Hari ini genap 42 tahun peristiwa 13 Mei yang menjadi noda hitam dalam sejarah negara berlaku. Tregedi ini terjadi akibat perasaan benci dan persengketaan antara kaum yang mempunyai pelbagai pengajaran yang perlu di ambil iktibar dan dijadikan tauladan. Peristiwa ini wajar untuk terus diingati dan dikenang malah dijadikan salah satu tajuk penting dalam mata pelajaran sejarah dari peringkat sekolah lagi agar masyarakat negara ini terus diberi kefahaman dan maklumat yang tepat dan jelas mengenainya kerana didalamnya sarat dengan pengajaran yang wajar dijadikan panduan dalam hidup bermasyarakat.
Tregedi ini meletus akibat provokasi dan rasa prejudis melampau terhadap kaum lain yang tersemat di hati masyarakat ketika itu. Keadaan ini di tambah api permusuhan yang ditiupkan oleh pemain-pemain politik yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan perasaan tidak puas hati dan benci masyarakat pelbagai kaum meluap-luap dan membara sehingga mengakibatkan berlakunya pertumpahan darah dan pergaduhan yang memakan korban 196 orang meninggal dunia, 439 orang cedera, 39 orang hilang dan 9143 ditahan oleh pihak berkuasa serta 211 kenderaan musnah (Laporan Rasmi Peristiwa 13 Mei 1969).
Persaudaraan dan permuafakatan antara kaum perlu dibugarkan sedari zaman kampus lagi agar peristiwa seperti ini dapat dielakkan pada masa hadapan. Bagi memenuhi hasrat dan impian tersebut cogan kata (tagline) yang menjadi pegangan MPP Aspirasi UKM iaitu TEGUH SETIA BERSATU wajar dijadikan pegangan dan ikutan seluruh masyarakat kampus agar permuafakatan antara kaum di dalam komuniti kampus dapat direalisasikan dan dijadikan sandaran untuk menjadi warga masyarakat yang TEGUH, SETIA dan BERSATU apabila meninggalkan kampus kelak selaras dengan agenda kerajaan yang menjadikan 1 Malaysia sebagai paksi permerintahan yang meraikan kepelbagaian dan menerima perbezaan dan menjadikan perbezaan dan kepelbagaian itu sebagai sumber kekuatan agar dapat bergerak maju menelusuri arus pembangunan.
Ayuh kita suburkan nilai perpaduan dalam kalangan warga kampus dengan memelihara keharmonian serta kesejahteraan kampus dan menolak sebarang anasir yang membantutkan usaha murni ini dengan TEGUH SETIA BERSATU tanpa prejudis dan meraikan setiap kaum yang ada dengan menjadikan kepelbagaian sebagai sumber kekuatan kita !!
Tregedi ini meletus akibat provokasi dan rasa prejudis melampau terhadap kaum lain yang tersemat di hati masyarakat ketika itu. Keadaan ini di tambah api permusuhan yang ditiupkan oleh pemain-pemain politik yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan perasaan tidak puas hati dan benci masyarakat pelbagai kaum meluap-luap dan membara sehingga mengakibatkan berlakunya pertumpahan darah dan pergaduhan yang memakan korban 196 orang meninggal dunia, 439 orang cedera, 39 orang hilang dan 9143 ditahan oleh pihak berkuasa serta 211 kenderaan musnah (Laporan Rasmi Peristiwa 13 Mei 1969).
Jadikan 13 Mei 1969 sebagai iktibar bersama
Warga UKM TEGUH SETIA BERSATU
Ayuh kita suburkan nilai perpaduan dalam kalangan warga kampus dengan memelihara keharmonian serta kesejahteraan kampus dan menolak sebarang anasir yang membantutkan usaha murni ini dengan TEGUH SETIA BERSATU tanpa prejudis dan meraikan setiap kaum yang ada dengan menjadikan kepelbagaian sebagai sumber kekuatan kita !!
::TEGUH SETIA BERSATU::
0 comments:
Post a Comment