MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Wednesday, December 19, 2012

Hasil Konvensyen Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara 2012

Posted by ASPIRASI UKM 10:45 AM, under | No comments

[Dari Meja Aspirasi MPP UKM 12/13]




16 Disember 2012 - Konvensyen Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara diadakan lanjutan dari Konvensyen Pemimpin IPT 2012. Konvensyen ini diadakan di Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Putrajaya dan Majlis Penutup di MAEPS, Serdang. MPP UKM yang hadir ialah MPP Shahrul Akmal, MPP Nur Azreen Abdul Malek, MPP Saiful Syahir.

    Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i IPTA, IPTS, ILP tentang kepentingan Jaminan Makanan Negara. Konvensyen ini akan menjelaskan dengan terperinci Dasar Agromakanan Negara yang telah dilancarkan oleh YAB PM pada 14 Januari 2012. Konvensyen ini adalah susulan cadangan Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 2 Julai 2012 di PICC supaya pelajar menganjurkan satu seminar/kongres bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

    Objektif Konvensyen ini dijalankan adalah bagi meningkatkan kefahaman dan mendapatkan maklumbalas daripada pemimpin mahasiswa/pelajar IPA, IPTS, dan ILP serta mendapat inpu-input membina berkaitan jaminan bekalan makanan. Selain itu, ia juga dapat memperomosikan Keushawanan Tani di kalangan pelajar IPT dan ILP melalui perlaksanan Kelab MYAGROSIS. Selain itu, menarik minat siswazah untuk menceburi bidang pertanian sebagai salah satu kerjaya.

    Selain sesi menandatangani MOU, Resolusi Konvensyen juga telah diserahkan Saudara Hafiz yang merupakan Pengerusi MPPK kepada YB Dato' Seri Noh Bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Resolusi diserahkan mengandungi 14 cadangan kepada MOA. Antaranya penurunan cukai dan tarif  bagi memberi peluang kepada mahasiswa/i menceburi dalam bidang pertanian.




    Selain itu, MOA juga mewujudkan kelab MYAGROSIS bagi melahirkan usahawan siswazah yang berkeyakinan, mempunyai daya saing yang tinggi dalam bidang pengeluaran dan pemasaran produk berasaskan pertanian. Antara kelebihan menjadi ahli kelab MYAGROSIS ialah :

1- Setiap siswa/i dan pelatih yang menyertai kelab ini akan diberikan pendedahan dan latihan berkenaan dengan teknologi dalam bidang pertanian.
2- Siswa/i dan pelatih akan diberikan pendedahan untuk menguruskan projek yang dilaksanakan.
3- Setelah tamat pengajian, Siswa/i dan pelatih diberikan kelebihan membuat pinjaman perniagaan dengan TEKUN NASIONAL atau AGROBANK dengan kadar faedah yang rendah, tanpa penjamin/cagaran, proses kelulusan yang lebih cepat dan mudah.

     UKM bakal medapat 1 jabatan/agensi pembimbing iaitu MARDI. Siswa/i boleh mendapatkan borang penyertaan MYAGROSIS daripada penyelaras atau agensi/jabatan pembimbing untuk pengesahan dan akan mendapat kad keahlian MYAGROSIS. Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di talian 603-8870 1000 atau http://www.moa.gov.my


Melaporkan :
SHAHRUL AKMAL BIN JOHARI
MPP UKM 2012/2013

0 comments:

Post a Comment

Tags

Blog Archive

Blog Archive