MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Monday, May 9, 2011

Wakil MPP Aspirasi di Gantung Dewan Mesyuarat MPPUKM

Posted by ASPIRASI UKM 1:38 AM, under | 1 comment

Saudara Kamal Ali wakil MPP Aspirasi UKM di gantung dewan mesyuarat MPPUKM akibat sikap speaker PMUKM (Arif Misrol) dan presiden PMUKM (Muzammil Mohd Khairi) yang menafikan hak beliau untuk menyuarakan usul dan diperbahaskan. Keadaan ini di tambah sikap biadap dan kurang sopan speaker secara autoritarian meluluskan usul agar mesyuarat ditangguhkan tanpa membenarkan sedikit pun ruang dan peluang kepada saudara Kamal Ali untuk memberikan hujahan dan pandangan.

Menurut saudara Kamal Ali, "Saya hanya ingin menyatakan usul dan hujahan agar mutu dan cara kerja MPPUKM dapat ditingkatkan namun tindakan speaker tersebut jelas menampakan sifat autoritarian dan prejudis terhadap MPP Aspirasi yang mereka rasakan hanya ingin menhentam mereka. Saya ingin ingatkan kepada mereka, kami MPP Aspirasi UKM merupakan saluran check and balance yang berhikmah dan bukannya menembak atau menghentam secara tanpa asas malah kami juga mendatangkan solusi terhadap setiap ketidakpuashatian. Mereka juga menafikan hak mahasiswa secara tidak langsung kerana menafikan suara mereka untuk diwakilkan kepada saya agar dapat dibawakan dalam mesyuarat MPPUKM." 

Berang dengan keadaan tersebut, MPP Aspirasi bangun meninggalkan dewan mesyuarat kerana bagi MPP Aspirasi UKM tiada gunanya untuk terus berada dalam mesyuarat tetapi suara dan hak terus dinafikan dan diperkotak-katikkan.

Seluruh pimpinan MPP Aspirasi UKM mengutuk tindakan tersebut dan meminta Mahasiswa/i UKM MENOLAK pimpinan yang lemah, autoritarian dan menolak semangat demokrasi yang subur.

::TEGUH SETIA BERSATU::

1 comments:

Bagaimana pmukm sesi pd kali ini hendak memimpin warga ukm sdgkan pemimpin2 dlm organisasi itu sendiri tdk bersatu.pihak yg msh brada d takuk yg lama haruslah sentiasa brfikir secara positif dan telus serta menerima teguran pihak lain demi kebaikan bersama.masalah sebegini hanya menampakkan ketidakmatangan pihak yg berkaitan dgn jelas apabila takut utk menerima & mengakui kelemahan yg dimiliki.

Post a Comment