MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Friday, February 15, 2013

Semakan Yuran : MPP ke Jabatan Bendahari UKM

Posted by ASPIRASI UKM 3:57 PM, under | No comments


Penyelesaian Masalah Yuran Pengajian Semester 1/2 Pelajar UKM

Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa UKM..

Pada 15 Februari 2013 Pukul 11.00 Pagi, MPP UMUM UKM Saudara Shahrul Akmal telah pergi ke Jabatan Bendahari UKM, Aras 3 Bangunan Canselori bagi mendapatkan maklum balas mengenai beberapa masalah yang dialami oleh mahasiswa/i UKM. Di sini terdapat beberapa masalah yang MPP Shahrul ajukan kepada pegawai yang berkhidmat di Jabatan Bendahari UKM berkenaan yuran pengajian semester dan penjelasan :

1 - Bagi pelajar LI/Praktikal yang tidak menginap di Kolej Kediaman UKM, mereka tidak akan dicaj untuk yuran penginapan kolej melainkan mereka yang menginap. Tetapi bagi mereka yang LI/Praktikal dan TELAH MEMBUAT PENGESAHAN kolej kediaman pada semester lalu, pelajar boleh memaklumkan semula pembatalan penginapan secara bertulis kepada Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman. Seterusnya, Pihak Pentadbiran Kolej akan mengesahkan pembatalan penginapan tersebut kepada Pihak Bendahari UKM bagi menyelaras semula yuran pelajar berkenaan.

2 - Bagi pelajar yang meminjam PTPTN, pemotongan yuran pengajian akan dilakukan secara automatik melalui akaun simpanan pelajar tersebut. Namun, bagi pelajar yang membiayai pengajian secara persendirian/biasiswa, pelajar boleh menjelaskan yuran melalui mesin ATM kepada akaun Bendahari UKM.

3 - Kewujudan Yuran Khas Kolej sebanyak RM 100 akan dikenakan kepada setiap pelajar bagi setiap SESI dan bukannya SEMESTER. Oleh itu, bagi mereka yang telah dipotong pada semester lalu, tidak akan dicaj lagi pada semester kedua. Tetapi, jika ada pembayaran lagi yang dilakukan, pelajar boleh menuntut dan memaklumkan kepada Pihak Bendahari UKM untuk penyelarasan semula.

4 - Mengenai masalah yuran tunggakan sebanyak RM 70 yang dialami oleh pelajar khususnya Pelajar Tahun 1 adalah merupakan Yuran Minggu Mesra Pelajar (MMP). Yuran MMP sebenarnya adalah sebanyak RM 390. Pada Semester 1, Pihak Bendahari UKM telah memotong sebanyak RM 320 disebabkan beberapa masalah teknikal. Oleh itu, pelajar perlu melunaskan semula RM 70 bagi melancarkan Sistem Maklumat Pelajar dan Keputusan Peperiksaaan. Pelajar boleh menyelesaikan baki tersebut melalui Mesin ATM Bank Islam : Masukkan kata laluan -> Lain-Lain -> Bayaran Bil/Yuran IPT -> Yuran IPT -> No. Kad Pengenalan -> Keluar nombor Matrix anda -> Memasukkan amaun. Simpan slip untuk rujukan kepada Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UKM.

5 - Adakah yuran ini yuran yang muktamad ?
Yuran yang dikenakan adalah yuran yang muktamad untuk setiap pelajar. Menurut seorang pegawai di UKP, Bendahari, yuran tertunggak pada akhir semester disebabkan perbezaan yuran kolej kediaman masing-masing.

6 - Sudah bayar tetapi tidak boleh 'check' keputusan peperiksaan ?
Bagi pelajar yang telah membayar hutang tertunggak melalui mesin ATM namun masih tidak dapat 'check result' peperiksaan, Pelajar dinasihatkan untuk mendapatkan penyata pembayaran di bank bagi membuktikan anda telah membayar tunggakan tersebut. Pelajar perlu membawa penyata pembayaran tersebut kepada pihak Unit Kewangan Pelajar dan pihak Bendahari akan menyelaras semula akaun pelajar.

Sebarang pertanyaan boleh la menghubungi MPP Aspirasi UKM..

:: Kebajikan dan Keselesaan Mahasiswa Diutamakan ::

Melaporkan : MPP UMUM - Shahrul Akmal Johari

0 comments:

Post a Comment