MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Wednesday, June 1, 2011

MPP Aspirasi Senada Menolak Budaya Fitnah

Posted by ASPIRASI UKM 9:20 PM, under | No comments

Wacana Sinar yang berjudul " Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman" dianjurkan oleh akhbar terkemuka negara Sinar Harian tempoh hari wajar di ambil ikhtibar oleh masyarakat di negara ini terutamanya golongan mahasiswa yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Wacana tersebut yang menggabungkan wakil dari parti-parti politik iaitu  Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) serta bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis Ustaz Dr. Asri Zainul Abidin bersependapat bahawa budaya fitnah hanya akan memusnahkan negara dan lebih teruk memusnahkan peradaban umat di negara ini.

Saudara Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan dalam hujahannya bahawa, ketaksuban merupakan tunas-tunas yang menerbitkan fitnah. Beliau menyatakan bahawa, jika keadaan ini tidak dirawat pemimpin dan penyokong parti politik tidak dapat memisahkan antara perjuangan parti demi agama dan rakyat dengan perjuangan mereka untuk mempertahankan seseorang individu. Dan jika keadaan ini berlaku maka hanya merugikan negara dan rakyat menjadi mangsa kerakusan sikap penyebar fitnah tersebut.

Memetik hujah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Nasrudddin Hassan yang menyatakan bahawa, politik hari ini seharusnya menjadi platform kepada politik berakhlak, beradap, berhemah, telus dan tulus, ada kredibiliti berasaskan hujah serta pandangan bernas, bukannya untuk menjatuhkan lawan. 

MPP Aspirasi UKM selaku badan mahasiswa yang menjadi wakil kepada suara dan aspirasi mahasiswa serta golongan muda di negara ini senada dengan menolak habis-habisan budaya fitnah  dalam apa jua keadaan baik politik mahupun dalam kehidupan sehari-harian. Budaya fitnah ini hanya menyemai api permusuhan, kebencian dan menindas orang yang difitnah seterusnya menghancurkan perpaduan dan kesatuan ummah yang seharusnya diberi prioriti yang terutama. Allah berfirman yang maksudnya Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan (Surah Al-Baqarah, 191).

Untuk itu, MPP Aspirasi UKM menyeru seluruh mahasiswa untuk TEGUH SETIA BERSATU menolak budaya fitnah dalam apa jua keadaan demi keharmonian dan kelestarian sebuah peradaban bangsa dan agama tercinta.  

MPP Aspirasi dan seluruh warga UKM tolak budaya FITNAH !!


::TEGUH SETIA BERSATU::

0 comments:

Post a Comment