ISU KAFE KIY : MPP ASPIRASI AMBIL
TINDAKAN
Kami di barisan MPP ASPIRASI UKM,
melalui beberapa siri perjumpaan bersama Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) dan
mahasiswa/I yang menginap di kolej kediaman Ibrahim Yaakub dimaklumkan mengenai
beberapa masalah yang berhubung kait dengan servis pengusaha kafe KIY yang
tidak menyenangkan pelajar, terutama sekali semasa Minggu Mesra Pelajar.
Oleh itu, sebagai badan
kepimpinan utama pelajar UKM, kami terpanggil untuk membawa perkara ini kepada
pihak pengurusan KIY untuk sebarang tindakan lanjut bagi mengatasi masalah ini.
Pada 24 September 2013, MPP Azreen telah bertemu dengan Pengurus Kolej Ibrahim
Yaakub, Puan Juma’aton Akma, sebagai wakil Pengetua kolej tersebut, untuk
mendapatkan penjelasan lanjut. Laporan makanan sepanjang Minggu Mesra Pelajar
(2 September – 6 September 2013) yang telah disediakan oleh Pemudah Cara KIY
turut diserahkan kepada beliau sebagai rujukan tambahan.
Menurut Puan Juma’atun Akma,
tindakan secara verbal sebenarnya telah diambil. Perbincangan secara tidak
formal antara pengusaha kafe, pengetua kolej dan beliau sendiri telah diadakan.
Namun demikian, dengan adanya tindakan tambahan yang telah diambil oleh MPP
ASPIRASI UKM, ianya akan memudahkan lagi pihak pengurusan untuk menyelesaikan
isu ini.
Harapan yang tinggi agar pihak
kolej dan pihak-pihak yang berkaitan dapat bertindak di atas peruntukkan dan
kuasa yang ada untuk menambah baik serta mengelakkan sebarang masalah dan
rungutan daripada terus berlanjutan.
#SayastudentUKM #UKMPride #AspirasiMahasiswa
MPP Azreen bersama Pengurus KIY, Puan Juma'atun Akma
0 comments:
Post a Comment