MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Wednesday, July 20, 2011

Sumbangan Mangsa Tanah Runtuh Diagihkan

Posted by ASPIRASI UKM 9:45 PM, under | No comments

Pihak Pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Pejabat Hubungan Masyarakat di bawah seliaan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Ybhg Prof Dr Saran Kaur Gill telah menyampaikan sumbangan warga UKM kepada mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim At- Taqwa pada 13 Julai yang lalu. Sumbangan yang berjaya diperolehi ialah sebanyak RM 26 300 yang disumbangkan oleh warga UKM iaitu mahasiswa kampus induk dan kampus KL, kakitangan dan staf sokongan lain dan sumbangan Unit Zakat UKM sebanyak RM 5000.

Sumbangan diagihkan oleh Ybhg Prof Dr Saran Kaur Gill

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ybhg Prof Dr Saran Kaur Gill yang dihadiri sendiri oleh anak-anak rumah At-Taqwa tersebut. Dalam majlis tersebut, UKM menyatakan kesediaan bagi menyediakan sumber manusia dan membangunkan program bagi membantu mangsa tanah runtuh tersebut. 

MPP Aspirasi UKM menyeru seluruh mahasiswa/i UKM untuk bersama-sama MPP Aspirasi bagi menjalankan atau melibatkan diri dalam program-program yang dapat membantu adik-adik kita tersebut. Kesempatan ini juga MPP Aspirasi ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keikhlasan warga UKM dalam menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan mangsa. KLIK


TEGUH SETIA BERSATU

0 comments:

Post a Comment