MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Friday, December 21, 2012

TAHNIAH ATLET MALAYSIA !! CIPTA REKOD AUG-16 !!

Posted by ASPIRASI UKM 11:39 PM, under | No comments


[Dari Meja Aspirasi MPP UKM 2012/2013]


Salam 1 Aspirasi Salam 1 Malaysia...

20 Disember 2012 merupakan tarikh yang cukup bermakna buat Malaysia. Di mana pada tarikh ini Malaysia dengan rasminya telah mencipta rekod kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) apabila tampil sebagai JUARA keseluruhan buat pertama kali di luar negara setelah hampir 30 tahun sejarah penganjuran kejohanan AUG itu. Malaysia mencatat sejarah tersendiri kerana ia merupakan AUG yang ke-16 bagi sukan universiti peringkat Asia Tenggara.

Malaysia tampil garang dengan membolot dan membawa pulang 60 EMAS, 48 PERAK DAN 72 GANGSA setelah hadir hanya 'target' atau mensasarkan sebanyak 36 emas sahaja. Hasil rangkulan pingat sebanyak 60 Emas dari 'target ' sebenar telah membuktikan Malaysia 'serius' dan komited dalam mendepani cabaran dalam memberikan saingan yang terbaik kepada negara-negara lain.



Memetik kenyataan dalam akhbar Berita Harian,

"Saya lihat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memainkan peranan cukup besar terutamanya dengan memperkenalkan dasar Pusat Sukan Tumpuan dan Pusat Kecemerlangan Sukan. Pencapaian ini membuktikan dasar dan sistem kita memberikan hasil.

"Saya juga sentiasa berpesan supaya pastikan tidak ada sebarang masalah dalaman dan kekal dengan semangat juang tinggi. Saya bangga dengan pencapaian ini hasil sokongan semua pihak," kata Chef de Mission negara, Profesor Dr Yahaya Ibrahim ketika menghadiri majlis meraikan kontinjen negara di Kedutaan Besar Malaysia di Laos semalam.

Skuad renang menjadi penyumbang emas paling banyak dengan meraih 21 emas, sembilan perak dan tujuh gangsa untuk mengecewakan Vietnam di tempat kedua keseluruhan (56 emas, 35 perak dan 28 gangsa).


Kami berharap adalah supaya IPT di Malaysia akan terus menjadi tempat untuk melahirkan atlet dan bukan sahaja tempat untuk mengumpulkan atlet sahaja. Apabila kita melihat senario di luar negara, Universiti ini bertindak sebagai ‘tokoh’ mengeluarkan atlet terbaik dan mereka sentiasa berlumba-lumba memberikan biasiswa sukan kepada atlet-atlet yang cemerlang dan berbakat agar pada masa yang sama mereka bukan sahaja menerima pengajian akademik malah mereka turut juga menjadi pemain untuk menaikkan nama universiti sebagai pemain yang berkualiti dan berbakat.


Harapan saya adalah agar universiti di Malaysia akan terus menjadi medan mengeluarkan atlet yang bermutu pada masa hadapan. Tidak kiralah dari bidang sukan yang bagaimana dan hasrat di masa hadapan agar Malaysia dapat menubuhkan Universiti Sukan seperti ‘German Sport University’ di negara Jerman. Kewujudan university tersebut dalam menampilkan sukan sebagai fakultinya iaitu fakulti psikologi sukan, fakulti biomekanik, fakulti pengurusan sukan, fakulti fisiologi dan lain-lain. Dalam masa yang sama, bidang sains juga dapat dikembangkan dan tidak hanya kekal sebagai satu ‘depatment’ dalam fakulti.


Melaporkan :
SHAHRUL AKMAL BIN JOHARI
MPP UKM 2012/2013

0 comments:

Post a Comment

Tags

Blog Archive

Blog Archive