MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Tuesday, December 18, 2012

1CITIZEN : e-Literate, e-Rule, e-Ineraction & Collaboration, e-Care

Posted by ASPIRASI UKM 3:52 AM, under | No comments



[Dari meja MPP UKM 2012/2013] - Pada 14 dan 15 Disember yang lepas, kami telah menghadiri ke Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2012 yang bertempat di KPT, UPM dan PWTC. Konvensyen tersebut berlangsung selama dua hari. Pada hari Jumaat, kami diberi taklimat mengenai intipati program yang bakal berlangsung oleh Wakil dari KPT. Pada sebelah malam, berlangsungnya Perasmian Pembukaan Konvensyen MPP dan Pensijilan 1Citizen telah dilakukan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di Dewan Zaaba, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. Pada Majlis Pensijilan tersebut, kami MPP IPT diberi peluang untuk mendaftar sebagai ahli dalam 1CITIZEN.

  Banyak kelebihan yang dapat dikongsikan kepada mahasiswa/i UKM khususnya. Program ini adalah bertujuan untuk mereka yang kerap melayari internet dan menggunakan teknologi apa sahaja. 1CITIZEN mengajar mereka bagaimana safety, precaution dan interaction dengan orang lain melalui penggunaan teknologi dan internet. Sebagai contoh dengan kehadiran laman sosial seperti twitter, facebook, frienster dan lain-lain, ia mempunyai kebaikan dan wujud juga keburukannya. Penggunaan laman sosial bagi mencari dan mendapatkan lebih ramai kawan dan memudahkan perhubungan antara kawan merentasi sempadan merupakan kebaikan yang boleh didapati daripada hasil penggunaannya. Laman sosial juga digunakan sebagai tempat mempromosikan pelbagai iklan dan perniagaan. Selain itu, ia juga dijadikan hebahan maklumat dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi dan politik.

                                    
  Namun penggunaannya juga mempunyai kesan yang buruk iaitu pencerobohan hak-hak peribadi oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Kebarangkalian pencerobohan oleh mereka ini akan menyebabkan ketakutan, gangguan emosi dan juga jenayah. Selain itu, ketagihan dan obses terhadap laman sosial akan menganggu keaktifan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap kerja dan pembelajaran. Tambahan lagi, kesihatan turut terjejas akibat mengadap laptop atau komputer secara kerap akan menyebabkan kesihatan mental, mata, tulang dan sebagainya. Disebabkan kekerapan ini, hubungan antara manusia itu menjadi terhad atau bergantung di alam maya sahaja.

  Majlis dilanjutkan dengan Penyampaian Hadiah Portfolio Terbaik Program Pensijilan 1CITIZEN, Hadiah Pencapaian Terbaik IPT 2012 (UMP) dan Pelancaran KhaledNordin Channel@ Social Media.

                                       
Bersama YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi dan YDP MPP UKM 12/13


Melaporkan : MPP UKM 2012/2013
- SHAHRUL AKMAL BIN JOHARI
- NUR AZREEN BINTI ABDUL MALEK
- SAIFUL SYAHIR BIN JAMIL

Sunday, December 16, 2012

Pengesahan dan Permohonan Penginapan Kolej Kediaman Bagi Semester II Sesi 2012/2013

Posted by ASPIRASI UKM 3:01 PM, under | No comments



Salam 1 Malaysia..Mohon mahasiswa/i jangan lupa membuat :


1- Pengesahan Penginapan Kolej Kediaman Bagi Semester II Sesi 2012/2013

  • Sila buat pengesahan mulai 17 hingga 31 disember 2012
  • Selepas tarikh ini pengesahan penginapan anda akan dirujuk kepada pengetua kolej untuk kelulusan.
  • Pengesahan hendaklah melalui web : http://www.ukm.my/upp
  • Pendaftaran masuk kolej mulai 18 Februari 2013



2- Permohonan Penginapan Kolej Kediaman Semester II Sesi 2012/2013
  • Pelajar yang tamat latihan industri dan pelajar yang tinggal di luar kolej, sila buat permohonan melalui web secara “online” http://www.ukm.my/upp mulai 1 hingga 31 Disember 2012.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms sebelum Semester II dibuka.


3- Tarikh Akhir Penginapan Kolej Kediaman Dan Permohonan Penginapan Luar Semester I Sesi 2012/2013
  • Tarikh akhir mengosongkan bilik pada 19 Januari 2013
  • Permohonan penginapan luar semester (sem.5) adalah secara “online” http://www.ukm.my/upp mulai 1 hingga 15 Januari 2013.

Dari meja MPP :

SHARUL AKMAL BIN JOHARI
MPP UKM 2012/2013

PERJUMPAAN PELAJAR BARU TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM SESI AKADEMIK 2012/2013 (KAMPUS BANGI)

Posted by ASPIRASI UKM 1:33 PM, under | No comments





PENGUMUMAN:PERJUMPAAN PELAJAR BARU TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM SESI AKADEMIK 2012/2013 (KAMPUS BANGI)

- Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Modal Insan , Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia akan mengadakan perjumpaan dengan pelajar baru tajaan JPA Sesi Akademik 2012/2013 pada:

Tarikh : 18hb Disember 2012 (Selasa)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Dewan Anuwar Mahmud, (FST, UKM)
Pakaian : Kemas

- Sehubungan dengan itu pelajar yang telah ditawarkan PIDN pada Sesi 2012/2013 WAJIB HADIR pada sesi bersama pegawai JPA.

- Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon
03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)



Dari meja MPP kepada Mahasiswa/i :
Nur Azreen Binti Abdul Malek
MPP UKM 2012/2013

Tuesday, December 11, 2012

TAHNIAH ==> SEKRETARIAT UKM 4 PALESTINE

Posted by ASPIRASI UKM 7:27 PM, under | No comments


TAHNIAH ==> SEKRETARIAT UKM 4 PALESTINE

" Dari idea dan ilham harapan, meniti langkah merealisasi cita di masa depan"

Sekretariat UKM 4 Palestin ditubuhkan hasil rundingan badan kepimpinan Mahasiswa dan kelab serta persatuan di UKM...Hasil rundingan telah membawa kepada 3 resolusi dimana resolusi pertama ialah "Mengumpul dana sebanyak RM20,000 dalam masa 2 minggu bagi membantu rakyat Palestin..Hari ini, pengiraan telah dibuat dan BERSYUKUR kepada TUHAN, hasil derma daripada seluruh warga UKM mencecah RM21 038.00 dan ini telah melepasi sasaran resolusi pertama sekretariat...Pengiraan akan dilakukan lagi lantaran beberapa lagi tabung belum diserahkan ke PMUKM...

Jika kita disini, mampu senyum bangga dengan nilai yang kita dapat, bayangkan rakyat Palestin yang dari awal lagi senyum bangga disaat mereka tahu kita di Malaysia tidak kira agama, bangsa dan sempadan wilayah bersama-sama dalam misi membantu mereka membebaskan Palestin daripada Zionis...InsyaAllah (God Will), usaha dan keprihatinan yang berkekalan ini, akan membawa Palestin kearah yang lebih baik dan merdeka...

MENGILHAM HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN

Dari wall :

Muhammad Azrol Bin Md Azhar
MPP UKM 2012/2013

Monday, December 10, 2012

Taklimat dan Aktiviti Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM - Allianz Malaysia

Posted by ASPIRASI UKM 5:19 PM, under | No comments



Tuan/Puan,

Jemputan dan Hebahan untuk Menyertai Taklimat dan Aktiviti Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM - Allianz Malaysia

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa UKM dengan kerjasama Allianz Malaysia Berhad serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) akan menganjurkan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM – Allianz Malaysia pada 12 Disember 2012 (Rabu). Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah:

a) Majlis Perasmian dan Taklimat Kempen Keselamatan Jalan Raya UKM-Allianz Malaysia di Dewan Kuliah 2, Kompleks Akademik (Bangunan lama) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) (2.00 petang – 3.35 petang).

b) Perkhidmatan Mobile Sikap oleh JPJ – memperbaharui lesen memandu dan road tax, membayar saman, semakan senarai hitam dan lain-lain di Foyer Kompleks Akademik FKAB.

c) Penukaran helmet dan penyerahan windbreaker bagi penunggang motosikal di ruang tempat letak kereta DECTAR (4.00 petang – 5.30 petang).

d) Pemberian kerusi booster kanak-kanak di Tunas Permata (4.00 petang – 5.30 petang).

Sehubungan ini, saya ingin menjemput Tuan/Puan untuk menghadiri majlis dan taklimat kempen dan menyertai aktiviti kempen seperti lokasi tersebut di atas. Butiran Majlis Perasmian dan taklimat adalah seperti berikut:

Tarikh : 12 Disember 2012 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 2, Kompleks Akademik (bangunan lama) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Kami juga ingin memohon agar Tuan/Puan dapat menjemput dan menghebahkan tentang majlis serta taklimat dan aktiviti kempen kepada semua rakan-rakan Tuan/Puan. Untuk makluman, goodies yang berupa ‘safety hammer’ akan diberi kepada pelajar yang hadir ke majlis dan taklimat ini. Bersama ini dilampirkan agenda aktiviti dan poster kempen untuk makluman dan hebahan Tuan/Puan. Mohon rujuk poster untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat (Hal-ehwal Jaringan Industri Masyarakat) | Universiti Kebangsaan Malaysia | 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA

Penyemakan Baki Yuran dan Pendaftaran awal Sem 2 Sesi 2012/2013

Posted by ASPIRASI UKM 2:16 PM, under | No comments



MAKLUMAN PENTING

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Perhatian kepada semua pelajar program Ijazah Pertama UKM, pelajar adalah dipohon untuk menyemak penyata yuran dari masa ke semasa.

Bagi pelajar yang masih mempunyai yuran tertunggak, pelajar dipohon untuk menyelesaikan baki tersebut selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Disember 2012 bagi mengelakkan sekatan semasa proses pendaftaran awal bagi Sem 2 Sesi 2012/2013.

Pendaftaran awal Sem 2 Sesi 2012/2013
10 Dis 2012 – 4 Jan 2013

(Rujuk Pekeliling Akademik Bil. 31/2012)

Anda boleh melayari :
http://www.ukm.my/e-pelajar/index.htm
http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/122012/bul_06122012-4.pdf


Saturday, December 8, 2012

DARI MEJA MPP SISWI : "MPP PRIHATIN MASYARAKAT : PROGRAM KHIDMAT SOSIAL"

Posted by ASPIRASI UKM 7:12 PM, under | No comments



[DARI MEJA MPP SISWI]

"MPP PRIHATIN MASYARAKAT : PROGRAM KHIDMAT SOSIAL"

Alhamdulillah.  Berakhir sudah program saya dan beberapa rakan lain bersama para penghuni Taman Seri Puteri Cheras. Taman Seri Puteri Cheras ini merupakan sebuah pusat pemulihan, yang dihuni oleh remaja perempuan yang berusia bawah 18 tahun. Pusat pemulihan ini adalah bertujuan untuk memberi perlindungan dan pemulihan kepada mereka yang terdedah kepada bahaya moral atau keruntuhan akhlak dengan memupuk sikap dan nilai yang murni, bersesuaian dengan norma masyarakat serta memberikan kemahiran yang bersesuaian.

Jam 9.30 pagi kami tiba di sana, terus disambut baik oleh Encik Ismail Hj Mohd Noor, pegawai khas Dato Wira Syed Ali Al Habshee, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras , Dato Hjh Zurainah Musa, Pengerusi Taman Seri Puteri, Puan Zuraida, Timbalan Pengetua Taman Seri Puteri Cheras, , Encik Syairoz, pegawai dan kakitangan Yayasan Pendidikan Cheras dan Berjaya Cooperation. Kami dibawa bersarapan bersama para penghuni dan kami juga turut disertai oleh 20 orang pelajar dari Institut Profesional Baitulmal.

Para penghuni rata-rata berusia 12-17 tahun dan majoriti daripada mereka sedang mengandung dan ada yang sudah sarat, menunggu masa untuk bersalin. Secara jujur, perasaan saya pertama kali terlibat dalam program bersama gadis-gadis ini, perasaan saya sayu dan sedih. Tetapi melihat penerimaan mereka terhadap kami para fasilitator, kami tidak sabar untuk berada bersama mereka dalam sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan berkongsi input sebanyak mungkin bersama mereka.

Objektif utama kami bersama para penghuni ini adalah bertujuan untuk meningkat keyakinan dan daya kemampuan serta membina kembali semangat mereka yang telah hilang kerana titik hitam yang mereka alami. Bukan itu sahaja, semangat ini juga bertujuan untuk membantu mereka membentuk langkah yang kukuh dan stabil selepas bersalin dan selepas keluar dari Taman Seri Puteri Cheras tersebut.

Program bermula dengan ceramah dari seorang ustaz yang saya kira memberi penuh impak kepada para penghuni bahkan kami juga, para fasilitator. Tayangan video, lagu dan paparan slide yang ditayangkan sangat menarik perhatian kami. Ceramah beliau penuh berunsurkan keinsafan dan kata-kata peransang khusus kepada para penghuni. Surau tempat program diadakan di penuhi dengan esakan-esakan para penghuni. Kami juga turut mendapat impak, dalam memperbaiki diri dan membawa diri ke arah yang lebih baik.

Jam 11.30, program diteruskan dengan perasmian oleh Dato Wira Syed Ali Al Habshee, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras. Alhamdulillah, rezeki para penghuni. Dato telah mengumumkan untuk memberi sedikit peruntukan kepada Taman Seri Puteri serta menambah baik perkhidmatan penghawa dingin di surau. Jelas terlihat pada wajah para penghuni, kegembiraan. Remaja-remaja ini memerlukan perhatian, bukan kritikan, bukan kutukan. Buat pengetahuan semua, keadaan Taman tersebut, memerlukan penambahbaikan dan Alhamdulillah, ada insan yang sudi menghulur.

Selesai solat Zuhur secara berjemaah, program diteruskan dengan sesi latihan dalam kumpulan (LDK). Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. Alhamdulillah lagi sekali, walaupun ada yang tengah sarat mengandung, kelihatan mereka langsung tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang telah kami sediakan.

Sekitar jam 3.30 petang, tamatlah sudah program kami bersama para penghuni. Sekali lagi, esakan memenuhi ruang surau. Masa yang kami luangkan bersama mereka terasa begitu singkat. Namun Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, kerana dengan izinNya, kami dapat meluangkan masa bersama mereka dan saya kira, kami telah cuba melakukan terbaik untuk mereka. Saya tinggalkan saudara saudari dengan kata-kata seorang penghuni ini.

“ Terima kasih akak. Terima kasih kerana mendengar. Terima kasih untuk tidak mencaci. Terima kasih kerana menerima saya. Doakan saya kuat untuk berjumpa ibu dan ayah saya bersama zuriat ini”

Wassalam.

Melaporkan :

NUR AZREEN ABDUL MALEK
MPP UKM 2012/2013

Pemimpin Pelajar Bersama Nobel Laureate

Posted by ASPIRASI UKM 12:12 PM, under | No comments


[DARI MEJA MPP ASPIRASI]- 7 Disember 2012 - MPP UKM bersama wakil pemimpin pelajar UKM telah dijemput bagi menghadiri program "An Evening With A Laureate" anjuran CESMED UKM. Program yang dihadiri Penerima Anugerah Nobel Keamanan, Prof. Dr. Muhammad Yunus merupakan satu detik yang berharga dan pemacu aspirasi kepada semua yang hadir bersama pada majlis itu. Saya mewakili mahasiswa/i UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak CESMED UKM diatas kejayaan penganjuran program ini. Kami di pihak kepimpinan pelajar UKM mendapat beberapa pengetahuan mengenai misi yang dibawa oleh Prof. Muhammad Yunus, iaitu berteraskan mikrokredit dan "social business". "Social business" ini merupakan trademark kepada Prof. Muhammad Yunus untuk membawa idea ini ke seluruh negara, iaitu berteraskan mencipta sesuatu peluang yang membawa keuntungan dan membantu sesuatu masyarakat. Idea yang begitu mudah tetapi berbukti keberkesanannya terhadap komuniti yang beliau telah menyumbangkan ideanya. Ini merupakan selaras dengan dasar yang dibawa oleh saya dan rakan MPP UKM yang lain, iaitu menerapkan pemikiran "Nobel Prominence Mindset", "Blue Ocean Strategy" serta "Sustainable Development". Disamping sesi makan malam, program ini turut diselitkan dengan pelancaran "UKM-YUNUS Centre For Advancement of Social Business" yang merupakan platform baru bagi warga UKM untuk melibatkan diri untuk penganjuran aktiviti-aktiviti universiti. Oleh itu selaras dengan Universiti Penyelidikan, warga UKM haruslah melihat kepada platform-platform yang telah disediakan oleh pihak UKM untuk bersama membantu universiti menyumbang kepada dunia pendidikan dan juga khidmat masyarakat. Di samping itu, pihak MPP UKM berkesempatan untuk berkongsi idea dengan golongan pemikir universiti tempatan dan universiti luar dari Jerman dan England mengenai gerakan sebenar mahasiswa yang bukan semata-mata membuat aduan dan laporan, tetapi memikirkan resolusi dan transformasi dalam mengangkat taraf mahasiswa kepada tahap yang membanggakan masyarakat dan negara.



7 December 2012 - Student Representative of The National University Of Malaysia (MPP UKM) and selected student leaders were invited to attend a program organized by CESMED UKM called "An Evening With A Laureate". The main guest of the program is the Nobel Peace Award recepient Professor Dr. Muhammad Yunus who introduces the concept through microcredit to create economic and social development from below. On behalf of UKM's students, we would like to thank the organizer, CESMED UKM in making it a dream come true for us to meet a Nobel Laureate. Throughout the dinner, we were given a little of bit introduction on the efforts that Prof. Muhammad Yunus tries to bring to the world which focuses on social development. In general undestanding, social Development is the act of unlocking the method and ideology in making harmony and oppurtunity to a community. It's a simple lines to understand but the results are already proven by some of the country that follow the methods of Prof. Muhammad Yunus. We MPP UKM take this as a great exposure as it is something relates to our stand, upholding the "Nobel Prominence Mindset", "Blue Ocean Strategy" along with "Sustainable Development". Later in the program itself, there is a launch of the UKM-YUNUS Centre For Advancement of Social Business, and it is a great oppurtunty for UKM community to keep in touch with in making programs and getting more understanding about social business itself. Knowing the true meaning of Research University and how it actual contrubites to the country n society, UKM community should think and work together with the univerisity and contribute our effort in a larger and meaningful way. We also took the liberty in meeting local and international university representative in discussing some of the issues that relates on student's activity and movement and it is the fact that we should be the thinkers and practisioners in making the good change to the society and the country, not saying bad things and destroy the community. Anyway, it's a pleasant evening and a good experience to be share with others.


Melaporkan :
MPP Ahmad Yasyri Ahmad Mahaiyuddin
MPP Shahrul Akmal Johari
MPP Nur Azreen Malek
MPP Low Mee Yein

Friday, December 7, 2012

MOHE Entrepreneurial Awards 2012

Posted by ASPIRASI UKM 12:18 PM, under | No comments

[MPP Aspirasi] Ahmad Yasyri bin Ahmad Mahaiyuddin

[MPP UKM] 5 Disember 2012 - Intipati yang diperoleh daripada program MOHE Entrepreneurial Award 2012 di Kuala Lumpur adalah semangat keusahawanan merupakan satu perkara penting yang perlu ditanam dalam diri masyarakat, terutamanya golongan mahasiswa-mahasiswa yang sering mempunyai idea-idea dalam melaksanakan apa saja projek ataupun program. Saya mewakili mahasiswa UKM mengucapkan tahniah kepada UiTM kerana memenangi anugerah Universiti Keusahawanan bagi tahun 2012 pada malam ini. Moga UKM, dengan pengaktifan CESMED UKM, mampu membawa nama UKM untuk meraih anugerah itu pada tahun akan datang.

Dengan kesempatan itu juga, pihak MPP UKM berkesempatan untuk berbincang secara dalam bersama KSU KPT iaitu Datuk Ab. Rahim Md. Noor bersama pegawainya mengenai "plan of action" dalam membawa perubahan kepada semua institusi-institusi pengajian di Malaysia. Antara dasar dan "core values" yang sempat dibincangkan adalah Nobel Prominence Thinking, Blue Ocean Strategy serta Sustainable Development. Diharapkan daripada perbincangan ini, selaras dengan universiti penyelidikan, warga UKM dapat menyumbang sesuatu kepada komuniti sekarang dan juga masa depan. Kami di pihak MPP UKM sedang membina jaringan dan pengumpulan idea dalam menganjurkan beberapa program berimpak tinggi serta berinovasi yang mampu menyumbang kepada perkembangan institusi pengajian di Malaysia. InsyaAllah.

"Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan"

Thursday, December 6, 2012

MPP UKM bersama UKM 4 Palestin

Posted by ASPIRASI UKM 12:10 AM, under | No comments

Bersama Afifah, Azrol dan Shahrul

Hari ini kami bersama-sama turun ke fakulti sains sosial dan kemanusiaan (FSSK) bagi mendapatkan sumbangan dan dana untuk disalurkan ke Tabung Gaza. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada mahasiswa/i dan pensyarah yang menghulurkan sumbangan dan meraikan usaha-usaha yang telah dilakukan pihak kami. Segala jasa baik pihak tuan/puan amatlah dihargai dan hanya Allah yang mampu memberikan ganjaran yang berlipat kali ganda.

“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam)”. (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Peperangan menentang Zionis ini bukanlah satu perjuangan membebaskan Gaza atau Palestin sahaja. Tetapi ia lebih kepada pembebasan umat Islam di seluruh dunia. Tahukah anda bahawa Zionis juga telah menjajah hampir keseluruhan dunia? Di Gaza mereka menjajah umat Islam dengan senjata pemusnah seperti roket dan bom. Tetapi yang lebih ditakuti ialah penjajahan minda dan penyerangan minda yang kian meluas di seluruh dunia bagi menjatuhkan akidah seluruh umat Islam.
Sama-sama lah kita berbakti dan berjuang menentang kebatilan. Hulurkan sumbangan anda tidak kira berapa banyak dan sedikit tetapi yang dikira hanyalah keikhlasan seorang hamba itu. Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.
Melaporkan :
MPP UKM - SHAHRUL AKMAL BIN JOHARI
EXCO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT SOSIAL

Wednesday, December 5, 2012

Bersama MPP UKM 4 Palestine

Posted by ASPIRASI UKM 1:03 PM, under | No comments


[UKM 4 PALESTINE] Kesemua MPP akan berada di FSSK bagi rapat umum dan menggerakkan tabung UKM4PALESTINE pada pukul 1.30 petang. InsyaAllah, bersama-samalah dengan kami untuk berusaha mengumpul dana UKM4PALESTINE sebanyak RM20,000. Kesemua dana akan disumbangkan terus melalui Aman Palestin dan Aqsa Syarif untuk saudara kita di Palestin.

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Friday, November 30, 2012

Majlis Pelancaran Pesta Ang Pow Ke-19

Posted by ASPIRASI UKM 10:44 AM, under | No comments


Majlis Pelancaran Pesta Ang Pow Ke-19 turut disertai dengan upacara Pengembalian Piala Naga PAP dan Persembahan Drum 24 Musim.

Empat Tiang Piala Niaga bermaksud cabaran yang bertubi-tubi, pulangan berdikit-dikit, kejayaan dapat dikecapi pada akhirnya. selain itu, membela keadilan dan kesaksamaan, berkhidmat demi orang ramai.

Naga pula lambang PAP serta nadi semangat Tiong Hua. Secara keseluruhannya, pelbagai aspek PAP sering berkait rapat dengan simbol naga. Piala naga diharapkan dapat memberikan kefahaman terhadap budaya Tiong Hua serta memupuk integrasi dan perpaduan.

Pada pukul 8 malam 28 november yang lalu, saya bersama MPP UKM telah menghadiri Majlis Pelancaran Sekretariat Pesta Ang Pow UKM Ke-19 yang diadakan di Dewan Anuwar Mahmud (DAM). Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Wee Jeck Seng.

Nur Azreen Binti Abdul Malek
Sharul Akmal Bin Johari

MPP UKM 2012/2013










Thursday, November 29, 2012

Gaza Freedom!

Posted by ASPIRASI UKM 7:02 PM, under | No comments


اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ
اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ
(اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي
اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ
اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم
Wahai Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami,
Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

Sunday, November 25, 2012

Majlis Penutup SUKEM 2012

Posted by ASPIRASI UKM 1:01 PM, under | No comments


Berikut keputusan akhir Kejohanan Sukan UKM (SUKEM) 2012


Nur Azreen Binti Abdul Malek
MPP UKM 2012/2013
BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN


Kolej Tun Syed Nasir

Kolej Burhanuddin Helmi

Kolej Dato' Onn

Kolej Antarabangsa Ibu Zain

Kolej Keris Mas

Kolej Pendeta Zaba

Kolej Rahim Kajai

Kolej Tun Dr. Ismail

Kolej Tun Hussein Onn

Kolej Ungku Omar
Kolej Aminuddin Baki

Kolej Ibrahim Yaakub

Friday, November 23, 2012

HARI MUJAHID PALESTIN

Posted by ASPIRASI UKM 2:51 AM, under | No comments



MPP UKM 2012/2013, Muhammad Azrol B. Md Azhar akan menganjurkan Hari Mujahid Palestin bersama Kolej Ungku Omar. Oleh itu, marilah kita sama-sama menunjukkan keprihatinan dan kebertanggungjawaban kita terhadap Perjuangan dan Kebebasan di Palestin.

Ini bukan sekadar isu yang retorik atau isu umat Islam sahaja, tetapi selagi kita bergelar Manusia, ini menjadi tanggungjawab kita untuk bersama-sama menolong dan membantu mereka di Palestin dalam apa jua sumbangan setakat apa yang kita mampu.


Mari bersama-sama meramaikan program Hari Mujahid Palestin..


Program : Sabtu-24 hb


(8.30 pagi) : Pelancaran tabung 'Demi Palestin KUO' dan pelepasan Drive For Palestine Freedom
(2.30 petang) : Tahlil dan Yaasin dan makan tengahari
(4.30 petang) : Ceramah isu semasa Palestin (Aqsa Syarif Bhd)
(8.30-11.00 malam) : Malam 'UKM4PALESTINE'

---> Untuk sesiapa yang berminat bagi menyertai 'Drive For Palestine Freedom' sila berhubung dengan MPP UKM 12/13, Saudara Muhammad Azrol B. Md Azhar [019-6997809] atau Zubir [013-5310412].
---> Bagi yang berkereta amat digalakkan


RESOLUSI PALESTIN

Posted by ASPIRASI UKM 2:28 AM, under | No comments




[SALAM MAHASISWA]

RESOLUSI PALESTIN : Permuafakatan menunjukkan siapa kita..

ISIUKM, ASPIRASI, PMUKM, JAKSA dan Kelab/ Persatuan Pelajar telah bersama-sama duduk semeja, mencurahkan idea dan sumbangsaran yang akhirnya terbentuk satu RESOLUSI suara mahasiswa mengenai isu Palestin..Prihal isu Palestin bukan hanya berkisar mengenai isu keagamaan, kewilayahan dan pertelingkahan bangsa, tetapi ianya 
menjadi tanggungjawab kita semua tidak kiralah ISLAM atau bukan ISLAM, bersama-sama membentuk permuafakatan dan keprihatinan kita terhadap isu kemanusiaan di Palestin..Hasil daripada mesyuarat bersama wakil-wakil badan kepimpinan pelajar, maka kami membentuk satu RESOLUSI, dimana kita akan sama-sama laksanakan bagi melihat Palestin kearah yang lebih baik..

antara RESOLUSI yang digariskan :

1) melancarkan kempen, UKM4PALESTINE secara menyeluruh di UKM. Sebahagian daripada kempen ini, akan melibatkan kutipan derma bagi PALESTIN disetiap peringkat, JAKSA dan FAKULTI selain institusi luar seperti masjid dan masyarakat. Pengumpulan derma ini akan dilaksanakan selama 2 minggu bagi mencapai target RM20,000 . Dana yang dikumpulkan akan disalurkan terus ke Palestin melalui badan-badan sukarelawan NGO.
(PIC : ISIUKM)

2) Melaksanakan aktiviti-aktiviti berunsurkan intelek seperti SUARA KAMPUS selain mahasiswa akan dibawa turun padang bersama-sama masyarakat dalam program OPKIM. Selain itu, Kempen secara berterusan juga akan dijalankan ruang maya seperti di FB dan ruang siber lain serta mengadakan pameran dan 'talk" mengenai isu Palestin.
(PIC : PMUKM)

3) Konvensyen isu Kemanusiaan yang lebih menjurus kearah isu Palestin yang akan melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA seluruh Malaysia yang akan diadakan di UKM..usul daripada konvensyen akan dibawa kepada pihak kerajaan bagi menunjukkan kesolidaritian suara mahasiswa dipentas yang lebih tinggi..
(PIC : Aspirasi, Kelab Sahabat Aqsa dan PMUKM)

Oleh itu, kami menyeru mahasiswa/i keseluruhannya, mari bergerak bersama kami agar apa yang diusulkan tidak sia-sia dan melihat dunia kita kearah yang lebih baik..Gerakan Mahasiswa Pencetus Revolusi Global..




"MENGILHAM HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN"

Thursday, November 22, 2012

Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor Ke 54

Posted by ASPIRASI UKM 2:44 PM, under | No comments



Merafak kesyukuran dan Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucapan Selamat kepada :

DYMM Tuanku Ibrahim Ibni Almarhum Tuanku Iskandar
Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku

Wednesday, November 21, 2012

Kad Siswa 1 Malaysia

Posted by ASPIRASI UKM 11:50 AM, under | 2 comments

 

Sukacita dimaklumkan bahawa penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia bagi pelajar Tahun 3 dan 4 UKM Bangi akan diadakan pada:

1-UKM KAMPUS BANGI

Tarikh : 21, 22 dan 22 November 2012 (Rabu, Khamis dan Jumaat)
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Aras 3, (Berhadapan PMUKM) Bangunan Pusanika, UKM Bangi

2-UKM KAMPUS KUALA LUMPUR DAN PPUKM

AKAN DI MAKLUMKAN KEMUDIAN

Untuk makluman semua pelajar-pelajar, sebelum datang ke Kaunter penyerahan Kad Diskaun 1Malaysia, mohon semua pelajar lihat terlebih dahulu senarai nama yang di lampirkan dan di papan kenyataan yang disediakan. Sila lihat nombor BILANGAN dan M/S bagi memudahkan penyerahan kad tersebut. Bagi pelajar yang tersenarai dan bertanda ( / ) adalah pelajar yang ada kad dan bagi pelajar yang tiada bertanda ( / ) begitu juga pelajar yang tiada tersenarai,dan tiada kad (Bagi Tahun 2) sila datang ke meja masalah pada hari tersebut, di meja yang telah disediakan.

Bagi tahun 1 akan dimaklumkan kemudian..

http://www.ukm.my/e-pelajar/akademik_content.htm#19112012-14

Tuesday, November 20, 2012

In Solidarity With Gaza

Posted by ASPIRASI UKM 8:12 AM, under | No comments

Keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2012 telah menunjukkan bahawa kehadiran dan kemenangan Obama buat kali kedua ini menjadi harapan buat masyarakat antarabangsa dalam mengembalikan kestabilan pada tempatnya. Namun, kemenangan beliau nampaknya tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada masyarakat dunia. Kita melihat isu Palestin terutamanya di Gaza baru-baru ini dinyatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengulangi sokongan AS terhadap tindakan Israel yang didakwa berhak mempertahankan negaranya, ketika bercakap melalui telefon dengan Netanyahu mengenai konflik tersebut.

Dengan insiden kemarahan dunia Islam yang masih belum reda ekoran penerbitan filem anti-Islam, pendirian Obama yang terus menyokong Israel dan menghalalkan apa cara yang digunakan Israel ke atas Gaza menimbulkan kebencian dan kemarahan umat Islam dunia.

Baru-baru ini, Kabinet Israel telah meluluskan kebenaran mengerahkan 75,000 askar simpanan sebagai persediaan perang terhadap Palestin. Pegawai di Gaza berkata, 41 warga Palestin terbunuh, 20 adalah orang awam termasuk 8 kanak-kanak dan seorang wanita hamil dan beratus lagi yang cedera sejak Israel melancarkan serangan empat hari lalu (BH, 18/11/2012).

Sementara itu, Presiden Mesir, Mohamed Mursi menyifatkan serangan Israel ke atas Genting Gaza sebagai pencerobohan kejam terhadap kemanusiaan, sambil menegaskan Mesir tidak akan membiarkan Gaza bersendirian. "Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza seorang diri. Mesir hari ini bukannya Mesir semalam. Masyarakat Arab hari ini juga bukan masyarakat Arab seperti sebelum ini", tegas Mursi.


Palestinian girl, Hanen Tafesh, killed the day before in an Israeli air strike, is comforted by her husband and relatives as she mourns before her funeral in Gaza City, on November 16, 2012. Israeli warplanes carried out multiple new air strikes on the Palestinian territory, including several hits on Gaza City, the third day of an intensive campaign which the military has said is aimed at stamping out rocket fire on southern Israel. AFP PHOTO/MARCO LONGARI AFP

Oleh itu, kami sekeras-kerasnya mengutuk segala tindakan zalim yang dilakukan Israel/Zionis ke atas Palestin khususnya Gaza. Mari kita semua masyarakat Islam menyumbangkan tenaga, masa, wang ringgit dan doa kepada mereka yang menderita di sana. Contohnya, kewujudan tabung khas Gaza menunjukkan salah satu simbolik keprihatinan kita terhadap saudara Islam kita di sana. Kita juga mengharapkan Kerajaan Malaysia terus menerus mendesak, tegas, berani dan berusaha menghentikan pertumpahan darah yang berlaku di Gaza.

Peranan badan pengaman dunia turut digalas oleh banyak pertubuhan dan institusi antarabangsa yang bersifat serantau seperti Pakatan Atlantik Utara (NATO), Kesatuan Eropah (EU), Kesatuan Afrika (AU), Pertubuhan Negara Asia Tenggara (ASEAN), OIC dan banyak lagi. Semua pertubuhan dan institusi yang bersifat serantau ini turut sama bermatlamat memastikan keamanan dan keselamatan dunia sejagat di samping PBB. Kami ingin melihat keprihatinan dan tanggungjawab anda dalam mengutarakan penyelesaian yang berlaku di Palestin khususnya di Gaza. Kegagalan usaha campur tangan antarabangsa dalam pelbagai konflik antarabangsa di serata pelosok dunia sebenarnya merupakan kegagalan antarabangsa, termasuk PBB dan pertubuhan serantau untuk memahami secara mendalam keadaan konflik tersebut sebagaimana yang sepatutnya.

Ya Allah ya Rahman ya Karim ya Mukmin ya Jabar ya Amin , Selamatkan saudara-saudara islam kami di Gaza daripada rakusnya Israel laknatullah.. Kuatkan iman dan hati mereka, kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa dan seterusnya bumi Palestin di sana. Amin..

Tuesday, November 13, 2012

Selamat Maal Hijrah 1434H

Posted by ASPIRASI UKM 12:58 PM, under | No comments


Assalamualaikum...

Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi.

Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah:


Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:


 Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1434.