MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Sunday, December 30, 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan Semester 1 2012/2013

Posted by ASPIRASI UKM 10:26 PM, under | No comments


Jangan Direnung Betapa Letihnya Usaha, Tetapi Renunglah Betapa Manisnya Sebuah Kejayaan. Iringlah Doa Beserta Tawakal Dalam Setiap Usahamu, Semoga Kejayaan Milik Bersama.










 SEMOGA KEJAYAAN ITU MILIK ANDA..

" MENGILHAM HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN "

Saturday, December 29, 2012

Panduan Berpakaian Semasa Exam

Posted by Kinanda Nugraha 10:54 PM, under | No comments

PANDUAN PEMAKAIAN PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI PELAJAR SEMASA MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UKM

PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI YANG DISARANKAN :
Semua pelajar yang menduduki peperiksaan dikehendaki memakai pakaian kemas dan selaras dengan Peraturan dan Kemasan Diri Pelajar UKM. Bagi pelajar lelaki digalakkan memakai baju kemeja dan bertali leher manakala bagi pelajar wanita berbaju kurung kebangsaan.

PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI YANG TIDAK DIBENARKAN :
Pakaian dan kemasan diri yang TIDAK DIBENARKAN memasuki dewan peperiksaan adalah seperti berikut :

Lelaki :
1. Baju kemeja T tidak berkolar dan tidak berlengan
2. Seluar jeans
3. Seluar pendek
4. Pakaian sukan
5. Memakai selipar dan capal
6. Memakai cap
7. Berambut panjang
8. Berpakaian wanita

Wanita :
1. Baju kemeja T tidak berkolar dan tidak berlengan
2. Baju tidak berlengan dan singkat (mendedahkan pusat dan belakang semasa duduk)
3. Seluar jeans dan 'slack' ketat
4. Berskirt
5. Berpakaian ketat dan menjolok mata
6. Seluar pendek
7. Berselipar

Bagi PELAJAR YANG TIDAK MEMATUHI peraturan pemakaian ini TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI DEWAN PEPERIKSAAN dan diminta menukar pakaian dan hanya dibenarkan setelah mematuhi pakaian.



MOHON KERJASAMA PELAJAR UNTUK MENGELAKKAN BERLAKU KESULITAN KETIKA MENDUDUKI PEPERIKSAAN DENGAN MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI PELAJAR UKM

MENGILHAM HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN
:: MPP UKM ::

Friday, December 28, 2012

RIBET RM200 : PEMBELIAN TELEFON PINTAR

Posted by ASPIRASI UKM 1:00 PM, under | 1 comment





Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.

1. S: Apakah Pakej Komunikasi Belia?

    J: Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk  mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).
Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.

2. S: Apakah syarat kelayakan untuk memohon Pakej Komunikasi Belia?

    J: Syarat kelayakan adalah:
  • Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
  • Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
  • Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat
3. S: Bilakah saya boleh mula memohon?

    J: Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu.

4. S: Bagaimana cara untuk saya memohon?

    J: Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawangwww.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.

5. S: Siapakah penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini?

    J: Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.

6. S:Berapa lamakah tempoh masa untuk membuat tuntutan rebat ini ?

    J: Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.

7. S: Selepas saya membuat pra pendaftaran laman sesawang, apakah yang patut saya lakukan?

    J: Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.

8. S: Di manakah saya boleh dapatkan senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah?

    J: Senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan terlibat mulai 1 Januari 2013.

9. S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan?

    J:      Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:
  • Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
  • Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa
10. S: Bagaimana cara untuk menuntut rebat ini?

      J: Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan , anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut.

11. S: Sekiranya saya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu saya buat?

      J: Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini. Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut.

12. S: Sekiranya saya telah melanggan pakej jalur lebar, perlukah saya membuat langganan yang baru untuk menuntut rebat tersebut ?

      J: Tidak perlu. Walau bagaimanapun anda tetap layak untuk menuntut rebat tersebut.

13. S: Apakah jenis-jenis telefon yang boleh di beli?

      J: Anda boleh membeli jenis telefon pintar tahap permulaan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan. Senarai telefon yang termasuk di dalam skim ini boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan mulai 1 Januari 2013.

14. S: Apakah yang boleh menyebabkan sesuatu permohonan tidak berjaya?

      J: Permohonan tidak berjaya disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
  • Anda tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan
  • Nombor kad pengenalan, nombor fail LHDN, atau nombor KWSP didapati tidak sah
  • Anda telah mendaftar lebih daripada sekali
15. S: Sekiranya saya bekerja sendiri atau penggajian, perlukah saya mendapat pengesahan pendapatan bulanan atau membawa slip gaji ?

      J: Tidak perlu. Sah akuan yang telah ditanda oleh pemohon di dalam borang pendaftaran dalam talian adalah bukti bahawa maklumat yang diberi adalah benar.
     Walau bagaimanapun kami ingin memperingatkan bahawa sesiapa yang didapati bersalah memberi maklumat palsu boleh disabitkan kesalahan  di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dijatuhkan hukuman penjara selama maksimum tiga (3) tahun dan denda.

16. S: Saya seorang pelajar, adakah saya layak memohon Pakej Komunikasi Belia?

      J: Pelajar sepenuh masa atau separuh masa adalah layak memohon pakej tersebut sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

17. S: Keuntungan bersih sebagai peniaga kecil-kecilan adalah RM 3,200 sebulan dan selepas ditolak perbelanjaan keluarga, pendapatan saya tinggal RM 2,000 sahaja. Adakah saya layak?

      J: Tidak layak

18. S: Bagaimanakah cara saya ingin mengekalkan nombor yang sedia ada tetapi ingin menukar kepada pakej yang baru yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan yang lain?

      J: Anda dikehendaki untuk membuat  Mobile Number Portability (MNP) terlebih dahulu sebelum melanggan pakej baru dengan mana-mana penyedia perkhidmatan.
     MNP adalah keupayaan bagi pengguna untuk beralih kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang baru, dengan mengekalkan nombor mudah alih sedia ada.

19. S: Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapa patut saya tujukan?

      J:  Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040
      (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah.

20. S: Adakah pendaftaran secara dalam talian ini akan beroperasi 24 jam?

      J: Sistem dalam talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11:00 malam sehingga 7:00 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan kerja mengemaskini data dapat dilakukan

21. MAKLUMAT LANJUT : http://nbi.skmm.gov.my/PKB_FAQ.htm



MENYAMPAIKAN : 
SHAHRUL AKMAL BIN JOHARI
MPP UMUM 12/13

MNRB Scholarship Fund : 2013 Scholarship Award

Posted by ASPIRASI UKM 11:04 AM, under | No comments

Salam Aspirasi Mahasiswa..

Perhatian kepada Mahasiswa/i yang mengambil kursus Sains Aktuari, Insurans dan Pengurusan Risiko.. Pihak MNRB Holdings Berhad menawarkan biasiswa untuk anda.. Tarikh akhir permohonan 4 Januari 2013.

Tuition FeesPublic universities / colleges - On actual
Private universities / colleges - Maximum of RM8,000 per annum
Overseas studies – On actual

Living AllowanceLocal Matriculation / Foundation - RM8,000 per annum
Local First Degree - RM10,000 per annum
Overseas studies – Living allowance, relocation and other allowances

A bonding period is attached to the scholarship

How To Apply :

Download the Scholarship Application Form here and send the completed form to the address below.

You can also : 
  • E-mail us at scholarship@mnrb.com.my
  • Request by sending in a 16 cm x 23cm self-addressed envelope affixed with a RM1.00 stamp to the address below; OR
  •  Collect at:
          MNRB SCHOLARSHIP FUND
          11th Floor Bangunan Malaysian Re
No. 17 Lorong Dungun, Damansara Heights
          50490 Kuala Lumpur
          Tel     : 03 – 2096 7160 (Cik Jannah)
Fax    : 03 – 2096 7003

Borang permohonan :
http://www.mnrb.com.my/pdf/scholarship2013.pdf

Maklumat lanjut layari :
http://www.mnrb.com.my/career_sch/scholarships.asp

Thursday, December 27, 2012

KEMBARA VISUAL, KOLEJ BURHANUDDIN HELMI

Posted by ASPIRASI UKM 7:29 PM, under | 2 comments



Dari Meja Aspirasi : MPP UKM 2012/2013

Pada 27 Disember 2012 (Khamis), Sekretariat ICT dan Penerbitan, MEP KBH telah mengadakan program 'Kembara Visual' yang bertempat di Syarikat Gempak Starz, Kuala Lumpur. Sekalung terima kasih kerana menjemput kami MPP UKM untuk turut serta dalam program tersebut. Tahniah diucapkan kepada Sekretariat ICT dan Penerbitan di atas usaha menjayakan program yang dilihat mampu memberikan ilmu dan pengalaman kepada mahasiswa/i UKM.



Dengan tema ' Selangkah Ke Arah Urbanisasi Grafik ' dilihat seiring dengan matlamat dan objektif program bagi melahirkan bakat-bakat muda dalam bidang seni grafik. Selain itu, program ini dapat memberikan inspirasi dan idea-idea baru bagi tujuan publisiti dan penyampaian maklumat yang dapat menarik minat mahasiswa/i kini.






Di sini kami juga telah diberi peluang untuk beramah mesra bersama kartunis terkenal daripada Gempak Starz iaitu Keith dan Kaoru. Banyak ilmu yang telah dicurahkan mereka kepada kami sebagai salah satu langkah awal bagi menceburi bidang seni grafik ini. Selain itu, kami juga diberikan pendedahan bagaimana proses-proses menghasilkan karya bertulis termasuklah proses film arrangement, machine drying, plates washed, paper sizing, web coloring dan banyak lagi.



Semoga usaha yang dilakukan oleh Sekretariat ICT dan Penerbitan Kolej Burhanuddin Helmi ini dapat melahirkan lagi bakat-bakat muda di samping dapat melahirkan pemimpin-pemimpin baru akan datang. Sekalung tahniah diucapkan sekali lagi.




Melaporkan :
SHAHRUL AKMAL JOHARI - MPP UMUM
NUR AZREEN ABDUL MALEK - MPP UMUM 
KINANDA NUGRAHA - MPP FTSM

Wednesday, December 26, 2012

KESELAMATAN DI MUSIM PEPERIKSAAN

Posted by ASPIRASI UKM 3:55 PM, under | No comments

Z

[SALAM MAHASISWA]

Minggu "Study Week" sudah bermula, usaha demi usaha dilakukan ditambah lagi dengan kegigihan menyiapkan "assignment" untuk dihantar sebelum "exam"...walau apa pun alasannya, KESELAMATAN diri dan harta benda seharusnya diberi keutamaan..Hanya kerana LALAI, pelbagai perkara buruk boleh berlaku seperti kecurian dan kecelakaan...Minggu "Study Week" dan Minggu Peperiksaan sememangnya peluang KEEMASAN bagi pihak tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti kecurian terutamanya..Berikut merupakan antara saranan langkah yang boleh diambil bagi mejamin keselamatan anda :

1) Kunci pintu bilik setiap masa terutamanya ketika anda keluar untuk ketandas dan tidur didalam bilik.
2) Jangan simpan "cash" yang terlalu banyak didalam dompet/beg tangan.
3)Keluar dalam kelompok yang ramai dan elakkan daripada berjalan dikawasan gelap dan jauh daripada perhatian umum.
4) Pastikan kenderaan anda dikunci sebelum meninggalkan kenderaan dan bagi yang bermotorsikal, pastikan keselamatan kenderaan anda pada tahap yg optimum.
5) Bagi mahasiswi, digalakkan membawa wisel keselamatan, spray lada dan payung sebagai alat bantu ketika anda didalam bahaya.

Oleh itu, jagalah diri anda sebaiknya..Semoga dipermudahkan segala urusan dan menjalani peperiksaan dengan tenang..

MENGILHAM HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN



Melaporkan : Muhammad Azrol-MPP UKM 2012/2013

Monday, December 24, 2012

SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN KRISMAS (Happy Joyful Xmas)

Posted by ASPIRASI UKM 2:59 AM, under | No comments


Salam Aspirasi Mahasiswa..

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR Universiti Kebangsaan Malaysia (MPP UKM) 2012/2013 mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN KRISMAS (Happy Joyful Xmas) bagi semua warga UKM yang beragama Kristian..

         Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman, bergembiralah bersama keluarga tersayang dan jaga diri anda..Bagi yang tidak berkesempatan pulang ke kampung halaman, kongsikan kegembiraan Krismas anda bersama rakan taulan dan sanak saudara di semenanjung..

          Jadikan perayaan ini sebagai satu wadah (platform) bagi mengukuhkan lagi ikatan dan integrasi perpaduan diantara kita semua...pecahkan blok-blok prasangka dan gantikan ia dengan toleransi dan persefahaman yang kukuh.

Dari : MPP UKM 2012/2013

Ahmad Yasyri - MPP FST
Shahrul Akmal - MPP UMUM
Nur Azreen Malek - MPP UMUM
Mohd Azrol - MPP UMUM
Kinanda Nugraha - MPP FTSM
Saiful Syahir - MPP FSSK
Low Mee Yein - MPP FEP
Khairul Firdaus - MPP FGG
Muhammad Safwan - MPP FSK

Saturday, December 22, 2012

Congratulations to PEMASRA, PERMAJ and PKAP ..

Posted by ASPIRASI UKM 9:32 PM, under | 2 comments


Salam Aspirasi MPP UKM 2012/2013,

Pada Jumaat 21 Disember 2012 bertempat di Pejabat Timbalan Pendaftar telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Kaunter Pameran Terbaik Sempena Minggu Pengenalan Persatuan/Kelab/Urusetia Sesi 2012-2013. Minggu Pengenalan Persatuan/Kelab/Urusetia sesi 2012/2013 telah diadakan pada 8-12 Oktober yang lalu di Pusanika, UKM.

Tahniah diucapkan kepada Persatuan Mahasiswa Sarawak (PEMASRA) kerana berjaya mendapat tempat pertama bagi Anugerah Kaunter Pameran Terbaik diikuti oleh Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) yang mendapat tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Persatuan Kebajikan Anak Pahang (PKAP). Anugerah dan Sijil telah disampaikan oleh Encik Mohd Zaili Mohd Nor selaku Penolong Pendaftar di Pejabat Timbalan Pendaftar. Menurut Encik Zaili, anugerah ini dikira berdasarkan permarkahan di kaunter pameran masing-masing. Namun, menurut beliau, pada tahun hadapan akan dilakukan sedikit perubahan.

Wakil dari PEMASRA

YDP PERMAJ

YDP PKAP

Kami berharap sesi akan datang, semua persatuan/kelab/urusetia mengambil peluang menampilkan kekreatifan kaunter pameran masing-masing. Bukan hanya bertujuan untuk merangkul hadiah atau anugerah tapi ia lebih menonjolkan sebuah organisasi agar lebih dikenali keunikannya oleh mahasiswa/i nanti..

Melaporkan :

SHAHRUL AKMAL BIN JOHARI
MPP UMUM 2012/2013

Friday, December 21, 2012

TAHNIAH ATLET MALAYSIA !! CIPTA REKOD AUG-16 !!

Posted by ASPIRASI UKM 11:39 PM, under | No comments


[Dari Meja Aspirasi MPP UKM 2012/2013]


Salam 1 Aspirasi Salam 1 Malaysia...

20 Disember 2012 merupakan tarikh yang cukup bermakna buat Malaysia. Di mana pada tarikh ini Malaysia dengan rasminya telah mencipta rekod kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) apabila tampil sebagai JUARA keseluruhan buat pertama kali di luar negara setelah hampir 30 tahun sejarah penganjuran kejohanan AUG itu. Malaysia mencatat sejarah tersendiri kerana ia merupakan AUG yang ke-16 bagi sukan universiti peringkat Asia Tenggara.

Malaysia tampil garang dengan membolot dan membawa pulang 60 EMAS, 48 PERAK DAN 72 GANGSA setelah hadir hanya 'target' atau mensasarkan sebanyak 36 emas sahaja. Hasil rangkulan pingat sebanyak 60 Emas dari 'target ' sebenar telah membuktikan Malaysia 'serius' dan komited dalam mendepani cabaran dalam memberikan saingan yang terbaik kepada negara-negara lain.



Memetik kenyataan dalam akhbar Berita Harian,

"Saya lihat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memainkan peranan cukup besar terutamanya dengan memperkenalkan dasar Pusat Sukan Tumpuan dan Pusat Kecemerlangan Sukan. Pencapaian ini membuktikan dasar dan sistem kita memberikan hasil.

"Saya juga sentiasa berpesan supaya pastikan tidak ada sebarang masalah dalaman dan kekal dengan semangat juang tinggi. Saya bangga dengan pencapaian ini hasil sokongan semua pihak," kata Chef de Mission negara, Profesor Dr Yahaya Ibrahim ketika menghadiri majlis meraikan kontinjen negara di Kedutaan Besar Malaysia di Laos semalam.

Skuad renang menjadi penyumbang emas paling banyak dengan meraih 21 emas, sembilan perak dan tujuh gangsa untuk mengecewakan Vietnam di tempat kedua keseluruhan (56 emas, 35 perak dan 28 gangsa).


Kami berharap adalah supaya IPT di Malaysia akan terus menjadi tempat untuk melahirkan atlet dan bukan sahaja tempat untuk mengumpulkan atlet sahaja. Apabila kita melihat senario di luar negara, Universiti ini bertindak sebagai ‘tokoh’ mengeluarkan atlet terbaik dan mereka sentiasa berlumba-lumba memberikan biasiswa sukan kepada atlet-atlet yang cemerlang dan berbakat agar pada masa yang sama mereka bukan sahaja menerima pengajian akademik malah mereka turut juga menjadi pemain untuk menaikkan nama universiti sebagai pemain yang berkualiti dan berbakat.


Harapan saya adalah agar universiti di Malaysia akan terus menjadi medan mengeluarkan atlet yang bermutu pada masa hadapan. Tidak kiralah dari bidang sukan yang bagaimana dan hasrat di masa hadapan agar Malaysia dapat menubuhkan Universiti Sukan seperti ‘German Sport University’ di negara Jerman. Kewujudan university tersebut dalam menampilkan sukan sebagai fakultinya iaitu fakulti psikologi sukan, fakulti biomekanik, fakulti pengurusan sukan, fakulti fisiologi dan lain-lain. Dalam masa yang sama, bidang sains juga dapat dikembangkan dan tidak hanya kekal sebagai satu ‘depatment’ dalam fakulti.


Melaporkan :
SHAHRUL AKMAL BIN JOHARI
MPP UKM 2012/2013

Thursday, December 20, 2012

Syabas UKM4Palestine..Teruskan benda yang baik..

Posted by ASPIRASI UKM 2:32 PM, under | No comments



==============
UKM 4 PALESTIN
==============

Penyerahan dana yang telah dikumpulkan hasil usaha Sekretariat Ukm4Palestine sebanyak RM30, 952 kepada Aqsa Syarif dan Aman Palestin di Masjid UKM. .penyerahan turut dihadiri oleh wakil TNC HEPA, MPP UKM, PEMBINA, ASPIRASI, ISIUKM dan wakil2 kolej. . .setinggi2 ucapan terima kasih kepada semua penderma2, seringgit kita hari ini , insyaAllah (God Will) menjamin masa depan Palestin kearah yang lebih baik. .

MENGILHAM HARAPAN MENCIPTA MASA DEPAN

PERTUKARAN TEMPAT PEPERIKSAAN

Posted by ASPIRASI UKM 1:55 PM, under | No comments


Salam 1 Aspirasi…
[P.E.R.H.A.T.I.A.N]

==========================================
PENGUMUMAN PENTING KEPADA SEMUA PELAJAR PRASISWAZAH
==========================================

Bagi semua peperiksaan yang diadakan di DECTAR akan ditukarkan ke BANGUNAN BARU PERPUSTAKAAN di Lingkungan Kedua (BERDEKATAN SEMPANG KE KOLEJ PENDETA ZA'BA, FTSM DAN FUU)...Mohon semua pelajar untuk mendapatkan KMJP baru (bagi yang mengalami pertukaran sahaja) di Fakulti masing-masing mulai 19 Disember 2012....Tolong beritahu rakan-rakan lain, agar tidak ada yang tercicir sewaktu peperiksaan berlansung...

[SUMBER : Bahagian Pengurusan Akademik Ukm]


“MENGILHAM HARAPAN MENCIPTA MASA DEPAN”

MPP UKM 2012/2013 :

1.      AHMAD YASYRI BIN AHMAD MAHAIYUDDIN
2.      SHARUL AKMAL BIN JOHARI
3.      NUR AZREEN BINTI ABDUL MALEK
4.      MUHAMMAD AZROL BIN MD AZHAR
5.      KINANDA NUGRAHA
6.      LOW MEE YEIN
7.      SAIFUL SYAHIR BIN JAMIL
8.      MUHAMMAD SAFWAN BIN YUSOF
9.      MOHD KHAIRUL FIRDAUS BIN MAZLAN


FESTIVAL SENI UKM 2012

Posted by ASPIRASI UKM 1:09 AM, under | No comments


[Dari meja Aspirasi MPP UKM 2012/2013] - 20 Disember 2012 - DECTAR UKM

Tahniah!! Pusat Kebudayaan UKM dan kelab-kelab kebudayaan Pusat Kebudayaan diatas penganjuran Festival Seni UKM 2012 yang gilang-gemilang, penuh warna-warni...walaupun Festival Seni saban sem dilaksanakan, tetapi dengan kepakaran yang ada, membuatkan Festival Seni tetap gah dengan persembahan yang menarik, bercirikan kebudayaan bangsa dan bervariasi disetiap penganjurannya.

      Festival Seni merupakan pentas untuk mahasiswa mencungkil bakat kebudayaan dalam setiap aspek seperti tarian kebudayaan, angklung, gamelan, tarian istana, nasyid, tarian india, tarian cina, orkestra cina dan dikir barat..dalam mengejar pembangunan intelek, mahasiswa digalakkan untuk belajar dan tahu kebudayaan bangsa sendiri disamping pemahaman budaya bangsa lain...Ini mampu mengeratkan lagi integrasi dan perpaduan diantara kaum selain kebudayaan bangsa akan kekal kukuh, tidak luput dek zaman..Tahniah lagi sekali buat krew-krew Festival seni diatas penganjuran festival kebudayaan yang begitu gah dan menarik...

"Budaya Warisan Bangsa"

"Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan"

Melaporkan :

Muhammad Azrol Bin Md. Azhar
MPP UKM 2012/2013


Tags

Blog Archive

Blog Archive