MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Wednesday, June 8, 2011

Warga UKM Prihatin

Posted by ASPIRASI UKM 6:45 PM, under | No comments

MPP Aspirasi UKM telah melancarkan Tabung Bantuan Bencana Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Taqwa Felcra Semungkis, Hulu Selangor dari 24 Mei 2011 hingga 06 Jun 2011 yang lalu klik. Kutipan sumbangan ikhlas ini mendapat perkenan dari pihak pengurusan universiti melalui surat kebenaran yang bertarikh 26 Mei 2011 nombor rujukan UKM 3.2/52/2 yang dikeluarkan kepada Kelab Aspirasi UKM.

Tidak kira di mana jua, baik di dalam dewan kuliah, kafeteria mahupun di perpustakaan warga UKM terus bersedia menghulurkan sumbangan bagi membantu adik-adik yang ditimpa musibah berkenaan. Perjalanan dari kampus Bangi ke kampus Kuala Lumpur bagi mewujudkan ruang dan peluang bagi warga UKM untuk sama-sama menyumbang kepada mangsa pasti menjadi kenangan terindah buat MPP Aspirasi dan seluruh gerak kerja Aspirasi UKM kerana keikhlasan yang terpancar dari riak wajah penyumbang menunjukkan kepada dunia bahawa warga UKM peduli mengenai kesengsaraan yang ditanggung oleh mangsa.

tiba di UKM Kampus Kuala Lumpur membawa misi kemanusiaan

Warga Fakulti Pergigian

Kakitangan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff Kampus Kuala Lumpur tidak ketinggalan menumbang

warga KTSN yang prihatin

pelajar antarabangsa UKM turut menyumbang di PTSL

Kutipan yang berjaya di kumpul sepanjang tempoh pergerakan tabung berkenaan berjumlah RM 614.75. Biar pun nilai bukan menjadi ukurannya namun kutipan sebesar ini sesungguhnya tidak dijangkakan oleh kami. 

Buat seluruh warga UKM yang telah menyumbang terima kasih atas sumbangan yang diberikan hanya Allah dapat membalas keikhlasan kalian. InsyaAllah proses penyerahan wang sumbangan tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat bersama-sama sumbangan dari pihak pengurusan UKM.

Sesungguhnya sumbangan dan kepedulian kita terhadap mereka tidak terhenti di sini. Bersama-sama ayuh kita terus menyumbangkan Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban. 

~Al Fatihah

:: TEGUH SETIA BERSATU::

0 comments:

Post a Comment