MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Wednesday, October 2, 2013

ISU AIR, HENTIAN BAS PERPUSTAKAAN LINGKUNGAN 2 & FUU : JPP CAKNA

Posted by ASPIRASI UKM 10:04 PM, under | No comments

ISU AIR

Pihak pentadbiran UKM dan MPP ASPIRASI UKM telah sedia maklum berkenaan isu ketiadaan air di beberapa buah kolej kediaman. Masalah ini telah berlarutan selama beberapa hari. Kami, sebagai mahasiswa turut merasa tempiasnya. Pelbagai berita yang telah disebarkan di media masa, namun sebaran itu mungkin belum cukup jelas. Ekoran itu, MPP Azreen telah menemui Prof. Madya Ir. Dr. Abdul Khalim Bin Abdul Rashid, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP), berserta En Zolkefli, Ketua Unit Jurutera Awam, dan En Saifullah, Pembantu Jurutera untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.

Masalah utama timbul adalah daripada Empangan Semenyih yang mengalami masalah teknikal. Namun masalah itu dapat diatasi. Tetapi timbul masalah lain, iaitu masalah teknikal paip hantaran dari empangan semenyih ke suction tank Bangi. Suction tank Bangi ini merupakan tangki yang membekalkan air kepada beberapa kawasan utama seperti UKM, Seksyen 3 Bangi, Seksyen 4 Bangi dan beberapa kawasan lain. Memandangkan terdapatnya masalah teknikal pada paip hantaran, maka paras air di dalam suction tank Bangi tidak dapat naik ke paras normal,kerana air terlebih dahulu telah disalurkan kepada kawasan-kawasan berkenaan. Oleh itu, pihak Syabas terpaksa menyatu air dengan menutup saluran air kepada sesetengah kawasan (secara bergilir) bagi memenuhi suction tank tersebut agar air dapat disalurkan ke UKM seperti biasa. 

Buat masa ini, perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk memastikan bekalan air berjalan seperti biasa adalah dengan menjimatkan penggunaan air agar paras air di dalam tangki UKM juga berada pada tahap normal. Bekalan air akan kembali seperti biasa apabila paras air di dalam suction tank Bangi berada pada tahap normal.

Pihak JPP cakna dengan masalah ini. Bermula Isnin, 3 buah lori agihan air telah mula membekalkan air ke kolej-kolej kediaman dan pihak kami dimaklumkan sebuah lori bergerak sebanyak 30 trip. Pihak JPP sekali lagi cakna akan kebajikan mahasiswa apabila memohon mahasiswa/I yang mempunyai masalah air di kolej kediaman untuk memanjangkan perkara ini kepada pihak pengurusan kolej. Pihak pengurusan kolej akan terus berhubung dengan JPP dan pihak JPP akan menghantar lori agihan air ke kolej tersebut.

Kami dari ASPIRASI juga ingin mengingatkan mahasiswa/I sekalian agar sentiasa memastikan paip air ditutup pada setiap masa. Ini untuk mengelakkan pembaziran air sekiranya ada aliran air masuk ke dalam tangki terutamanya pada waktu malam. Sama-sama kita menjimatkan penggunaan air.

HENTIAN BAS 

Susulan itu, dua wakil mahasiswa/I yang turut bersama menemani MPP Azreen ke JPP iaitu, Wan Anisa Shahida,FST/2 dan Muhammad Amirudin Awang Abu Bakar,FUU/3, turut menyampaikan masalah yang dihadapi mahasiswa berkaitan hentian bas di Perpustakaan Lingkungan kedua dan Fakulti Undang-Undang. Kami sempat bertemu dengan arkitek JPP, En Yaakob bin Ariffin, dimana beliau memaklumkan bahawa pihak JPP telah mengenal pasti dua kawasan utama untuk membina hentian bas. Kawasan pertama adalah di hadapan Perpustakaan Lingkungan Kedua dan dan kawasan kedua adalah berhampiran roundabout antara bangunan baru FUU dan bangunan baru FKEJUT. Pihak JPP sedang menyiapkan lukisan awal dan anggaran kos untuk diserahkan kepada bendahari. Setelah mendapat kelulusan daripada bendahari, lukisan secara terperinci akan disiapkan sebelum kerja pembinaan dimulakan. Wakil mahasiswa Muhammad Amiruddin juga mencadangkan agar pihak JPP membina laluan susur gajah dari hentian bas yang bakal dibina, ke bangunan FUU.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPP di atas kerjasama yang diberikan dan terima kasih kerana cakna isu mahasiswa/i. 


#SayastudentUKM #UKMPride #AspirasiMahasiswa

0 comments:

Post a Comment