MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Monday, January 14, 2013

TAHNIAH di atas penganugerahan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) dan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS)

Posted by ASPIRASI UKM 11:00 AM, under | No comments

ASPIRASI MPP UKM mengucapkan TAHNIAH kepada Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) yang membawa gelaran Dato’ Seri.

Tahniah Tan Sri Dato' Seri !



ASPIRASI MPP UKM mengucapkan TAHNIAH diatas penganugerahan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Dato' kepada YBhg. Prof. Ir. Dato' Dr. Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal pelajar dan Alumni UKM (TNC HEPA).

Tahniah Dato' !


MPP ASPIRASI UKM mengucapkan TAHNIAH diatas penganugerahan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Dato' kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Aishah Bidin, Dekan Fakulti 
Undang-Undang UKM.

Tahniah Dato' !

Sunday, January 13, 2013

Tuanku Muhriz Dianugerah Ijazah Doktor Kehormat Oleh Universiti Glamorgan

Posted by ASPIRASI UKM 10:57 PM, under | No comments



BANGI, 11 Januari 2012 – Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari University of Glamorgan, Wales, Britain di satu Majlis Konvokesyen di-Raja baru-baru ini.

Tuanku Muhriz, yang juga Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus menerima anugerah itu dari Naib Canselor University of Glamorgan, Profesor Julia Lydon dalam suatu acara khas itu anjuran bersama UKM dan University of Glamorgan.

Pro Naib-Cancelor University of Glamorgan, Vassilis Konstantinou berkata ijazah kehormat Doktor Undang-Undang merupakan satu pengiktirafan yang hanya diberikan kepada individu tersohor dalam dunia perundangan, kerajaan atau hal-ehwal awam.

Dalam pidato umumnya mengenai anugerah itu, Konstantinou berkata penganugerahan demikian adalah pengiktirafan pencapaian dan peranan baginda sebagai negarawan dan menyanjungi hubungannya dengan Universiti Glamorgan.


 Beliau berkata hubungan persaudaraan dan kemasyarakatan antara Malaysia dan Wales tersirat berdasarkan bilangan alumni universiti-universiti Wales dari Malaysia yang hadir pada majlis itu. Mereka adalah graduan University of Bangor, Aberystwyth, Cardiff, Swansea dan Lampeter.

Beliau menyorot kepada hubungan erat baginda dan Glamorgan melalui pengerusi universiti itu, Profesor Emiritus John Andrews sebagai pelajar dan guru. Mereka mula bertemu di University College of Wales, Aberystwyth pada tahun 1967 apabila baginda memasuki Fakulti Undang-undang sebagai pelajar dan Profesor Andrews pula baru dilantik sebagai Profesor Undang-Undang di situ. Tuanku Muhriz lulus pengajian undang-undangnya dengan kepujian kelas kedua atas pada tahun 1970.


 Konstantinou berkata pengenalan Tuanku Muhriz dengan Profesor Andrews antara tahun 1967 hingga 1970 itu telah meletakkan asas-asas untuk kerjaya masa depan mereka. Profesor Andrews kemudian dilantik sebagai Ketua Fakulti Undang-Undang dan Dekan Undang-Undang pada tahun 1970 dan telah menyampaikan ijazah kepada Tuanku Muhriz apabila lulus pengajiannya.

Sekembalinya ke Malaysia, Tuanku Muhriz memulakan kerjaya yang pelbagai dalam perkhidmatan kewangan antarabangsa dan industri pengiklanan. Pada masa yang sama, baginda menyumbang kepada pelbagai pertubuhan kebajikan melalui keahlian aktifnya dalam Kelab Rotary Kuala Lumpur. Semangat baginda untuk menyediakan peluang pendidikan secara meluas diakui.

Tuanku Muhriz pernah menjadi ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sofa  dan telah mengasaskan penubuhan Yayasan Munarah yang memberi banyak biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang yang miskin.


Pada tahun 2011, baginda dianugerahkan pingat "Head of State" oleh Kelab Lions Antarabangsa bagi khidmat kemanusiaannya meningkatkan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik. Pingat itu biasanya dikhaskan kepada kerabat diraja dan pemimpin-pemimpin negara. Beliau merupakan penerima kedua pingat berprestij itu, selepas Sultan Azlan Shah ketika baginda menjadi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.

Sumber: http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1324-






Wednesday, January 9, 2013

Jadual Perjalanan Bas di Kampus KTSN-KKL

Posted by ASPIRASI UKM 7:46 PM, under | No comments


Jadual Perjalanan Bas di Kampus KTSN-KKL

KPZ : Menemui Penyelesaian Terbaik Akhirnya

Posted by ASPIRASI UKM 6:56 PM, under | No comments


Salam Sejahtera dari kami Aspirasi MPP UKM Sesi 2012/2013..

Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kepimpinan Aspirasi Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2009-2010. Memetik semula cadangan yang telah dilakukan oleh PMUKM Sesi 2009-2010.

PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2009-2010

Kami, MPP UKM ingin menyatakan pendirian kami berkaitan Kolej Pendeta Zaba:

  • MEMBANTAH mewajibkan para pelajar KPZ membeli sticker kenderaan
  • MEMBANTAH penutupan pintu pagar parking di KPZ
  • MENYERU pihak pentadbiran UKM agar membeli KPZ daripada pihak swasta
  • MENYERU pihak bertanggungjawab mengadakan kemudahan asas dan wifi yang terbaik di KPZ


Ayuh para pelajar, berilah sokongan anda kepada PMUKM demi membela kebajikan anda.
Sebarang masalah, sila berurusan dengan pihak PMUKM melalui emel atau telefon atau terus ke pejabat PMUKM di Pusanika.

"ASPIRASI SEPAKAT TRANSFORMASI GEMILANG"

Oleh itu, kami kepimpinan Aspirasi dan MPP UKM 2012/2013 mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas segala usaha yang dilakukan oleh Barisan Kepimpinan MPP UKM 2009/2010 dan YDP serta Kepimpinan Jaksa KPZ 2009/2010 bagi memastikan kebajikan dan keselesaan mahasiswa/i di UKM.

Shahrul Akmal selaku MPP UKM 2012-2013 telah menghubungi Saudara Hamzah bagi menyatakan terima kasih dan tahniah kepada beliau. Semasa menghubungi beliau, banyak nasihat yang telah diberikan beliau. Memetik kata-kata mantan Presiden PMUKM 2009-2010 itu,

 " Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan kepimpinan Aspirasi yang telah berjaya membuat pakatan yang baik bagi merealisasikan kebajikan dan kebaikan mahasiswa/i UKM. Tidak semestinya buah yang kita tanam pada hari ini akan berbuah pada hari ini. Mungkin hasil daripada apa yang kita tanam akan dinikmati orang yang datang selepas kita. Yang paling penting, apapun perkara yang kita buat mesti ikhlas dan sabar."

Buang yang keruh, Ambil yang jernih. Mahasiswa perlu bijak dalam menilai sesuatu perkara. Apabila datangnya kebaikan mari kita bersama-sama meraikan kebaikan tersebut. Semoga dengan apa yang telah diusahakan mendapat rahmat dan keredhaan-Nya. Tarikh 10 Januari 2013 merupakan Tarikh Tandatangan Perjanjian KPZ kepada Pihak UKM. Kami juga berharap Kolej Pendeta Zaaba dapat menikmati keselesaan dan keuntungan yang berterusan. Sebagai MPP UKM 2012/2013, Kami sentiasa mengutamakan kebajikan dan keselesaan mahasiswa/i UKM.

" Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan "

MPP ASPIRASI UKM 2012/2013





Tuesday, January 8, 2013

Program Belajar Sambil Bekerja kepada Pelajar Tahun 1 Sesi 2012/2013

Posted by ASPIRASI UKM 7:29 PM, under | No comments




Program Belajar Sambil Bekerja kepada Pelajar Tahun 1 Sesi 2012/2013

Program ini memberi peluang kepada pelajar UKM melalui pengalaman bekerja di UKM di sepanjang tempoh pengajian. Pelajar akan diberi gaji mengikut jam bekerja di Fakulti /Institut /Pusat yang ditempatkan.

Program ini juga memberi peluang kepada pelajar menyertai program pembangunan kapasiti dalam keterlibatan industri dan masyarakat HEJIM.

Borang permohonan perlu dikemukakan sebelum 21 Januari 2013 melalui Ketua HEJIM di Fakulti .
                          
Tarikh Acara               :          07/01/2013 -21/01/2013
Masa Acara                :          08:00 Pagi
Tempat                       :          tiada
Penganjur                   :          Pejabat Hubungan Industri- HEJIM

Download borang dan segala pertanyaan di :
http://portalewarga.ukm.my/Pages/Portalewarga.aspx

TAHNIAH KEPADA TNC HEPA - PROF. IR. DR. OTHMAN A. KARIM.

Posted by ASPIRASI UKM 7:13 PM, under | No comments

Tahniah diucapkan kepada Y.Bhg Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) kerana telah dilantik sebagai Komandan Kor Sukarelawan SiswaSiswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) di Universiti Kebangsaan Malaysia berkuat kuasa mulai 2 Januari 2013. Selamat Menjalankan Tugas Prof !

" Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan "

TINJAUAN NC UKM SEMPENA MINGGU PEPERIKSAAN

Posted by ASPIRASI UKM 10:38 AM, under | No comments





Bersempena minggu peperiksaan di UKM bermula daripada 31 Disember 2012 hingga 20 Januari 2013, pihak pengurusan tertinggi UKM telah turun padang ke lokasi peperiksaan. Lokasi yang sempat ditinjau adalah :
1) Bangunan Baru Perpustakaan Lingkungan Kedua
2) Dewan Tun Abdullah M.Salleh

Kecergasan dan keaktifan pemikiran dipengaruhi oleh persekitaran yang didiami. Oleh itu, pihak pentadbiran dengan sedaya upaya menyediakan ruang ini agar mahasiswa dapat menduduki peperiksaan dengan aman dan selesa. 

Prof. Tan Sri Dato' Wira Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM, Puan Kiftiah Abdul Razak, Timbalan Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik, beberapa kakitangan pentadbir dan wakil MPP UKM telah melawat semua ruangan peperiksaan untuk melihat kesesuaiannya daripada beberapa aspek. Lawatan ini telah dijalankan pada 7 Januari 2013.


Berkenaan kerosakan lantai, lif dan beberapa prasarana yang lain amatlah dikesali oleh pihak Tan Sri sedangkan ia merupakan bangunan yang baru dan masih tidak beroperasi secara penuh. Walau bagaimanapun, ia sesuatu yang tidak dijangkai dan Puan Kiftiah telah berkata pihak Bahagian Pengurusan Akademik dan jabatan terlibat akan melakukan pembaikpulih agar ianya kembali pulih dan tidak membahayakan keselamatan pengguna. 




Disamping melawat dewan peperiksaan, Tan Sri juga berkesempatan untuk beramah mesra bersama mahasiswa yang bakal mengambil peperiksaan di dewan itu. Beberapa komen mengenai dewan peperiksaan telah dikongsi bersama disamping bertanya mengenai subjek yang di ambil. Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa pihak pengurusan UKM, khususnya Tan Sri sendiri, ingin turun padang untuk bersama-sama dengan mahasiswa UKM tetapi urusan-urusan pengurusan menghadkan peluang ini. 

Sejerumus selepas itu, Tan Sri melawat Dewan Tun Abdullah M. Salleh dan sempat beramah mesra bersama mahasiswa di sana. Antaranya pelajar daripada negara Jerman (Fakulti Kejuruteraan) dan pelajar Sains Forensik (Fakulti Sains Kesihatan). 

# Diambil daripada FB TNC HEPA UKM bersempena lawatannya pada 2 Januari 2013 yang lepas : 




Pihak MPPUKM mewakili semua mahasiswa UKM, mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan UKM diatas keprihatinan dan semua kemudahan yang telah disediakan kepada mahasiswa.
Akhir kata, kami akan lakukan yang terbaik dalam peperiksaan ini untuk UNIVERSITI, NEGARA, BANGSA dan AGAMA. In shaa Allah.

"Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan"

Tuesday, January 1, 2013

WARNA-WARNI TAHUN BARU 2013

Posted by ASPIRASI UKM 3:25 AM, under | No comments


Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013..Semoga 2013 ini mewarnai kehidupan anda..




Ikhlas dari :

Ahmad Yasyri Ahmad Mahaiyuddin       MPP FST
Shahrul Akmal Bin Johari                        MPP UMUM
Nur Azreen Abdul Malek                          MPP UMUM
Muhammad Azrol Bin Md Azhar             MPP UMUM
Low Mee Yein                                           MPP FST
Kinanda Nugraha                                      MPP FTSM
Saiful Syahir Bin Jamil                             MPP FSSK
Mohd Khairul Firdaus Mazlan                  MPP FGG
Muhammad Safwan Bin Yusof                MPP FSK