MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Sunday, May 12, 2013

EKSPRESI MAHASISWA di FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

Posted by ASPIRASI UKM 11:53 AM, under | No comments


Ekspresi Mahasiswa merupakan projek anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia, Institusi Pengajian Tinggi, seketariat Racing Endurance Varsity Open Challenge 2013 (REVOC 13) dan Aspirasi UKM.

Penganjuran Segmen Ekspresi Mahasiswa yang bertemakan “Mahasiswa Berintegrasi Penggerak Transformasi” bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada golongan mahasiswa untuk merasai satu pengalaman, menikmati pertembungan antara agama, bangsa dan budaya dalam aktiviti yang disertai, selaras dengan konsep 1 Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Segmen ini merupakan salah satu daripada segmen yang dianjurkan oleh MBM iaitu segmen Perkampungan Warna Warni Belia Malaysia di bawah Festival Belia Putrajaya 2013. Diharapkan, dengan pengalaman yang mereka peroleh semasa melibatkan diri dalam program ini dapat memangkin potensi integriti yang mampu merapatkan jurang  antara mahasiswa dan golongan profesional dalam merangka kejayaan sesuatu program.

Secara keseluruhan, segmen Ekspresi Mahasiswa ini berpotensi untuk menonjolkan bakat mahasiswa kepada masyarakat agar mahasiswa menjadi lebih berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran pada peringkat tempatan mahupun global.

MISI
Menjadikan segmen ini sebagai satu landasan bagi menonjolkan bakat mahasiswa dalam bidang kepimpinan, kemasyarakatan, kebolehpasaran dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa khususnya, serta memberi kemahiran generik yang diperlukan untuk menjadi graduan universiti yang bermutu serta berdaya saing pada masa hadapan.

MATLAMAT
Menjadi medium bagi mahasiswa meluahkan segala idea dan bakat dilandasan yang tepat kepada masyarakat supaya mereka menyedari akan kehadiran mahasiswa di negara ini melalui program-program bersama masyarakat. Selain itu, kejayaan program ini menunjukkan mahasiswa mempunyai nilai tambah yang istimewa berbanding masyarakat luar serta mahasiswa juga lebih perihatin akan isu-isu nasional dan juga inter-national yang boleh ditonjolkan kepada masyarakat. Mengeratkan hubungan antara mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam mengendalikan program dan juga menyertai pertandingan yang disediakan. Program seperti ini dapat melatih mahasiswa untuk menimba ilmu dalam berorganisasi dan pengurusan kerja yang lebih sistematik agar dapat membentuk mahasiswa yang mempunyai kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa yang berketrampilan.

OBJEKTIF
1. Menghimpunkan mahasiswa dari seluruh IPTA dan IPTS di Malaysia.
2. Mengumpulkan mahasiswa sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan melalui program yang dianjurkan.
3. Menyediakan landasan yang tepat bagi mahasiswa menyumbangkan idea mereka kepada negara sebagai tanda penghargaan golongan mahasiswa.
4. Mengubah persepsi negatif masyarakat luar khususnya golongan majikan terhadap mahasiswa IPTA.
5. Melahirkan mahasiswa yang berfikiran jauh bagi merealisasikan hasrat Transformasi Negara melalui keunikan dan kreativiti setiap program yang dianjurkan.
6. Menjalinkan kerjasama yang erat antara IPT , Badan Kerajaan , Badan Bukan Kerajaan dan syarikat swasta.
7. Syarikat korporat dapat komersialkan jenama produk dan perkhidmatan mereka kepada seluruh lapisan masyarakat.



Siswa Corner merupakan sebuah program dalam segmen Ekspresi Mahasiswa yang mengetengahkan persembahan bakat mahasiwa IPTA dan IPTS dari seluruh negara. Program ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Pertandingan Tradisi dan Inovasi. Bagi kategori Tradisi, pertandingan ini merangkumi tarian tradisional, teater, drama ,sajak , koir dan semua persembahan yang ingin dipersembahkan oleh mahasiswa mengikut syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan. Bagi kategori Inovasi pula, mahasiswa perlulah membentangkan idea mereka dalam apa jua bentuk elemen tanpa ada batasan tetapi haruslah bertepatan dengan transformasi dan pembangunan negara . Dengan tema “Tradisi dan inovasi pencetus transformasi”,program ini bertujuan menyediakan landasan kepada mahasiswa untuk mengembangkan bakat, potensi serta kebolehan mereka dalam pelbagai bidang, yang seterusnya diharapkan akan dapat memantapkan pembinaan modal insan dalam diri setiap Mahasiswa.

Syarat-syarat pertandingan inovasi:-
  1. Peserta terdiri daripada mahasiswa IPT sahaja.
  2. Setiap penyataan adalah asli.
  3. Setiap kumpulan mestilah terdiri dari sekurang-kurangnya 3 orang dan tidak melebihi 5 orang.
  4. Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit sahaja untuk pembentangan dan 5 minit untuk sesi soal jawab bersama juri.
  5. Bahasa penyampaian mesti menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  6. Tema adalah bebas tetapi mestilah yang boleh membawa kebaikan kepada masyarakat dan tranformasi kepada negara.


Tarikh tutup pernyertaan adalah pada 20 Mei 2013

Setiap borang pernyertaan mestilah dihantar semasa/sebelum tamatnya tempoh penyerahan.

Sebarang maklumat sila layari http://siswacorner2013.blogspot.com/

Syarat-syarat pertandingan tradisi:-
  1. Terbuka kepada semua IPT.
  2. Setiap pernyertaan adalah asli.
  3. Terdapat dua kategori dalam pertandingan ini iaitu kategori individu dan berkumpulan. Semua pernyertaan kategori berkumpulan hendaklah terdiri daripada 5-15 orang sahaja.
  4. Masa persembahan yang diperuntukan adalah selama 10 minit untuk kategori individu dan 15 minit untuk kategori berkumpulan.
  5. Persembahan mestilah mempunyai unsur-unsur kebaikan, patriotisme dan tidak menyentuh isu-isu sensitif dalam politik, perkauman dan hal-hal yang berkaitan.
  6. Bahasa penyampaian samada dalam bentuk teks atau lisan mesti menggunakan bahasa melayu.
  7. Sebarang peralatan bagi tujuan persembahan semasa pertandingan hendaklah disediakan sendiri oleh peserta
  8. Segala keputusan yang dibuat oleh Penganjur dan Panel Juri adalah muktamad.


Tarikh tutup pernyertaan adalah pada 20 Mei  2013

Setiap borang pernyertaan mestilah dihantar semasa/ sebelum tamatnya tempoh pernyertaan.

Sebarang maklumat sila layari http://siswacorner2013.blogspot.com/

Hadiah-Hadiah Pertandingan Inovasi:-
Johan: wang tunai RM1,000 dan hamper
Naib johan: wang tunai RM800 dan hamper
Ketiga: wang tunai RM500 dan hamper

Hadiah pertandingan tradisi:-
Individu:
Johan: Tunai RM200, Hamper RM80
Naib Johan: Tunai RM150, Hamper RM50
Ketiga: Tunai RM100, Hamper RM30

Berkumpulan:
Johan: Tunai RM800, Hamper RM100
Naib Johan: Tunai RM500, Hamper RM80
Ketiga: Tunai RM250, Hamper RM50

CARA PENYERTAAN:-
Borang dan segala cara pembayaran boleh didapati di : https://docs.google.com/forms/d/1R2xxZXICBA7JvncSIqORfYZGRv5vx6DCBsOTaPzGFCE/viewform?pli=1




Isu-isu kemanusiaan merupakan program yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia tentang isu-isu kemanusiaan yang semakin kurang mendapat perhatian dewasa ini. Program ini menyediakan landasan yang tepat kepada mahasiswa untuk bergerak menyebarkan maklumat kepada masyarakat di Malaysia berhubung isu kemanusiaan . Antara isu yang akan diketengahkan ialah peperangan, kemiskinan, penindasan dan kebuluran. Selain itu, program ini juga menyalurkan persepsi golongan belia khususnya mahasiswa berkenaan isu-isu kemanusiaan menerusi kepelbagaian bentuk  penyampaian kepada umum. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan ke tabung kemanusiaan.   Dengan tema “Sustaining the world nation through art”,program ini memberi peluang kepada mahasiswa dalam merancang dan melaksanakan sesuatu aktiviti mengikut acuan mereka sendiri. Di samping itu juga,program ini bertujuan untuk melatih mahasiswa dalam berorganisasi supaya mereka dapat mempelajari kemahiran generik yang diperlukan dalam menjadi mahasiswa yang berketerampilan. Antara pengisian program ialah:-

1. Flash-mob
2. Basking-A charity for pity
3. Street Art-Some perception through illusion
4. Pameran



IPT Booth merupakan satu pertandingan yang memerlukan penyertaan IPTA dan IPTS dimana mereka bebas untuk membuka apa saja bentuk pameran atau tarikan ( kecuali penjualan dan pameran buku ) di booth yang telah disediakan. Setiap bentuk pameran perlulah berilmiah dan bermanfaat. Dengan tema “Merealisasikan inovasi siswa”,program ini bertujuan untuk memberi peluang IPTA dan IPTS untuk mempromosikan institusi masing-masing dengan kreativiti dan identiti yang tersendiri. Selain itu,program ini melatih mahasiswa untuk lebih kreatif dalam menjadikan booth mereka adalah yang paling menarik.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:-

Setiap IPTA dan IPTS bebas untuk membuka apa sahaja bentuk aktiviti (kecuali penjualan dan pameran buku di booth yang telah disediakan)
Jumlah peserta bagi setiap wakil di university adalah tidak melebihi daripada 10 orang.
Pihak peserta mestilah melengkapkan borang maklumat yang disediakan.
Pihak IPTA dan IPTS mestilah menghantar maklumbalas sebelum 17 MEI 2013.
Peserta yang tidak memenuhi syarat pertandingan ini, hilang kelayakan untuk bertanding.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:-
  1. Tempoh masa untuk menyiapkan dan menghias booth adalah selama 1jam 30 minit.
  2. Setiap booth disediakan beberapa kelengkapan asas seperti meja dan kerusi
  3. Peserta bagi wakil university dikehendaki mempamirkan keunikan identiti university masing-masing.
  4. Setiap booth yang dipertandingkan mestilah menzahirkan unsur-unsur intelek dan inovatif serta memiliki nilai positif untuk disampaikan
  5. Setiap booth mestilah mempunyai seorang wakil untuk membentangkan hasil kreativiti mereka.
  6. Peserta juga diwajibkan untuk menjaga etika pemakaian.
  7. Keputusan para juri adalah muktamad.
  8. Peserta yang melanggar peraturan pertandingan akan disingkirkan daripada pertandingan.


HADIAH PERTANDINGAN:-
TEMPAT PERTAMA : RM2000
TEMPAT KEDUA : RM 1500
TEMPAT KETIGA : RM 1000
SAGUHATI :  Hamper untuk setiap kumpulan

CARA PENYERTAAN
  1. Borang dan segala maklumat lanjut telah dihantar ke semua IPTA dan IPTS sekitar lembah Klang.




Pencarian Gadis REVOC merupakan sebuah program yang ingin memberi peluang kepada mahasiswi kini untuk berasa lebih yakin dengan kebolehan mereka sendiri. Dengan cara ini mereka dapat meningkatkan keyakinan dalam diri mereka sendiri. Program ini menekankan tentang kemahiran insaniah yang perlu ada dalam diri setiap mahasiswi selain memperagakan kecantikan paras rupa setiap peserta.

SYARAT PERTANDINGAN
1. Bujang
2. Pelajar IPT sahaja
3. Berumur antara 18 hingga 25 tahun
4. Pakaian bertemakan budaya seluruh dunia ( culture around the world )
5. Keperluan pertandingan disediakan sendiri (Pakaian, alatan mekap dan barang peribadi)
6. Semua peserta perlu bersedia di tempat pertandingan 30 minit awal sebelum pertandingan bermula.
7. Semua peserta perlu mematuhi syarat pertandingan dan sekiranya enggan, mereka akan disingkirkan  serta-merta daripada pertandingan.
8. Semua peserta perlu mengetahui dan memahami sistem pertandingan untuk mengelakkan sebarang kesulitan kelak.
9. Keputusan pertandingan akan diadili oleh 3 orang juri dan keputusan adalah muktamad.

HADIAH PERTANDINGAN
Tempat pertama
wang tunai (RM1,500.00) + hamper + t-shirt + jambangan bunga  + crown + kain selimpang

Tempat kedua
wang tunai (RM1200.00) + hamper (RM130.00) + t-shirt + jambangan bunga  + crown +  kain selimpang

Tempat ketiga
wang tunai (RM900.00) + hamper + t-shirt + jambangan bunga  + crown + kain selimpang

Saguhati (7 orang)
wang tunai (RM50.00) + hamper + t-shirt

CARA PENYERTAAN:-
1. Borang dan segala cara pembayaran boleh didapati di : https://docs.google.com/file/d/0B8lPxGC8FQ28NkctbDBSZDhVS00/edit?pli=1



Untuk peringkat akhir IPT Battle Dance, hanya sebanyak 5 kumpulan yang bakal bertanding bagi merebut gelaran juara dan juara akan ditentukan sepenuhnya oleh para juri. Untuk pertandingan akhir, setiap kumpulan akan diberikan masa sebanyak 20 minit untuk menunjukkan kehebatan koreografi masing-masing. Beberapa kriteria utama akan diambil bagi menentukan gelaran juara REVOC Battle Dance ’13. Keputusan juri adalah muktamad.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:-
1.Pelajar IPT
2.Yuran sebanyak RM 50 per kumpulan
3.Maksimum 10 orang dalam 1 kumpulan
4.Masa yang diberikan untuk satu kumpulan membuat persembahan adalah 7 minit.

HADIAH PERTANDINGAN:-
Tempat Pertama
wang tunai, (RM1500.00) + Hamper, Trofi pusingan + T-Shirt x 6 + Jambangan bunga

Tempat Kedua
wang tunai, (RM1200.00) + Hamper, Trofi pusingan + T-Shirt x 6 + Jambangan bunga

Tempat Ketiga
wang tunai, (RM 900.00) + Hamper, Trofi pusingan + T-Shirt x 6 + Jambangan bunga

CARA PENYERTAAN:-
1. Borang boleh didapati di :
https://docs.google.com/forms/d/1nQ83f_IdhkQJwrBEHIujgMjHRK-mwqDb3Cl1i_2KmjU/viewform?pli=1



REVOC Chess Genius merupakan sebuah pertandingan chess di kalangan IPT. Tema pertandingan ini ialah “Ketajaman Minda Tunjang Pembangunan Mahasiswa”. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk untuk memberi pengetahuan dan kemahiran tentang permainan catur  kepada mahasiswa/i. Selain itu, ianya mampu untuk membentuk mahasiswa yang mampu berfikir, berdisiplin, daya tahan yang tinggi, berketerampilan membuat rencana, strategi dan mampu membuat keputusan yang tepat dalam waktu terdesak dan terbatas.

SISTEM PERTANDINGAN:-
1. Semua peserta akan bermain dalam satu 'pairing sahaja'.
2. Kejohanan ini mengikut Undang-undang FIDE & Undang-undang Kejohanan.
3.  Yuran penyertaan hendaklah dijelaskan sebelum 20 Mei 2013 ( secara bank in).
4. Sila maklumkan nama,ketagori dan ‘National Ranking’ ( jika ada )selepas anda membuat pembayaran.
5. Semasa kejohanan sila bawa bersama slip pembayaran untuk pengesahan penyertaan.
6. Penyertaan terhad kepada 300 peserta sahaja. Pembayaran yuran selepas 16 Mei 2013 akan dikenakan denda RM 10 .
7. Kaunter penyertaan akan dibuka seawal 8.00 a.m dan akan ditutup pada 9.00 a.m.
8. Peserta hendaklah berpakaian kemas.
9. Pemain Penggenap.

Jika jumlah pemain menjadi ganjil dalam sesuatu kategori, maka seorang pemain tambahan boleh dimasukkan untuk menggenapkan jumlah pemain. Pasukan tuan rumah diberi keutamaan untuk menambahkan seorang pemain penggenap ini. Jika tuan rumah tidak mengisi pemain penggenap ini, maka seorang pemain tambahan dari pasukan lain boleh dibenarkan bermain bagi menggenapkan jumlahnya. Jika ada lebih daripada sebuah pasukan berminat untuk mengisi kekosongan pemain penggenap, pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi memilih salah seorang daripada mereka sebagai pemain penggenap. Dalam apa keadaan sekalipun, penambahan lebih daripada seorang pemain tambahan adalah tidak dibenarkan.

10. Menggunakan system Swiss enam pusingan atau tujuh Pusingan bergantung pada jumlah penyertaan.
11. Mengikut undang-undang FIDE & undang-undang kejohanan.
12. Sila bawa bersama sip pembayaran semasa kejohanan.
13. Jumlah pusingan : 5 pusingan swiss.

Sistem pemutus/pemecah-seri (tie-break)

a) Mata Solkoff / Buchholz
b) Mata Sonneborn-Berger
c) Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz
d) Mata progresif / kumulatif

HADIAH-HADIAH PERTANDINGAN:-

Individu (Lelaki)
Hadiah Pertama -RM 500, Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua - RM 300,Medal
Hadiah Ketiga -RM 250,Medal

Individu (Wanita)
Hadiah Pertama - RM500,Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua - RM300,Medal
Hadiah Ketiga - RM250,Medal

Kumpulan (Lelaki)
Hadiah Pertama- RM800,Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua- RM500,Medal
Hadiah Ketiga -RM300,Medal

Kumpulan (Wanita)
Hadiah Pertama -RM800,Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua -RM500,Medal
Hadiah Ketiga -RM300,Medal

CARA PENYERTAAN:-
1. Borang dan segala cara pembayaran boleh didapati di :
https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=forums&srcid=MDkzMDAzOTA0Mzk5NDUwMTMxNzgBMTMzMDkzMDUzMTk2MTczNjg4ODEBQ0xja0JTOHEzTzBKATQBAXYy



Layari : http://ekspresimahasiswa.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.. Ia terbuka kepada semua mahasiswa/i semua IPT seluruh negara ! Jom Meriahkan Festival Belia Putrajaya 2013 !

Jumpa Kami Di sana !

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

0 comments:

Post a Comment

Tags

Blog Archive