MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Friday, November 30, 2012

Majlis Pelancaran Pesta Ang Pow Ke-19

Posted by ASPIRASI UKM 10:44 AM, under | No comments


Majlis Pelancaran Pesta Ang Pow Ke-19 turut disertai dengan upacara Pengembalian Piala Naga PAP dan Persembahan Drum 24 Musim.

Empat Tiang Piala Niaga bermaksud cabaran yang bertubi-tubi, pulangan berdikit-dikit, kejayaan dapat dikecapi pada akhirnya. selain itu, membela keadilan dan kesaksamaan, berkhidmat demi orang ramai.

Naga pula lambang PAP serta nadi semangat Tiong Hua. Secara keseluruhannya, pelbagai aspek PAP sering berkait rapat dengan simbol naga. Piala naga diharapkan dapat memberikan kefahaman terhadap budaya Tiong Hua serta memupuk integrasi dan perpaduan.

Pada pukul 8 malam 28 november yang lalu, saya bersama MPP UKM telah menghadiri Majlis Pelancaran Sekretariat Pesta Ang Pow UKM Ke-19 yang diadakan di Dewan Anuwar Mahmud (DAM). Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Wee Jeck Seng.

Nur Azreen Binti Abdul Malek
Sharul Akmal Bin Johari

MPP UKM 2012/2013










Thursday, November 29, 2012

Gaza Freedom!

Posted by ASPIRASI UKM 7:02 PM, under | No comments


اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ
اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ
(اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي
اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ
اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم
Wahai Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami,
Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

Sunday, November 25, 2012

Majlis Penutup SUKEM 2012

Posted by ASPIRASI UKM 1:01 PM, under | No comments


Berikut keputusan akhir Kejohanan Sukan UKM (SUKEM) 2012


Nur Azreen Binti Abdul Malek
MPP UKM 2012/2013
BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN


Kolej Tun Syed Nasir

Kolej Burhanuddin Helmi

Kolej Dato' Onn

Kolej Antarabangsa Ibu Zain

Kolej Keris Mas

Kolej Pendeta Zaba

Kolej Rahim Kajai

Kolej Tun Dr. Ismail

Kolej Tun Hussein Onn

Kolej Ungku Omar
Kolej Aminuddin Baki

Kolej Ibrahim Yaakub

Friday, November 23, 2012

HARI MUJAHID PALESTIN

Posted by ASPIRASI UKM 2:51 AM, under | No comments



MPP UKM 2012/2013, Muhammad Azrol B. Md Azhar akan menganjurkan Hari Mujahid Palestin bersama Kolej Ungku Omar. Oleh itu, marilah kita sama-sama menunjukkan keprihatinan dan kebertanggungjawaban kita terhadap Perjuangan dan Kebebasan di Palestin.

Ini bukan sekadar isu yang retorik atau isu umat Islam sahaja, tetapi selagi kita bergelar Manusia, ini menjadi tanggungjawab kita untuk bersama-sama menolong dan membantu mereka di Palestin dalam apa jua sumbangan setakat apa yang kita mampu.


Mari bersama-sama meramaikan program Hari Mujahid Palestin..


Program : Sabtu-24 hb


(8.30 pagi) : Pelancaran tabung 'Demi Palestin KUO' dan pelepasan Drive For Palestine Freedom
(2.30 petang) : Tahlil dan Yaasin dan makan tengahari
(4.30 petang) : Ceramah isu semasa Palestin (Aqsa Syarif Bhd)
(8.30-11.00 malam) : Malam 'UKM4PALESTINE'

---> Untuk sesiapa yang berminat bagi menyertai 'Drive For Palestine Freedom' sila berhubung dengan MPP UKM 12/13, Saudara Muhammad Azrol B. Md Azhar [019-6997809] atau Zubir [013-5310412].
---> Bagi yang berkereta amat digalakkan


RESOLUSI PALESTIN

Posted by ASPIRASI UKM 2:28 AM, under | No comments




[SALAM MAHASISWA]

RESOLUSI PALESTIN : Permuafakatan menunjukkan siapa kita..

ISIUKM, ASPIRASI, PMUKM, JAKSA dan Kelab/ Persatuan Pelajar telah bersama-sama duduk semeja, mencurahkan idea dan sumbangsaran yang akhirnya terbentuk satu RESOLUSI suara mahasiswa mengenai isu Palestin..Prihal isu Palestin bukan hanya berkisar mengenai isu keagamaan, kewilayahan dan pertelingkahan bangsa, tetapi ianya 
menjadi tanggungjawab kita semua tidak kiralah ISLAM atau bukan ISLAM, bersama-sama membentuk permuafakatan dan keprihatinan kita terhadap isu kemanusiaan di Palestin..Hasil daripada mesyuarat bersama wakil-wakil badan kepimpinan pelajar, maka kami membentuk satu RESOLUSI, dimana kita akan sama-sama laksanakan bagi melihat Palestin kearah yang lebih baik..

antara RESOLUSI yang digariskan :

1) melancarkan kempen, UKM4PALESTINE secara menyeluruh di UKM. Sebahagian daripada kempen ini, akan melibatkan kutipan derma bagi PALESTIN disetiap peringkat, JAKSA dan FAKULTI selain institusi luar seperti masjid dan masyarakat. Pengumpulan derma ini akan dilaksanakan selama 2 minggu bagi mencapai target RM20,000 . Dana yang dikumpulkan akan disalurkan terus ke Palestin melalui badan-badan sukarelawan NGO.
(PIC : ISIUKM)

2) Melaksanakan aktiviti-aktiviti berunsurkan intelek seperti SUARA KAMPUS selain mahasiswa akan dibawa turun padang bersama-sama masyarakat dalam program OPKIM. Selain itu, Kempen secara berterusan juga akan dijalankan ruang maya seperti di FB dan ruang siber lain serta mengadakan pameran dan 'talk" mengenai isu Palestin.
(PIC : PMUKM)

3) Konvensyen isu Kemanusiaan yang lebih menjurus kearah isu Palestin yang akan melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA seluruh Malaysia yang akan diadakan di UKM..usul daripada konvensyen akan dibawa kepada pihak kerajaan bagi menunjukkan kesolidaritian suara mahasiswa dipentas yang lebih tinggi..
(PIC : Aspirasi, Kelab Sahabat Aqsa dan PMUKM)

Oleh itu, kami menyeru mahasiswa/i keseluruhannya, mari bergerak bersama kami agar apa yang diusulkan tidak sia-sia dan melihat dunia kita kearah yang lebih baik..Gerakan Mahasiswa Pencetus Revolusi Global..




"MENGILHAM HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN"

Thursday, November 22, 2012

Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor Ke 54

Posted by ASPIRASI UKM 2:44 PM, under | No comments



Merafak kesyukuran dan Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucapan Selamat kepada :

DYMM Tuanku Ibrahim Ibni Almarhum Tuanku Iskandar
Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku

Wednesday, November 21, 2012

Kad Siswa 1 Malaysia

Posted by ASPIRASI UKM 11:50 AM, under | 2 comments

 

Sukacita dimaklumkan bahawa penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia bagi pelajar Tahun 3 dan 4 UKM Bangi akan diadakan pada:

1-UKM KAMPUS BANGI

Tarikh : 21, 22 dan 22 November 2012 (Rabu, Khamis dan Jumaat)
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Aras 3, (Berhadapan PMUKM) Bangunan Pusanika, UKM Bangi

2-UKM KAMPUS KUALA LUMPUR DAN PPUKM

AKAN DI MAKLUMKAN KEMUDIAN

Untuk makluman semua pelajar-pelajar, sebelum datang ke Kaunter penyerahan Kad Diskaun 1Malaysia, mohon semua pelajar lihat terlebih dahulu senarai nama yang di lampirkan dan di papan kenyataan yang disediakan. Sila lihat nombor BILANGAN dan M/S bagi memudahkan penyerahan kad tersebut. Bagi pelajar yang tersenarai dan bertanda ( / ) adalah pelajar yang ada kad dan bagi pelajar yang tiada bertanda ( / ) begitu juga pelajar yang tiada tersenarai,dan tiada kad (Bagi Tahun 2) sila datang ke meja masalah pada hari tersebut, di meja yang telah disediakan.

Bagi tahun 1 akan dimaklumkan kemudian..

http://www.ukm.my/e-pelajar/akademik_content.htm#19112012-14

Tuesday, November 20, 2012

In Solidarity With Gaza

Posted by ASPIRASI UKM 8:12 AM, under | No comments

Keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2012 telah menunjukkan bahawa kehadiran dan kemenangan Obama buat kali kedua ini menjadi harapan buat masyarakat antarabangsa dalam mengembalikan kestabilan pada tempatnya. Namun, kemenangan beliau nampaknya tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada masyarakat dunia. Kita melihat isu Palestin terutamanya di Gaza baru-baru ini dinyatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengulangi sokongan AS terhadap tindakan Israel yang didakwa berhak mempertahankan negaranya, ketika bercakap melalui telefon dengan Netanyahu mengenai konflik tersebut.

Dengan insiden kemarahan dunia Islam yang masih belum reda ekoran penerbitan filem anti-Islam, pendirian Obama yang terus menyokong Israel dan menghalalkan apa cara yang digunakan Israel ke atas Gaza menimbulkan kebencian dan kemarahan umat Islam dunia.

Baru-baru ini, Kabinet Israel telah meluluskan kebenaran mengerahkan 75,000 askar simpanan sebagai persediaan perang terhadap Palestin. Pegawai di Gaza berkata, 41 warga Palestin terbunuh, 20 adalah orang awam termasuk 8 kanak-kanak dan seorang wanita hamil dan beratus lagi yang cedera sejak Israel melancarkan serangan empat hari lalu (BH, 18/11/2012).

Sementara itu, Presiden Mesir, Mohamed Mursi menyifatkan serangan Israel ke atas Genting Gaza sebagai pencerobohan kejam terhadap kemanusiaan, sambil menegaskan Mesir tidak akan membiarkan Gaza bersendirian. "Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza seorang diri. Mesir hari ini bukannya Mesir semalam. Masyarakat Arab hari ini juga bukan masyarakat Arab seperti sebelum ini", tegas Mursi.


Palestinian girl, Hanen Tafesh, killed the day before in an Israeli air strike, is comforted by her husband and relatives as she mourns before her funeral in Gaza City, on November 16, 2012. Israeli warplanes carried out multiple new air strikes on the Palestinian territory, including several hits on Gaza City, the third day of an intensive campaign which the military has said is aimed at stamping out rocket fire on southern Israel. AFP PHOTO/MARCO LONGARI AFP

Oleh itu, kami sekeras-kerasnya mengutuk segala tindakan zalim yang dilakukan Israel/Zionis ke atas Palestin khususnya Gaza. Mari kita semua masyarakat Islam menyumbangkan tenaga, masa, wang ringgit dan doa kepada mereka yang menderita di sana. Contohnya, kewujudan tabung khas Gaza menunjukkan salah satu simbolik keprihatinan kita terhadap saudara Islam kita di sana. Kita juga mengharapkan Kerajaan Malaysia terus menerus mendesak, tegas, berani dan berusaha menghentikan pertumpahan darah yang berlaku di Gaza.

Peranan badan pengaman dunia turut digalas oleh banyak pertubuhan dan institusi antarabangsa yang bersifat serantau seperti Pakatan Atlantik Utara (NATO), Kesatuan Eropah (EU), Kesatuan Afrika (AU), Pertubuhan Negara Asia Tenggara (ASEAN), OIC dan banyak lagi. Semua pertubuhan dan institusi yang bersifat serantau ini turut sama bermatlamat memastikan keamanan dan keselamatan dunia sejagat di samping PBB. Kami ingin melihat keprihatinan dan tanggungjawab anda dalam mengutarakan penyelesaian yang berlaku di Palestin khususnya di Gaza. Kegagalan usaha campur tangan antarabangsa dalam pelbagai konflik antarabangsa di serata pelosok dunia sebenarnya merupakan kegagalan antarabangsa, termasuk PBB dan pertubuhan serantau untuk memahami secara mendalam keadaan konflik tersebut sebagaimana yang sepatutnya.

Ya Allah ya Rahman ya Karim ya Mukmin ya Jabar ya Amin , Selamatkan saudara-saudara islam kami di Gaza daripada rakusnya Israel laknatullah.. Kuatkan iman dan hati mereka, kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa dan seterusnya bumi Palestin di sana. Amin..

Tuesday, November 13, 2012

Selamat Maal Hijrah 1434H

Posted by ASPIRASI UKM 12:58 PM, under | No comments


Assalamualaikum...

Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi.

Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah:


Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:


 Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1434.

Monday, November 12, 2012

Tuding Jari? Bukan Cara Kami! (Disebalik pemasalahan Trans Rengit)

Posted by ASPIRASI UKM 6:32 PM, under , | 1 comment

Sudah tiba masa untuk kita melaksanakan gerak kerja dalam menangani sesebuah isu, jangan hanya mendiamkan diri, malahan sanggup menuding jari terhadap JAKSA seperti yang dilakukan sesetengah pihak.

Pada hari Isnin, 12hb November 2012, MPP Kinanda Nugraha telah berjumpa dengan pihak pentadbiran universiti dan Trans Rengit untuk membincangkan isu perkhidmatan bas di UKM. Perjumpaan tersebut dihadiri oleh Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim (TNC HEPA), En. Musa Zainal Abidin Othman (Timbalan Pendaftar, JPPEL), En. Mohd Heesyamuddin (Penolong Pendaftar), En. Othman (Unit Kenderaan), dan En. Mahyudin (Trans Rengit)


MPP bersama pihak pentadbiran UKM dan Trans Rengit

Berikut adalah maklumat yang kami terima:

Setelah berakhirnya kontrak selama 4 tahun yang dipersetujui antara UKM dan Kiffah dengan menggunakan sistem ‘Direct Nego’, UKM telah melakukan proses ‘Open Tender’ dan disertai oleh beberapa syarikat perkhidmatan bas. Setelah dinilai daripada pelbagai aspek, Trans Rengit berjaya mendapatkan kontrak penyedia perkhidmatan bas rasmi UKM pada 1hb September 2012.

Walaupun sudah rasmi beroperasi, namun Trans Rengit tetap harus menjalani pemarkahan SLA (Service Level Agreement) selama tempoh perkhidmatan berjalan. Jika Trans Rengit tidak dapat memenuhi syarat SLA, maka kontrak boleh diberhentikan oleh Bendahari UKM.

Pada hari ini, pihak Bendahari UKM telah melakukan perjumpaan rasmi dengan pihak Trans Rengit (perjumpaan bersifat sulit, sehingga MPP tidak dibenarkan mengikuti perjumpaan tersebut) untuk membincangkan tentang SLA (Service Level Agreement) dan hal penyambungan kontrak antara UKM dan Trans Rengit.

Pihak pentadbiran telah menerima dan merekodkan semua aduan pelajar mengenai isu pengangkutan (perkhidmatan bas), namun langkah yang diambil haruslah mengikuti prosedur, iaitu pihak UKM tidak boleh memberhentikan kontrak yang telah dibuat secara serta merta.

Pihak yang bertanggungjawab dalam menerima aduan mengenai isu perkhidmatan bas ini adalah Unit Kebajikan, bukannya pihak JPPEL mahupun HEPA. Namun begitu, USAHA dan KERJASAMA telah DILAKUKAN oleh pihak JPPEL, HEPA, Unit Kenderaan, dan Trans Rengit sendiri untuk mengatasi permasalahan ini demi kebajikan seluruh pelajar UKM.

Pihak Universiti menggalakkan pelajar untuk membuat aduan yang “bertanggungjawab” mengikut prosedur yang betul dengan menyertakan :

1.       1. No Matrik
2.       2. Zon bas / No. plat bas
3.       3. Tarikh dan masa
4.       4. Aduan
5.       5. Cadangan

Aduan yang lengkap akan memudahkan pihak Universiti dan Trans Rengit untuk mengesan dan mengenalpasti permasalahan yang wujud. Sebarang aduan boleh terus disampaikan kepada Unit Kebajikan atau MPP (http://mppaspirasiukm.blogspot.com/p/hubungi-kami_8.html) dengan kadar segera.

"Semut di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tak tampak",

Kami MPP ASPIRASI tidak hanya melihat isu, menyalahkan JAKSA dan Universiti, tetapi kami bertindak.

:: TRANSFORMASI MAHASISWA, KEGEMILANGAN ASPIRASI UNIVERSITI ::

Happy Deepavali

Posted by ASPIRASI UKM 8:00 AM, under | No comments


Hearty wishes to you and your family on the festival of lights. May all your happiness light up and sorrows burn out. Happy Deepavali Nal Vartikal.

Sunday, November 11, 2012

Selamat Bercuti Pertengahan Sem

Posted by ASPIRASI UKM 10:14 PM, under | No comments


Selamat Bercuti buat pelajar UKM.
Manfaatkan masa cuti anda dengan sebaik-baiknya.

:: TRANSFORMASI MAHASISWA, KEGEMILANGAN ASPIRASI UNIVERSITI ::

Isu Keselamatan UKM

Posted by ASPIRASI UKM 3:02 AM, under | No comments


~ cakna isu keselamatan anda, jagalah diri sebaik baiknya ~

:: TRANSFORMASI MAHASISWA, KEGEMILANGAN ASPIRASI UNIVERSITI ::

Tuesday, November 6, 2012

UKM di Pentas Akhir Bola Sepak Liga IPT 2012

Posted by ASPIRASI UKM 7:41 PM, under | No comments



Bola sepak merupakan sukan nombor satu di kebanyakan negara di dunia. Malaysia juga tidak terlepas menjadikan bola sepak sebagai sukan utama negara ini. Anak muda tidak kira dari latar belakang, bangsa mahupun universiti sering kali menjadikan sukan bola sepak ini sebagai pilihan dalam mencipta nama dan kejayaan serta seterusnya mencipta nama sebagai pemain terkenal dan berbakat.

Penganjuran Bola Sepak Liga IPT kali ini juga sebagai salah satu landasan, mahasiswa dalam mempamerkan bakat dan menempa kejayaan bagi pihak yang diwakili mereka. Malam ini akan berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak Liga IPT di antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Komuniti Kedah (KKK). Tepat pada 6 November 2012 pukul 8.45 malam di stadium UiTM Shah Alam dan turut disiarkan secara langsung melalui Astro Arena 801, bola akan mula disepak menandakan bermulanya persaingan dan perjuangan mencari kemenangan. Para pemain bermain dengan penuh azam, taktik, cekap, tidak mengenal putus asa, ‘team work’ dan kepercayaan kepada diri yang tidak pernah luntur dalam mencari detik-detik peluang dalam melakarkan kemenangan. Saya sebagai pelajar UKM bangga dengan pencapaian pemain-pemain UKM dan kami warga UKM akan mendoakan kejayaan UKM dalam merangkul ‘ibu segala emas’.

Kapten UKM, K Reuben janji beri persembahan lebih 100 peratus

Sokonglah dengan sepenuh hati, semangat kesukanan dan penuh semangat terhadap UKM. Memetik kata-kata seorang penulis,“Lihatlah bagaimana sekelompok anak-anak muda penyokong tegar Harimau Malaya yang diberi nama 'Ultras Malaya' yang begitu hebat semangat patriotik mereka. Ada di kalangan mereka menitis air mata ketika menyanyi lagu Negaraku. Mereka ini memberi sokongan kepada skuad bola sepak negara kerana semangat kesukanan dan cintakan negara. Mereka akan merasa bangga jika skuad bolasepak negara bermain untuk mengharumkan nama negara. Sebab itu mereka ini akan merasa bangga mengibarkan Jalur Gemilang tanpa henti 90 minit”.

Dari penyokong UKM.
(Shahrul Akmal Bin Johari, MPP UKM 2012/2013)

Thursday, October 11, 2012

Isu Kemudahan Pusat Islam UKM

Posted by ASPIRASI UKM 6:10 PM, under , | No comments

SALAM MAHASISWA

Kebelakangan ini, MPP UKM 2012/2013 sering di"terjah" dengan pelbagai aduan, sumbangsaran dan pandangan mengenai pelbagai aspek terutamanya aduan mengenai isu kebajikan, infrastruktur, pembangunan insaniah dan kemudahan.

Kami menerima pandangan daripada seorang HAMBA ALLAH mengenai Pusat Islam UKM. Antara isu yang dibangkitkan ialah mengenai kurangnya kipas kaki di bahagian solat muslimah, ruang solat muslimin dibawah dan diatas. Selain itu, perihal isu tandas yang kurang memuaskan, bilangan tandas perlu ditambah kerana mengundang kesulitan kepada jemaah terutamanya ketika solat Jumaat, kurangnya selipar wakaf dan perlunya ada ruang bagi menyusun selipar-selipar wakaf ini agar tidak berselerak.

Atas inisiatif aduan ini, MPP MUHAMMAD AZROL dan MPP SAIFUL SYAHIR turun padang melihat situasi seperti yang dikatakan. Kami menghubungi pengurusan Pusat Islam yang lebih dikenali sebagai Ustaz Khairil, tetapi kami dimaklumkan beliau tiada dipejabat kerana bertugas diluar kawasan. Oleh itu kami memantau kekawasan-kawasan terbabit berdasarkan aduan dan insyaAllah esok, kami akan bertemu dengan Ustaz Khairil bagi menyerahkan laporan mengenai laporan tersebut. Semoga kemudahan di Pusat Islam ditambah baik untuk keselesaan dan kemaslahatan ummah.



"TRANSFORMASI MAHASISWA,
KEGEMILANGAN ASPIRASI UNIVERSITI"

Wednesday, October 10, 2012

Isu Pengurusan FSSK [SIRI 2]

Posted by ASPIRASI UKM 8:15 PM, under ,, | No comments

SALAM MAHASISWA

SUARA MAHASISWA FSSK KAMI DENGARI!
Kali ini mengenai isu tidak dapat membuat pengesahan subjek untuk KMJP. Untuk pengetahuan anda, seperti yang MPP update pada ISU PENGURUSAN FSSK SIRI 1, S/U Dekan membantu dengan rela hati untuk menguruskan pendaftaran subjek terutamanya subjek SKPD BIUS. MPP dimaklumkan oleh sesetengah pelajar bahawa mereka masih tidak dapat mengesahkan subjek disebabkan oleh pihak pengurusan FSSK lambat mendaftarkan kursus yang didaftar manual dan pertukaran set kursus.

SARANAN dan JAMINAN telah diberikan oleh S/U DEKAN, dimana segala urusan pendaftaran kursus akan diselesaikan sehingga Jumaat dan Sabtu ini. Untuk urusan ini juga, pihak FSSK telah meminta pihak PTM untuk melanjutkan masa operasi sistem untuk hari Sabtu dan Ahad. Oleh itu, SEKIRANYA anda masih tidak dapat membuat pengesahan, JANGAN risau kerana denda kerana selagi borang pendaftaran manual anda sudah hantar ke kedekanan, maka denda tidak dikenakan kerana ini bukan kesalahan pelajar.


Oleh itu, pelajar jangan risau dan gusar kerana perkara ini akan diuruskan oleh fakulti secepatnya. LIHAT mereka SANGGUP meninggalkan keluarga dihari Sabtu dan Ahad demi kebajikan anda. Balaslah JASA mereka dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka. InsyaAllah berkat ilmu itu nanti.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi MPP SYAHIR (017-7133569) atau MPP MUHAMMAD AZROL (019-6997809).

"TRANSFORMASI MAHASISWA,
KEGEMILANGAN ASPIRASI UNIVERSITI"

Isu Pengurusan FSSK [SIRI 1]

Posted by ASPIRASI UKM 8:01 PM, under ,, | No comments

SALAM MAHASISWA

SUARA MAHASISWA FSSK KAMI DENGARI!
Diatas aduan terhadap ketidak efisyen pengurusan dan masalah pendaftaran kursus di FSSK, kami ada jawapan, ulasan dan jaminan untuk anda.  Petang tadi, MPP MUHAMMAD AZROL dan MPP SAIFUL SYAHIR telah membawa usul mengenai ketidak cekapan pengurusan FSSK.

Menurut Ketua Kerani FSSK, Pn. Sazila Maseri, masalah utama di pihak pengurusan adalah kurangnya TENAGA KERJA untuk menguruskan hal-hal mengenai prasiswazah..ini disebabkan oleh S/U Timbalan Dekan cuti bersalin dan seorang kerani yang berpengalaman telah ditukarkan ke MENTION. Pegawai baru telah dipindahkan ke FSSK iaitu Pn. Izzah, ditugaskan untuk menyelia segala urusan berkaitan prasiswazah.

Bagi mengurangkan beban Pn. Izzah, S/U Dekan dan Penolong Pendaftar FSSK, En. Karim telah bersama-sama mengembeling tenaga bagi menguruskan hal-hal mengenai prasiswazah. Oleh kerana itu, berlaku multitasking hingga memerlukan mereka balik lewat dan bekerja diwaktu cuti.

Permohonan bagi menambah tenaga kerja telah dibuat tetapi pihak pentadbiran meminta pihak FSSK untuk mengoptimumkan tenaga kerja yang ada. Ini menyebabkan urusan prasiswazah sedikit lambat dan tidak efisyen. Oleh itu, besar harapan meraka untuk anda semua FAHAM akan situasi sebelum mengherdik mereka dengan pelbagai tohmahan yang tidak baik. InsyaALLAH dalam masa terdekat ini, masalah akan selesai dan keadaan akan kembali seperti biasa.


"TRANSFORMASI MAHASISWA,
KEGEMILANGAN ASPIRASI UNIVERSITI"

Tuesday, October 9, 2012

ISU BAS KAMPUS : Satu Penelitian dan Tindakan

Posted by ASPIRASI UKM 1:05 AM, under , | 2 comments


SALAM MAHASISWA

Acap kali kita berbicara mengenai isu kemahasiswaan, sememangnya isu bas kampus meniti disetiap bibir-bibir yang berbicara. Pelbagai keluhan dan aduan cuba disampaikan kepada pihak kami sama ada melalui sms, email, sumbangsaran di FACEBOOK dan di akaun twitter.

Atas kapasiti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), kami telah menubuhkan Jalan Kerja (JK) Bas Kampus dimana MPP MUHAMMAD AZROL dan MPP AZREEN MALEK ditugaskan untuk meneliti dan merangka progres bagi isu ini. Penelitian dan perincian masalah harus dilakukan agar tiada masalah berbangkit mengenai isu bas ini setelah petisyen dan memorandum diserahkan kepada pihak yang terbabit.

Kami telah berjumpa dengan ramai pelajar untuk mengetahui dan mengumpul masalah-masalah yang timbul ekoran mahasiswa merupakan pengguna bas-bas kampus untuk keperluan mobiliti. Oleh itu, diharapkan para pelajar bersabar dan tunggu sahaja progres daripada kami. InsyaALLAH dalam semester ini, masalah ini dapat diatasi.

ANTARA ADUAN YANG KAMI TERIMA
 


ANTARA GERAK KERJA (PROGRES)


Tarikh : 26 November 2012 (Rabu)
Tempat : Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik (PPBL)
Audien : Pelajar tahun 2 program Linguistik

Monday, October 8, 2012

KAMI BERSATU: MPP UKM Bersama Pentadbiran UKM

Posted by ASPIRASI UKM 10:53 PM, under , | No comments

9 Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM mengambil inisiatif untuk mencari apa sahaja peluang untuk mencapai semua misi dan visinya. Pihak MPP UKM telah bertemu bersama Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah bagi membawa hasrat dan perjuangan 9 orang MPP UKM agar mendapat mandat pentadbiran UKM dalam melaksanakan apa saja perkara yang diperjuangkan oleh pihak MPP UKM.

Idea-idea perjuangan yg dilihatkan sebagai satu "transformasi" oleh Tan Sri adalah pendorong kepada pihak MPP UKM dalam mengutarakan perkara-perkara yang akan disiarkan tidak lama lagi. Walaupun UKM dikatakan "kalah" untuk sesetengah pihak, namun kekalahan tidak bererti suatu entiti itu lemah dan tidak bersatu. Tindakan-tindakan yang telah pihak kami ambil tanda kami prihatin terhadap semua pihak, proaktif dan berjuang untuk semua. Pihak pentadbiran UKM telah memberi kepercayaan kepada pihak MPP UKM, maka segala perjuangan, segala usaha, segala janji, akan kami kotakan :)

"Transformasi Mahasiswa, Kegemilangan Aspirasi Universiti"






ISU KAFE KTHO: Satu Usaha dan Solusi

Posted by ASPIRASI UKM 10:26 PM, under , | No comments

SALAM MAHASISWA

Akhirnya suara warga KTHO didengari dan adalah tanggungjawab kami bagi membantu warga KTHO menyelesaikan masalah yang telah berlarutan selama 3 TAHUN, iaitu masalah kafeteria.

Atas keprihatinan dan kebertanggungjawaban kami MPP UKM 2012/2013, kami mengadakan lawatan ke KTHO untuk melihat sendiri senario di KTHO. kami diringi Naib Yang di-Pertua JAKSA KTHO bersama-sama meniliti permasalahan kafe tersebut. Kami memasuki ke segenap sudut kafeteria terutamanya diruang memasak dan peyimpanan sejuk beku. Hasil daripada pemerhatian kami mendapati tahap kebersihan kafe sangat TERUK, BERLENDIR dan agak MENJIJIKKAN. selain isu kebersihan, masalah harga makanan yang tidak konsisten dan makanan yang tidak bervariasi turut diusulkan.

Pihak MPP UKM telah dimaklumkan bahawa perkara ini telah BERLARUTAN selama 3 TAHUN dan sememangnya ada kes keracunan makanan terjadi yang akhirnya pihak kafe bebas daripada tuduhan. ini merupakan satu isu yang sangat serius memandangkan warga kolej KTHO dan KDO tiada kafe lain berdekatan yang boleh dikunjungi. Satu LAPORAN LENGKAP telah dihasilkan bagi bersama-sama membantu KTHO menyelesaikan isu terbabit.

Antara cadangan solusi bagi masalah ini ialah memberhentikan kontrak pengusaha kafe dan gantikan kontrak terbabit dengan tender kafe yang lebih baik. Tetapi untuk kearah itu, INSYAALLAH pihak MPP UKM akan sentiasa mengikuti perkembangan isu dan membantu pentadbiran serta JAKSA KTHO untuk penyelesaian masalah ini. Oleh itu, BERSAMA-SAMALAH dengan kami bagi menjaga kebajikan dan kelestrian mahasiswa.

"Transformasi Mahasiswa, Kegemilangan Aspirasi Universiti"



Sunday, October 7, 2012

MPP ASPIRASI Bersama JAKSA Kolej Kediaman

Posted by ASPIRASI UKM 8:03 PM, under , | No comments


5 Oktober 2012 - Keprihatinan 9 ahli MPP ASPIRASI dalam menjaga kebajikan mahasiswa diteruskan dengan mengadakan pertemuan bersama kepimpinan pelajar di peringkat Kolej Kediaman, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i. Pihak MPP ASPIRASI sedang menjalankan pengumpulan maklumat tentang permasalahan kebajikan siswa/i di kolej kediaman. Perbincangan yang diadakan selama 2 jam itu dimanfaatkan oleh semua pihak dengan pembawaan isu-isu serta membincangkan langkah-langkah awal yang boleh diadaptasikan daripada kolej-kolej lain.


Wakil JAKSA yang telah dihadiri oleh YDP-YDP JAKSA juga dilihatkan sebagai 1 usaha dan komitmen yang awal dalam pembinaan rangkaian agar sebarang permasalahan itu dapat diteliti dan diusahakan bersama-sama pihak pentadbiran UKM dan JAKSA yang sering mementingkan kesejahteraan dan kebajikan siswa/i sering terpelihara. Antara perkara yang dibincangkan adalah seperti soal keselamatan, perkhidmatan, kemudahan serta idea penambahbaikan perkhidmatan yang ada di UKM seperti Pusat Kesihatan dan jabatan-jabatan yang lain.

Transformasi yang sering perkatakan adalah sesuatu yg perlu dalam perkembangan sesuatu perkara, namun solusi adakah penting dalam perlaksanaan sesuatu perkara. Pihak MPP ASPIRASI sangat komited dan dengan bantuan daripada pihak kepimpinan siswa/i di UKM seperti JAKSA, Persatuan Mahasiswa Fakulti, Kelab Urusetia dan Kelab Anak Negeri, segalanya berkaitan kebajikan akan dapat dipelihara secara menyeluruh. Oleh itu, pihak kami akan sering berusaha dalam memperjuangkan hak mahasiswa kerana TINDAKAN KAMI ADALAH SUARA ANDA

"BELAJAR LEBIH BAIK"