MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Wednesday, March 27, 2013

PERGINYA ULAMA-ULAMA TERSOHOR..AL-FATIHAH

Posted by ASPIRASI UKM 6:50 PM, under | No comments


Allahyarham Dr. Muhammad Uthman El- Muhammady


Allahyarham Dr. Ramadhan Al-Buti

KTSN : Gelanggang Tak Berseri?

Posted by ASPIRASI UKM 12:09 PM, under | 1 comment


:: MPP ASPIRASI UKM ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 18 Mac 2013 (Isnin) yang lalu, MPP Shahrul Akmal, Nur Azreen dan Mohd Firdaus serta beberapa orang mahasiswa/i Kampus Bangi telah melawat dan mengunjungi Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) di Jalan Temerloh setelah mendapat cadangan-cadangan yang diutarakan oleh mahasiswa/i KTSN berkaitan beberapa masalah.

Masalah yang cuba kami utarakan ialah kemudahan dan infrastruktur sukan yang ada di KTSN. Kami telah melawat pada tapak gelanggang di KTSN dan melihat keadaan itu boleh dilabel dalam kategori kritikal. Masalah seperti ini sememangnya memberi ketidakselesaan kepada mahasiswa/i bagi menjalani aktiviti dan program yang berbentuk kesukanan di sana. Ini lagi mengundang masalah ketika 'court' tersebut basah kemungkinan selepas hujan misalannya kerana gelanggang sangat licin dan sukar dalam melakukan aktiviti sukan menggunakan gelanggang terbabit.





Selain itu, MPP Nur Azreen dan MPP Firdaus sempat beramah mesra bersama beberapa mahasiswa/i di KTSN. Kami berusaha untuk mendapatkan beberapa pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada pemikiran mahasiswa/i UKM.




Pada 19 Mac 2013 (Selasa), MPP Umum, Shahrul Akmal telah pergi ke Pusat Sukan UKM bagi membawa kertas aduan dan lontaran masalah kepada pihak Pusat Sukan. Beliau berkesempatan untuk berjumpa dengan Ketua Pusat Sukan, Dr. Tajol bagi menyampaikan permasalahan tersebut. Kami di pihak MPP Aspirasi UKM berharap pihak Pusat Sukan UKM dapat menyelesaikannya dan memberikan penambahbaikan demi kebajikan dan keselesaan mahasiswa/i UKM.



Bagi pihak Pusat Sukan UKM, mereka menerima reaksi positif dalam masalah aduan ini. Terima kasih kerana menerima aduan kerosakan yang telah dibuat. Pihak Pusat Sukan UKM akan menyelesaikan masalah ini di peringkat jawatankuasa mereka dalam meneliti kembali kos penambahbaikan tersebut.

Untuk makluman mahasiswa/i UKM terutamanya Kolej Tun Syed Nasir, Pusat Sukan UKM telah selesai dalam pembinaan Dewan Squasy di KTSN dan akan dibuka tidak lama lagi.

:: Kebajikan dan Keselesaan Mahasiswa Diutamakan ::

Melaporkan : MPP UMUM - Shahrul Akmal Johari


Tuesday, March 26, 2013

MPP Aspirasi UKM tekad selesaikan masalah di KBH

Posted by ASPIRASI UKM 3:56 AM, under | 3 comments


:: MPP ASPIRASI UKM ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

21 Mac 2013, Khamis lalu, MPP Aspirasi UKM Saudara Shahrul Akmal, Kinanda Nugraha dan Nur Azreen Abdul Malek telah mengadakan perbincangan bersama Penolong Pengurus Asrama Kolej Burhanuddin Helmi, Puan Izzaty Farhana bagi membincangkan beberapa masalah dan penambahbaikan demi kemaslahatan dan kebajikan mahasiswa/i di KBH.

1.      Pengkhususan tempat letak kenderaan kepada pengusaha kafe Kolej Burhanuddin Helmi.

Pihak kolej telahpun menyediakan tempat khusus kepada pengusaha kafe kolej untuk meletakkan kenderaan beliau, namun demikian tempat parkir itu tidak diketahui oleh pelajar dan juga orang luar kerana tiada sebarang papan tanda menunjukkan hal yang demikian. Ini menyebabkan para pelajar atau orang luar menggunakan kawasan parkir tersebut untuk meletakkan kenderaan masing-masing. Ini menyebabkan kesukaran bagi pihak pengusaha kafe dalam menggunakan parkir berkenaan bagi pergerakan keluar dan masuk barangan di kolej berkenaan. Oleh itu, setelah berbincang dengan  Puan Izzaty, beliau memaklumkan bahawa pihak kolej sebenarnya telah sedia maklum tentang masalah ini dan pihak kolej sendiri telahpun dalam proses mendapatkan papan tanda untuk diletakkan di kawasan parkir pengusaha kafe. Permohonan ini disuarakan kami dan nyata ia telah diluluskan.



 2. Sistem pendawaian dan pantry di kafe.

Baru-baru ini proses pengredan kafe telah dilakukan oleh Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan tahap kebersihan KBH berada di Gred B. Antara punca yang menyumbang kepada Gred B ini adalah kerana tiada sistem pemanasan di kawasan pantry, tempat menghidang makanan. MPP Shahrul Akmal telah membuat peninjauan di kafe kolej tersebut dan telah bertanya kepada pengusaha kafe berkaitan dengan sistem pemanasan tersebut. Sebenarnya, sistem pemanasan tersebut memerlukan pendawaian yang baru kerana sekiranya menggunakan soket yang biasa, akan mengundang bahaya di mana berkemungkinan soket yang digunakan boleh meletup. Pihak kolej telah bersetuju untuk menimbang tara dan mengambil tindakan selanjutnya bagi pendawaian yang baru.



3. Pemasangan jaring di tingkap bilik pelajar untuk mengelakkan gangguan monyet.


Masalah gangguan monyet ini merupakan antara masalah besar para pelajar di mana monyet-monyet ini sering kali menganggu para pelajar dan juga haiwan tersebut gemar masuk ke dalam bilik pelajar. Banyak aduan telah diterima dari pihak pelajar berkaitan hal ini.
Oleh itu, Pihak MPP UKM telah memberi cadangan kepada pihak kolej dengan menggunapakai sistem yang digunakan oleh Universiti Utara Malaysia iaitu pemasangan jaring di tingkap bilik. Keadaan di Universiti Utara Malaysia adalah sama dengan keadaan Universiti  Kebangsaan Malaysia iaitu masalah yang sama dihadapi oleh para pelajar.
Pihak kolej akan mempertimbangkan cadangan kami, namun demikian pihak kolej lebih gemar menggunakan pendekatan lain buat masa ini. Hal ini kerana pemasangan jaring itu akan melibatkan kos yang besar dan proses penjagaan kebersihan jaring memerlukan penelitian yang tinggi.
Pendekatan yang telah dipilih oleh pihak kolej adalah dengan meletakkan patung harimau di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan monyet-monyet ini. Hal ini kerana, terdapat beberapa kes gangguan monyet di tempat lain dan cara yang sama digunakan untuk mengatasi masalah ini dan cara itu berjaya. Oleh itu, pihak kolej ingin menggunapakai cara ini buat sementara kerana sekiranya cara ini berjaya, banyak kos dapat dikurangkan.


Di sini juga kami ingin memaklumkan bahawa sebarang kerosakan kemudahan/infrastruktur di kolej/bilik, pelajar perlulah memaklumkan hal tersebut kepada pihak pengurusan kolej. Ini bagi memudahkan kolej mengambil langkah-langkah penambahbaikan terhadap kerosakan kemudahan tersebut.

:: Kebajikan dan Keselesaan Mahasiswa Diutamakan ::

Forum Merungkai Permasalahan Dana Aktiviti Pelajar dan Sumber Alternatif Pelajar

Posted by ASPIRASI UKM 2:21 AM, under | No comments


:: MPP ASPIRASI UKM ::

Dijemput Hadir !

Monday, March 25, 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE-206

Posted by ASPIRASI UKM 1:56 PM, under | No comments

:: MPP Aspirasi UKM ::

" Perjuangan suci tiada mengenal usia,
Luahkan keberanian hadapi rintangan "

Friday, March 22, 2013

JOM SUKARELAWAN UKM !

Posted by ASPIRASI UKM 1:58 AM, under | No comments


:: MPP ASPIRASI UKM ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Jom Bersukarelawan ! Ada kursus penyembelihan jugak ! Bagi NAMA, NO MATRIX, NO TELEFON DAN KOLEJ KEDIAMAN.. Terhad tau ! Cepat !

contact us : MPP Shahrul Akmal 019-3204377

"Mahasiswa Sukarelawan, Mahasiswa dan Masyarakat"

TAHNIAH ! PROF MADYA DR.FUAD MD JALI !

Posted by ASPIRASI UKM 12:04 AM, under | No comments


:: MPP ASPIRASI UKM ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof Madya Dr. Fuad Md. Jali di atas perlantikan beliau sebagai TIMBALAN DEKAN SISWAZAH DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA, FSSK UKM. Selamat Berkhidmat Tuan!



Thursday, March 21, 2013

Program Dermasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) Bagi Tahun 2013

Posted by ASPIRASI UKM 2:00 PM, under | No comments


:: MPP ASPIRASI UKM ::
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..


Program Dermasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) Bagi Tahun 2013 (Pengambilan Mac 2013)


Program ini dibukakan kepada calon-calon OKU dan calon-calon dari keluarga berpendapatan rendah dan berpotensi dalam bidang akademik tetapi mempunyai kekangan kewangan untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Calon yang menepati kriteria yang ditetapkan layak untuk memohon Dermasiswa YSD bagi tahun 2013.

Di bawah program ini, pemegang Dermasiswa akan menerima tajaan penuh kursus pengajian sepanjang tempoh pengajian pada peringkat Sarjana Muda beserta elaun sara hidup, elaun buku dan elaun komputer (had maksimum penajaan setahun ialah RM25,000).

Berikut adalah dua program Dermasiswa tajaan Yayasan Sime Darby:

1. Program Dermasiswa Tajaan Khas untuk Ijazah Sarjana Muda (Special Support Bursary Programme)
- Untuk pemohon dari latar belakang keluarga berpendapatan rendah

2. Program Dermasiswa Keperluan Khas (Special Needs Bursary Programme)
- Untuk calon OKU sahaja

Disamping dua program Dermasiswa di atas, YSD juga menawarkan program Biasiswa untuk Prasiswazah yang cemerlang dalam bidang akademik di bawah program YSD Undergraduate Scholarship Programme (Local).

Tarikh tutup permohonan bagi program Dermasiswa dan Biasiswa di atas adalah pada 31 Mac 2012. Individu yang berminat boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai program penajaan pendidikan YSD dan menghantar permohonan secara online melalui laman web rasmi Yayasan Sime Darby di http://www.yayasansimedarby.com/malaysia

Sila muat turun borang Permohonan Dermasiswa secara manual khusus bagi kemudahan pelajar-pelajar OKU yang berminat untuk memohon (sila lihat lampiran).

Borang permohonan (manual) beserta dokumen sokongan yang lengkap perlu sampai pada alamat yang tertera dibawah selewat-lewatnya pada 5 April 2013. Borang permohonan yang diterima selepas daripada tarikh yang ditetapkan tidak akan diproses.

Rujuk di Portal e-warga untuk 'download' borang permohonan
http://portalewarga.ukm.my/

Penganjur : Yayasan Sime Darby
Url            : http://www.yayasansimedarby.com/malaysia

Wednesday, March 20, 2013

FTSM : Positifnya Meja Bulat Bersama MPP !

Posted by ASPIRASI UKM 7:42 AM, under | No comments


:: MPP ASPIRASI UKM ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ISNIN 18 MAC 2013 - Pada Isnin lepas, seluruh pelajar UKM amnya dan khusus kepada pelajar FTSM dijemput untuk hadir ke kafe FTSM bagi bersama-sama menjayakan agenda Makan Tengahari secara percuma di kafe FTSM sempena 'first day' pembukaan kafe tersebut. Boleh rujuk http://mppaspirasiukm.blogspot.com/2013/03/majlis-pembukaan-kafe-ftsm.html

MPP Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM), Saudara Kinanda Nugraha, MPP Umum, Saudara Shahrul Akmal dan Nur Azreen Abdul Malek bersama beberapa mahasiswa/i UKM sempat juga meluangkan masa bersama mahasiswa/i UKM untuk menjamu makan tengahari di kafe tersebut. Selepas itu, kami mengambil inisiatif untuk melakukan sedikit perbincangan dengan pengusaha kafe tersebut dalam menyatakan 'demand' kami sebagai mahasiswa/i di UKM dan FTSM khususnya.

Pihak MPP Aspirasi mencadangkan beberapa cadangan agar pengusaha kafe dapat mempertimbangkannya bagi menjamin keselesaan dan kebajikan warga FTSM :

1. Kebersihan di kafe FTSM
2. Etika pekerja kafe di FTSM
3. Pemaparan dan pemberitahuan harga makanan yang tidak mahal
4. Wujudnya menu makanan yang istimewa di FTSM

Cadangan dan penambahbaikan yang diutarakan oleh kami diterima positif oleh pihak kafe FTSM sebagai satu permulaan yang baik di UKM. Selain itu, terdapat juga beberapa inisiatif yang cuba dilakukan oleh pihak FTSM bagi 'menghidupkan' kembali kafe tersebut.

1. Mereka akan melakukan penyelarasan harga makanan di FTSM
2. Pihak pengusaha kafe berhasrat untuk menjadikan kafe FTSM sebagai student centre atau 'lepaking' oleh para mahasiswa/i di UKM.
3. Mereka juga bakal mewujudkan skrin gergasi bagi perlawanan bola sepak dan lain-lain.
4. Mereka juga menawarkan perkhidmatan 'delivery' makanan kepada mahasiswa/i UKM bagi menu-menu istimewa seperti Nasi Arab dan lain-lain.
5. Pihak Kafe FTSM dengan konsep kebajikan berhasrat ingin melakukan Program Anak Angkat Kafe FTSM bagi mereka yang kurang berkemampuan dengan memberi mereka makan percuma sepanjang pengajian.
6. Pihak Kafe FTSM juga menawarkan kepada mahasiswa/i yang ingin 'part time' bekerja di kafe tersebut.
7. Pengusaha Kafe FTSM juga mencadangkan agar adanya satu kursus 'etika pekerja' diwujudkan di UKM bagi memastikan perkhidmatan kafe di seluruh UKM menepati status 'etika pekerja' yang baik.


Akhirnya, kami wakil dari mahasiswa/i UKM mengucapkan terima kasih kepada pihak pengusaha kafe FTSM kerana berjaya menaja makanan tengahari secara percuma pada hari tersebut. Kami pihak MPP ASPIRASI UKM akan sentiasa 'memerhati' dan memberi cadangan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi kebajikan dan keselesaan mahasiswa/i di UKM. Kami pihak MPP akan cuba sedaya upaya memberikan kerjasama dan pertolongan dalam apa jua usaha yang boleh dijalinkan.

"Kebajikan dan Keselesaan Mahasiswa Diutamakan"

Melaporkan : MPP Shahrul Akmal Johari

Penyelesaian Masalah Kolej Idris Al-Marbawi : UKM Jaring dan Keselamatan Siswi

Posted by ASPIRASI UKM 1:10 AM, under | No comments


:: MPP ASPIRASI UKM ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

ISNIN 18 Mac 2013 - MPP UMUM Saudara Shahrul Akmal bersama Saudara Muhammad Azrol menerima aduan beberapa mahasiswa/i berkenaan isu 'internet access' di Kolej Idris Al-Marbawi (KIAM) yang berada di tahap yang mengecewakan. Selain itu, kami juga menerima beberapa aduan mengenai gangguan yang diterima mahasiswi berkenaan gangguan yang dilakukan oleh sekumpulan 'orang luar' di kawasan KIAM. Oleh itu, kami dengan membawa aduan itu terus pergi ke Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan Unit Keselamatan Wisma Aman UKM bagi mengetahui maklumat masalah ini dengan lebih lanjut.


Saudara Muhammad Azrol berhubung terus dengan pegawai PTM bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut. Apa yang dimaklumkan kepada kami, urusan 'access' UKM Jaring ini diberikan kepada syarikat Jaring itu sendiri. Oleh itu, sekiranya ada pelajar yang mengalami masalah tersebut lagi, anda diminta untuk menyatakan 'details' maklumat tersebut seperti :

1. Nama pelajar
2. No Matriks
3. No Telefon
4. Emel
5. Kolej Kediaman
6. Blok
7. No Bilik
8. Username Jaring
9. Password Jaring
10. Masalah yang dihadapi

Maklumat tersebut ini hendaklah diberikan kepada pihak PTM. Pihak PTM akan menyalurkan maklumat ini ke pihak Jaring untuk tindakan lanjut secepat mungkin. Kami sedar penggunaan wifi dimana-mana sahaja amatlah penting bagi meng'access' pelbagai maklumat di internet. Jika mahasiswa/i UKM tidak keberatan, kami pihak MPP Aspirasi UKM juga boleh menawarkan khidmat aduan kepada PTM tetapi kami perlulah mendapat maklumat terperinci mahasiswa/i yang ingin membuat aduan. 


Seterusnya, MPP Shahrul Akmal bersama MPP Azrol menuju ke Unit Keselamatan Wisma Aman UKM bagi mengutarakan aduan mengenai gangguan yang dialami oleh mahasiswi di KIAM. Untuk awalnya, kami telah berjumpa dengan Pegawai Operasi Wisma Aman dan beliau sempat menerangkan beberapa penjelasan mengenai masalah ini. Selepas itu, kami telah dibawa oleh pegawai tersebut untuk berjumpa dan berbincang bersama Pengarah Keselamatan Wisma Aman, Lt Kol Jury Bin Tasripan bagi mengetahui maklumat lanjut. Beberapa cadangan kami kepada pihak Wisma Aman ialah :

1. Meletakkan pegawai keselamatan yang tetap di KIAM
2. Membuat rondaan yang kerap di kawasan KIAM

Lt Kol Jury memaklumkan bahawa terdapat kesukaran meletakkan pegawai keselamatan secara tetap di KIAM disebabkan kedudukan KIAM yang jauh dari kampus. Untuk ketika ini, pihak Wisma Aman hanya memfokuskan mengenai keselamatan di dalam kampus Bangi. Bilangan pegawai keselamatan yang sedikit menambahkan lagi sebab mengapa pengawai keselamatan tidak diletakkan di tempat yang berkenaan.

1. Namun terdapat penambahbaikan dan cadangan kepada pihak Wisma Aman yang akan mengadakan rondaan sebanyak 3 kali bagi tempoh 8 jam.
2. Memasang papan tanda/signboard di kawasan KIAM bagi memapatkan talian hotlime Wisma Aman.
3. Mahasiswa/i UKM boleh la menelefon hotline Wisma Aman jikalau melihat sesuatu keadaan yang mebimbangkan dan mencurigakan.
4. Jika terdapat masalah, silalah berhubung iaitu Lt Kol Jury Bin Tasripan (B) di talian 019-9668722 dan pihak keselamatan akan datang sejurus laporan tersebut dibuat.

Oleh itu, kami mengharapkan pihak PTM dan Wisma Aman dapat memantau situasi dan menyelesaikan permasalahan di KIAM. Kami berterima kasih kepada pegawai dan Pengarah Wisma Aman kerana berjaya membina satu perbincangan yang terbaik untuk mahasiswa. Kami percaya pihak PTM dan Wisma Aman dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.


"KEBAJIKAN DAN KESELESAAN MAHASISWA DIUTAMAKAN"

Melaporkan : MPP Shahrul Akmal Bin Johari, MPP UMUM UKM 2012/2013

Monday, March 18, 2013

MASALAH FEP : MPP Aspirasi 'membantu' MPP FEP

Posted by ASPIRASI UKM 8:48 PM, under | No comments


:: MPP Aspirasi UKM ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada Jumaat lepas, 15 Mac 2013, MPP Umum Shahrul Akmal dan Nur Azreen Abdul Malek menerima aduan mahasiswa mengenai kerosakan kemudahan dan kegunaan tandas FEP (berdekatan dengan kiosk). Oleh itu kami meninjau situasi tersebut dan mendapati keadaan kemudahan tandas tersebut berada di tahap yang kritikal bagi kami. Kekotoran dan kerosakan yang terjadi kemungkinan akan mengundang kesukaran dan ketidakselesaan  mahasiswa yang menggunakannya. Kami mengambil pendekatan tidak memaparkan gambar keadaan itu dan kami telah masukkan di dalam kertas aduan untuk diserahkan kepada MPP yang bertanggungjawab di 'territory' tersebut yang merupakan kawasan beliau iaitu perwakilan FEP.

Pada Isnin, 18 Mac 2013, MPP Umum Shahrul Akmal bersama Muhammad Azrol membawa kertas aduan dan gambar tersebut untuk diserahkan kepada pihak MPP Mufadhal yang diwakili oleh MPP Afiah di Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar UKM. Kami harap dengan aduan tersebut dapatlah dipertimbangkan oleh pihak MPP FEP untuk langkah penambahbaikan demi kegunaan dan keselesaan mahasiswa di UKM.

Kami percaya MPP Mufaddal dapat menjalankan tugas dengan baik. Kami telah mendapat respon yang baik dari pihak beliau dan berharap masalah ini dapat diselesaikan. Kerjasama yang telah diberikan oleh pihak MPP amatlah dihargai sepenuhnya. Terima Kasih.


"KEBAJIKAN DAN KESELESAAN MAHASISWA DIUTAMAKAN"

MELAPORKAN : MPP UMUM UKM, SHAHRUL AKMAL JOHARI, FSSK/2

SYABAS Mahasiswa/i FST ! Kejayaan UKM di Persada Kebangsaan

Posted by ASPIRASI UKM 12:29 AM, under | 2 comments


:: MPP Aspirasi UKM ::
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kami merakamkan ucapan Jutaan Tahniah dan Terima Kasih kepada Mahasiswa/i dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM kerana mewakili UKM dalam Seminar Food Science and Technology anjuran Malaysian Institute of Food and Technolgy (MIFT) dan UNiSZA.

UKM telah mendapat tempat KETIGA dalam "Food Product Development Competition" yang diwakili oleh Xtiv Berhad (Ruben Kumar, Izzati, Siti Khadijah, Acit BP, Nurul Azrianti, Zululhaizulizam, Sharifah Habibah dan Siti Khairunisa) dengan memperkenalkan produk mereka iaitu Energy Gel.

Selain itu, UKM juga mendapat tempat KEDUA dalam "Food Oratory Competition" yang diwakili oleh mahasiswi FST, Salma Ghulam Hussain dengan membawa tajuk "Obesity : Lifestyle or Genetic Factor".

Kami berharap dengan kejayaan mereka ini jelas menunjukkan UKM mampu untuk mengeluarkan mahasiswa/i yang berkualiti dan mampu untuk bersaing dengan pasaran luar. Kami berharap juga agar semua mahasiswa/i UKM dapat menonjolkan bakat dan kemampuan diri dalam pelbagai bidang yang diceburi.





Melaporkan : MPP UMUM UKM, Shahrul Akmal Johari

"Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan"

Sunday, March 17, 2013

Majlis Pembukaan Kafe FTSM

Posted by Kinanda Nugraha 8:46 PM, under | No comments

Alhamdulillah, setelah menunggu sekian lama akhirnya Kafe FTSM kembali dibuka. Dan untuk meraikan majlis, sebagai tanda perkenalan, pengusaha tender baru menjemput pelajar FTSM khususnya dan pelajar UKM amnya untuk datang dan mendapatkan makan percuma pada hari Isnin, 18 Mac 2013 pada pukul 12 tengahari - 2 petang. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

- Kebajikan Anda Perjuangan Kami -






Melaporkan: Kinanda Nugraha, MPP FTSM




Friday, March 15, 2013

KEROSAKAN DI DEWAN ANUWAR MAHMUD, FST

Posted by ASPIRASI UKM 7:08 PM, under | No comments


15 MAC 2013 - MPP FST Tahun 3 & 4 telah bertemu dengan pegawai teknikal daripada FST dan juga Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan bagi mendapatkan maklumat berikutan keadaan plaster ceiling yang membahayakan pengguna Dewan Anuwar Mahmud (DAM). Kelihatan beberapa panel plaster ceiling yang dalam keadaan yang merisaukan disekitar dewan kuliah tersebut. Apabila bertanyakan jangka masa pembaikpulih plaster ceiling tersebut, kedua-dua pihak memberi maklumat bahawa proses itu akan dijalankan pada cuti pertengahan semester akan datang. Pihak FST dan MPP FST sedar terhadap bahaya keadaan tersebut berikutan kuliah dan program masih dijalankan di DAM. Oleh itu, pihak MPP akan cuba berbincang dengan pihak pengurusan agar ianya dipercepatkan dan kuliah dipindahkan ke dewan-dewan lain untuk bagi laluan proses pembaikan. 








Dalam kesempatan ini juga, pihak MPP FST mewakili pihak pengurusan FST ingin memohan maaf kepada siswa/i Kolej Ungku Omar yang menganjurkan program Pesta Ponggal di DAM pada 16 Mac 2013 di atas kelewatan makluman terhadap keadaan semasa DAM.




MPP FST 3&4 : MEREALISASIKAN MANIFESTO

Posted by ASPIRASI UKM 6:53 PM, under | No comments


15 MAC 2013 - MPP FST, Ahmad Yasyri bin Ahmad Mahaiyuddin telah ke Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan dan berpeluang bertemu Timbalan Pengarah (Penyelenggaraan dan Operasi), Tuan Ir. Ab. Ghani Wahab bagi membawa kertas kerja pembinaan speedtable dan papan tanda. Aduan-aduan berkenaan  laluan antara Bangunan Kimia dan Pejabat Kedekanan FST telah diceritakan seperti yang dilampirkan pada kertas kerja tersebut dan pihak beliau dukacita dan terlepas pandang aspek keselamatan dikawasan terbabit. Dengan penerimaan kertas kerja tersebut, Tuan Ir. Ab. Ghani memberi jaminan kerja pemasangan speedtable dan papan kenyataan akan dijalankan dengan segera oleh pihaknya.




Di kesempatan itu juga, isu kemudahan seperti kerusi-kerusi dewan kuliah, pencahayaan dan jalan berlubang di sekitar UKM (jalanraya utama, kolej, dan fakulti) telah dibincangkan. Perincian akan disusuli kemudian sebagai gerak kerja MPP Aspirasi UKM.

MPP FST 3&4 : BERSAMA TIMBALAN DEKAN

Posted by ASPIRASI UKM 6:35 PM, under | No comments


13 MAC 2013 - MPP FST Tahun 3 & 4 telah membuat pertemuan lanjut bersama Timbalan Dekan (Prasiswazah dan Alumni) FST, Prof. Dr. Shahidan Radiman bagi membincangkan hal ehwal kebajikan siswa/i di FST. Pertemuan ini dimanfaatkan dengan membincangan tindakan-tindakan pihak fakulti dan MPP terhadap meyuarat pentadbiran yang telah diadakan pada bulan Disember yang lepas.

Antara perkara yang dibincangkan adalah :

1. Garis Panduan terhadap peluang pekerjaan berdasarkan jurusan pengajian.
2. Menyediakan bilik gerakan dan kemudahan lain bagi kelab-kelab, sama seperti di Pusanika.
3. Ruang belajar,berehat dan berorganisasi
4. Kemudahan pergerakan  siswa/i daripada bangunan lama ke bangunan Kedekanan yang baru

Hasil perbincangan dan gerak kerja lanjutan adalah seperti berikut :

1. Garis panduan ini akan dibincangkan pihak pengurusan yang melibatkan ketua-ketua program agar merancakkan program-program kerjaya yang melibatkan alumni-alumni fakulti agar dapat mengadakan hubungan dua hala yang memfokuskan kerjaya dan latihan industri. Usaha yang sama juga sedang dilakukan oleh pihak Pejabat Pertubuhan Alumni dibawah pengelolaan Prof. Dato' Dr. Laily Bin Din, yang juga pensyarah kimia di FST.

2. Kemudahan bilik khas bagi kelab-kelab, akan memakan masa berikutan kekangan kewangan dan juga bilik-bilik yang terhad bilangan, malah terdapat pensyarah yang masih belum mempunyai bilik tersendiri. Adalah menjadi harapan agar ahli-ahli kelab di fakulti mendapat keistimewaan seperti kelab-kelab pusat di Pusanika. Walau bagaimanapun, ia akan terus di usahakan menggunakan ruang dan peluang yang ada.

3. Kemudahan ruang-ruang belajar dan berehat sedang diusahakan oleh pihak fakulti atas permintaan perwakilan pelajar. Antara ruang yang telah diusahakan adalah di Bangunan Kimia yang telah disediakan meja, kerusi, kipas, soket elektrik dan kemudahan wi-fi.


Antara lokasi lain yang dalam perancangan adalah di Pejabat Kedekanan FST.

4. Pelan jangkamasa panjang fakulti adalah pembinaan jejambat daripada bangunan kimia ke pejabat kedekanan. Walau bagaimanapun, pihak MPP merasakan pelan itu akan mengambil masa yang lama dan akan membahayakan pengguna laluan terbabit. Banyak aduan yang telah diterima daripada siswa/i malah terdapat yang hampir dilanggar kenderaan yang laju. Pihak MPP akan mengambil langkah seterusnya berikutan ianya melibatkan keselamatan pengguna laluan itu.


Terdapat juga agenda lain yang telah dibincangkan disamping menjaga kebajikan mahasiswa yang bersifat fizikal. Perkara ini akan dikeluarkan pada masa yang sesuai setelah mendapat maklumat bersama pihak TNC Akademik dan Antarabangsa, Prof. Datuk Dr. Nor Azlan Ghazali.

Aspek kemudahan yang lain akan terus diusahakan oleh pihak MPP dan fakulti agar dipercepatkan bagi keselesaan mahasiswa/i di FST dan juga fakulti-fakulti lain.

Sekian.

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

MPP FST Tahun 3&4 Bertemu Dekan

Posted by ASPIRASI UKM 5:38 PM, under | No comments





4 OKTOBER 2012 - Setelah mendapat mandat daripada mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi pada PRK yang lepas, MPP FST Tahun 3 & 4 telah mengambil langkah menyerahkan kertas cadangan dan manifesto secara terus kepada Dekan FST, Prof. Dr. Sahrim Ahmad. Ini merupakan gerak kerja pertama bagi merealisasikan manifesto dan aduan-aduan yang diterima daripada mahasiswa FST.

Disamping itu, pertemuan selama satu jan ini dimanfaatkan juga dengan perbincangan perlaksanaan manifesto di FST yang telah mendapat  sokongan daripada pihak pentadbiran FST. Ini adalah usaha agar hasil perbincangan itu dapat diteruskan dan diperincikan pada masa yang terdekat ini.

Menurut Dekan FST, usaha dalam menjaga kebajikan mahasiswa/i selaku "Stakeholders" adalah menjadi tumpuan beliau walaupun perlu memfokuskan terhadap usaha meningkatkan KPI FST dalam bidang-bidang tertentu. Oleh itu, pendekatan mahasiswa terutamanya pemimpin pelajar haruslah berkehadapan dalam bernai memanjangkan sebarang permasalahan itu kepada pihak pentadbiran FST dan pengurusan tertinggi universiti.

Pertemuan ini telah disusuli dengan mesyuarat bersama Pengurusan Fakulti dan Perwakilan Pelajar pada bulan Disember 2012 yang lepas.

Sumber-sumber luar :

Thursday, March 14, 2013

WAJAH BARU KAFE FTSM

Posted by ASPIRASI UKM 7:39 PM, under | No comments

SALAM MPP ASPIRASI UKM

"BERITA BAIK! BERITA BAIK!"
buat semua mahasiswa/i FTSM


Alhamdulillah, hasrat dan keinginan pelajar FTSM yang menginginkan kafe dibuka telah mendapat titik noktahnya. MPP FTSM Kinanda Nugraha telah berbincang bersama pengusaha kafe baru mengenai operasi dan pelbagai lagi misi kebajikan di kafe FTSM serta perancangan lain  di masa hadapan.
Kafe akan mula dibuka pada hari Isnin 18/3/2013 dan akan ada MAKAN PERCUMA!

Memetik kata-kata MPP Kinanda Nugraha, "Saya tidak akan pernah mensia-siakan mandat dan amanah yang telah diberi". Segala sokongan terhadap kami, MPP ASPIRASI kami ucapkan ribuan terima kasih. tanpa anda, kami tiada siapa.

Kebajikan Anda Perjuangan Kami
-MPP ASPIRASI UKM - 



Tags

Blog Archive

Blog Archive