SALAM MAHASISWA
ISU KENAIKAN YURAN PENGINAPAN DAN YURAN EKOR : PERLU SIASATAN, SOLUSI DAN TINDAKAN
Masalah mengenai kenaikan yuran penginapan dan yuran ekor di kolej-kolej kediaman UKM, menyebabkan mahasiswa bangkit menyatakan respon untuk tidak bersetuju dengan tindakan yang telah dilakukan oleh universiti. Bagi mendapatkan keterangan lanjut, MPP Nur Azreen Malek telah ke Bendahari UKM. Pihak Bendahari menyatakan bahawa kenaikan yuran kolej kediaman tertakhluk di bawah kuasa kolej-kolej kediaman.
Bagi mendapatkan lebih kepastian, MPP Muhammad Azrol menghubungi Pemangku Pengetua Kolej Ungku Omar, En. Nik Hairi Omar. Menurut beliau, TIADA sebarang kenaikan yuran kolej kediaman dilakukan bagi penghuni Kolej Ungku Omar. Jawapan yang di berikan agak meragukan kerana rata-rata kolej kediaman mengalami kenaikan yuran kolej. Oleh itu, MPP sedang berusaha mendapatkan bukti untuk di bawa kepada Pihak Bendahari. Masalah yang timbul ini memerlukan pemerhatian, solusi dan tindakan (jika perlu) agar mahasiswa tidak mengalami masalah kewangan yang kronik disepanjang pembelajaran bagi semester ini.
Sehubungan dengan itu, kami berharap mahasiswa/i dapat bekerjasama dengan kami, tampilkan PENYATA HUTANG yang boleh di dapati melalui SISTEM KEWANGAN PELAJAR kepada kami agar dapat di teliti dan di jadikan bukti bagi tindakan pihak Bendahari.
BERKHIDMAT, KEBAJIKAN
MPP ASPIRASI UKM
0 comments:
Post a Comment