MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Wednesday, January 9, 2013

KPZ : Menemui Penyelesaian Terbaik Akhirnya

Posted by ASPIRASI UKM 6:56 PM, under | No comments


Salam Sejahtera dari kami Aspirasi MPP UKM Sesi 2012/2013..

Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kepimpinan Aspirasi Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2009-2010. Memetik semula cadangan yang telah dilakukan oleh PMUKM Sesi 2009-2010.

PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2009-2010

Kami, MPP UKM ingin menyatakan pendirian kami berkaitan Kolej Pendeta Zaba:

  • MEMBANTAH mewajibkan para pelajar KPZ membeli sticker kenderaan
  • MEMBANTAH penutupan pintu pagar parking di KPZ
  • MENYERU pihak pentadbiran UKM agar membeli KPZ daripada pihak swasta
  • MENYERU pihak bertanggungjawab mengadakan kemudahan asas dan wifi yang terbaik di KPZ


Ayuh para pelajar, berilah sokongan anda kepada PMUKM demi membela kebajikan anda.
Sebarang masalah, sila berurusan dengan pihak PMUKM melalui emel atau telefon atau terus ke pejabat PMUKM di Pusanika.

"ASPIRASI SEPAKAT TRANSFORMASI GEMILANG"

Oleh itu, kami kepimpinan Aspirasi dan MPP UKM 2012/2013 mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas segala usaha yang dilakukan oleh Barisan Kepimpinan MPP UKM 2009/2010 dan YDP serta Kepimpinan Jaksa KPZ 2009/2010 bagi memastikan kebajikan dan keselesaan mahasiswa/i di UKM.

Shahrul Akmal selaku MPP UKM 2012-2013 telah menghubungi Saudara Hamzah bagi menyatakan terima kasih dan tahniah kepada beliau. Semasa menghubungi beliau, banyak nasihat yang telah diberikan beliau. Memetik kata-kata mantan Presiden PMUKM 2009-2010 itu,

 " Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan kepimpinan Aspirasi yang telah berjaya membuat pakatan yang baik bagi merealisasikan kebajikan dan kebaikan mahasiswa/i UKM. Tidak semestinya buah yang kita tanam pada hari ini akan berbuah pada hari ini. Mungkin hasil daripada apa yang kita tanam akan dinikmati orang yang datang selepas kita. Yang paling penting, apapun perkara yang kita buat mesti ikhlas dan sabar."

Buang yang keruh, Ambil yang jernih. Mahasiswa perlu bijak dalam menilai sesuatu perkara. Apabila datangnya kebaikan mari kita bersama-sama meraikan kebaikan tersebut. Semoga dengan apa yang telah diusahakan mendapat rahmat dan keredhaan-Nya. Tarikh 10 Januari 2013 merupakan Tarikh Tandatangan Perjanjian KPZ kepada Pihak UKM. Kami juga berharap Kolej Pendeta Zaaba dapat menikmati keselesaan dan keuntungan yang berterusan. Sebagai MPP UKM 2012/2013, Kami sentiasa mengutamakan kebajikan dan keselesaan mahasiswa/i UKM.

" Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan "

MPP ASPIRASI UKM 2012/2013





0 comments:

Post a Comment