MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Sunday, January 13, 2013

Tuanku Muhriz Dianugerah Ijazah Doktor Kehormat Oleh Universiti Glamorgan

Posted by ASPIRASI UKM 10:57 PM, under | No comments



BANGI, 11 Januari 2012 – Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari University of Glamorgan, Wales, Britain di satu Majlis Konvokesyen di-Raja baru-baru ini.

Tuanku Muhriz, yang juga Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus menerima anugerah itu dari Naib Canselor University of Glamorgan, Profesor Julia Lydon dalam suatu acara khas itu anjuran bersama UKM dan University of Glamorgan.

Pro Naib-Cancelor University of Glamorgan, Vassilis Konstantinou berkata ijazah kehormat Doktor Undang-Undang merupakan satu pengiktirafan yang hanya diberikan kepada individu tersohor dalam dunia perundangan, kerajaan atau hal-ehwal awam.

Dalam pidato umumnya mengenai anugerah itu, Konstantinou berkata penganugerahan demikian adalah pengiktirafan pencapaian dan peranan baginda sebagai negarawan dan menyanjungi hubungannya dengan Universiti Glamorgan.


 Beliau berkata hubungan persaudaraan dan kemasyarakatan antara Malaysia dan Wales tersirat berdasarkan bilangan alumni universiti-universiti Wales dari Malaysia yang hadir pada majlis itu. Mereka adalah graduan University of Bangor, Aberystwyth, Cardiff, Swansea dan Lampeter.

Beliau menyorot kepada hubungan erat baginda dan Glamorgan melalui pengerusi universiti itu, Profesor Emiritus John Andrews sebagai pelajar dan guru. Mereka mula bertemu di University College of Wales, Aberystwyth pada tahun 1967 apabila baginda memasuki Fakulti Undang-undang sebagai pelajar dan Profesor Andrews pula baru dilantik sebagai Profesor Undang-Undang di situ. Tuanku Muhriz lulus pengajian undang-undangnya dengan kepujian kelas kedua atas pada tahun 1970.


 Konstantinou berkata pengenalan Tuanku Muhriz dengan Profesor Andrews antara tahun 1967 hingga 1970 itu telah meletakkan asas-asas untuk kerjaya masa depan mereka. Profesor Andrews kemudian dilantik sebagai Ketua Fakulti Undang-Undang dan Dekan Undang-Undang pada tahun 1970 dan telah menyampaikan ijazah kepada Tuanku Muhriz apabila lulus pengajiannya.

Sekembalinya ke Malaysia, Tuanku Muhriz memulakan kerjaya yang pelbagai dalam perkhidmatan kewangan antarabangsa dan industri pengiklanan. Pada masa yang sama, baginda menyumbang kepada pelbagai pertubuhan kebajikan melalui keahlian aktifnya dalam Kelab Rotary Kuala Lumpur. Semangat baginda untuk menyediakan peluang pendidikan secara meluas diakui.

Tuanku Muhriz pernah menjadi ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sofa  dan telah mengasaskan penubuhan Yayasan Munarah yang memberi banyak biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang yang miskin.


Pada tahun 2011, baginda dianugerahkan pingat "Head of State" oleh Kelab Lions Antarabangsa bagi khidmat kemanusiaannya meningkatkan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik. Pingat itu biasanya dikhaskan kepada kerabat diraja dan pemimpin-pemimpin negara. Beliau merupakan penerima kedua pingat berprestij itu, selepas Sultan Azlan Shah ketika baginda menjadi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.

Sumber: http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1324-






0 comments:

Post a Comment