MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Thursday, February 28, 2013

ISU NAIK TARAF LANTAI PUSANIKA : Antara Manipulasi dan Kebenaran

Posted by ASPIRASI UKM 9:35 AM, under | No comments



ISU NAIK TARAF LANTAI PUSANIKA : Antara Manipulasi dan Kebenaran 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Kampus UKM

27 FEB 2013, RABU, 4am - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Saudara Shahrul Akmal Johari bersama Saudara Muhammad Azrol Md AzharSaudari Nur Azreen Binti Abdul Malek dan ditemani Mahasiswa UKM yang lain melakukan perbincangan bersama pihak kontraktor yang menyelenggara projek naik taraf di Pusanika.

Kami cuba mendapatkan kebenaran kenyataan di sebalik kenyataan yang dikeluarkan pihak-pihak tertentu berkenaan situasi di Pusanika UKM.


Menurut En. Fandi, apa yang beliau maksudkan sebagai 'tidak berapa sesuai untuk dipasang di kawasan seperti Pusanika' itu mungkin disalah faham atau dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu. En. Fandi hanya mengatakan bahawa 'anak tangga' yang berfungsi sebagai penahan gelincir pada tangga yang lama tidak sesuai diletakkan pada jubin/lantai yang baru'. Sepatutnya perkara ini diterangkan dengan lebih mendalam dan jelas kepada mahasiswa/i UKM. Ada di antara mahasiswa/i yang tersalah anggap sehingga mempercayai keseluruhan jubin/lantai yang dipasang di Pusanika tidak sesuai digunakan. Oleh itu, pihak kontraktor akan meletakkan getah penahan pada jubin yang baru tidak lama lagi disebabkan kerja-kerja naik taraf dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada 'Book Fair' di Pusanika.


Pihak kami dan En. Fandi berasa kesal jika adanya sesetengah pihak yang cuba mencipta 'aduan' dan melagakan mahasiswa dengan pihak pentadbiran UKM. Tidak timbul soal pihak kami mencuba 'back up' pihak pentadbiran atau yang lain-lain TETAPI kami percaya pihak UKM telah cuba sedaya upaya memberi keselesaan kepada mahasiswa/i UKM.

Menurut En. Fandi lagi, penggunaan jubin/lantai di Pusanika tersebut tidak mendatangkan masalah dari segi penggunaannya. Jubin yang digunakan mempunyai kelebihan dari segi kekuatan dan ketahanan. Ia sesuai mengikut tema yang dipersetujui dan mempunyai ciri persamaan lantai seperti di 'shopping mall'. Pihak beliau belum lagi melakukan kerja mengilatkan atau 'polish' bahagian lantai yang dinaiktaraf disebabkan kerja-kerja pemasangan pendawaian elektrik dan 'air cond' belum selesai. Beliau juga memaklumkan kepada kami, kerja-kerja naik taraf kini berada di tahap 40-50% siap. Pihak mereka akan berusaha secepat mungkin menyiapkan  projek tersebut memandangkan ia merupakan laluan utama pengguna khususnya mahasiswa/i UKM. Penutupan jalan/laluan jika dilakukan akan mendatangkan kesukaran kepada mahasiswa/i UKM untuk berurusan di kawasan tersebut. Pihak MPP Aspirasi telah mendapatkan contoh gambaran awal projek naik taraf Pusanika.





Oleh itu, kami berharap tiada wujudnya pihak tertentu yang memanipulasikan kenyataan-kenyataan sebelum ini dek 'marahkan sangat pentadbiran UKM'. Kami juga faham setiap perubahan itu pasti mengambil masa. Kami berharap mahasiswa/i UKM dapat bersabar dan menyarankan agar mahasiswa/i berhati-hati ketika menggunakan kawasan tersebut yang masih dalam pembinaan lagi. Elakkan memakai selipar yang 'haus' bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Sekian, terima kasih.

:: Kebajikan dan Keselesaan Mahasiswa Tunjang Perjuangan Kami ::

Melaporkan :
Shahrul Akmal Bin Johari - MPP UMUM Aspirasi UKM 2012/2013






0 comments:

Post a Comment