MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Thursday, February 14, 2013

Isu Kerosakan Jalan Raya UKM : Usaha dan Tindakan

Posted by ASPIRASI UKM 7:58 PM, under | No comments


Penyelesaian Isu Kerosakan Jalan Raya UKM : Usaha dan Tindakan

Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa..

Pada 14 Februari 2013 04.00 Petang, MPP UMUM Aspirasi UKM, Saudara Shahrul Akmal telah meninjau beberapa lokasi kerosakan jalan raya yang serius dan kritikal. Keadaan jalan raya terbabit memerlukan penambahbaikan segera oleh pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP). Masalah ini dijangka akan menyulitkan mahasiswa/i serta penjawat UKM yang lain lagi-lagi kita menghampiri bermulanya Semester 2 2012/2013.

MPP Shahrul telah pergi ke JPP bagi mengetahui status kerosakan jalan raya yang serius di sekitar UKM. Beliau telah pergi bagi mendapat respon dari pihak JPP berhubung masalah ini. Pihak JPP memaklumkan bahawa kerja-kerja penambahbaikan atau penurapan akan dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad ini. Kerja-kerja penambahbaikan akan dilakukan dalam lingkungan ilmu khususnya. Pihak JPP juga memaklumkan bahawa kerja-kerja penambahbaikan tidak dapat dijalankan dalam masa terdekat disebabkan cuti Tahun Baru Cina yang diambil oleh kontraktor yang terlibat.

Kami, pihak MPP Aspirasi UKM menyatakan hasrat agar penambahbaikan dapat dijalankan dengan segera sebelum Semester 2 bermula pada Isnin ini. Sebelum kejadian 'sport rim' motosikal patah,  sebelum kejadian 'rim alloy' bengkok, sebelum kemalangan yang serius berlaku, kami harap masalah kerosakan jalan raya ini dapat diselesaikan segera. Kami, pihak MPP Aspirasi tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku akibat kerosakan yang serius ini. Ini bagi memberi keselesaan di atas jalan raya kepada pengguna khususnya mahasiswa/i dan penjawat UKM. Terima kasih diucapkan kepada Pihak JPP bekerjasama dan menyambut baik kedatangan wakil MPP Aspirasi.

Selepas itu, MPP Shahrul pergi ke Pejabat Wisma Aman (Unit Keselamatan) berjumpa Pegawai Unit Lalu Lintas, Tuan Kamaruzzaman bagi memaklumkan kejadian ini. Beliau memohon kepada pihak Wisma Aman agar meletakkan tanda/kon sebagai tanda berjaga-jaga dan amaran kepada pengguna jalan raya. Terima kasih kepada pihak Wisma Aman kerana menyambut positif cadangan MPP dan tindakan akan segera dilakukan selepas waktu pejabat. MPP Shahrul dan beberapa pegawai Wisma Aman telah turun padang bagi melihat sendiri kerosakan yang terjadi. Pihak Wisma Aman mengakui bahawa kerja-kerja meletakkan amaran/tanda kerosakan dilakukan oleh mereka dan kerja-kerja penambahbaikan dilakukan pihak JPP.

Pihak MPP Aspirasi UKM menyambut baik reaksi positif dan kerjasama yang diberikan pihak Wisma Aman bagi memastikan keselamatan pengguna di UKM terutamanya di waktu malam. Pihak Wisma Aman juga mengingatkan kepada mahasiswa/i agar membuat aduan di Wisma Aman jika terjadi kemalangan jalan raya di sekitar UKM. Disini beberapa gambar kerosakan jalan raya di sekitar UKM :


" KEBAJIKAN DAN KESELESAAN MAHASISWA DIUTAMAKAN "

:: MPP UMUM ASPIRASI UKM :: SHAHRUL AKMAL ::



0 comments:

Post a Comment