MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Wednesday, December 19, 2012

KONVENSYEN PEMIMPIN IPT 2012 BERSAMA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

Posted by ASPIRASI UKM 9:46 AM, under | No comments

[Dari meja Aspirasi : MPP UKM 2012/2013]


15 Disember 2012 - Konvensyen Pemimpin IPT kali ini disertai oleh MPP dari IPTA, IPTS dan Politeknik. Konvensyen kali ini diketuai oleh Saudara Hafiz Ariffin yang juga merupakan Pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) merangkap YDP MPP UTHM. Konvensyen pada kali ini dijadikan platform dan peluang bagi setiap mahasiswa yang juga merupakan pimpinan IPT melontarkan pandangan dan cadangan penambahbaikan dalm institusi pengajian.

Dalam perbincangan yang dilakukan di UPM, pelbagai masalah dan cadangan yang diutarakan oleh MPP dari setiap IPT. Ruang ini juga digunakan oleh MPP UKM dalam menyatakan cadangan dan pandangan mereka demi keselesaan dan kebajikan mahasiswa/i di UKM.


Setelah perbincangan dilakukan sebagai langkah awal kepada penyerahan resolusi kepada YAB Perdana Menteri, MPP IPT telah merumuskan keputusan dan cadangan kepada 3 perkara :

1- Mengutarakan permasalahan penempatan mahasiswa/i di IPT dan mencadangkan mewujudkan perumahan tambahan kepada mahasiswa/i.
2-  Permasalahan penggunaan Jalur Lebar/WiFi sebagai satu perkhidmatan yang penting bagi mahasiswa/i.
3- Menyatakan bersama-sama kerajaan Malaysia dalam memperjuangkan isu-isu antarabangsa dan serantau.

YAB Perdana Menteri menyambut baik segala cadangan yang telah diutarakan. Menurut YAB PM, "Kerajaan sentiasa mencuba memberi keselesaan kepada mahasiswa/i. Jika universiti ibarat sebuah negara, pimpinan mahasiswa ibarat wakil rakyat. Sebagai pemimpin, lebih bermakna kita mendengar tetapi ada masanya kita perlu bercakap". YAB PM juga memberi respon positif akan segera menyelesaikan masalah wifi di setiap IPT. Di kesempatan ini juga, beliau telah menyampaikan replika cek Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada Pengerusi MPPK, Saudara Hafiz bagi mewakili 1.3 Juta mahasiswa/i yang bakal mendapat Baucar Buku RM 250 pada tahun 2013.


MPP UUM menyokong pimpinan Aspirasi MPP UKM 12/13

MPP UKM bersama YDP UiTM dan YDP UPSI

Melaporkan : 
SHAHRUL AKMAL BIN JOHARI
MPP UKM 12/13


0 comments:

Post a Comment

Tags

Blog Archive

Blog Archive