MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Monday, March 11, 2013

Isu Kafe dan Manifesto Perkhidmatan Vending Machine FTSM

Posted by Kinanda Nugraha 7:42 PM, under | No comments


MPP Kinanda Nugraha yang merupakan MPP FTSM telah berjumpa dengan En. Nazri Putra Ramli, Pegawai Jabatan Bendahari UKM untuk memberi cadangan permohonan vending machine atau mesin jualan air tin dan cadangan pembukaan kembali tender kafetaria FTSM yang telah tutup sejak awal semester.

MPP Kinanda Nugraha bersama En.Nazri, Pegawai Jabatan Bendahari UKM
1. Pewujudan Perkhidmatan Vending Machine

Cadangan ini disambut baik oleh En. Nazri. Beliau mengatakan bahawa UKM telah mempunyai hubungan yang baik dengan syarikat Pemanis, penyedia perkhidmatan vending machine twister seperti yang telah wujud di beberapa tempat seperti Pusanika dan PTSL. Penyediaan perkhidmatan ini telah wujud di UKM secara berperingkat.

Untuk meletakkan vending machine, syarikat diberikan tempoh percubaan selama lebih kurang 2 bulan secara percuma. Jika syarikat mendapatkan keuntungan, barulah perkhidmatan vending machine dikekalkan dan syarikat dikenakan biaya RM110 per bulan.

Kami dari pihak MPP akan mewujudkan perkhidmatan ini sesuai prosedur yang berlaku, dengan meminta persetujuan daripada pihak dekan dan En. Zulkafli Amat, Penolong Kanan FTSM. Kertas cadangan yang telah diserahkan akan diteruskan oleh beliau bagi mewujudkan perkhidmatan ini.

Gambar: MPP Kinanda Nugraha bersama Pn.Hadidah, Pembantu Dekan
Berdasarkan cadangan dan suara pelajar FTSM, ramai yang bersetuju untuk meletak vending machine berhampiran dengan Pusat Pengajian Siswazah, didekat tangga menuju bilik kuliah. Jika perkhidmatan ini telah wujud, diharapkan para pelajar boleh menyokong untuk membeli supaya syarikat mengekalkan perkhidmatan vending machine setelah tempoh percubaan.

2. Pembukaan Kembali Tender Kafetaria FTSM

Tender kafetaria FTSM telah banyak kali berganti, dan sejak tahun 2009, ada 5 pengusaha tender yang melihat kawasan namun tidak berminat untuk menjalankan usaha di FTSM, kerana kurangnya bilangan pelajar dan lokasi yang tidak strategik.

En. Nazri mengutarakan bahawa punca utama adalah lokasi kafetaria yang tidak strategik. Sebelum ini beliau pernah berbincang dengan En. Zulkafli Amat, Penolong Kanan FTSM dan hasil perbincangan tersebut ada dua pilihan:

1. Menutup kafetaria dan menjadikan tapak kafetaria menjadi fasiliti Robot Soccer
2. Menurunkan harga sewa tapak

Malangnya setelah tender kafe yang lama pergi, belum ada satu pengusaha pun yang berminat untuk mendapatkan tender kafe FTSM.

Namun melihat hasrat dan keinginan pelajar yang mahukan kafetaria kembali wujud akan tetap kami perjuangkan, kerana kebajikan pelajar adalah tanggungjawab kami.

Oleh : Kinanda Nugraha- MPP FTSM 2012/2013

0 comments:

Post a Comment

Tags

Blog Archive

Blog Archive