MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Tuesday, December 18, 2012

1CITIZEN : e-Literate, e-Rule, e-Ineraction & Collaboration, e-Care

Posted by ASPIRASI UKM 3:52 AM, under | No comments



[Dari meja MPP UKM 2012/2013] - Pada 14 dan 15 Disember yang lepas, kami telah menghadiri ke Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2012 yang bertempat di KPT, UPM dan PWTC. Konvensyen tersebut berlangsung selama dua hari. Pada hari Jumaat, kami diberi taklimat mengenai intipati program yang bakal berlangsung oleh Wakil dari KPT. Pada sebelah malam, berlangsungnya Perasmian Pembukaan Konvensyen MPP dan Pensijilan 1Citizen telah dilakukan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di Dewan Zaaba, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. Pada Majlis Pensijilan tersebut, kami MPP IPT diberi peluang untuk mendaftar sebagai ahli dalam 1CITIZEN.

  Banyak kelebihan yang dapat dikongsikan kepada mahasiswa/i UKM khususnya. Program ini adalah bertujuan untuk mereka yang kerap melayari internet dan menggunakan teknologi apa sahaja. 1CITIZEN mengajar mereka bagaimana safety, precaution dan interaction dengan orang lain melalui penggunaan teknologi dan internet. Sebagai contoh dengan kehadiran laman sosial seperti twitter, facebook, frienster dan lain-lain, ia mempunyai kebaikan dan wujud juga keburukannya. Penggunaan laman sosial bagi mencari dan mendapatkan lebih ramai kawan dan memudahkan perhubungan antara kawan merentasi sempadan merupakan kebaikan yang boleh didapati daripada hasil penggunaannya. Laman sosial juga digunakan sebagai tempat mempromosikan pelbagai iklan dan perniagaan. Selain itu, ia juga dijadikan hebahan maklumat dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi dan politik.

                                    
  Namun penggunaannya juga mempunyai kesan yang buruk iaitu pencerobohan hak-hak peribadi oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Kebarangkalian pencerobohan oleh mereka ini akan menyebabkan ketakutan, gangguan emosi dan juga jenayah. Selain itu, ketagihan dan obses terhadap laman sosial akan menganggu keaktifan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap kerja dan pembelajaran. Tambahan lagi, kesihatan turut terjejas akibat mengadap laptop atau komputer secara kerap akan menyebabkan kesihatan mental, mata, tulang dan sebagainya. Disebabkan kekerapan ini, hubungan antara manusia itu menjadi terhad atau bergantung di alam maya sahaja.

  Majlis dilanjutkan dengan Penyampaian Hadiah Portfolio Terbaik Program Pensijilan 1CITIZEN, Hadiah Pencapaian Terbaik IPT 2012 (UMP) dan Pelancaran KhaledNordin Channel@ Social Media.

                                       
Bersama YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi dan YDP MPP UKM 12/13


Melaporkan : MPP UKM 2012/2013
- SHAHRUL AKMAL BIN JOHARI
- NUR AZREEN BINTI ABDUL MALEK
- SAIFUL SYAHIR BIN JAMIL

0 comments:

Post a Comment

Tags

Blog Archive

Blog Archive