PANDUAN PEMAKAIAN PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI PELAJAR SEMASA MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UKM
PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI YANG DISARANKAN :
Semua pelajar yang menduduki peperiksaan dikehendaki memakai pakaian kemas dan selaras dengan Peraturan dan Kemasan Diri Pelajar UKM. Bagi pelajar lelaki digalakkan memakai baju kemeja dan bertali leher manakala bagi pelajar wanita berbaju kurung kebangsaan.
PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI YANG TIDAK DIBENARKAN :
Pakaian dan kemasan diri yang TIDAK DIBENARKAN memasuki dewan peperiksaan adalah seperti berikut :
Lelaki :
1. Baju kemeja T tidak berkolar dan tidak berlengan
2. Seluar jeans
3. Seluar pendek
4. Pakaian sukan
5. Memakai selipar dan capal
6. Memakai cap
7. Berambut panjang
8. Berpakaian wanita
Wanita :
1. Baju kemeja T tidak berkolar dan tidak berlengan
2. Baju tidak berlengan dan singkat (mendedahkan pusat dan belakang semasa duduk)
3. Seluar jeans dan 'slack' ketat
4. Berskirt
5. Berpakaian ketat dan menjolok mata
6. Seluar pendek
7. Berselipar
Bagi PELAJAR YANG TIDAK MEMATUHI peraturan pemakaian ini TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI DEWAN PEPERIKSAAN dan diminta menukar pakaian dan hanya dibenarkan setelah mematuhi pakaian.
MOHON KERJASAMA PELAJAR UNTUK MENGELAKKAN BERLAKU KESULITAN KETIKA MENDUDUKI PEPERIKSAAN DENGAN MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI PELAJAR UKM
MENGILHAM HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN
:: MPP UKM ::
0 comments:
Post a Comment