MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA
Showing posts with label Nukilan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan Sahabat

Posted by ASPIRASI UKM 2:56 AM, under | No comments

MPP Aspirasi UKM mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada Sahabat-Sahabat sekalian semoga kalian beroleh keputusan yang cemerlang dan di berkati ilmu yang dipelajari... 




Semoga Terus Teguh Bersabar dalam menimba pelajaran dan mencari ilmu sepanjang hayat....

::TEGUH SETIA BERSATU::

Monday, June 6, 2011

KPI PMUKM Sesi 2010/2011 Merudum?

Posted by ASPIRASI UKM 2:15 PM, under | 2 comments

Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang berlangsung baru-baru ini merupakan satu persidangan yang menjadi jambatan dan saluran kepada mahasiswa terutamanya dalam menegahkan permasalahan dan pandangan pelajar terhadap sesuatu isu dan fenomena yang berlaku baik di peringkat nasional mahupun internasional. Platfrom ini penting bagi menjamin fungsi badan pelajar yang kini bukan sahaja terhad dalam ruang lingkup kampus, namun menjadi pemangkin dan suara hati masyarakat secara keseluruhannya. Setiap universiti awam dan beberapa pusat pengajian tinggi swasta di negara ini akan menghantar kertas cadangan atau kertas kerja bagi membincangkan idea-idea bernas untuk membantu kerajaan persekutuan dan negeri bagi mengatasi sesuatu permasalahan dan kerumitan yang berlaku pada persidangan MPPK tersebut.


PMUKM pimpinan Saudara Ahmad Muzzammil Muhd Khairi pada sesi kali ini gagal mengemukakan sebarang kertas kerja atau projek paper untuk dibentangkan pada persidangan tersebut. Keadaan ini secara tidak langsung mencerminkan ketidakpedulian pihak PMUKM dalam menyatakan pendirian, pandangan, hujahan dan idea yang bernas dalam sesuatu isu yang berbangkit dewasa ini. PMUKM yang seharusnya menjadi  suara mahasiswa dalam menyampaikan padangan dan perspektif mahasiswa terhadap sesuatu isu telah menodai kepercayaan yang diberikan terhadapnya.

Untuk pengetahuan sidang pembaca, PMUKM sesi lepas pimpinan Aspirasi UKM telah membentangkan kertas kerja yang berjudul "Transformasi Pendidikan Tinggi Negara Ke Arah Graduan Berketrampilan"di hadapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin. Pembentangan tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Saudara Mohd Kamal Ali Mantan Setiausaha Agung PMUKM sesi lepas. Klik

Ketika dihubungi, Saudara Kamal Ali menyatakan beliau sedikit kecewa kerana PMUKM sesi kali ini tidak langsung menyatakan kesedian biar pun beliau bersedia membantu dalam membangunkan kertas kerja yang berkualiti untuk dipersembahkan di MPPK tersebut meskipun beliau masih merupakan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM sesi kali ini.

Selain Key Performance Index (KPI) PMUKM sebagai badan pelajar utama di UKM merosot ianya juga memberikan impak yang sangat tidak sihat kepada KPI UKM sebagai universiti penyelidikan (RU) dan sekaligus menjejaskan ranking UKM. Natijahnya, graduan dan bakal-bakal graduan UKM mungkin terjejas kerana kerosakan (damage) teruk imej dan reputasi UKM itu sendiri. 

Untuk itu MPP Aspirasi UKM berharap pihak PMUKM lebih bertanggung pada masa hadapan. PMUKM juga perlu melibatkan ke semua MPP termasuk MPP Aspirasi dalam aktiviti yang melibatkan imej universiti. Setakat ini tiada seorang pun MPP Aspirasi yang di panggil untuk bermesyuarat jawatankuasa PMUKM bagi membincangkan perkara-perkara dasar PMUKM. Mesyuarat yang di adakan hanya melibatkan Pengerusi Biro dan tidak ada maklumat yang sampai kepada ahli biro-biro tersebut. PMUKM kali ini meletakan semua MPP dalam biro-biro tertentu tetapi menganaktirikan MPP Aspirasi dari membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan UKM.

::TEGUH SETIA BERSATU::

Wednesday, June 1, 2011

MPP Aspirasi Senada Menolak Budaya Fitnah

Posted by ASPIRASI UKM 9:20 PM, under | No comments

Wacana Sinar yang berjudul " Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman" dianjurkan oleh akhbar terkemuka negara Sinar Harian tempoh hari wajar di ambil ikhtibar oleh masyarakat di negara ini terutamanya golongan mahasiswa yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Wacana tersebut yang menggabungkan wakil dari parti-parti politik iaitu  Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) serta bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis Ustaz Dr. Asri Zainul Abidin bersependapat bahawa budaya fitnah hanya akan memusnahkan negara dan lebih teruk memusnahkan peradaban umat di negara ini.

Saudara Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan dalam hujahannya bahawa, ketaksuban merupakan tunas-tunas yang menerbitkan fitnah. Beliau menyatakan bahawa, jika keadaan ini tidak dirawat pemimpin dan penyokong parti politik tidak dapat memisahkan antara perjuangan parti demi agama dan rakyat dengan perjuangan mereka untuk mempertahankan seseorang individu. Dan jika keadaan ini berlaku maka hanya merugikan negara dan rakyat menjadi mangsa kerakusan sikap penyebar fitnah tersebut.

Memetik hujah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Nasrudddin Hassan yang menyatakan bahawa, politik hari ini seharusnya menjadi platform kepada politik berakhlak, beradap, berhemah, telus dan tulus, ada kredibiliti berasaskan hujah serta pandangan bernas, bukannya untuk menjatuhkan lawan. 

MPP Aspirasi UKM selaku badan mahasiswa yang menjadi wakil kepada suara dan aspirasi mahasiswa serta golongan muda di negara ini senada dengan menolak habis-habisan budaya fitnah  dalam apa jua keadaan baik politik mahupun dalam kehidupan sehari-harian. Budaya fitnah ini hanya menyemai api permusuhan, kebencian dan menindas orang yang difitnah seterusnya menghancurkan perpaduan dan kesatuan ummah yang seharusnya diberi prioriti yang terutama. Allah berfirman yang maksudnya Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan (Surah Al-Baqarah, 191).

Untuk itu, MPP Aspirasi UKM menyeru seluruh mahasiswa untuk TEGUH SETIA BERSATU menolak budaya fitnah dalam apa jua keadaan demi keharmonian dan kelestarian sebuah peradaban bangsa dan agama tercinta.  

MPP Aspirasi dan seluruh warga UKM tolak budaya FITNAH !!


::TEGUH SETIA BERSATU::

Friday, May 13, 2011

Sekilas Peristiwa 13 Mei 1969 Buat Iktibar dan Tauladan Bersama

Posted by ASPIRASI UKM 1:10 AM, under | No comments

Hari ini genap 42 tahun peristiwa 13 Mei yang menjadi noda hitam dalam sejarah negara berlaku. Tregedi ini terjadi akibat perasaan benci dan persengketaan antara kaum yang mempunyai pelbagai pengajaran yang perlu di ambil iktibar dan dijadikan tauladan. Peristiwa ini wajar untuk terus diingati dan dikenang malah dijadikan salah satu tajuk penting dalam mata pelajaran sejarah dari peringkat sekolah lagi agar masyarakat negara ini terus  diberi kefahaman dan maklumat yang tepat dan jelas mengenainya kerana didalamnya sarat dengan pengajaran yang wajar dijadikan panduan dalam hidup bermasyarakat.

Tregedi ini meletus akibat provokasi dan rasa prejudis melampau terhadap kaum lain yang tersemat di hati masyarakat ketika itu. Keadaan ini di tambah api permusuhan yang ditiupkan oleh pemain-pemain politik yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan perasaan tidak puas hati dan benci masyarakat pelbagai kaum meluap-luap dan membara sehingga mengakibatkan berlakunya pertumpahan darah dan pergaduhan yang memakan korban 196 orang meninggal dunia, 439 orang cedera, 39 orang hilang dan 9143 ditahan oleh pihak berkuasa serta 211 kenderaan musnah (Laporan Rasmi Peristiwa 13 Mei 1969).



Jadikan 13 Mei 1969 sebagai iktibar bersama

Persaudaraan dan permuafakatan antara kaum perlu dibugarkan sedari zaman kampus lagi agar peristiwa seperti ini dapat dielakkan pada masa hadapan. Bagi memenuhi hasrat dan impian tersebut cogan kata (tagline) yang menjadi pegangan MPP Aspirasi UKM iaitu TEGUH SETIA BERSATU wajar dijadikan pegangan dan ikutan seluruh masyarakat kampus agar permuafakatan antara kaum di dalam komuniti kampus dapat direalisasikan dan dijadikan sandaran untuk menjadi warga masyarakat yang TEGUH, SETIA dan BERSATU apabila meninggalkan kampus kelak selaras dengan agenda kerajaan yang menjadikan 1 Malaysia sebagai paksi permerintahan yang meraikan kepelbagaian dan menerima perbezaan dan menjadikan perbezaan dan kepelbagaian itu sebagai sumber kekuatan agar dapat bergerak maju menelusuri arus pembangunan.

Warga UKM TEGUH SETIA BERSATU

Ayuh kita suburkan nilai perpaduan dalam kalangan warga kampus dengan memelihara keharmonian serta kesejahteraan kampus dan menolak sebarang anasir yang membantutkan usaha murni ini dengan TEGUH SETIA BERSATU tanpa prejudis dan meraikan setiap kaum yang ada dengan menjadikan kepelbagaian sebagai sumber kekuatan kita !!

::TEGUH SETIA BERSATU::