MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Friday, March 15, 2013

MPP FST 3&4 : BERSAMA TIMBALAN DEKAN

Posted by ASPIRASI UKM 6:35 PM, under | No comments


13 MAC 2013 - MPP FST Tahun 3 & 4 telah membuat pertemuan lanjut bersama Timbalan Dekan (Prasiswazah dan Alumni) FST, Prof. Dr. Shahidan Radiman bagi membincangkan hal ehwal kebajikan siswa/i di FST. Pertemuan ini dimanfaatkan dengan membincangan tindakan-tindakan pihak fakulti dan MPP terhadap meyuarat pentadbiran yang telah diadakan pada bulan Disember yang lepas.

Antara perkara yang dibincangkan adalah :

1. Garis Panduan terhadap peluang pekerjaan berdasarkan jurusan pengajian.
2. Menyediakan bilik gerakan dan kemudahan lain bagi kelab-kelab, sama seperti di Pusanika.
3. Ruang belajar,berehat dan berorganisasi
4. Kemudahan pergerakan  siswa/i daripada bangunan lama ke bangunan Kedekanan yang baru

Hasil perbincangan dan gerak kerja lanjutan adalah seperti berikut :

1. Garis panduan ini akan dibincangkan pihak pengurusan yang melibatkan ketua-ketua program agar merancakkan program-program kerjaya yang melibatkan alumni-alumni fakulti agar dapat mengadakan hubungan dua hala yang memfokuskan kerjaya dan latihan industri. Usaha yang sama juga sedang dilakukan oleh pihak Pejabat Pertubuhan Alumni dibawah pengelolaan Prof. Dato' Dr. Laily Bin Din, yang juga pensyarah kimia di FST.

2. Kemudahan bilik khas bagi kelab-kelab, akan memakan masa berikutan kekangan kewangan dan juga bilik-bilik yang terhad bilangan, malah terdapat pensyarah yang masih belum mempunyai bilik tersendiri. Adalah menjadi harapan agar ahli-ahli kelab di fakulti mendapat keistimewaan seperti kelab-kelab pusat di Pusanika. Walau bagaimanapun, ia akan terus di usahakan menggunakan ruang dan peluang yang ada.

3. Kemudahan ruang-ruang belajar dan berehat sedang diusahakan oleh pihak fakulti atas permintaan perwakilan pelajar. Antara ruang yang telah diusahakan adalah di Bangunan Kimia yang telah disediakan meja, kerusi, kipas, soket elektrik dan kemudahan wi-fi.


Antara lokasi lain yang dalam perancangan adalah di Pejabat Kedekanan FST.

4. Pelan jangkamasa panjang fakulti adalah pembinaan jejambat daripada bangunan kimia ke pejabat kedekanan. Walau bagaimanapun, pihak MPP merasakan pelan itu akan mengambil masa yang lama dan akan membahayakan pengguna laluan terbabit. Banyak aduan yang telah diterima daripada siswa/i malah terdapat yang hampir dilanggar kenderaan yang laju. Pihak MPP akan mengambil langkah seterusnya berikutan ianya melibatkan keselamatan pengguna laluan itu.


Terdapat juga agenda lain yang telah dibincangkan disamping menjaga kebajikan mahasiswa yang bersifat fizikal. Perkara ini akan dikeluarkan pada masa yang sesuai setelah mendapat maklumat bersama pihak TNC Akademik dan Antarabangsa, Prof. Datuk Dr. Nor Azlan Ghazali.

Aspek kemudahan yang lain akan terus diusahakan oleh pihak MPP dan fakulti agar dipercepatkan bagi keselesaan mahasiswa/i di FST dan juga fakulti-fakulti lain.

Sekian.

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

0 comments:

Post a Comment

Tags

Blog Archive

Blog Archive