MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Monday, March 28, 2011

PENGESAHAN PERMOHONAN PENERIMAAN PENGINAPAN KOLEJ

Posted by ASPIRASI UKM 2:18 PM, under , | No comments

Kepada semua pelajar UKM,Semakan Penempatan Kolej sudah boleh dibuat bermula hari ini (27 Mac) dan pengesahan kolej perlu dibuat sebelum 4 April 2011 di







smp.ukm.my

Bagi pelajar yang ingin memohon penempatan untuk Sem III Sesi 2010/2011, borang permohonan akan dibuka melalui laman web ini mulai 5 - 12 April 2011.

Bagi pelajar yang memohon penempatan di Kolej Tun Syed Nasir, keputusan penginapan bagi pelajar KTSN akan dimaklumkan mulai 1 April 2011.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perumahan Pelajar (UPP), UKM di talian 03-89213092 
[Aduan ICT :http://www.ukm.my/sai] © 2010 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 
Hak Cipta Terpelihara.






::TEGUH SETIA BERSATU::

PENYEDIAAN GAMBAR BAKAL GRADUAN UNTUK SISTEM KAD PINTAR MAJLIS KONVOKESYEN 2011 DAN BORANG MAKLUMAT DIRI PELAJAR

Posted by ASPIRASI UKM 12:28 AM, under | No comments

Mohon perhatian PELAJAR TAHUN AKHIR, berikut adalah surat pekeliling akademik mengenai penyediaan gambar bakal graduan untuk sistem kad pintar Majlis Konvokesyen 2011 dan borang maklumat diri pelajar.

http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/012011/bul_280111-18.pdf


::TEGUH SETIA BERSATU::


PELANCARAN BLOG MPP ASPIRASI UKM

Posted by ASPIRASI UKM 12:06 AM, under | No comments

Alhamdulillah, akhirnya blog MPP Aspirasi UKM dapat dilancarkan walaupun terdapat sedikit kelewatan, kami di pihak MPP Aspirasi telah mencuba yang terbaik dalam proses mewujudkan blog ini dan inilah hasilnya. Semoga blog ini dapat menjadi saluran informasi, aduan, dan idea yang dapat membantu mahasiswa ke arah yang lebih baik. Kami di pihak MPP Aspirasi UKM komited dalam menjadi suara mahasiswa dalam menyuarakan isu kebajikan, akademik, dan sosial agar kebajikan mahasiswa terbela. Agenda Kebajikan Mahasiswa Agenda MPP Aspirasi Sepanjang Zaman.





::TEGUH SETIA BERSATU::

Sunday, March 27, 2011

PERJUANGAN PERUNTUKAN LI DAN 31 HARI SEBAGAI MPP ASPIRASI FSSK TAHUN3

Posted by ASPIRASI UKM 10:50 PM, under , | No comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
22 MAC 2011 Genap 31 hari saya dipilih sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar MPP bagi kerusi FSSK Tahun 3 atas Tiket ASPIRASI. 





Berikut ialah perjalanan saya setakat ini diikuti penerangan isu caj Latihan Industri yg dijalankan secara sukarela dan juga pembayaran elaun serta perancangan dalam masa yang terdekat
22 FEBRUARI 2011: Mula menyusun gerak kerja untuk merealisasikan manifesto serta dalam masa yang sama mengumpulkan isu-isu yang relevan untuk masa hadapan Mahasiswa FSSK umumnya dan Mahasiswa Tahun 3 khususnya
5 MAC 2011: Usaha hebahan awal untuk makluman mahasiswa FSSK berhubung gerak kerja yg bakal saya lakukan (rujuk http://www.facebook.com/note.php?note_id=130136860391004
8 MAC 2011: Langkah kecemasan serta-merta yg melibatkan "maraton" daripada bahagianBendahari UKMUnit Kebajikan Pelajar UKM, dan juga Zakat terpaksa diambil selepas Pendaftaran untuk semester pendek bagi mengikuti Latihan Industri dibuka pada 7 Mac berikutan kadar caj RM360 yg dicatatkan dalam SMPWEB (Rujuk http://www.facebook.com/note.php?note_id=130913320313358
10 MAC 2011: Pertemuan dengan Pn Norashikin Ibrahim Ketua Penolong Pendaftar FSSK bersama2 dgn saudari Farah Atikah Pemangku Presiden PMFSSK serta Pn Sarimah dari Bahagian Bendahari UKM di Meja No 9 (Rujukhttp://www.facebook.com/note.php?note_id=131356793602344 
16 MAC 2011: Pertemuan Tiga Pihak dengan Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran (PPSPP) Prof Dr Abd Rahim Md Nor, Pensyarah Program Sains Pembangunan (Dr Er Ah Choy dan Prof Madya Dr Noor Rahamah Abu Bakar), dan juga wakil Mahasiswa Sains Pembangunan (Norhaslinda Binti Rosli, Noorsaifulizuan Bin Nordin, dan rakan2) berkenaan isu penangguhan penyerahan Latihan Ilmiah Program Sains Pembangunan daripada 14 Mac 2011 kepada 31 Mac 2011

22 MAC 2011: Pertemuan enam mata bersama Prof Madya Dr Hamzah Jusoh (Ketua Jaringan Industri dan Masyarakat HEJIM FSSK) dan Puan Norashikin Ibrahim Ketua Penolong Pendaftar FSSK berhubung penjelasan perbezaan ketiadaan caj yang dikenakan terhadap sebahagian mahasiswa FSSK sesi lalu yg menjalani Latihan Industri dan elaun yg mereka perolehi.  
Berhubung status ketiadaan caj yg dikenakan terhadap mahasiswa sesi 2009/2010 yg menjalani LI secara sukarela serta elaun yg diperolehi mahasiswa sesi 2009/2010,  status mahasiswa yg menjalani LI secara sukarela ini adalah dikira sebagai berbeza dengan mahasiswa tahun 3 sesi ini (2010/2011) yang menjalani LI secara wajib menerusi kurikulum baru 120 unit di mana dalam kurikulum 105 unit yg diikuti mahasiswa sesi 2009/2010 terbabit, LI mereka tidak dimasukkan dalam sistem maka mereka tidak diberi sebarang gred dalam PNGK serta tidak dikira sebagai subjek.
Malah, Mahasiswa sesi 2009/2010 serta sesi2 sebelumnya yg terdiri daripada mahasiswa daripada Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, mahasiswa program Sains Pembangunan, Pembangunan Manusia, dan juga Kerja Sosial adalah diwajibkan untuk mengikuti LI maka mereka turut dikenakan yuran sebagaimana mahasiswa sesi 2010/2011
Maka, ianya adalah berbeza antara status LI yg wajib dengan LI yg dijalani secara sukarela.
Berhubung pemberian elaun pula, mahasiswa sesi 2009/2010 adalah satu2nya sesi yg menerima elaun ketika menjalani LI, termasuklah mereka yg menjalaninya secara sukarela di mana sebelum itu, tiada elaun yg diberi oleh pihak UKM.
Sebagaimana perancangan saya, mahasiswa FSSK yg menjalani Latihan Industri di kawasan yg jauh tetapi tidak mendapat elaun akan dibantu serta disokong dalam permohonan zakat yang bakal ditentukan pada April ini serta Unit Kebajikan Pelajar (UKP) serta Bendahari dan perbincangan lanjut dengan pihak Pendaftar akan dilaksanakan Bersama 15 Barisan MPP ASPIRASI 
Setakat ini saya hanya menerima 3 NAMA sahabat daripada Geografi, 1 nama daripada Psikologi, dan 1 nama daripada Pembangunan Manusia yang perlu dibantu. Saya berharap rakan2 diluar sana yg tidak mendapat elaun agar sudi membantu saya untuk membantu rakan2 dengan memaklumkan butir2 LI rakan2 seperti surat tawaran LI dan sebagainya
Saya juga telah memulakan usaha untuk membangunkan Projek Bank Nota dan Latihan FSSK di mana sumbangan kalian Mahasiswa FSSK Tahun 3 amat ditagih untuk melakukan amal jariah dengan bersedekah nota dan latihan2 yg dapat membantu junior2 kita kelak. Usaha ini akan melibatkan barisan baru pimpinan Persatuan2 Mahasiswa Pusat Pengajian di FSSK selepas selesai Perhimpunan Agung Tahunan (AGM).
MAKA SAYA AMAT MENGHARAPKAN KERJASAMA DARIPADA RAKAN2 MAHASISWA SEKALIAN UNTUK MEMBANTU SAYA MENYEBARKAN NOTA INI AGAR RAKAN2 KITA DAPAT MENYALURKAN MAKLUMAT BAGI MENYOKONG PERMOHONAN ZAKAT KELAK DAN JUGA MASALAH2 LAIN SEPERTIMANA ISU PENYERAHAN LATIHAN ILMIAH DARIPADA PPSPP YG TELAH SELESAI SERTA PROJEK BANK NOTA DAN SOALAN.
Sekian, mohon dibantu untuk membantu
ABDUL MUEIN BIN ABADI-MPP ASPIRASI FSSK TAHUN 3-
::TEGUH SETIA BERSATU::