MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Tuesday, November 15, 2011

Sekitar Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2011

Posted by ASPIRASI UKM 12:06 AM, under | No comments


Konvensyen Pemimpin Pelajar Institusi  Pengajian Tinggi( IPT) 2011 yang berlangsung selama empat hari sehingga kelmarin membabitkan 28 IPT awam dan swasta ,menggariskan tujuh resolusi berkaitan isu semasa. Konvensyen yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi disertai oleh 350 pemimpin mahasiswa dari 28 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara.


Seramai lapan orang ahli panel dijemput untuk menyertai forum yang dirangka untuk melahirkan pelapis pemimpin negara pada masa akan datang dan menambah medium komunikasi antara pelajar IPT dengan pentadbiran negara.


Mereka yang dijemput ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Saifudin Abdullah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Prof. Dr Ibrahim Abu Shah, pensyarah Universiti Teknologi Petronas Prof. Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican dan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Datin Paduka Datuk Prof. Dr. Ramlah Adam.


Selain itu, Mantan Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Dr. Mohammad Fairus Khairuddin, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Lokman Nor Adam dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Utara Malaysia (UUM) Datuk Dr. Ahmad Faiz Abd Hamid turut dijemput.


Bertemakan : "Membina Negara Bangsa" hasil resolusi telah berjaya dicapai menerusi forum perbincangan dan pertukaran pendapat dengan penceramah jemputan tersebut.



7 resolusi berkenaan adalah  :



  • ·         Memberi keistimewaan dan menaik taraf ekonomi golongan berpendapatan rendah;

  • ·         Mengatasi jurang ekonomi antara masyarakat dengan memperkasakan pembelian barangan buatan tempatan dan mempertingkatkan bidang pertanian;

  • ·         Meminta pembabitan mahasiswa dalam audit universiti dan perbelanjaan aktiviti mahasiswa;

  • ·         Membuka lebih banyak kuota kepada pelajar IPTS untuk melanjutkan pembelajaran di IPTA;

  • ·         Minta peranan media untuk menapis filem dan sebagai ejen ilmiah;

  • ·         Mewujudkan jaringan antara universiti dengan sektor yang berkepentingan;dan

  • ·         Pemurnian semula sukatan belajar sejarah dengan memperkasa rukun Negara.



   Antara wakil UKM yang turut menyertai konvensyen  ini ialah perwakilan daripada MPP Aspirasi,PMUKM,Persatuan Mahasiswa Sarawak,dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Bagi mewakili  UKM  , pembentangan cadangan kertas kerja telah dilakukan oleh  wakil fakulti  iaitu saudara Izzat Fathi dan wakil PMUKM iaitu saudara Ahmad Muzzamil Muhd Hairi dengan tajuk “Negara Bangsa, Suatu Analisa” dan “Pembinaan Negara Bangsa:Bagaimanakah Peranan Ekonomi.


Pada pandangan peribadi saya, konvensyen seperti ini boleh dilakukan di UKM tetapi dilakukan mengikut skala pemimpin pelajar UKM dengan merujuk kepada tajuk “memperkasa varsiti lestari”, yang mana wakil-wakil daripada persatuan mahasiswa fakulti,persatuan mahasiswa anak negeri,kolej-kolej dikumpulkan ideanya pada awal tahun dalam mendapatkan satu resolusi yang membawa kepentingan kepada mahasiswa UKM dalam meningkatkan kemahiran insaniah dan kebolehpasaran khususnya serta memaparkan hasrat pelajar UKM dalam membina suasana kampus yang kondusif . Resolusi ini mungkin kemudiannya boleh dihantar kepada pihak pentadbiran UKM .


Sekadar perkongsian, di dalam kumpulan kecil yang dibentuk sewaktu konvensyen ini,saya telah menyarankan agar aktiviti kokurikulum  mahasiswa dikira sebagai jam kredit dan seterusnya  saya merujuk kepada sistem kontrak pembelajaran yang sedang dijalankan di UKM. Rata-rata respons yang diterima daripada ahli kumpulan itu adalah baik   dan ada di antara mereka yang cemburu dengan pelaksanaan sistem ini kerana setelah diterangkan secara terperinci mengenai sistem ini mereka bersetuju bahawa sistem ini akan dapat menggalakkan pelajar untuk menguruskan sesuatu program sambil berpeluang mengumpul jam kredit. Penerangan yang saya dan wakil daripada Persatuan Mahasiswa Sarawak terangkan telah membuatkan kata sepakat agar memasukkan cadangan didalam resolusi kumpulan kami bahawa  sistem kontrak pembelajaran ini dijadikan model kokurikulum di institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia . Hal ini membuktikan inovasi kontrak pembelajaran yang dijalankan di UKM dianggap solusi terbaik oleh pelajar universiti lain untuk menggalakkan pelajar terbabit dalam aktiviti kokurikulum atau sesuatu program seterusnya menggarap kemahiran insaniah dan kebolehpasaran mahasiswa .









0 comments:

Post a Comment