MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Monday, September 2, 2013

Tahniah HEPA : Pengurusan Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru Yang Lebih Efisyen

Posted by ASPIRASI UKM 12:51 AM, under | No comments

SALAM MAHASISWA 
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TAHNIAH HEPA : PENGURUSAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU YANG LEBIH EFISYEN DAN CEPAT


      Hari ini, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR bersama-sama Naib Canselor, Prof. Tan Sri Sharifah Hafsah, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Majlis Ketua Bahagian (MKB) dan pegawai-pegawai universiti melawat sesi pendaftaran mahasiswa-mahasiswi kemasukan baru sesi 2013/2014 di setiap kolej kediaman di Kampus Bangi dan Kampus KL. Seramai lebih kurang 4000 orang pelajar mendaftar di UKM dengan pelbagai jurusan, mendaftar di kolej-kolej kediaman UKM. Pada sesi kemasukan kali ini, kami mendapati sistem pendaftaran lebih lancar, sistematik, efisyen dan cepat berbanding pada sesi-sesi lepas. Pemantauan kami di kolej-kolej kediaman UKM mendapati keadaan lengang dan pelajar "check-in" bilik dengan lebih awal. TAHNIAH sekali lagi kepada Naib Canselor, TNC HEPA, warga kerja HEPA, Pemudah Cara dan pembantu am pejabat kolej kediaman kerana berjaya menjadikan pendaftaran kali ini lebih sistematik dan tidak terlalu mengambil masa yang lama.

      Selain itu, keadaan lalulintas yang lebih terkawal turut membantu pengurusan pendaftaran. Tiada lagi masalah tempat meletak kenderaan dan keadaan trafik yang begitu teruk samada di dalam kampus atau di luar kampus. Tahniah juga Wisma Aman kerana berjaya mengawal lalulintas. Pengurusan Pemudah Cara Pusat yang di kendalikan oleh Saudara Muhd Hidir Mhd Salim (FTSM/KBH) juga turut membantu kelicinan pendaftaran pada kali ini. TAHNIAH dan SYABAS kami ucapkan. 

      Kami, dibarisan kepimpinan MPP ASPIRASI UKM, mengucapkan SELAMAT DATANG kepada semua warga baru Universiti Kebangsaan Malaysia. Syabas dan Tahniah kepada semua kerana berjaya menjejakkan kami ke UKM dan menyertai keluarga besar UKM. 






MENGILHAM HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN
MPP ASPIRASI UKM


0 comments:

Post a Comment