MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Tuesday, July 12, 2011

TRANSKRIP DAN SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN AWAL SEBELUM KONVO

Posted by ASPIRASI UKM 3:46 PM, under , | 2 comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

TRANSKRIP DAN SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN

Perhatian kepada Mahasiswa Tahun akhir UKM, hari ini 11 Julai 2011 saya telah ke Bahagian Pengurusan Akademik UKM untuk mendapatkan maklumat berkenaan cara mahasiswa tahun akhir boleh mendapatkan transkrip dan surat pengesahan tamat pengajian bagi membolehkan mereka memohon kerja sebelum majlis konvokesyen ke-39 berlangsung September ini. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1.  Pastikan Hutang dan Yuran yang tertunggak telah diselesaikan
2.  Pastikan status diri telah melengkapi kesemua unit yang perlu diambil sebagaimana yang disyaratkan untuk program
3.  Setelah dipastikan bahawa mahasiswa telah menepati kedua-dua langkah di atas, Mahasiswa boleh mendapatkan Transkrip dan Surat Pengesahan terbabit di Bahagian Pengurusan Akademik UKM di aras 4 Canselori selepas Keputusan peperiksaan akhir keluar pada 12 Julai ini

4.  BAGI MAHASISWA YANG TINGGAL JAUH DARIPADA UKM, seperti yang tinggal di Sarawak atau Brunei dan sebagainya, anda boleh menulis surat dialamatkan kepada Bahagian Pengurusan Akademik UKM untuk memohon Transkrip dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian.  Anda perlu menyediakan WANG POS BERNILAI RM10 ATAS NAMA BENDAHARI UKM (BUKANNYA BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK UKM) untuk transkrip manakala surat pengesahan tamat pengajian adalah percuma sahaja. 

5.  Bahagian Pengurusan Akademik UKM akan mengepos SECARA PERCUMA TANPA SEBARANG CAJ kedua-dua dokumen ini kepada mahasiswa yang menggunakan khidmat pos ini

Harap dapat disebarkan kepada seluruh warga Mahasiswa Tahun Akhir UKM. Selamat Bersedia untuk bergraduasi :)

Terima kasih

ABDUL MUEIN BIN ABADI
MPP ASPIRASI FSSK

::TEGUH SETIA BERSATU::


2 comments:

This comment has been removed by the author.

boleh tak saya nak mintak contoh surat untuk memohon transkrip?

Post a Comment