MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Thursday, June 27, 2013

SENAM 1 MALAYSIA

Posted by ASPIRASI UKM 2:40 PM, under | No comments


1 JULAI 2013 (ISNIN)
PUKUL 4.30 PETANG
DECTAR
TEMA : BIRU
SELURUH WARGA UKM DIJEMPUT HADIR!

Tuesday, June 25, 2013

MPP DAN ASPIRASI PRIHATIN : PENGEDARAN ''FACEMASK" DAN AIR MINERAL PERCUMA

Posted by ASPIRASI UKM 9:43 PM, under | No comments


       

SALAM MAHASISWA TRANSFORMASI

MPP DAN ASPIRASI PRIHATIN KEBAJIKAN MAHASISWA/I

Hari ini, Majlis Perwakilan Pelajar UKM (MPPUKM) bersama ASPIRASI KAMPUS UKM dan CHINESE COMMUNITY COUNCIL (CCC) mengedarkan "facemask" dan air mineral secara percuma di seluruh kampus UKM BANGI. Pergerakan bermula di Kolej Ungku Omar seterusnya ke pusat-pusat peperiksaan, Pusanika, kolej kediaman, PTSL dan Kiosk Eko-Niaga. Program ini telah disertai oleh MPP, wakil-wakil ASPIRASI kolej kediaman dan rakan-rakan dari CCC. Rata-rata pelajar UKM berterima kasih di atas pengedaran "facemask" dan air mineral secara percuma kepada mereka.  Usaha dan keprihatinan ini menunjukkan ASPIRASI sentiasa mengutamakan dan cakna terhadap keperluan dan kebajikan mahasiswa/i UKM. Pihak MPP mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu menjayakan program ini. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato' Sri Sharifah Hapsah di atas sokongan yang telah di berikan dan keprihatinan Tan Sri Naib Canselor terhadap kebajikan dan isu semasa mahasiswa/i UKM.

       
      
      
         

BERKHIDMAT BERBAKTI
MPP ASPIRASI UKM

Sunday, June 23, 2013

NISFU SYA'ABAN : FADHILAT DAN AMAL

Posted by ASPIRASI UKM 7:17 PM, under | No comments

NISFU SYA'ABAN : FADHILAT DAN AMAL


InsyaAllah malam ini adalah malam Nisfu Sya'ban, 15 Sya'ban 1434H ... Hadith sahih fadhilat nisfu sya'ban :

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)".
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)


AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN

Selesai solat Maghrib kita digalakkan untuk membaca Yaasin dengan niat agar dipanjangkan umur dalam mentaati Allah dan  diluaskan oleh Allah pintu rezeki yang halal dan diberkatinya.

Pada malam Nisfu Syaaban adalah sangat baik untuk kita memperbanyakkan istighfar (memohon keampunan) dan bertaubat daripada dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah, dosa ibu bapa kita dan keluarga. 


Membaca Al-Quran, Bertasbih dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W .

Amalkan Zikrullah dan solat-solat sunat : Sunat sunat Dhuha, Solat sunat mengiringi Fardhu, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam serta Qiamulail.

Disamping kita beramal untuk diri kita, sama-samalah kita doakan agar negara kita dihindari daripada gejala jerebu yang teruk dan mengancam nyawa. InsyaALLAH, yang baik itu dari ALLAH dan yang lemah itu diri kita sendiri ~ SELAMAT BERAMAL





PESANAN NISFU SYA'ABAN
MPP ASPIRASI UKM

AWAS JEREBU!

Posted by ASPIRASI UKM 3:30 AM, under | No comments

SALAM ASPIRASI UKM

CAKNA ISU JEREBU 

Sepanjang perjalanan hari ini, memperlihatkan JEREBU mula menguasai ruang udara Bangi dan Putrajaya ... Oleh itu, ambillah langkah-langkah berjaga-jaga seperti pemakaian penutup hidung dan mulut (MASK) serta banyakkan minum air masak bagi mengelak/mengurangkan kesan bawaan JEREBU ... Mengambil saranan MB JOHOR, mari kita sama-sama lakukan sunnah Rasulullah iaitu Solat Sunat Istisqa, mohon kepada ALLAH agar di turunkan hujan dan rahmat bagi seluruh bumi Malaysia, InsyaALLAH ... Ini satu dugaan bagi kita agar kita ingat bahawa setiap tindakan dan kelalaian kita akan ada akibatnya yang kita sendiri akan rasai ...


PESANAN IKHLAS
MPP ASPIRASI UKM

Thursday, June 20, 2013

KURSUS HHHC9118 – PEMBANGUNAN INSANIAH PADA SEMESTER 2 SESI 2012-2013

Posted by ASPIRASI UKM 4:05 PM, under | No comments

SALAM MAHASISWA TRANSFORMASI

SENARAI NAMA YANG AKAN DIDAFTARKAN KURSUS HHHC9118 - PEMBANGUNAN INSANIAH PADA SEMESTER 2 SESI 2012/2013

    Pelbagai kekeliruan timbul dalam kalangan mahasiswa ... Antara pertanyaannya ialah :
1) untuk semua tahun atau tahun-tahun tertentu sahaja?
2) untuk apa pendaftaran HHHC 9118?
3) Bagaimana jika kredit LC belum habis? 
4) berapa limitasi kredit LC yg diperlukan untuk membuat pendaftaran HHHC 9118?
5) Untuk JANA SEMULA, adakah kesemua markah (setelah lengkap 8 HP dan 8 kredit LC) akan hilang atau macam mana?


   Untuk pendaftaran kursus HHHC 9118 ini adalah untuk MAHASISWA/I TAHUN 3 sahaja yang bakal bergraduasi. Tujuannya adalah untuk memasukkan kursus HHHC 9118 dalam SMPWEB dan automatiknya akan keluar dalam slip keputusan kelak. Ini hanya untuk mahasiswa/i tahun 3 yang tidak didaftarkan lagi subjek HHHC 9118 dalam SMPWEB mereka. 

     Senarai nama yang dikeluarkan adalah untuk pemakluman semua (pelajar tahun 3) mengenai pendaftaran kursus terbabit. bagi pelajar tahun 3 yang lain, yang masih tiada nama dalam senarai yang dikeluarkan  oleh PAP, anda hendaklah JANA SEMULA atau PERAKU JANA GRED bagi mendaftarkan subjek HHHC 9118 dalam SMPWEB bagi SEMESTER INI. JANA SEMULA juga bertujuan untuk membaiki gred yang diperolehi.

      Bagi pelajar tahun 2 yang telah didaftarkan subjek HHHC 9118, anda tidak perlu risau kerana subjek tersebut tidak akan keluar lagi untuk semester akan datang walaupun anda JANA SEMULA. 

   Syarat-syarat dan terma lain, ada di dalam laman sesawang PAP.
Sumber informasi : PUSAT AKREDITASI PEMBELAJARAN.  
http://www.ukm.my/pap/?p=825&fb_source=pubv1 ]

BERKHIDMAT
MPP ASPIRASI UKM

Tuesday, June 11, 2013

JOM! Daftarkan diri sebagai sukarelawan iM4U

Posted by ASPIRASI UKM 3:56 PM, under | No comments

SALAM ASPIRASI UKM

PENDAFTARAN KESUKARELAWAN iM4U

PENDAFTARAN SUKARELAWAN iM4U kembali lagi ke UKM ... Dapatkan pelbagai barangan dan cenderamata menarik dari iM4U ... jangan lepaskan peluang keemasan ini ... JOM! bersama2 tingkatkan semangat kesukarelawan ...



HEBAHAN
MPP ASPIRASI UKM



Tuesday, June 4, 2013

PELUANG LATIHAN INDUSTRI BUAT MAHASISWA/I

Posted by ASPIRASI UKM 4:27 PM, under | No comments

SALAM ASPIRASI VARSITI

iM4U SEDIAKAN PELUANG LATIHAN INDUSTRI UNTUK MAHASISWA/I 

1 MALAYSIA FOR YOUTH (iM4U) telah menyediakan lapangan Latihan Industri (LI) buat mahasiswa/i dalam pelbagai jurusan. Ini merupakan peluang keemasan bagi mahasiswa/i yang masih tidak mempunyai tempat untuk menjalani Latihan Industri dan bagi mahasiswa/i lainnya yang bakal menghadapi latihan industri ... rebutlah peluang ini ... hantarkan resume anda di laman yang tertera digambar ...




HEBAHAN
MPP ASPIRASI UKM

Saturday, June 1, 2013

MERAFAK SEMBAH, DIRGAHAYU TUANKU

Posted by ASPIRASI UKM 10:49 AM, under | No comments

MERAFAK SEMBAH, MENJUNJUNG DULI
DIRGAHAYU TUANKU 

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-SULTAN AL-MU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU AL-HAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH


Dengan penuh takzim, merafak sembah sekalian rakyat jelata, Selamat Menyambut Ulangtahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku ... semoga Tuanku, Tuanku Permaisuri, seluruh kerabat, negara dan rakyat di bawah pemerintahan Tuanku akan lebih dirahmati, disanjungi dan aman sentiasa hendakNya ... 

RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

Ucapan Khas
Mpp Aspirasi UKM