MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Friday, May 31, 2013

PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 1 SESI 2013/2014

Posted by ASPIRASI UKM 11:39 PM, under | No comments

SALAM MAHASISWA TRANSFORMASI

PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2013-2014 UKM

1) Pelajar hendaklah menggunakan Pengenalan dan Katalaluan (NPP) masing-masing bagi mencapai dan menggunakan laman web http:www.ukm.my/smpweb. Pelajar adalah dinasihatkan supaya tidak mendedahkan NPP masing-masing untuk mengelakkan dari disalahgunakan oleh pengguna lain.

2) Sebelum Pendaftaran Awal dibuat semua pelajar adalah disyaratkan :

i. Membuat penilaian pengajaran kursus
Pelajar disyaratkan membuat penilaian pangajaran kursus yang diambil pada semester semasa melalui laman web yang sama. Penilaian ini bermula dari 6 Mei hingga 9 Jun 2013. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Cik Hafizah Sa’don, fiza@ukm.my, Pusat Jaminan Kualiti.

ii. Menjelaskan bayaran semua yuran/ hutang tertunggak
Sebarang masalah berkaitan dengan pembayaran yuran/hutang tertunggak, sila berhubung terus dengan Puan Zaidah Zainuddin, zaidahz@ukm.my, Bahagian Kewangan Pelajar.

3) Pendaftaran Awal Kursus Semester 1 Sesi Akademik 2013-2014 akan diadakan pada 20 Mei hingga 16 Jun 2013 (4 minggu) melalui laman web https://smp.ukm.my/smpweb/.

4) Pendaftaran Awal adalah diwajibkan kepada semua pelajar program Ijazah Pertama KECUALI pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian. Bayaran PTPTN akan ditahan dan denda sebanyak RM15.00 akan dikenakan jika pelajar gagal membuat Pendaftaran Awal pada tempoh yang ditetapkan. Pelajar yang tidak membuat Pendaftaran Awal hanya dibenarkan membuat Pendaftaran Kursus Semester 1 Sesi Akademik 2013-2014 iaitu pada 9 September 2013.

5) Status jaya pendaftaran kursus adalah tertakluk kepada proses pemilihan fakulti masing-masing untuk menentukan pelajar yang layak mengikut sesuatu kursus berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

6) Semakan keputusan pemilihan Pendaftaran Awal kursus boleh dilakukan mulai 24 Jun 2013.

7) Perlu diingatkan bahawa pendaftaran sebenar kursus Semester 1 Sesi Akademik 2013-2014 adalah tertakluk kepada keputusan peperiksaan semester sebelumnya.

SUMBER : BPA 

HEBAHAN
MPP ASPIRASI UKM

SELAMAT HARI GAWAI DAN HARI KAAMATAN

Posted by ASPIRASI UKM 11:23 PM, under | No comments

SALAM ASPIRASI UKM

MPP ASPIRASI UKM mengucapkan "SELAMAT HARI GAWAI" kepada anak-anak Iban dan Bidayuh UKM ... " Ngajih Ka Kita Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua" ..

Juga kepada anak Kadazan Dusun UKM, "Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan" 

Ucapan Khas Dari
MPP ASPIRASI UKM


Thursday, May 30, 2013

Rungutan Lampu Jalan dan Cadangan Infrastruktur Keselamatan, Apa Kata JPP UKM.

Posted by ASPIRASI UKM 5:17 PM, under | No comments

SALAM MAHASISWA TRANSFORMASI

CAKNA KEBAJIKAN MAHASISWA : RUNGUTAN LAMPU JALAN DAN CADANGAN INFRASTRUKTUR KESELAMATAN

Setelah penilitian dilakukan oleh MPP ASPIRASI UKM di atas beberapa prihal kebajikan mahasiswa/i UKM, kami tampil dengan mengemukan cadangan infrastruktur keselamatan serta rungutan mahasiswa/i UKM terhadap kemudahan lampu jalan di kampus UKM BANGI ke pengetahuan Pengarah Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan (JPP). 

Cadangan bagi rungutan lampu jalan di UKM telah kami panjangkan ke Pengarah JPP dan Jurutera Elektrik JPP. Cadangan kami adalah menambah baik lampu-lampu jalan yang penutup lampunya telah pudar kepada penutup yang lebih terang agar mampu menerangi jalan dengan lebih baik. Berikut merupakan ulasan Jurutera terbabit berkaitan dengan isu yang di bawa :

1) kos yang terlalu tinggi untuk membaiki lampu-lampu jalan yang mengalami masalah 'wiring', maka lampu yang sedia ada di selenggara baik bagi kemudahan warga UKM. Lagi pula, konsep lampu jalan di dalam UKM adalah berkonsepkan 'compound lamp' yang hanya menerangi ruang pejalan kaki sahaja bukan seperti lampu jalan JKR yang mempu menerangai jalan raya dengan lebih baik

2) penutup lampu terbabit asalnya memang terang, tetapi di atas reaksi kimia lampu dan bahan-bahan lain yang bertindak balas dengan bekas terbabit menyebabkan bekas itu kabur dan menghadkan pengeluaran cahaya lampu.

3) namun, bagi tempat-tempat yang strategik, seperti sempang keluar-masuk kolej kediaman, lampu jalan akan di tambah baik bagi mengurang segala faktor yang membabitkan kemalangan dan sebagainya

Oleh itu, MPP ASPIRASI UKM akan sekali lagi ke JPP untuk mengemukakan tempat-tempat strategik bagi menaik taraf tahap keupayaan pencahayaan lampu jalan.



Cadangan yang kedua ialah mengenai pembinaan "guard rail" di sepanjang ruang pejalan kaki ke FPI dan pemasangan cermin cembung di hadapan sempang keluar-masuk KIY. Berikut merupakan ulasan Jurutera Awam JPP mengenai cadangan di atas.

1) "Guard Rail" tersebut memerlukan kos yang tinggi dan tambahan pula dengan jaraknya yang pendek, menyebabkan kemungkinan pihak kontraktor tidak mahu melakukan pemasangan "guard rail" terbabit. Tetapi, pihak JPP akan maklum mengenai perkara ini dan mereka menerima cadangan ini dengan baik. Keutamaan bagi kemudahan infrastruktur adalah untuk perkara yang penting dan lebih perlu seperti penambah baikan ruang pejalan kaki seperti yang telah dilakukan di hadapan FEP serta penampalan jalan berlumbang. 



2) Bagi cadangan pemasangan cermin cembung pula, pihak JPP bersetuju untuk memasang cermin berkenaan di tempat yang telah MPP ASPIRASI nyatakan. Pemasangan akan dilakukan dari semasa ke semasa.



BERKHIDMAT
MPP ASPIRASI UKM


Wednesday, May 29, 2013

TATACARA PEMBUKTIAN LC MELALUI I-FOLIO

Posted by ASPIRASI UKM 10:09 AM, under | No comments

~ SALAM ASPIRASI UKM ~
TATACARA PEMBUKTIAN LC MELALUI I-FOLIO

Bagi melakukan pembuktian LC di I-FOLIO, pelajar harus tahu mengenai syarat-syarat tertentu seperti yang telah di gariskan oleh Pusat Akreditasi Pembelajaran.

1. Setiap hasil pembelajaran (HP) dimestikan mempunyai sekurang-kurangnya 3 pembuktian daripada aktiviti yang berlainan

***Penerangan : Sebagai contoh projek EKSPRESI MAHASISWA mengandungi pelbagai program kecil. Kemudian, pilih 3 pembuktian samada gambar, slide atau video yang membuktikan anda memenuhi kriteria-kriteria seperti yang di kehendaki dalam setiap HP.

2. Setiap pembuktian perlu mempunyai maklumat berikut :
i) Nama aktiviti / projek
ii) Kod aktiviti / projek
iii) Tarikh pelaksanaan aktiviti / projek
iv) Jawatan dalam organisasi program

***Penerangan : yang perlu di ambil perhatian ialah 3 pembuktian daripada aktiviti-aktiviti yang berlainan. Contoh (gambar), Gambar 1 menunjukkan Pengarah memberi taklimat mengenai pertandingan permainan tradisional, Gambar 2 menunjukkan aktiviti bersama ahli program untuk malam penutupan dan Gambar 3 ialah gambar ketika post mortem.


3. Pembuktian hendaklah dimuat naik dalam tempoh 2 minggu selepas aktiviti / projek tamat

4. Pengesahan pembuktian dokumen perlu dilakukan oleh pelajar melalui SPI SETELAH selesai muat naik pembuktian melalui I-FOLIO. Ini bagi membolehkan penilai membuat penilaian terhadap program.

***Penerangan : Langkah pertama ialah setiap ahli jawatankuasa hendaklah melakukan pembuktian melalui I-FOLIO kemudian di ikuti dengan langkah kedua iaitu pengesahan dikumen pembuktian melalui SPI. 

5. Pelajar boleh menggunakan aplikasi rangkaian sosial seperti Youtube, slide, gambar dan lain-lain untuk membuktikan bahawa pelajar telah Berjaya mencapai kemahiran mengikut Hasil Pembelajaran (HP) yang dipilih.

***Penerangan : Bagi pembuktian, pelajar boleh memilih medium pembuktian yang pelbagai seperti gambar, video penutupan dan sebagainya bagi membuktikan pelajar mencapai criteria yang telah ditetapkan dalam HP tertentu.
SUMBER RUJUKAN : EN. QAIYUM BORHAN, PENOLONG PENDAFTAR PAP

BERKHIDMAT, BERBAKTI
MPP ASPIRASI UKM

Monday, May 27, 2013

TERBAIK!! Ekspresi Mahasiswa, Festival Belia Putrajaya ...

Posted by ASPIRASI UKM 2:39 PM, under | 1 comment

SALAM ASPIRASI UKM


      23 Mei 2013 hingga 26 Mei 2013, telah berlansungnya Festival Belia Putrajaya. Banyak program-program menarik telah di adakan dengan menumpukan kepada aspek-aspek kerohanian, keintelektualan, daya fikir, kelasakan, kepimpinan, kesenian dan kebudayaan. UKM sangat berbangga kerana satu slot program telah di kelolakan oleh mahasiswa/i UKM dengan kerjasama Kolej Burhanuddin Helmi dan ASPIRASI UKM iaitu EKSPRESI MAHASISWA. Pelbagai program di rencana dan di laksana ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung yang terdiri daripada beliawan/is negara. Kami di barisan MPP ASPIRASI UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan SYABAS buat semua yang terlibat secara lansung atau tidak dalam pelaksanaan EKSPRESI MAHASISWA.

UKM HEBAT, ASPIRASI TERBAIK


   
    

  


 
  








Saturday, May 25, 2013

Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT KPT tahun 2013

Posted by ASPIRASI UKM 8:47 PM, under | No comments





MPP Umum UKM, Shahrul Akmal Johari

Sedarkah anda mengenai tawaran program Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT KPT tahun 2013 ?

KPT ada menyediakan kemudahan bantuan kewangan berbentuk elaun wang saku dan yuran pengajian maksimum RM5000 setahun kepada semua pelajar OKU yang mendapat tempat pengajian di IPT di peringkat diploma sehingga PhD.. Surat tawaran bantuan kewangan OKU akan dikeluarkan sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan September (Setiap 1 hb Mac/Julai/Sept)..

bagi tuntutan yuran dari pihak Bendahari IPT (invois) secara berkelompok hendaklah diselaraskan oleh pihak pengurusan atau Hal Ehwal Pelajar IPT berkenaan dan dikemukakan kepada Kementerian ini secara manual (pos / serahan tangan / emel / faks). Namun bagi pelajar baru yang memohon bagi kali pertama perlu mendaftar secara atas talian (online) terlebih dahulu..

Permohonan dan tuntutan bayaran OKU telah dijalankan secara atas talian (online) di laman web KPT melalui https://pavloan.mohe.qov.mv/bk oku/ . Walau bagaimanapun jadual pembayaran adalah secara berkala iaitu sebulan sekali (proses arahan bayaran adalah setiap 10hb pada setiap bulan).

"Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan"

Friday, May 24, 2013

KEMUDAHAN DI PUSANIKA UNTUK MAHASISWA/I UKM

Posted by ASPIRASI UKM 7:52 PM, under | No comments


Salam mahasiswa kepada mahasiswa, berikutan hasil penelitian kami mengenai kegiatan naik taraf di Pusanika UKM kini berada dalam keadaan yang hampir siap.. ini merupakan hasil maklumat yang diberikan oleh kami sebelum ini di http://mppaspirasiukm.blogspot.com/2013/02/isu-naik-taraf-lantai-pusanika-antara.html..

Walaupun masih ada terdapat sedikit kerja-kerja penambahbaikan dilakukan, mahasiswa/i UKM sudah boleh menggunakan kawasan tersebut.. Terserahlah mahu diskusikah, berkumpul bersama rakankah dan lain2..

En Musa selaku Timbalan Pendaftar JPPEL juga telah memaklumkan bahawa kawasan tersebut sudah boleh digunakan.. Oleh itu, kami berharap mahasiswa/i UKM dapat menggunakan kemudahan itu dengan sebaiknya.. Mudah-mudahan ianya dibekalkan dengan wifi yang kuar utk kemudahan pelajar..

Apabila berada di waktu malam, harap mahasiswa/i UKM dapat menjaga keselamatan di kawasan tersebut..Apabila terdapat sebarang sangsi, boleh berhubung terus dengan wisma aman..

Terima Kasih Jppel Ukm, kerana menyediakan perkhidmatan yang terbaik.. Segala komen dan cadangan dialu-alukan.. Assalamualaikum..

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan


Thursday, May 23, 2013

MABRUK FAKULTI PENGAJIAN ISLAM (FPI)

Posted by ASPIRASI UKM 2:34 AM, under | No comments




SALAM ASPIRASI UKM ...

SYABAS FPI di atas dua percapaian cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia ... untuk makluman, 2 percapaian cemerlang tersebut ialah :


1)   UKM Johan (Qariah) di Majlis Tilawah Al-Quran Antara Universiti Peringkat Kebangsaa Kali Keempat ... Kemenangan di raih oleh Nor Faizah binti Panut, (Pelajar Sarjana Pengajian Islam, FPI) pada 18 Mei 2013 yang lalu. 




2) Fakulti Pengajian Islam Memenangi Tempat Pertama Pertandingan Business Pitching yang diadakan pada 27-28 April 2013. Mereka telah berjaya dalam persaingan dengan 14 Company dari seluruh fakulti di UKM. Kejuaraan ini mengulangi kejayaan FPI pada tahun 2012.

Maklumat kemenangan:

1. Nama Syarikat: al-Jannah Gold
2. Produk: Kit Pengurusan Jenazah
3. Tempat Pertama: RM3,000.00
4. Kursus: CMIE3016 Usaha Niaga Lanjutan (Penyelaras: Prof. Madya Dr. Fariza Md Sham)
5. Peserta: Nurazimah Samat, Nur Syazana Abdullah, Solehah Ghazali, Hajijah Maulad Abdul Rahsip, Noor Suhadah Aziz dan Nur Hafizah Mohd Amin

Syabas!


Wednesday, May 22, 2013

Tahniah! Mahasiswa Penggerak Transformasi Negara

Posted by ASPIRASI UKM 3:44 AM, under | No comments

SALAM ASPIRASI UKM~

Setelah melihat keberkesanan siri penjelajahan NCWO di setiap negeri, konsep yang sama di aplikasikan di dalam universiti dengan mengumpulkan mahasiswa/i dari setiap kolej kediaman, ucaptama dari Prof Tan Sri Naib Canselor dan kemudian sesibersama fasilitator ... Di medan inilah, pelbagai permasalahan dan suara mahasiswa di bawa kepada pihak tertinggi UKM untuk tindakan, penambahbaikan dan anjakan paradigma dalam pentadbiran kolej dan universiti serta kebajikan mahasiswa dan prasarana dalam UKM ... TAHNIAH! terutamanya kepada fasilitator dan pentadbiran UKM di atas pelaksanaan program MAHASISWA PENGGERAK TRANSFORMASI NEGARA peringkat Kolej kediaman .... terima kasih buat wakil2 kolej yang hadir~

# Mahasiswa Transformasi

# ASPIRASI UKM
# Chinese Community Council UKM 国大华裔学生理事会







PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI 2013/2014

Posted by ASPIRASI UKM 1:59 AM, under | No comments


1. PENGESAHAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI
SEMESTER I SESI 2013/2014

Sila buat pengesahan mulai 22 Mei 2013 hingga 31 Mei 2013. Permohonan yang di buat selepas daripada masa ini, anda hendaklah merujuk terus kepada pengetua kolej kediaman untuk mendapatkan kelulusan. Pengesahan hendaklah di lakukan di laman sesawang, [ http:www.ukm.my/upp ]. Selepas pengesahan di lakukan, sila "print" pengesahan terbabit dan hantar ke pejabat kolej kediaman. Kegagalan anda melakukan sedemikian akan menyebabkan anda tidak mendapat tempat di kolej kediaman.


2. PERMOHONAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN
SEMESTER I SESI 2013/2014 BAGI PELAJAR YANG TAMAT LATIHAN INDUSTRI (LI) DAN PELAJAR YANG TINGGAL DI LUAR KOLEJ KEDIAMAN

Pelajar yang tamat latihan industri (LI) dan yang tinggal di luar kolej kediaman, sila buat permohonan untuk tinggal di kolej kediaman melalui laman sesawang, [ http:www.ukm.my/Jppel ] mulai 22 Mei 2013 hingga 31 Mei 2013. Keputusan permohonan akan di beritahu melalui telefon atau email sebelum semester bermula.


3. TARIKH AKHIR PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN

PERINGATAN! tarikh akhir bagi mengosongkan bilik adalah pada 29 Jun 2013.


4. PERMOHONAN PENGINAPAN SEMESTER III SESI 2012/2013

Permohonan adalah secara atas talian di laman sesawang, [ www. ukm.my/upp ] mulai 9 Jun hingga 17 Jun 2013.


5. PERMOHONAN PENGINAPAN LUAR SEMESTER SESI 2012/2013

Permohonan penginapan di luar semester (SEM 6), sila buat permohonan di laman sesawang, [ http:www.ukm.my/jppel ] dan klik borang. Permohonan bermula dari 9 Jun 2013 hingga 31 Jun 2013.


PERINGATAN buat semua mahasiswa/i UKM. Sila lakukan segala pengesahan yang berkaitan tepat pada tarikh bagi mengelakkan sebarang kesulitan berlaku.

MPP ASPIRASI UKM

Tuesday, May 21, 2013

Mahasiswa Penggerak Transformasi Negara (Peringkat UKM)

Posted by ASPIRASI UKM 7:18 PM, under | No comments


Bagi melicinkan pentadbiran dan menambah baik infrastruktur di kolej kediaman, fakulti dan UKM secara amnya, kami menyediakan platform untuk anda menyuarakan suara anda kepada pihak pentadbiran UKM .... MAHASISWA/I UKM di jemput ke program bersama pentadbiran UKM pada 21 MEI 2013, 7.30 PM hingga 11.00 PM ... Datang, Kongsi secara intelek, ambil tahu birokrasi di UKM dan jadilah Mahasiswa penyumbang kecemerlangan UKM..

"Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan"


ADUAN KEROSAKAN LAMPU DI SURAU WANITA FSSK

Posted by Unknown 7:11 PM, under | No comments


*Sekadar hiasan

MPP Umum UKM, Shahrul Akmal Johari

Berikutan aduan mahasiswi mengenai kerosakan lampu di dalam surau wanita FSSK, saya telah memaklumkan kepada pihak kedekanan agar mengambil langkah secepatnya dalam memperbaiki kerosakan tersebut.. Ini bagi mengelakkan kesukaran mahasiswi menunaikan solat pada waktu malam.. Semoga apa yang saya minta dari pihak FSSK dapat dijalankan sebaik mungkin.. Terima Kasih..

"Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan"

Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU kepada semua warga guru dan pendidik !

Posted by ASPIRASI UKM 2:59 AM, under | No comments



Tuesday, May 14, 2013

Tahniah buat Naib Cancelor UKM, Prof Tan Sri Dato' Seri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Posted by ASPIRASI UKM 1:37 AM, under | No comments


SETINGGI-TINGGI tahniah buat Naib Cancelor UKM, Prof Tan Sri Dato' Seri Sharifah Hapsah di atas penganugerahan Doctor Honoris Causa dari 1 Decembrie 1918 University, Alba Iulia Romania. Satu pengiktirafan bermakna buat seluruh warga UKM dan menjadi kebanggaan Malaysia ... Ini merupakan Ijazah Kehormat Kelima yang diperolehi oleh Prof Tan Sri semenjak berkhidmat sebagai Naib Canselor UKM ...

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan


Monday, May 13, 2013

PELAJAR TAHUN AKHIR : PENGISIAN KAJIAN MY3s SEBELUM 15 MEI 2013

Posted by ASPIRASI UKM 2:30 PM, under | No comments


Sunday, May 12, 2013

EKSPRESI MAHASISWA di FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

Posted by ASPIRASI UKM 11:53 AM, under | No comments


Ekspresi Mahasiswa merupakan projek anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia, Institusi Pengajian Tinggi, seketariat Racing Endurance Varsity Open Challenge 2013 (REVOC 13) dan Aspirasi UKM.

Penganjuran Segmen Ekspresi Mahasiswa yang bertemakan “Mahasiswa Berintegrasi Penggerak Transformasi” bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada golongan mahasiswa untuk merasai satu pengalaman, menikmati pertembungan antara agama, bangsa dan budaya dalam aktiviti yang disertai, selaras dengan konsep 1 Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Segmen ini merupakan salah satu daripada segmen yang dianjurkan oleh MBM iaitu segmen Perkampungan Warna Warni Belia Malaysia di bawah Festival Belia Putrajaya 2013. Diharapkan, dengan pengalaman yang mereka peroleh semasa melibatkan diri dalam program ini dapat memangkin potensi integriti yang mampu merapatkan jurang  antara mahasiswa dan golongan profesional dalam merangka kejayaan sesuatu program.

Secara keseluruhan, segmen Ekspresi Mahasiswa ini berpotensi untuk menonjolkan bakat mahasiswa kepada masyarakat agar mahasiswa menjadi lebih berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran pada peringkat tempatan mahupun global.

MISI
Menjadikan segmen ini sebagai satu landasan bagi menonjolkan bakat mahasiswa dalam bidang kepimpinan, kemasyarakatan, kebolehpasaran dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa khususnya, serta memberi kemahiran generik yang diperlukan untuk menjadi graduan universiti yang bermutu serta berdaya saing pada masa hadapan.

MATLAMAT
Menjadi medium bagi mahasiswa meluahkan segala idea dan bakat dilandasan yang tepat kepada masyarakat supaya mereka menyedari akan kehadiran mahasiswa di negara ini melalui program-program bersama masyarakat. Selain itu, kejayaan program ini menunjukkan mahasiswa mempunyai nilai tambah yang istimewa berbanding masyarakat luar serta mahasiswa juga lebih perihatin akan isu-isu nasional dan juga inter-national yang boleh ditonjolkan kepada masyarakat. Mengeratkan hubungan antara mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam mengendalikan program dan juga menyertai pertandingan yang disediakan. Program seperti ini dapat melatih mahasiswa untuk menimba ilmu dalam berorganisasi dan pengurusan kerja yang lebih sistematik agar dapat membentuk mahasiswa yang mempunyai kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa yang berketrampilan.

OBJEKTIF
1. Menghimpunkan mahasiswa dari seluruh IPTA dan IPTS di Malaysia.
2. Mengumpulkan mahasiswa sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan melalui program yang dianjurkan.
3. Menyediakan landasan yang tepat bagi mahasiswa menyumbangkan idea mereka kepada negara sebagai tanda penghargaan golongan mahasiswa.
4. Mengubah persepsi negatif masyarakat luar khususnya golongan majikan terhadap mahasiswa IPTA.
5. Melahirkan mahasiswa yang berfikiran jauh bagi merealisasikan hasrat Transformasi Negara melalui keunikan dan kreativiti setiap program yang dianjurkan.
6. Menjalinkan kerjasama yang erat antara IPT , Badan Kerajaan , Badan Bukan Kerajaan dan syarikat swasta.
7. Syarikat korporat dapat komersialkan jenama produk dan perkhidmatan mereka kepada seluruh lapisan masyarakat.



Siswa Corner merupakan sebuah program dalam segmen Ekspresi Mahasiswa yang mengetengahkan persembahan bakat mahasiwa IPTA dan IPTS dari seluruh negara. Program ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Pertandingan Tradisi dan Inovasi. Bagi kategori Tradisi, pertandingan ini merangkumi tarian tradisional, teater, drama ,sajak , koir dan semua persembahan yang ingin dipersembahkan oleh mahasiswa mengikut syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan. Bagi kategori Inovasi pula, mahasiswa perlulah membentangkan idea mereka dalam apa jua bentuk elemen tanpa ada batasan tetapi haruslah bertepatan dengan transformasi dan pembangunan negara . Dengan tema “Tradisi dan inovasi pencetus transformasi”,program ini bertujuan menyediakan landasan kepada mahasiswa untuk mengembangkan bakat, potensi serta kebolehan mereka dalam pelbagai bidang, yang seterusnya diharapkan akan dapat memantapkan pembinaan modal insan dalam diri setiap Mahasiswa.

Syarat-syarat pertandingan inovasi:-
  1. Peserta terdiri daripada mahasiswa IPT sahaja.
  2. Setiap penyataan adalah asli.
  3. Setiap kumpulan mestilah terdiri dari sekurang-kurangnya 3 orang dan tidak melebihi 5 orang.
  4. Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit sahaja untuk pembentangan dan 5 minit untuk sesi soal jawab bersama juri.
  5. Bahasa penyampaian mesti menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  6. Tema adalah bebas tetapi mestilah yang boleh membawa kebaikan kepada masyarakat dan tranformasi kepada negara.


Tarikh tutup pernyertaan adalah pada 20 Mei 2013

Setiap borang pernyertaan mestilah dihantar semasa/sebelum tamatnya tempoh penyerahan.

Sebarang maklumat sila layari http://siswacorner2013.blogspot.com/

Syarat-syarat pertandingan tradisi:-
  1. Terbuka kepada semua IPT.
  2. Setiap pernyertaan adalah asli.
  3. Terdapat dua kategori dalam pertandingan ini iaitu kategori individu dan berkumpulan. Semua pernyertaan kategori berkumpulan hendaklah terdiri daripada 5-15 orang sahaja.
  4. Masa persembahan yang diperuntukan adalah selama 10 minit untuk kategori individu dan 15 minit untuk kategori berkumpulan.
  5. Persembahan mestilah mempunyai unsur-unsur kebaikan, patriotisme dan tidak menyentuh isu-isu sensitif dalam politik, perkauman dan hal-hal yang berkaitan.
  6. Bahasa penyampaian samada dalam bentuk teks atau lisan mesti menggunakan bahasa melayu.
  7. Sebarang peralatan bagi tujuan persembahan semasa pertandingan hendaklah disediakan sendiri oleh peserta
  8. Segala keputusan yang dibuat oleh Penganjur dan Panel Juri adalah muktamad.


Tarikh tutup pernyertaan adalah pada 20 Mei  2013

Setiap borang pernyertaan mestilah dihantar semasa/ sebelum tamatnya tempoh pernyertaan.

Sebarang maklumat sila layari http://siswacorner2013.blogspot.com/

Hadiah-Hadiah Pertandingan Inovasi:-
Johan: wang tunai RM1,000 dan hamper
Naib johan: wang tunai RM800 dan hamper
Ketiga: wang tunai RM500 dan hamper

Hadiah pertandingan tradisi:-
Individu:
Johan: Tunai RM200, Hamper RM80
Naib Johan: Tunai RM150, Hamper RM50
Ketiga: Tunai RM100, Hamper RM30

Berkumpulan:
Johan: Tunai RM800, Hamper RM100
Naib Johan: Tunai RM500, Hamper RM80
Ketiga: Tunai RM250, Hamper RM50

CARA PENYERTAAN:-
Borang dan segala cara pembayaran boleh didapati di : https://docs.google.com/forms/d/1R2xxZXICBA7JvncSIqORfYZGRv5vx6DCBsOTaPzGFCE/viewform?pli=1




Isu-isu kemanusiaan merupakan program yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia tentang isu-isu kemanusiaan yang semakin kurang mendapat perhatian dewasa ini. Program ini menyediakan landasan yang tepat kepada mahasiswa untuk bergerak menyebarkan maklumat kepada masyarakat di Malaysia berhubung isu kemanusiaan . Antara isu yang akan diketengahkan ialah peperangan, kemiskinan, penindasan dan kebuluran. Selain itu, program ini juga menyalurkan persepsi golongan belia khususnya mahasiswa berkenaan isu-isu kemanusiaan menerusi kepelbagaian bentuk  penyampaian kepada umum. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan ke tabung kemanusiaan.   Dengan tema “Sustaining the world nation through art”,program ini memberi peluang kepada mahasiswa dalam merancang dan melaksanakan sesuatu aktiviti mengikut acuan mereka sendiri. Di samping itu juga,program ini bertujuan untuk melatih mahasiswa dalam berorganisasi supaya mereka dapat mempelajari kemahiran generik yang diperlukan dalam menjadi mahasiswa yang berketerampilan. Antara pengisian program ialah:-

1. Flash-mob
2. Basking-A charity for pity
3. Street Art-Some perception through illusion
4. Pameran



IPT Booth merupakan satu pertandingan yang memerlukan penyertaan IPTA dan IPTS dimana mereka bebas untuk membuka apa saja bentuk pameran atau tarikan ( kecuali penjualan dan pameran buku ) di booth yang telah disediakan. Setiap bentuk pameran perlulah berilmiah dan bermanfaat. Dengan tema “Merealisasikan inovasi siswa”,program ini bertujuan untuk memberi peluang IPTA dan IPTS untuk mempromosikan institusi masing-masing dengan kreativiti dan identiti yang tersendiri. Selain itu,program ini melatih mahasiswa untuk lebih kreatif dalam menjadikan booth mereka adalah yang paling menarik.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:-

Setiap IPTA dan IPTS bebas untuk membuka apa sahaja bentuk aktiviti (kecuali penjualan dan pameran buku di booth yang telah disediakan)
Jumlah peserta bagi setiap wakil di university adalah tidak melebihi daripada 10 orang.
Pihak peserta mestilah melengkapkan borang maklumat yang disediakan.
Pihak IPTA dan IPTS mestilah menghantar maklumbalas sebelum 17 MEI 2013.
Peserta yang tidak memenuhi syarat pertandingan ini, hilang kelayakan untuk bertanding.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:-
  1. Tempoh masa untuk menyiapkan dan menghias booth adalah selama 1jam 30 minit.
  2. Setiap booth disediakan beberapa kelengkapan asas seperti meja dan kerusi
  3. Peserta bagi wakil university dikehendaki mempamirkan keunikan identiti university masing-masing.
  4. Setiap booth yang dipertandingkan mestilah menzahirkan unsur-unsur intelek dan inovatif serta memiliki nilai positif untuk disampaikan
  5. Setiap booth mestilah mempunyai seorang wakil untuk membentangkan hasil kreativiti mereka.
  6. Peserta juga diwajibkan untuk menjaga etika pemakaian.
  7. Keputusan para juri adalah muktamad.
  8. Peserta yang melanggar peraturan pertandingan akan disingkirkan daripada pertandingan.


HADIAH PERTANDINGAN:-
TEMPAT PERTAMA : RM2000
TEMPAT KEDUA : RM 1500
TEMPAT KETIGA : RM 1000
SAGUHATI :  Hamper untuk setiap kumpulan

CARA PENYERTAAN
  1. Borang dan segala maklumat lanjut telah dihantar ke semua IPTA dan IPTS sekitar lembah Klang.




Pencarian Gadis REVOC merupakan sebuah program yang ingin memberi peluang kepada mahasiswi kini untuk berasa lebih yakin dengan kebolehan mereka sendiri. Dengan cara ini mereka dapat meningkatkan keyakinan dalam diri mereka sendiri. Program ini menekankan tentang kemahiran insaniah yang perlu ada dalam diri setiap mahasiswi selain memperagakan kecantikan paras rupa setiap peserta.

SYARAT PERTANDINGAN
1. Bujang
2. Pelajar IPT sahaja
3. Berumur antara 18 hingga 25 tahun
4. Pakaian bertemakan budaya seluruh dunia ( culture around the world )
5. Keperluan pertandingan disediakan sendiri (Pakaian, alatan mekap dan barang peribadi)
6. Semua peserta perlu bersedia di tempat pertandingan 30 minit awal sebelum pertandingan bermula.
7. Semua peserta perlu mematuhi syarat pertandingan dan sekiranya enggan, mereka akan disingkirkan  serta-merta daripada pertandingan.
8. Semua peserta perlu mengetahui dan memahami sistem pertandingan untuk mengelakkan sebarang kesulitan kelak.
9. Keputusan pertandingan akan diadili oleh 3 orang juri dan keputusan adalah muktamad.

HADIAH PERTANDINGAN
Tempat pertama
wang tunai (RM1,500.00) + hamper + t-shirt + jambangan bunga  + crown + kain selimpang

Tempat kedua
wang tunai (RM1200.00) + hamper (RM130.00) + t-shirt + jambangan bunga  + crown +  kain selimpang

Tempat ketiga
wang tunai (RM900.00) + hamper + t-shirt + jambangan bunga  + crown + kain selimpang

Saguhati (7 orang)
wang tunai (RM50.00) + hamper + t-shirt

CARA PENYERTAAN:-
1. Borang dan segala cara pembayaran boleh didapati di : https://docs.google.com/file/d/0B8lPxGC8FQ28NkctbDBSZDhVS00/edit?pli=1



Untuk peringkat akhir IPT Battle Dance, hanya sebanyak 5 kumpulan yang bakal bertanding bagi merebut gelaran juara dan juara akan ditentukan sepenuhnya oleh para juri. Untuk pertandingan akhir, setiap kumpulan akan diberikan masa sebanyak 20 minit untuk menunjukkan kehebatan koreografi masing-masing. Beberapa kriteria utama akan diambil bagi menentukan gelaran juara REVOC Battle Dance ’13. Keputusan juri adalah muktamad.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:-
1.Pelajar IPT
2.Yuran sebanyak RM 50 per kumpulan
3.Maksimum 10 orang dalam 1 kumpulan
4.Masa yang diberikan untuk satu kumpulan membuat persembahan adalah 7 minit.

HADIAH PERTANDINGAN:-
Tempat Pertama
wang tunai, (RM1500.00) + Hamper, Trofi pusingan + T-Shirt x 6 + Jambangan bunga

Tempat Kedua
wang tunai, (RM1200.00) + Hamper, Trofi pusingan + T-Shirt x 6 + Jambangan bunga

Tempat Ketiga
wang tunai, (RM 900.00) + Hamper, Trofi pusingan + T-Shirt x 6 + Jambangan bunga

CARA PENYERTAAN:-
1. Borang boleh didapati di :
https://docs.google.com/forms/d/1nQ83f_IdhkQJwrBEHIujgMjHRK-mwqDb3Cl1i_2KmjU/viewform?pli=1



REVOC Chess Genius merupakan sebuah pertandingan chess di kalangan IPT. Tema pertandingan ini ialah “Ketajaman Minda Tunjang Pembangunan Mahasiswa”. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk untuk memberi pengetahuan dan kemahiran tentang permainan catur  kepada mahasiswa/i. Selain itu, ianya mampu untuk membentuk mahasiswa yang mampu berfikir, berdisiplin, daya tahan yang tinggi, berketerampilan membuat rencana, strategi dan mampu membuat keputusan yang tepat dalam waktu terdesak dan terbatas.

SISTEM PERTANDINGAN:-
1. Semua peserta akan bermain dalam satu 'pairing sahaja'.
2. Kejohanan ini mengikut Undang-undang FIDE & Undang-undang Kejohanan.
3.  Yuran penyertaan hendaklah dijelaskan sebelum 20 Mei 2013 ( secara bank in).
4. Sila maklumkan nama,ketagori dan ‘National Ranking’ ( jika ada )selepas anda membuat pembayaran.
5. Semasa kejohanan sila bawa bersama slip pembayaran untuk pengesahan penyertaan.
6. Penyertaan terhad kepada 300 peserta sahaja. Pembayaran yuran selepas 16 Mei 2013 akan dikenakan denda RM 10 .
7. Kaunter penyertaan akan dibuka seawal 8.00 a.m dan akan ditutup pada 9.00 a.m.
8. Peserta hendaklah berpakaian kemas.
9. Pemain Penggenap.

Jika jumlah pemain menjadi ganjil dalam sesuatu kategori, maka seorang pemain tambahan boleh dimasukkan untuk menggenapkan jumlah pemain. Pasukan tuan rumah diberi keutamaan untuk menambahkan seorang pemain penggenap ini. Jika tuan rumah tidak mengisi pemain penggenap ini, maka seorang pemain tambahan dari pasukan lain boleh dibenarkan bermain bagi menggenapkan jumlahnya. Jika ada lebih daripada sebuah pasukan berminat untuk mengisi kekosongan pemain penggenap, pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi memilih salah seorang daripada mereka sebagai pemain penggenap. Dalam apa keadaan sekalipun, penambahan lebih daripada seorang pemain tambahan adalah tidak dibenarkan.

10. Menggunakan system Swiss enam pusingan atau tujuh Pusingan bergantung pada jumlah penyertaan.
11. Mengikut undang-undang FIDE & undang-undang kejohanan.
12. Sila bawa bersama sip pembayaran semasa kejohanan.
13. Jumlah pusingan : 5 pusingan swiss.

Sistem pemutus/pemecah-seri (tie-break)

a) Mata Solkoff / Buchholz
b) Mata Sonneborn-Berger
c) Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz
d) Mata progresif / kumulatif

HADIAH-HADIAH PERTANDINGAN:-

Individu (Lelaki)
Hadiah Pertama -RM 500, Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua - RM 300,Medal
Hadiah Ketiga -RM 250,Medal

Individu (Wanita)
Hadiah Pertama - RM500,Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua - RM300,Medal
Hadiah Ketiga - RM250,Medal

Kumpulan (Lelaki)
Hadiah Pertama- RM800,Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua- RM500,Medal
Hadiah Ketiga -RM300,Medal

Kumpulan (Wanita)
Hadiah Pertama -RM800,Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua -RM500,Medal
Hadiah Ketiga -RM300,Medal

CARA PENYERTAAN:-
1. Borang dan segala cara pembayaran boleh didapati di :
https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=forums&srcid=MDkzMDAzOTA0Mzk5NDUwMTMxNzgBMTMzMDkzMDUzMTk2MTczNjg4ODEBQ0xja0JTOHEzTzBKATQBAXYy



Layari : http://ekspresimahasiswa.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.. Ia terbuka kepada semua mahasiswa/i semua IPT seluruh negara ! Jom Meriahkan Festival Belia Putrajaya 2013 !

Jumpa Kami Di sana !

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Salam REJAB.. Moga Dipermudahkan Menjalani Ibadah..

Posted by ASPIRASI UKM 11:25 AM, under | No comments



Saturday, May 11, 2013

Setiap Hari, HARI IBU - SELAMAT HARI IBU

Posted by ASPIRASI UKM 2:17 AM, under | No comments


Permohonan elaun tambahan Biasiswa JPA bagi pelajar FSSK yang mengikuti SEMESTER 3 DITOLAK

Posted by ASPIRASI UKM 1:47 AM, under | No comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

MPP ASPIRASI UKM : Bagi permohonan dan cadangan elaun tambahan Biasiswa JPA bagi pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) yang mengikuti SEMESTER 3 (shortsem) ditolak kerana taraf pengambilan subjek di FSSK ialah pilihan bebas (PB).. Ini kerana pihak FSSK tidak mewajibkan pengambilan shortsem..

Menurut pegawai Unit Kebajikan JPPEL, buat masa ini hanya Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) sahaja yang diwajibkan untuk meneruskan pengajian di Semester 3..Oleh itu, sememangnya ada elaun tambahan Biasiswa JPA kepada mereka yang layak.. Sekian.. Terima Kasih..

via Facebook, MPP Umum, Shahrul Akmal - FSSK Tahun 2

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Thursday, May 9, 2013

PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN (KMJP) SEMESTER II SESI AKADEMIK 2012-2013

Posted by ASPIRASI UKM 3:38 AM, under | No comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


MPP ASPIRASI UKM : PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN (KMJP) SEMESTER II SESI AKADEMIK 2012-2013

- Diminta mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 14 Mei 2013.

- Sekiranya KMJP anda tiada di Pejabat Dekan Fakulti, sila datang ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik.

- KMJP hendaklah dibawa bersama semasa menduduki peperiksaan. Pelajar yang gagal menunjukkan kad KMJP tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

- Sekiranya kad KMJP anda hilang, anda boleh mendapatkan salinan di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik.

- Diingatkan agar mematuhi peraturan peperiksaan di sepanjang tempoh peperiksaan.

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Wednesday, May 8, 2013

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia : Pasca Siswazah dan Pra Siswazah yang tertangguh

Posted by ASPIRASI UKM 6:39 PM, under | No comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

8 Mei 2013 (Rabu) - Setelah mendapat makluman dari pelajar Pasca Siswazah (Sarjana) mengenai Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) yang tidak diperolehi lagi sehingga sekarang, MPP Umum Saudara Shahrul Akmal telah berurusan dengan Unit Kebajikan, JPPEL bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi memandangkan semester ini semakin sampai ke penghujung..

Menurut pegawai JPPEL, urusan KDS1M telah diselesaikan.. Pihak Unit Kebajikan akan menghantar KDS1M yang telah sampai ke Pusat Pengajian Siswazah (PPS). Oleh itu, pelajar Pasca Siswazah (Sarjana) boleh check dan tuntut KDS1M masing-masing di PPS.. Jika masih ada pelajar yang namanya tiada, mohon terus membuat laporan di PPS untuk urusan lanjut..

Selain itu, Saudara Shahrul Akmal juga telah pergi ke Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar UKM di Pusanika untuk mengetahui status lanjut KDS1M bagi pelajar Pra Siswazah (Sarjana Muda) yang masih lagi tidak dapat sehingga kini.. Menurut Yang Di-Pertua MPP UKM, Saudara Ahmad Shukran, pelajar (Sarjana Muda) boleh berurusan dengan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti bagi fakulti masing-masing..

Jika terdapat sebarang aduan dan makluman boleh berhubung dengan MPP Umum, Saudara Shahrul Akmal di talian 019-3204377.. Sekian, Terima Kasih..

Kebajikan Mahasiswa Keutamaan Kami

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Tags

Blog Archive