengan Pengurus Kolej Ibrahim Yaakub, Puan Juma’aton Akma, sebagai wakil Pengetua kolej tersebut, untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Laporan makanan sepanjang Minggu Mesra Pelajar (2 September – 6 September 2013) yang telah disediakan oleh Pemudah Cara KIY turut diserahkan kepada beliau sebagai rujukan tambahan.

Menurut Puan Juma’atun Akma, tindakan secara verbal sebenarnya telah diambil. Perbincangan secara tidak formal antara pengusaha kafe, pengetua kolej dan beliau sendiri telah diadakan. Namun demikian, dengan adanya tindakan tambahan yang telah diambil oleh MPP ASPIRASI UKM, ianya akan memudahkan lagi pihak pengurusan untuk menyelesaikan isu ini.

Harapan yang tinggi agar pihak kolej dan pihak-pihak yang berkaitan dapat bertindak di atas peruntukkan dan kuasa yang ada untuk menambah baik serta mengelakkan sebarang masalah dan rungutan daripada terus berlanjutan.

#SayastudentUKM #UKMPride #AspirasiMahasiswa

MPP Azreen bersama Pengurus KIY, Puan Juma'atun Akma



Tuesday, September 24, 2013

Tahniah MPP Kinanda Nugraha

Posted by ASPIRASI UKM 12:58 PM, under | No comments

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kinanda Nugraha, MPP ASPIRASI dan rakan yang tergabung dalam kumpulan “CariMakan”, berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara ACM ICPC Al-Khawarizmi National Programming Contest 2013 yang berlangsung pada 21-22 September 2013 di Universiti Teknologi Petronas, Perak.

ACM ICPC Al-Khawarizmi National Programming Contest 2013 adalah pertandingan pengaturcaraan peringkat kebangsaan yang merupakan pusingan awal untuk memilih pasukan-pasukan Malaysia untuk maju ke pertandingan serantau Asia.

ACM ICPC Al-Khawarizmi National Programming Contest 2013 disertai oleh 53 pasukan daripada lebih 20 Institusi Pengajian Tinggi se-Malaysia, dan pencapaian yang diraih oleh pasukan UKM adalah sebagai berikut:
  • CariMakan (Kinanda Nugraha, Muhammad Zafree, Rafsanjani) - 3rd place
  • Integral (Faiz Mokhtar, Satria Aji Mufatra, Ideen Rahmad) - 10th place - Honorable Mention
  • Sonic Fusion (Jason Ong, Leong Fook Peng, Tiffany Sim) - 12th place - Honorable Mention
  • Nexus (Noorel Yaqin, Siti Aishyah, Atifah, Ami Aurora) - 13th place - Honorable Mention
Muhammad Zafree Zaharidan - Rafsanjani - Kinanda Nugraha
Pencapaian cemerlang diperolehi oleh pasukan Kinanda Nugraha dengan melakarkan rekod penyelesaian masalah paling cepat hanya mengambil masa 5 minit, dan berjaya menyelesaikan 4 aturcara dalam masa paling cepat, menjadikan pasukan "CariMakan" sebagai pasukan yang paling cepat secara keseluruhan daripada 53 pasukan yang bertanding.


Kumpulan CariMakan melakar rekod penyelesaian terpantas dalam ACM ICPC 2013, menewaskan 52 kumpulan daripada IPTA/IPTS seluruh Malaysia
Seluruh pasukan UKM berjaya meraih penghargaan “Honorable Mention”
Team CariMakan berusaha menyelesaikan masalah yang diberi dalam masa 5 jam
Tahniah kerana berjaya mengharumkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia di persada Malaysia

Wednesday, September 18, 2013

UPDATE MPP ASPIRASI : YURAN KOLEJ, TIADA KENAIKAN DIKENAKAN.

Posted by ASPIRASI UKM 10:20 AM, under | No comments

UPDATE MPP ASPIRASI : YURAN KOLEJ, TIADA KENAIKAN DIKENAKAN.


Maklumat daripada En Mokhsin Hj Tumin, Ketua Penolong Bendahari Kanan Bahagian Kewangan Pelajar. (Melalui panggilan telefon, beliau sedang bertugas untuk pendaftaran pelajar pengambilan kedua)


Pihak bendahari maklum berlakunya kesilapan sistem caj yuran penginapan. Secara jelasnya dimaklumkan, tiada sebarang kenaikan yuran kolej dikenakan kepada pelajar. Pihak bendahari juga sedang dalam proses untuk menyemak kembali akaun kewangan pelajar. Bagi pelajar yang telah melakukan pembayaran, lebihan wang akan dikreditkan ke dalam akaun anda semula selepas proses penyemakan selesai dilakukan oleh pihak bendahari. Sebarang tambahan maklumat akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sebarang aduan atau pertanyaan, bolehlah berhubung terus kepada MPP ASPIRASI.

MPP Nur Azreen binti Abdul Malek
Berkhidmat, Kebajikan


"Where Leaders Learn To Lead"
#UKMPride #SayastudentUKM

Tuesday, September 17, 2013

ISU KENAIKAN YURAN PENGINAPAN DAN YURAN EKOR : PERLU SIASATAN, SOLUSI DAN TINDAKAN

Posted by ASPIRASI UKM 8:33 PM, under | No comments

SALAM MAHASISWA

ISU KENAIKAN YURAN PENGINAPAN DAN YURAN EKOR : PERLU SIASATAN, SOLUSI DAN TINDAKAN

      Masalah mengenai kenaikan yuran penginapan dan yuran ekor di kolej-kolej kediaman UKM, menyebabkan mahasiswa bangkit menyatakan respon untuk tidak bersetuju dengan tindakan yang telah dilakukan oleh universiti. Bagi mendapatkan keterangan lanjut, MPP Nur Azreen Malek telah ke Bendahari UKM. Pihak Bendahari menyatakan bahawa kenaikan yuran kolej kediaman tertakhluk di bawah kuasa kolej-kolej kediaman. 

      Bagi mendapatkan lebih kepastian, MPP Muhammad Azrol menghubungi Pemangku Pengetua Kolej Ungku Omar, En. Nik Hairi Omar. Menurut beliau, TIADA sebarang kenaikan yuran kolej kediaman dilakukan bagi penghuni Kolej Ungku Omar. Jawapan yang di berikan agak meragukan kerana rata-rata kolej kediaman mengalami kenaikan yuran kolej. Oleh itu, MPP sedang berusaha mendapatkan bukti untuk di bawa kepada Pihak Bendahari. Masalah yang timbul ini memerlukan pemerhatian, solusi dan tindakan (jika perlu) agar mahasiswa tidak mengalami masalah kewangan yang kronik disepanjang pembelajaran bagi semester ini. 

      Sehubungan dengan itu, kami berharap mahasiswa/i dapat bekerjasama dengan kami, tampilkan PENYATA HUTANG yang boleh di dapati melalui SISTEM KEWANGAN PELAJAR kepada kami agar dapat di teliti dan di jadikan bukti bagi tindakan pihak Bendahari. 

BERKHIDMAT, KEBAJIKAN 
MPP ASPIRASI UKM

Friday, September 13, 2013

KEMAHIRAN INSANIAH : memahir kemahiran generik, mendidik MAHASISWA minda kelas pertama

Posted by ASPIRASI UKM 2:04 AM, under | No comments

SALAM MAHASISWA

KEMAHIRAN INSANIAH : memahir kemahiran generik, mendidik MAHASISWA minda kelas pertama.

   Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, matlamat utama pendidikan negara adalah untuk menghasilkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal, berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus difokuskan kepada pencapaian hasil pembelajaran dalam empat domain utama, iaitu kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran fizikal), afektif, dan sosial. Namun, sistem pendidikan yang sedia diamalkan hanya boleh dianggap berjaya dalam memberikan kemahiran kognitif dan sebahagian besar kemahiran psikomotor. Justeru, Kemahiran Insaniah (KI) domain afektif dan sosial yang sangat perlu bagi pembentukan insan kamil yang seimbang amat jauh ketinggalan. Akibatnya, produk sistem pendidikan kini ataupun modal insan yang dibentuk tidak seimbang seperti yang dihasratkan.

   Jika diteliti, masalah ini antara lain berpunca daripada ketidakseimbangan kurikulum, terutamanya dalam menentukan Hasil Pembelajaran (LO) dan taksonomi pembelajaran yang perlu dicapai, ketidakpelbagaian dalam penyampaian serta ketidakberkesanan pentaksiran dan penilaian, dan membiarkan aspek-aspek ini menjadi statik dan tidak dinamik. Strategi, pendekatan dan kaedah penyampaian dan penilaian pengajaran dan pembelajaran tidak diberi yang sewajarnya untuk memenuhi keperluan semasa. Aktiviti kokurikulum juga gagal dilihat sebagai komponen yang berasingan dan tidak disepadukan secara optimum dalam usaha membentuk dan menjana Kemahiran Insaniah (KI) yang diharapkan.


   IPT sebagai institusi pendidikan tertinggi harus menjadi tempat yang paling sesuai untuk menggilap Kemahiran Insaniah (KI) pelajar. Pelajar IPT pula perlu mempunyai keinginan dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam proses pembentukan modal insan dengan minda kelas pertama ini. Justeru, penerapan Kemahiran Insaniah (KI) mesti dilaksanakan secara menyeluruh oleh universiti dengan melibatkan semua pihak yang ada hubungan dengan pelajar.

Definisi Kemahiran Insaniah

   Kemahiran Insaniah merupakan kemahiran generik. Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi aspek kemahiran generik. Walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus tentang Kemahiran Insaniah (KI), tetapi kebanyakannya berkait dengan kemahiran seperti kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. Kemahiran Insaniah (KI) adalah antara elemen yang dikenal pasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global, apatah lagi dengan perubahan teknologi yang begitu pantas. Oleh itu, graduan IPT mesti menilai Kemahiran Insaniah (KI) yang memenuhi dan menepati kehendak pasaran kerja dan kehidupan harian yang kian mencabar.

   Dalam usaha menentukan elemen Kemahiran Insaniah (KI) untuk dilaksanakan dan diterima guna oleh IPT, kajian dan pandangan pakar serta pengalaman IPT yang telah melaksanakannya perlu diambil kira. Sebagai hasilnya, elemen utama yang di senarai di bawah ini telah dipilih untuk dilaksanakan di IPT:

(i) Kemahiran Berkomunikasi;
(ii) Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah;
(iii) Kemahiran Kerja Berpasukan;
(iv) Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat;
(v) Kemahiran Keusahawanan;
(vi) Etika dan Moral Profesional
(vii) Kemahiran Kepimpinan

[Definisi Kem. Pelajaran Malaysia]

MEMBENTUK SISWA SISWI BERVISI GLOBAL

MPP ASPIRASI UKM

Sunday, September 8, 2013

ASPIRASI selangkah bersama idea IDEAL COMMUNITY

Posted by ASPIRASI UKM 5:47 PM, under | No comments

ASPIRASI selangkah bersama idea IDEAL COMMUNITY – ulasan ucapan Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah


UKM, 5 SEP 2013 : YB Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah hari ini di jemput ke UKM untuk sesi mahasiswa/i baru kemasukan 2013/2014 Bersama Tokoh Kepimpinan Negara. Beliau yang juga Menteri Mentor UKM, telah berkongsi satu idea  iaitu IDEAL COMMUNITY yang boleh di praktikkan dalam UKM sejajar dengan langkah transformasi yang dilaksanakan oleh Ybhg Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sharifah Hafsah bagi menjadi sebuah universiti yang terkemuka pada 2018. 
Asas kepada idea IDEAL COMMUNITY menurut YB DS terbahagi kepada dua iaitu mahasiswa/i dan universiti serta rakyat dan kerajaan dalam mencapai satu misi dan visi yang sama . Bagi prospek mahasiswa dan universiti, mahasiswa/i UKM perlu bersama-sama pentadbiran universiti bagi mencapai harapan universiti menjadi sebuah universiti terkemuka dunia menjelang 2018 yang memperlihatkan hanya UKM, satu-satunya universiti yang berani meletakkan sasaran mencapai target tersebut pada 2018. Barisan Kepimpinan ASPIRASI menyambut baik idea bagi membentuk IDEAL COMMUNITY di dalam UKM. Idea ini telah dipraktikkan di dalam ASPIRASI bagi membentuk mahasiswa/i berkompetensi tinggi dan bervisi global melalui program-program yang berimpak tinggi seperti Ekspresi Mahasiswa yang mendapat pengiktirafan dan perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak serta Menteri Belia dan Sukan YB Tuan Khairy Jamaludin. Selain itu, sejajar dengan idea Transformasi Ybhg Naib Canselor, ASPIRASI juga turut sama selari dengan arus transformasi UKM dengan menonjolkan mahasiswa/i yang berkepimpinan tinggi dan holistik, pelaksanaan program yang berimpak,  kepimpinan yang mesra mahasiswa dan bersama-sama pentadbiran universiti dalam melaksanakan polisi yang melibatkan peranan kemahasiswaan.
Bagi membentuk satu komuniti yang ideal bukan satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan penglibatan seluruh mahasiswa/i UKM bersama-sama pentadbiran universiti agar apa yang diilhamkan mampu memberi impak kepada mahasiswa dan negara. 

MPP ASPIRASI UKM

Friday, September 6, 2013

TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN MELALUI CIMBCLICKS/BANK ISLAM

Posted by ASPIRASI UKM 7:50 PM, under | No comments

SALAM MAHASISWA

TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN MELALUI CIMBCLICKS/BANK ISLAM

MPP SHAHRUL AKMAL JOHARI (Umum 1/2) : Saya ke Bendahari UKM tadi untuk menanyakan beberapa ketidakpastian mengenai pembayaran yuran mahasiswa/i UKM untuk semester akan datang.. Berikutan dari persoalan yang dilontarkan oleh beberapa mahasiswa/i berkenaan pembayaran yuran.

1- Mulai sesi 2013/2014, mahasiswa/i UKM perlu membayar yuran yang tertunggak/belum dibayar/hendak dibayar melalui medium 'CIMBCLICKS (bagi pemegang CIMB) dan ATM Bank Islam (Pemegang Bank Islam)..Langkah-langkah pembayaran seperti gambar di atas.

2- Mulai sesi ini juga, pihak PTPTN hanya menolak 'Yuran Pengajian' dan mahasiswa/i perlu membayar 'yuran kolej' secara sistem 'CIMBCLICKS/ATM Bank Islam' dan menggunakan langkah-langkah yang sama seperti gambar di atas.

3- Pembayaran secara debit tidak lagi digunakan sepenuhnya di Bendahari UKM disebabkan beberapa permasalahan yang dialami contohnya gangguan kad yang rosak dan kelewatan mahasiswa/i membayar yuran.. Namun, pembayaran debit boleh digunapakai ketika 'transaksi anda tidak berjaya' apabila menggunakan ATM Bank Islam dengan membawa resit tersebut ke kaunter Bendahari.

4- Sekadar peringatan dari pihak Bendahari, jika semasa proses menggunakan sistem itu (CIMBCLICKS/ATM Bank Islam) terdapat permasalahan dan kecurigaan, mahasiswa/i boleh merujuk kepada 'Khidmat Pelanggan' di Bendahari UKM.

HEBAHAN

MPP ASPIRASI UKM





Tarikh Pendaftaran/Gugur Kursus Sesi 2013/2014

Posted by ASPIRASI UKM 2:28 AM, under | No comments

SALAM MAHASISWA

ALERT : TARIKH PENDAFTARAN/GUGUR KURSUS SESI 2013/2014

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting pendaftaran/gugur kursus :

      9/9   - 22/9    :    Tambah/gugur kursus
      23/9 - 6/10    :    Gugur kursus
      7/10 - 13/10  :    Pengesahan pendaftaran kursus
      7/10 - 3/11    :    Tarik diri kursus

HEBAHAN
MPP ASPIRASI UKM

WHERE LEADERS LEARN TO LEAD


Wednesday, September 4, 2013

Mana Hak MPP Aspirasi

Posted by ASPIRASI UKM 10:07 PM, under | No comments

SALAM ASPIRASI MAHASISWA

"MANA HAK MPP ASPIRASI"


Pada awal hari ini, pihak MPP Aspirasi dikejutkan dengan sikap penting diri oleh ke semua 19 Perwakilan dari Gabungan Mahasiswa. Salah satu slot dalam Eksplorasi Kampus yang sepatutnya melibatkan kesemua pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar  di hadapan bilik Majlis berkenaan hanya melibatkan perwakilan GM sahaja. 

Slot yang sepatutnya disertai kami itu tidak dimaklumkan oleh Presiden MPP GM Ahmad Shukran Shaharuddin, malah kami hanya mendapat makluman dari pihak Pemudahcara Minggu Mesra Pelajar. Lebih malang lagi, pihak GM menggunakan “Banner” yang mempunyai logo Gabungan Mahasiswa. Sudahlah tidak berdaftar, bawa jentera yang tidak ada kena mengena dengan Minggu Mesra Pelajar. Banner yang digunakan juga hanya menunjukkan penglibatan MPP GM dan tidak ada seorang pun MPP Aspirasi yang disertakan. Ini jelas menunjukkan sikap bermuka-muka dan tidak ikhlas dalam berkhidmat sebagai MPP.

Walaupun demikian, kami selaku MPP Aspirasi tetap mencari ruang untuk berkhidmat dengan berjumpa pelajar tahun 1 ketika slot Eksplorasi Kampus pada hari ini. Kami kesal kerana slot ini adalah untuk semua MPP UKM dan diberikan oleh pihak pentadbiran, tidak ada sebab untuk kami dipinggirkan. Kami mengambil iktibar bahawa MPP GM bukanlah mewakili ke semua MPP UKM, mereka hanya menggunakan platform berkenaan untuk mengaburi mata mahasiswa seolah-olah merekalah pejuang mahasiswa UKM seluruhnya, walhal hakikatnya tidak langsung seperti itu.

MPP ASPIRASI UKM





Tuesday, September 3, 2013

Ikrar Pelajar Baru : Semangat Siswa/i, Menjulang Aspirasi Varsiti

Posted by ASPIRASI UKM 2:46 PM, under | No comments

SALAM ASPIRASI MAHASISWA

IKRAR PELAJAR BARU : SEMANGAT SISWA/I, MENJULANG ASPIRASI VARSITI

     Hari ini, hari bersejarah di UKM. Seramai 2920 pelajar kemasukan baru sesi 2013/2014 melafazkan ikrar dengan penuh semangat di hadapan Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pegawai Kanan Universiti, Dekan-Dekan dan Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman. Wakil siswa dari Kolej Rahim Kajai (KRK) mengetuai pembacaan ikrar, diikuti wakil-wakil kolej kediaman dan mahasiswa/i lainnya. Sesungguhnya, inilah saat indah yang bakal melakari kenangan sebagai mahasiswa/i UKM.

     Sebelum itu, Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato' Sri Sharifah Hafsah Syed Hassan Shahabudin memberikan amanat dan pesanan untuk di jadikan renungan buat mahasiswa/i UKM. 5 amanat beliau ialah:

1) Harapan tinggi ibu bapa agar anak-anak dapat menjadi yang terbaik dengan mendapatkan "pointer" setinggi mungkin agar mampu memberikan kegembiraan kepada ibu bapa. Jangan sesekali menghampakan harapan ibu bapa.


2) Bersama-sama universiti dalam menjadikan UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan (RU) yang terbaik dan melahirkan modal insan yang terbilang.

3) Hayati sejarah penubuhan UKM. Penubuhan UKM yang telah bermula sejak Persidangan Raja-Raja Melayu, Durbar pada 1903 menjadi perintis kepada usaha-usaha penubuhan sebuah universiti dengan memartabatkan Bahasa Melayu.

4) Jaga nama baik UKM. Sebagai mahasiswa/i UKM, setiap tindakan adalah berlandaskan kepada kerasionalan dan kematangan. Berfikir sebelum bertindak dan bertulis dengan berhemah.

5) menggunakan segala peluang yang ada di universiti bagi membentuk jati diri agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

      Diharapkan daripada ikrar dan amanat daripada Naib Canselor di jadikan pegangan oleh mahasiswa/i UKM untuk terus gemilang, mengharumkan nama universiti dan menjadi insan yang holistik di lapangan masyarakat. 

"Ilmu Mutu dan Budi,
Itulah harga diri, 
Hidup SISWA SISWI,
Harapan ibu pertiwi"

MPP ASPIRASI UKM




Monday, September 2, 2013

Tahniah HEPA : Pengurusan Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru Yang Lebih Efisyen

Posted by ASPIRASI UKM 12:51 AM, under | No comments

SALAM MAHASISWA 
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TAHNIAH HEPA : PENGURUSAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU YANG LEBIH EFISYEN DAN CEPAT


      Hari ini, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR bersama-sama Naib Canselor, Prof. Tan Sri Sharifah Hafsah, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Majlis Ketua Bahagian (MKB) dan pegawai-pegawai universiti melawat sesi pendaftaran mahasiswa-mahasiswi kemasukan baru sesi 2013/2014 di setiap kolej kediaman di Kampus Bangi dan Kampus KL. Seramai lebih kurang 4000 orang pelajar mendaftar di UKM dengan pelbagai jurusan, mendaftar di kolej-kolej kediaman UKM. Pada sesi kemasukan kali ini, kami mendapati sistem pendaftaran lebih lancar, sistematik, efisyen dan cepat berbanding pada sesi-sesi lepas. Pemantauan kami di kolej-kolej kediaman UKM mendapati keadaan lengang dan pelajar "check-in" bilik dengan lebih awal. TAHNIAH sekali lagi kepada Naib Canselor, TNC HEPA, warga kerja HEPA, Pemudah Cara dan pembantu am pejabat kolej kediaman kerana berjaya menjadikan pendaftaran kali ini lebih sistematik dan tidak terlalu mengambil masa yang lama.

      Selain itu, keadaan lalulintas yang lebih terkawal turut membantu pengurusan pendaftaran. Tiada lagi masalah tempat meletak kenderaan dan keadaan trafik yang begitu teruk samada di dalam kampus atau di luar kampus. Tahniah juga Wisma Aman kerana berjaya mengawal lalulintas. Pengurusan Pemudah Cara Pusat yang di kendalikan oleh Saudara Muhd Hidir Mhd Salim (FTSM/KBH) juga turut membantu kelicinan pendaftaran pada kali ini. TAHNIAH dan SYABAS kami ucapkan. 

      Kami, dibarisan kepimpinan MPP ASPIRASI UKM, mengucapkan SELAMAT DATANG kepada semua warga baru Universiti Kebangsaan Malaysia. Syabas dan Tahniah kepada semua kerana berjaya menjejakkan kami ke UKM dan menyertai keluarga besar UKM. 






MENGILHAM HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN
MPP ASPIRASI UKM