MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Monday, December 19, 2011

AUKU dipinda? Mahasiswa masih tidak bersedia

Posted by ASPIRASI UKM 1:34 PM, under | No comments

MPP Aspirasi UKM mengutuk tindakan tidak beretika dan mencerminkan kejumudan dalam tingkahlaku terhadap sesuatu isu yang dilakukan oleh sebuah badan yang bergerak atas nama "BEBAS" yang menurunkan/menaikan bendera pertubuhan mereka di PWTC tempoh hari. Tindakan tersebut jelas menunjukkan cara berfikir segelintir mahasiswa yang begitu rakus dan ekstrim dalam menangani sebarang isu yang berkaitan.

Lebih menyedihkan persatuan di UKM turut menyatakan sokongan terhadap kejadian tersebut apabila presiden ISIUKM turut menjadi antara pendokong perarakan tersebut (biarpun sekadar membacakan doa penutup).Keadaan ini menunjukkan bahawa tahap pemikiran dan budaya jiwa segelintir mahasiswa yang sememangnya mudah dipengaruhi oleh sebarang anasir yang akhirnya merugikan intelektual mahasiswa itu sendiri. Takut-takut akhirnya nanti tindakan presiden ISIUKM yang tidak matang ini akan menyebabkan pertubuhan yang sepatutnya mengembangkan intelektual islami (seperti namanya itu) menjadi hanya pertubuhan politik pro partisan yang jumud dan menjumudkan.



Bila emosi menguasi diri apa jua sanggup dilakukan

Atas denyut nadi mahasiswa? fikirkan kembali


Pertubuhan yang mengelarkan diri mereka BEBAS akhirnya dibuktikan hanya merupakan "kuda tunggangan" partisan yang menjadikan mereka sebagai alat untuk mencapai tujuan politik licik dan memperkotak-katikan intelektual mahasiswa. Beberapa keping gambar menunjukkan pertemuan dengan pemimpin partisan menunjukkan keadaan sebenarnya.

MPP Aspirasi UKM  mengajak seluruh warga UKM untuk mengenang bagaimanakah nanti keadaan negara ini apabila AUKU yang bertujuan memastikan mahasiswa dapat belajar dengan aman dan harmoni dipinda dan akhirnya menukar senario yang selama ini diraikan oleh mahasiswa ini menjadi kucar-kacir dan huru-hara. Kita dapat melihat dengan jelas keadaan itu berlaku biarpun AUKU masih belum dipinda. Natijahnya nanti kita lihat bagaimana kedudukan agama, bangsa dan tanah air kita ini akhirnya menjadi seperti negara jiran yang terus dicengkam dengan budaya 'politiking' berlebihan tetapi kemakmuran masyarakat entah kemana. 

MPP Aspirasi UKM mengesa mahasiswa UKM agar lebih peka dan proaktif dalam menolak sebarang bentuk 'dakyah' songsang bersifat ekstrimis yang cuba meresapi masuk oleh pendokong-pendokong politik seperti ini. Hayati cogan kata UKM dengan berhikmah.


" ILMU MEMIMPIN"
TEGUH SETIA BERSATU