MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Thursday, December 6, 2012

MPP UKM bersama UKM 4 Palestin

Posted by ASPIRASI UKM 12:10 AM, under | No comments

Bersama Afifah, Azrol dan Shahrul

Hari ini kami bersama-sama turun ke fakulti sains sosial dan kemanusiaan (FSSK) bagi mendapatkan sumbangan dan dana untuk disalurkan ke Tabung Gaza. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada mahasiswa/i dan pensyarah yang menghulurkan sumbangan dan meraikan usaha-usaha yang telah dilakukan pihak kami. Segala jasa baik pihak tuan/puan amatlah dihargai dan hanya Allah yang mampu memberikan ganjaran yang berlipat kali ganda.

“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam)”. (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Peperangan menentang Zionis ini bukanlah satu perjuangan membebaskan Gaza atau Palestin sahaja. Tetapi ia lebih kepada pembebasan umat Islam di seluruh dunia. Tahukah anda bahawa Zionis juga telah menjajah hampir keseluruhan dunia? Di Gaza mereka menjajah umat Islam dengan senjata pemusnah seperti roket dan bom. Tetapi yang lebih ditakuti ialah penjajahan minda dan penyerangan minda yang kian meluas di seluruh dunia bagi menjatuhkan akidah seluruh umat Islam.
Sama-sama lah kita berbakti dan berjuang menentang kebatilan. Hulurkan sumbangan anda tidak kira berapa banyak dan sedikit tetapi yang dikira hanyalah keikhlasan seorang hamba itu. Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.
Melaporkan :
MPP UKM - SHAHRUL AKMAL BIN JOHARI
EXCO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT SOSIAL

0 comments:

Post a Comment

Tags

Blog Archive

Blog Archive