MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Saturday, December 22, 2012

Congratulations to PEMASRA, PERMAJ and PKAP ..

Posted by ASPIRASI UKM 9:32 PM, under | 2 comments


Salam Aspirasi MPP UKM 2012/2013,

Pada Jumaat 21 Disember 2012 bertempat di Pejabat Timbalan Pendaftar telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Kaunter Pameran Terbaik Sempena Minggu Pengenalan Persatuan/Kelab/Urusetia Sesi 2012-2013. Minggu Pengenalan Persatuan/Kelab/Urusetia sesi 2012/2013 telah diadakan pada 8-12 Oktober yang lalu di Pusanika, UKM.

Tahniah diucapkan kepada Persatuan Mahasiswa Sarawak (PEMASRA) kerana berjaya mendapat tempat pertama bagi Anugerah Kaunter Pameran Terbaik diikuti oleh Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) yang mendapat tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Persatuan Kebajikan Anak Pahang (PKAP). Anugerah dan Sijil telah disampaikan oleh Encik Mohd Zaili Mohd Nor selaku Penolong Pendaftar di Pejabat Timbalan Pendaftar. Menurut Encik Zaili, anugerah ini dikira berdasarkan permarkahan di kaunter pameran masing-masing. Namun, menurut beliau, pada tahun hadapan akan dilakukan sedikit perubahan.

Wakil dari PEMASRA

YDP PERMAJ

YDP PKAP

Kami berharap sesi akan datang, semua persatuan/kelab/urusetia mengambil peluang menampilkan kekreatifan kaunter pameran masing-masing. Bukan hanya bertujuan untuk merangkul hadiah atau anugerah tapi ia lebih menonjolkan sebuah organisasi agar lebih dikenali keunikannya oleh mahasiswa/i nanti..

Melaporkan :

SHAHRUL AKMAL BIN JOHARI
MPP UMUM 2012/2013

2 comments:

untuk pendaftaran ahli teramai tiada ke..

xsesuai sbb sabah sarawak adalah minoriti...pihak jppel mgkin telah menetapkan sasaran bagi setiap persatuan mengikut kouta pljr dr setiap ngri.

Post a Comment

Tags

Blog Archive

Blog Archive