MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Friday, March 15, 2013

KEROSAKAN DI DEWAN ANUWAR MAHMUD, FST

Posted by ASPIRASI UKM 7:08 PM, under | No comments


15 MAC 2013 - MPP FST Tahun 3 & 4 telah bertemu dengan pegawai teknikal daripada FST dan juga Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan bagi mendapatkan maklumat berikutan keadaan plaster ceiling yang membahayakan pengguna Dewan Anuwar Mahmud (DAM). Kelihatan beberapa panel plaster ceiling yang dalam keadaan yang merisaukan disekitar dewan kuliah tersebut. Apabila bertanyakan jangka masa pembaikpulih plaster ceiling tersebut, kedua-dua pihak memberi maklumat bahawa proses itu akan dijalankan pada cuti pertengahan semester akan datang. Pihak FST dan MPP FST sedar terhadap bahaya keadaan tersebut berikutan kuliah dan program masih dijalankan di DAM. Oleh itu, pihak MPP akan cuba berbincang dengan pihak pengurusan agar ianya dipercepatkan dan kuliah dipindahkan ke dewan-dewan lain untuk bagi laluan proses pembaikan. 








Dalam kesempatan ini juga, pihak MPP FST mewakili pihak pengurusan FST ingin memohan maaf kepada siswa/i Kolej Ungku Omar yang menganjurkan program Pesta Ponggal di DAM pada 16 Mac 2013 di atas kelewatan makluman terhadap keadaan semasa DAM.




MPP FST 3&4 : MEREALISASIKAN MANIFESTO

Posted by ASPIRASI UKM 6:53 PM, under | No comments


15 MAC 2013 - MPP FST, Ahmad Yasyri bin Ahmad Mahaiyuddin telah ke Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan dan berpeluang bertemu Timbalan Pengarah (Penyelenggaraan dan Operasi), Tuan Ir. Ab. Ghani Wahab bagi membawa kertas kerja pembinaan speedtable dan papan tanda. Aduan-aduan berkenaan  laluan antara Bangunan Kimia dan Pejabat Kedekanan FST telah diceritakan seperti yang dilampirkan pada kertas kerja tersebut dan pihak beliau dukacita dan terlepas pandang aspek keselamatan dikawasan terbabit. Dengan penerimaan kertas kerja tersebut, Tuan Ir. Ab. Ghani memberi jaminan kerja pemasangan speedtable dan papan kenyataan akan dijalankan dengan segera oleh pihaknya.




Di kesempatan itu juga, isu kemudahan seperti kerusi-kerusi dewan kuliah, pencahayaan dan jalan berlubang di sekitar UKM (jalanraya utama, kolej, dan fakulti) telah dibincangkan. Perincian akan disusuli kemudian sebagai gerak kerja MPP Aspirasi UKM.

MPP FST 3&4 : BERSAMA TIMBALAN DEKAN

Posted by ASPIRASI UKM 6:35 PM, under | No comments


13 MAC 2013 - MPP FST Tahun 3 & 4 telah membuat pertemuan lanjut bersama Timbalan Dekan (Prasiswazah dan Alumni) FST, Prof. Dr. Shahidan Radiman bagi membincangkan hal ehwal kebajikan siswa/i di FST. Pertemuan ini dimanfaatkan dengan membincangan tindakan-tindakan pihak fakulti dan MPP terhadap meyuarat pentadbiran yang telah diadakan pada bulan Disember yang lepas.

Antara perkara yang dibincangkan adalah :

1. Garis Panduan terhadap peluang pekerjaan berdasarkan jurusan pengajian.
2. Menyediakan bilik gerakan dan kemudahan lain bagi kelab-kelab, sama seperti di Pusanika.
3. Ruang belajar,berehat dan berorganisasi
4. Kemudahan pergerakan  siswa/i daripada bangunan lama ke bangunan Kedekanan yang baru

Hasil perbincangan dan gerak kerja lanjutan adalah seperti berikut :

1. Garis panduan ini akan dibincangkan pihak pengurusan yang melibatkan ketua-ketua program agar merancakkan program-program kerjaya yang melibatkan alumni-alumni fakulti agar dapat mengadakan hubungan dua hala yang memfokuskan kerjaya dan latihan industri. Usaha yang sama juga sedang dilakukan oleh pihak Pejabat Pertubuhan Alumni dibawah pengelolaan Prof. Dato' Dr. Laily Bin Din, yang juga pensyarah kimia di FST.

2. Kemudahan bilik khas bagi kelab-kelab, akan memakan masa berikutan kekangan kewangan dan juga bilik-bilik yang terhad bilangan, malah terdapat pensyarah yang masih belum mempunyai bilik tersendiri. Adalah menjadi harapan agar ahli-ahli kelab di fakulti mendapat keistimewaan seperti kelab-kelab pusat di Pusanika. Walau bagaimanapun, ia akan terus di usahakan menggunakan ruang dan peluang yang ada.

3. Kemudahan ruang-ruang belajar dan berehat sedang diusahakan oleh pihak fakulti atas permintaan perwakilan pelajar. Antara ruang yang telah diusahakan adalah di Bangunan Kimia yang telah disediakan meja, kerusi, kipas, soket elektrik dan kemudahan wi-fi.


Antara lokasi lain yang dalam perancangan adalah di Pejabat Kedekanan FST.

4. Pelan jangkamasa panjang fakulti adalah pembinaan jejambat daripada bangunan kimia ke pejabat kedekanan. Walau bagaimanapun, pihak MPP merasakan pelan itu akan mengambil masa yang lama dan akan membahayakan pengguna laluan terbabit. Banyak aduan yang telah diterima daripada siswa/i malah terdapat yang hampir dilanggar kenderaan yang laju. Pihak MPP akan mengambil langkah seterusnya berikutan ianya melibatkan keselamatan pengguna laluan itu.


Terdapat juga agenda lain yang telah dibincangkan disamping menjaga kebajikan mahasiswa yang bersifat fizikal. Perkara ini akan dikeluarkan pada masa yang sesuai setelah mendapat maklumat bersama pihak TNC Akademik dan Antarabangsa, Prof. Datuk Dr. Nor Azlan Ghazali.

Aspek kemudahan yang lain akan terus diusahakan oleh pihak MPP dan fakulti agar dipercepatkan bagi keselesaan mahasiswa/i di FST dan juga fakulti-fakulti lain.

Sekian.

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

MPP FST Tahun 3&4 Bertemu Dekan

Posted by ASPIRASI UKM 5:38 PM, under | No comments





4 OKTOBER 2012 - Setelah mendapat mandat daripada mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi pada PRK yang lepas, MPP FST Tahun 3 & 4 telah mengambil langkah menyerahkan kertas cadangan dan manifesto secara terus kepada Dekan FST, Prof. Dr. Sahrim Ahmad. Ini merupakan gerak kerja pertama bagi merealisasikan manifesto dan aduan-aduan yang diterima daripada mahasiswa FST.

Disamping itu, pertemuan selama satu jan ini dimanfaatkan juga dengan perbincangan perlaksanaan manifesto di FST yang telah mendapat  sokongan daripada pihak pentadbiran FST. Ini adalah usaha agar hasil perbincangan itu dapat diteruskan dan diperincikan pada masa yang terdekat ini.

Menurut Dekan FST, usaha dalam menjaga kebajikan mahasiswa/i selaku "Stakeholders" adalah menjadi tumpuan beliau walaupun perlu memfokuskan terhadap usaha meningkatkan KPI FST dalam bidang-bidang tertentu. Oleh itu, pendekatan mahasiswa terutamanya pemimpin pelajar haruslah berkehadapan dalam bernai memanjangkan sebarang permasalahan itu kepada pihak pentadbiran FST dan pengurusan tertinggi universiti.

Pertemuan ini telah disusuli dengan mesyuarat bersama Pengurusan Fakulti dan Perwakilan Pelajar pada bulan Disember 2012 yang lepas.

Sumber-sumber luar :

Thursday, March 14, 2013

WAJAH BARU KAFE FTSM

Posted by ASPIRASI UKM 7:39 PM, under | No comments

SALAM MPP ASPIRASI UKM

"BERITA BAIK! BERITA BAIK!"
buat semua mahasiswa/i FTSM


Alhamdulillah, hasrat dan keinginan pelajar FTSM yang menginginkan kafe dibuka telah mendapat titik noktahnya. MPP FTSM Kinanda Nugraha telah berbincang bersama pengusaha kafe baru mengenai operasi dan pelbagai lagi misi kebajikan di kafe FTSM serta perancangan lain  di masa hadapan.
Kafe akan mula dibuka pada hari Isnin 18/3/2013 dan akan ada MAKAN PERCUMA!

Memetik kata-kata MPP Kinanda Nugraha, "Saya tidak akan pernah mensia-siakan mandat dan amanah yang telah diberi". Segala sokongan terhadap kami, MPP ASPIRASI kami ucapkan ribuan terima kasih. tanpa anda, kami tiada siapa.

Kebajikan Anda Perjuangan Kami
-MPP ASPIRASI UKM - 



ROADTOUR MPPUKM DAN PAP

Posted by ASPIRASI UKM 5:52 PM, under | No comments



SALAM MAHASISWA
::MPP ASPIRASI UKM::

Hebahan untuk semua ... roadtour MPPUKM dgn kerjasama PAP ke kolej2 kediaman dan fakulti termasuk UKM KL ... nantikan roadtour kami ... menerangkan sejelas2nya mengenai sistem baru LC ... sebarang perkongsian masalah boleh diutarakan ... untuk pemakluman giliran kolej kediaman dan fakulti akan di beritahu kemudian ..

MENGILHAM HARAPAN , MENCIPTA MASA DEPAN




TAHNIAH KEJAYAAN UKM!

Posted by ASPIRASI UKM 1:46 PM, under | No comments



KUALA LUMPUR, 12 Mac - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat satu lagi pencapaian menakjubkan apabila seorang pesakit disedarkan sewaktu pembedahan sedang dilakukan.
Ia adalah pembedahan pertama ‘Awake Craniotomy’ yang dilakukan di Pusat Perubatan UKM. Pembedahan itu dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan dari otak pesakit tanpa menyebabkan kerosakan otaknya. Kalau pun ada kerosakan yang dialaminya sangat kecil.
Siapa yang tidak mengetahui mungkin terkejut bahawa pesakit terbangun semasa pembedahan sedang dijalankan. Tetapi dalam pembedahan ini menyedarkan pesakit kembali adalah disengajakan. Malah pesakit perlu disedarkan untuk memberitahu doktor bedah reaksinya bagi melindungi fungsi otak pesakit.
Pembedahan ini telah dilakukan oleh Pakar bedah Neurologi, Professor Madya Dr Ramesh Kumar dengan dibantu oleh tiga lagi pakar bedah iaitu Dr Toh Charng Jeng,  Dr Sanmugarajah Paramasvaran and Dr Ainul Jaffar.
Dr Esa Kamuruzaman adalah pakar bius yang bertanggung jawab bagi melalikan pesakit sebelum menyedarkannya semula sebaik tempurung kepala pesakit telah dibuka. Pesakit disedarkan semasa pembedahan bagi membolehkan ketumbuhan dikeluarkan dengan selamat.
Pembedahan sebegini selalu dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan yang berada di bahagian otak yang dikenali sebagai ‘Eloquent Brain’.  Ini adalalah bahagian yang mengawal fungsi penting seperti komunikasi, persepsi, interaksi dan pergerakan
Bahagian tersebut mengurus deria, pergerakan dan pertuturan yang merupakan fungsi penting untuk kehidupan normal.
Yang menakjubkan pembedahan unik ini ialah pesakit turut mengambil bahagian semasa pembedahan dengan memberi maklum balas kepada pakar bedah. Pakar bedah akan bertindak berdasarkan maklum balas dari pesakit.
Yang tidak mengetahui mungkin menganggapnya mengerunkan semasa pesakit mula sedar ketika pembedahan sedang dilangsungkan dan menjawab soalan yang diajukan kepadanya.
Dr Ramesh berkata pesakit perlu disedarkan semasa pembedahan berlangsung kerana ia adalah untuk membolehkan pemotongan maksimum sambil memastikan tidak ada kecederaan ataupun hanya kecederaan minimum berlaku kepada tisu otak yang normal. Ini adalah untuk menentukan pesakit tidak mengalami kehilangan fungsi yang boleh menjejaskan pesakit.
Cara terbaik untuk memastikan pesakit tidak mengalami kerosakan fungsi tubuh badan akibat pembedahan itu adalah melalui maklum balas dari pesakit sendiri.
Ini tidak dapat diketahui jika pesakit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri
Dr Ramesh berkata pesakit akan ditanya berapa soalan dan disuruh untuk melakukan beberapa perkara yang mudah semasa ketumbuhan dipotong. Ini bagi melihat sama ada bahagian otak yang mengawal fungsi tersebut tidak mengalami kerosakan akibat pembedahan yang dibuat.
Perubahan fungsi yang dikawal oleh bahagian otak tersebut diperhatikan dengan rapi. Jika terdapat perubahan yang negatif pada fungsi dan reaksi pesakit pembedahan akan dihentikan.
Walaupun terdapat teknologi MRI yang dapat mengesan di mana lokasi ketumbuhan tetapi ia masih belum cukup tepat.





Dengan hanya berpandukan imbasan MRI pembedahan boleh diumpamakan seperti meredah kawasan yang penuh dengan perangkap samar.
Sebarang kerosakan kepada bahagian ini, walaupun cuma satu milimeter boleh menyebabkan pesakit terpaksa hidup dengan kecacatan yang hakiki.
Dr Ramesh berkata “Walaupun imbasan MRI dapat menunjukkan bahagian pertuturan dan pergerakan. Ia mungkin tidak menunjukkan bahagian yang penting dengan tepat.
“Oleh itu pemetaan otak dibuat dengan rangsangan elektrik kepada otak semasa pesakit sedar. Ini adalah cara yang paling berkesan bagi melindungi saraf,” kata Dr Ramesh.
Otak tidak mempunyai sistem penyembuhan sendiri jadi jika mana-mana bahagian mengalami kerosakan ia tidak akan pulih atau tumbuh kembali.
Pesakit akan diberi anestesia am sebelum pembedahan dimulakan untuk melalikannya. Pakar bedah akan memulakan pembedahan dengan membuka tempurung kepala untuk sampai kebahagiaan otak.

Pesakit perlu menerima bius kerana kulit kepala dan perikranium (tisu di yang menyelaputi tempurung) berasa sakit sementara otak tidak mempunyai deria sakit. Selepas tempurung kepala pesakit dibuka, anestesia dibalikkan menyebabkan pesakit terjaga.
Selepas pemotongan ketumbuhan dibuat, pesakit dilalikan semula untuk menutup kembali tempurung kepala.
Oleh sebab pembedahan tersebut agak menggerunkan bagi pesakit mereka diberi kaunseling yang terperinci sebelum pembedahan dilakukan.
Pesakit pertama yang menjalani pembedahan ‘Awake Craniotomy’  telah pun sembuh dan kini berada dalam keadaan sihat.
Maklumat lanjut mengenai pembedahan itu boleh didapati dengan menghubungi Puan Mahani di mahani.ramdani@ppukm.edu,my.\

Sumber : http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/1371


http://pm-ukm.blogspot.com/2013/03/tahniah-ukm-ukm-bedah-pesakit-sedar.html

TAHNIAH ATAS PROGRAM BEDAH BUKU OLEH PIMPINAN MPP UKM

Posted by ASPIRASI UKM 1:21 PM, under | No comments


:: MPP ASPIRASI UKM ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tahniah sebagai satu ungkapan untuk meraikan program yang dilakukan oleh mahasiswa/i UKM amnya..

Tahniah YDP MPP UKM, Saudara Syukran berjaya menganjurkan Program Pembudayaan Ilmu di bangunan Pusanika, UKM.. Terima kasih kepada YB Dato' Saifuddin Abdullah yang turut merasmikan program tersebut.. Terima kasih juga kepada Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah kerana berkesempatan datang ke program tersebut sejurus selesai kerja beliau.. Semoga dengan adanya ilmu yang bermanfaat yang diperolehi di dalam soal jawab tersebut dapat dijadikan panduan dan pedoman kepada mereka yang hadir..




-Cuma sekadar pandangan kerdil ini, harap program seperti ini dapat dijalankan di tempat yang lebih sesuai disebabkan kawasan tersebut yang mengalami kerosakan kemudahan kipas dan lampu serta terlalu bising disebabkan keriuhan pelanggan cafeteria sehingga tidak berapa jelas apa yang cuba disampaikan oleh YB Dato' Saifuddin..Ini menganggu satu 'wacana' yang baik..Tempat seperti Auditorium Siswa dilihat satu alternatif yang baik.
-Selain itu, saya berharap pihak MPP UKM dapat memaklumkan kepada pihak pentadbiran seawalnya agar mereka dapat membuat persediaan secukupnya disebabkan YB Dato' merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi..Jangan hanya menjemput melalui sms sahaja dari nombor 'anonymous'..
-Saya juga mendapat maklum dari mahasiswa yang mereka tidak tahu mengenai program tersebut..Kemungkinan kurangnya publisiti yang dapat dimaklumkan kepada mahasiswa..Pendekatan pihak penganjur dalam menarik kehadiran mahasiswa juga penting..

Semoga yang keruh kita tinggalkan dan ambil yang jernih.. Apa pun Terima Kasih kepada YB Dato' Saifuddin dan Tan Sri Dato' Sharifah selaku Naib Canselor UKM kerana hadir..Terima kasih juga kepada mahasiswa yang hadir.. Petikan ucapan yang dinyatakan oleh YB Dato' di laman FB beliau,

"Tq MPPUKM krn menganjurkan program bedah buku sy, Politik Baru pagi tadi. Tq ramai msiswa yg hadir & atas soalan2 yg amat baik, ada yg sy tak mampu jawab, spt ttg dasar fiskal negara. tq VC krn sudi menjenguk sebaik selesai mesyuaratnya...YB Datuk SAIFUDIN from FB'

Shahrul Akmal, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2012/2013


Wednesday, March 13, 2013

LEARNING CONTRACT: Pembuktian di iFolio Menggantikan Sistem Pembuktian di SPI

Posted by Kinanda Nugraha 11:23 AM, under | No comments

Dimaklumkan mulai Semester 2 Sesi Akademik 2012/2013 semua pelajar yang mengambil HHHC9118 - Pembangunan Insaniah (Learning Contract) dan memohon kontrak pembelajaran melalui Sistem Pembangunan Insaniah (SPI) dikehendaki menggunakan iFolio sepenuhnya bagi menggantikan Modul Pembuktian SPI. Berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian:

Sila klik gambar untuk memperbesar



Monday, March 11, 2013

Isu Kafe dan Manifesto Perkhidmatan Vending Machine FTSM

Posted by Kinanda Nugraha 7:42 PM, under | No comments


MPP Kinanda Nugraha yang merupakan MPP FTSM telah berjumpa dengan En. Nazri Putra Ramli, Pegawai Jabatan Bendahari UKM untuk memberi cadangan permohonan vending machine atau mesin jualan air tin dan cadangan pembukaan kembali tender kafetaria FTSM yang telah tutup sejak awal semester.

MPP Kinanda Nugraha bersama En.Nazri, Pegawai Jabatan Bendahari UKM
1. Pewujudan Perkhidmatan Vending Machine

Cadangan ini disambut baik oleh En. Nazri. Beliau mengatakan bahawa UKM telah mempunyai hubungan yang baik dengan syarikat Pemanis, penyedia perkhidmatan vending machine twister seperti yang telah wujud di beberapa tempat seperti Pusanika dan PTSL. Penyediaan perkhidmatan ini telah wujud di UKM secara berperingkat.

Untuk meletakkan vending machine, syarikat diberikan tempoh percubaan selama lebih kurang 2 bulan secara percuma. Jika syarikat mendapatkan keuntungan, barulah perkhidmatan vending machine dikekalkan dan syarikat dikenakan biaya RM110 per bulan.

Kami dari pihak MPP akan mewujudkan perkhidmatan ini sesuai prosedur yang berlaku, dengan meminta persetujuan daripada pihak dekan dan En. Zulkafli Amat, Penolong Kanan FTSM. Kertas cadangan yang telah diserahkan akan diteruskan oleh beliau bagi mewujudkan perkhidmatan ini.

Gambar: MPP Kinanda Nugraha bersama Pn.Hadidah, Pembantu Dekan
Berdasarkan cadangan dan suara pelajar FTSM, ramai yang bersetuju untuk meletak vending machine berhampiran dengan Pusat Pengajian Siswazah, didekat tangga menuju bilik kuliah. Jika perkhidmatan ini telah wujud, diharapkan para pelajar boleh menyokong untuk membeli supaya syarikat mengekalkan perkhidmatan vending machine setelah tempoh percubaan.

2. Pembukaan Kembali Tender Kafetaria FTSM

Tender kafetaria FTSM telah banyak kali berganti, dan sejak tahun 2009, ada 5 pengusaha tender yang melihat kawasan namun tidak berminat untuk menjalankan usaha di FTSM, kerana kurangnya bilangan pelajar dan lokasi yang tidak strategik.

En. Nazri mengutarakan bahawa punca utama adalah lokasi kafetaria yang tidak strategik. Sebelum ini beliau pernah berbincang dengan En. Zulkafli Amat, Penolong Kanan FTSM dan hasil perbincangan tersebut ada dua pilihan:

1. Menutup kafetaria dan menjadikan tapak kafetaria menjadi fasiliti Robot Soccer
2. Menurunkan harga sewa tapak

Malangnya setelah tender kafe yang lama pergi, belum ada satu pengusaha pun yang berminat untuk mendapatkan tender kafe FTSM.

Namun melihat hasrat dan keinginan pelajar yang mahukan kafetaria kembali wujud akan tetap kami perjuangkan, kerana kebajikan pelajar adalah tanggungjawab kami.

Oleh : Kinanda Nugraha- MPP FTSM 2012/2013

Sunday, March 10, 2013

JUARA VS JUARA

Posted by ASPIRASI UKM 5:53 PM, under | No comments



:: MPP ASPIRASI UKM ::

JUARA VS JUARA

10 MAC 2013 - 8.45 MALAM - STADIUM UKM, BANGI

KAMI, MPP ASPIRASI UKM MENYOKONG PENUH PASUKAN UKM. KAMI SEBAGAI MAHASISWA MENGHARAPKAN PERSEMBAHAN YANG BERTENAGA UNTUK MALAM INI. KAMI DOAKAN KEJAYAAN DAPAT DIPEROLEHI OLEH PASUKAN BOLA SEPAK UKM. KAMI JUGA MENYERU MAHASISWA/I UNTUK DATANG MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN UKM. 

PERMOHONAN BANTUAN SISWAZAH TUNKU ABDUL RAHMAN (BSTAR)

Posted by ASPIRASI UKM 12:33 PM, under | No comments


BANTUAN SISWAZAH TUNKU ABDUL RAHMAN (BSTAR)

Penerima BSTAR ini dipilih daripada graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) dalam negara yang berlatar belakang keluarga miskin.

Syarat-Syarat Permohonan

(a) Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Tamat pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda IPT tempatan dalam negara di antara 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013
(iii) Berlatarbelakang keluarga miskin

(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
(i) Memperoleh keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK / CGPA 3.50 dan ke atas.
(ii) Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang / aktif dalam ko-kurikulum.

Kadar Dermasiswa
Amaun dermasiswa dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR. Sumbangan akan diberi dalam bentuk pembayaran balik pinjaman PTPTN untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Pengesahan Pendapatan Keluarga
Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan) yang benar-benar mengenali keluarga pemohon.

Permohonan

Klik http://www.yayasantar.org.my/index/PP_DTAR.html untuk memuat turun Borang Permohonan Bantuan Siswazah Tunku Abdul Rahman. Semua permohonan mesti dibuat dengan sokongan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) univeristi. Jika tidak, ia akan ditolak.

Tarikh tutup permohonan : 30 September 2013

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.


PERMOHONAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN (BTAR) SEHINGGA 29 MAC 2013

Posted by ASPIRASI UKM 12:29 PM, under | No comments


BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN (BTAR)
Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di IPTA mahupun IPTS dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan

(b) Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum
(i) Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* yang mencapai PNGK 3.75 dan ke atas
(ii) Permohonan juga dibuka kepada bakal graduan yang sedang dalam pengajian sepenuh masa ijazah sarjana muda di IPT tempatan dalam Negara jika mencapai PNGK 3.75 dan ke atas, dan masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
(iii) Kepujian tertinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
(iv) Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau university.
* pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.

(c) Syarat Tambahan
Penerima BTAR diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.

KADAR BIASISWA
Kadar biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa.
PERMOHONAN
Klik http://www.yayasantar.org.my/index/PP_BTAR.html untuk memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman.
Tarikh permohonan dibuka : 1 Mac 2013
Tarikh permohonan ditutup : 29 Mac 2013
Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.


KEMPEN BERHIJAB DITERUSKAN LAGI

Posted by ASPIRASI UKM 1:54 AM, under | No comments




:: MPP ASPIRASI UKM ::

"Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" (Surah al-Asr:3) via FB MPP ASPIRASI UKM, Nur Azreen Binti Abdul Malek (FUU/2)

Friday, March 8, 2013

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

Posted by ASPIRASI UKM 8:04 PM, under | 1 comment

SALAM MPP ASPIRASI UKM

"SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA"


Hari ini merupakan hari bagi bagi wanita sedunia. Hari yang dikhaskan bagi wanita, bagi menghargai jasa wanita sepanjang zaman. Tanpa wanita, tiada kita didunia ini. Besar peranan wanita terhadap dunia sejak daripada dahulu hingga ke zaman globalisasi kini. Di zaman kegemilangan Mesir Kuno, begitu tinggi kuasa wanita hingga wanita diangkat menjadi Firaun (Firaun Hatsepshut) , menaungi sebuah kuasa besar dunia pada ketika itu. Begitu juga didalam Islam. Besar peranan dan makna Saidatina Siti Khadijah R.A dan Saidatina A'isyah R.A, isteri Nabi Muhammad SAW serta anakanda Baginda Rasul, Saidatina Fatimah R.A . Dalam aspek negara kita Malaysia, wanita memainkan peranan penting dalam menggerakkan pelan Transformasi Nasional, idea bernas YAB PERDANA MENTERI, Dato' Seri Najib Tun Abd Razak. Oleh itu, hari ini merupakan hari penghargaan bagi kesemua wanita didunia diatas jasa mereka dalam sekecil-kecil tugas kepada keluarga hinggalah tugas kepada negara. 

INSPIRASI WANITA , PENGGERAK TRANSFORMASI NEGARA



PRIHATIN LAHAD DATU : Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil

Posted by ASPIRASI UKM 1:49 AM, under | No comments

SALAM MPP ASPIRASI UKM

ALHAMDULILLAH ... majlis berjalan dengan baik ... disamping bersolat hajat dan bacaan Yaasin serta tahlil, hadirin juga mendapat input berguna mengenai isu di Lahad Datu, Sabah ... Ceramah disampaikan oleh ASC Dato' Awaludin Jadid, Cawangan Khas Bukit Aman ... Program turut dihadiri oleh Prof. Datuk Dr. Ir. Othman A. Karim dan Timbalan Pendaftar, JPPel, Tn Hj Musa Zainal Abidin ... sedikit perkongsian mengenai ceramah:

1)  pendekatan diplomatik digunakan oleh kerajaan Malaysia dalam menangani isu "Sulu" ini bagi mengekang sebarang anasir atau ketegangan yang tidak baik berlaku di dalam negara kita ...
2) Masalah untuk mengekang kemaraan askar 'Kesultanan Sulu" adalah disebabkan keselerakan masyarakat berketurunan Sulu yang besar di Sabah selain wujudnya tali barut dalam kalangan aggota keselamatan Sabah yang berketurunan Sulu.
3) Masalah ketidakfahaman mengenai reliti dan penipuan oleh rakyat yang banyak dimainkan oleh media massa dan ahli politik  menyebabkan banyak persepsi yang tidak baik berlaku sedangkan rakyat Malaysia sepatutnya perlu bersatu dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Kita perlu bersyukur kerana walaupun Malaysia berada di kawasan sekelilingnya konflik (selatan Thai, Selatan Filipina dsbnya) tetapi Malaysia tetap aman dibawah pemerintahan yang baik ... tanamkan dalam hati, "SYUKUR" ...




Thursday, March 7, 2013

PEMASANGAN GETAH DI TANGGA PUSANIKA #Keselamatan

Posted by ASPIRASI UKM 5:36 PM, under | No comments

Lanjutan daripada isu lantai di Pusanika, terutamanya di tangga aras 4 Pusanika, pihak kontraktor telah memasang getah di tangga bagi mengurangkan risiko jatuh dan sbgnya ... getah yang diletak adalah untuk uji kaji dahulu sebelum digunakan untuk kesemua anak tangga bagi tempoh kegunaan yang lama ... MPP difahamkan bahawa kerja bagi penampalan getah akan mengambil sedikit masa lagi utk selesai, begitu juga mengenai renovasi PUSANIKA secara keseluruhannya .... utk maklumat lanjut mengenai RUPA BARU pusanika, lawati posting kami di link : 

http://mppaspirasiukm.blogspot.com/2013/02/isu-naik-taraf-lantai-pusanika-antara.html


MPP ASPIRASI UKM





MAJLIS BACAAN YAASIN dan DOA SELAMAT #PrihatinLahadDatu

Posted by ASPIRASI UKM 5:33 PM, under | No comments

MAJLIS SOLAT HAJAT dan DOA SELAMAT untuk keselamatan negara ... malam ni bertempat di Masjid UKM ... Majlis anjuran JPPEL dengan usahasama MPPUKM dan ASPIRASI UKM ... Majlis akan turut dihadiri wakil daripada Majlis Keselamatan Negara bagi pencerahan dan penerangan mengenai isu di Lahad Datu, Sabah ... Jom ramai2 turun ke masjid malam ni ....



REAL POLITIC : APA KATA ANDA

Posted by ASPIRASI UKM 5:31 PM, under | No comments

SAMBUTAN MEMBERANSANGKAN! ALHAMDULILLAH ... penganjuran forum yang membawa mahasiswa untuk bersama-sama membuka minda dan berfikir mengenai apa itu REAL POLITIC, cabaran mahasiswa dalam politik dan cara politik matang sbg seorang mahasiswa .... pelbagai idea yang bernas dikongsi oleh para panel yang terdiri daripada wakil ASPIRASI, Persepsi dan gabungan mahasiswa ukm (gmukm). ini satu budaya yang harus dipraktikkan dalam pengimplimentasian budaya politik matang dalam kalangan rakyat Malaysia ... insyaALLAH jumpa lagi di siri yang berikutnya ...

MELAPORKAN : MPP MUHAMMAD AZROL B. MD AZHAR (UMUM 1/2)




BENGKEL PERSONALITI GAYA NABI

Posted by ASPIRASI UKM 5:27 PM, under | No comments

SALAM MAHASISWA
::MPP ASPIRASI UKM::

Selain masalah peluang pekerjaan, antara masalah lain menyumbang kepada masalah pengangguran mahasiswa didunia pekerjaan ialah apabila mereka gagal mempromosikan diri dan tidak menonjolkan skill  insaniah yang baik dihadapan penemuduga yang juga bakal majikan. Ditambah lagi dengan pandangan atau persepsi majikan luar terhadap kebolehan mahasiswa/i UKM dalam berbahasa Inggeris dan kepakaran dalam menonjolkan kebolehan diri. menyedari hakikat itu, MPP ASPIRASI UKM menganjurkan satu program "skills and grooming" dengan gaya Islam dan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai role model. Program kerjasama bersama PTS Publication ini akan dikelolakan oleh dua (2) pakar motivator bertempat di DK3F 303, FSSK pada hari dan masa seperti tertera di poster. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami di nombor tertera.

MENGILHAM HARAPAN MENCIPTA MASA DEPAN

MPP ASPIRASI UKM




Monday, March 4, 2013

Posted by ASPIRASI UKM 10:16 PM, under | No comments


:: MPP ASPIRASI UKM ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dimana-mana pun boleh..Tak kira apa parti sekalipun, masih lagi boleh berdoa.. Doakan untuk mereka yang sedang berkhidmat untuk negara.. Doakan keselamatan mereka di kala mereka sedang menjaga keselamatan kita.. via FB, MPP Umum UKM, Shahrul Akmal..

Apabila timbulnya isu mengenai Lahad Datu, setiap dari kita akan berusaha menzahirkan simpati terhadap pejuang2 negara yang gugur di perbatasan perang ... ayuh! kita mulakan usaha dari diri kita, sedekahkan bacaan Yaasin dan solat Hajat untuk prajurit negara ... sekelumit usaha untuk kebaikan bersama 
#Pray4LahadDatu #Sabahan #Malaysian via FB, MPP Umum UKM, Mohd Azrol..






#PrayForLahadDatu #PrayForSabah #PrayForPeace #PrayForATM #PrayForPDRM


Saturday, March 2, 2013

#PrayForLahadDatu - AL-FATIHAH

Posted by ASPIRASI UKM 2:08 PM, under | No comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
:: MPP ASPIRASI UKM ::








Antara respon-respon sahabat-sahabat.. #PrayForLahadDatu

Thursday, February 28, 2013

Kenyataan Sokongan Kepada Transformasi MPP UKM dan MEP Kolej Akademik

Posted by ASPIRASI UKM 1:53 PM, under | No comments


"Kami menyokong TRANSFORMASI Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) dan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP). Semoga peranan kedua-dua badan induk mahasiswa ini dapat dipertingkatkan selaras dengan TRANSFORMASI yang dijalankan".

Oleh : Shahrul Akmal Bin Johari - MPP UMUM Aspirasi UKM 2012/2013