MPP Umum UKM, Shahrul Akmal Johari
Sedarkah anda mengenai tawaran program Bantuan Kewangan
Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT KPT tahun 2013 ?
KPT ada menyediakan kemudahan bantuan kewangan berbentuk
elaun wang saku dan yuran pengajian maksimum RM5000 setahun kepada semua
pelajar OKU yang mendapat tempat pengajian di IPT di peringkat diploma sehingga
PhD.. Surat tawaran bantuan kewangan OKU akan dikeluarkan sebanyak 3 kali
setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan September (Setiap 1 hb
Mac/Julai/Sept)..
bagi tuntutan yuran dari pihak Bendahari IPT (invois) secara
berkelompok hendaklah diselaraskan oleh pihak pengurusan atau Hal Ehwal Pelajar
IPT berkenaan dan dikemukakan kepada Kementerian ini secara manual (pos /
serahan tangan / emel / faks). Namun bagi pelajar baru yang memohon bagi kali
pertama perlu mendaftar secara atas talian (online) terlebih dahulu..
Permohonan dan tuntutan bayaran OKU telah dijalankan secara atas talian (online) di laman web KPT melalui https://pavloan.mohe.qov.mv/bk
oku/ . Walau bagaimanapun jadual pembayaran adalah secara berkala iaitu sebulan sekali
(proses arahan bayaran adalah setiap 10hb pada setiap bulan).
"Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan"
0 comments:
Post a Comment