MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Tuesday, March 26, 2013

MPP Aspirasi UKM tekad selesaikan masalah di KBH

Posted by ASPIRASI UKM 3:56 AM, under | 3 comments


:: MPP ASPIRASI UKM ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

21 Mac 2013, Khamis lalu, MPP Aspirasi UKM Saudara Shahrul Akmal, Kinanda Nugraha dan Nur Azreen Abdul Malek telah mengadakan perbincangan bersama Penolong Pengurus Asrama Kolej Burhanuddin Helmi, Puan Izzaty Farhana bagi membincangkan beberapa masalah dan penambahbaikan demi kemaslahatan dan kebajikan mahasiswa/i di KBH.

1.      Pengkhususan tempat letak kenderaan kepada pengusaha kafe Kolej Burhanuddin Helmi.

Pihak kolej telahpun menyediakan tempat khusus kepada pengusaha kafe kolej untuk meletakkan kenderaan beliau, namun demikian tempat parkir itu tidak diketahui oleh pelajar dan juga orang luar kerana tiada sebarang papan tanda menunjukkan hal yang demikian. Ini menyebabkan para pelajar atau orang luar menggunakan kawasan parkir tersebut untuk meletakkan kenderaan masing-masing. Ini menyebabkan kesukaran bagi pihak pengusaha kafe dalam menggunakan parkir berkenaan bagi pergerakan keluar dan masuk barangan di kolej berkenaan. Oleh itu, setelah berbincang dengan  Puan Izzaty, beliau memaklumkan bahawa pihak kolej sebenarnya telah sedia maklum tentang masalah ini dan pihak kolej sendiri telahpun dalam proses mendapatkan papan tanda untuk diletakkan di kawasan parkir pengusaha kafe. Permohonan ini disuarakan kami dan nyata ia telah diluluskan.



 2. Sistem pendawaian dan pantry di kafe.

Baru-baru ini proses pengredan kafe telah dilakukan oleh Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan tahap kebersihan KBH berada di Gred B. Antara punca yang menyumbang kepada Gred B ini adalah kerana tiada sistem pemanasan di kawasan pantry, tempat menghidang makanan. MPP Shahrul Akmal telah membuat peninjauan di kafe kolej tersebut dan telah bertanya kepada pengusaha kafe berkaitan dengan sistem pemanasan tersebut. Sebenarnya, sistem pemanasan tersebut memerlukan pendawaian yang baru kerana sekiranya menggunakan soket yang biasa, akan mengundang bahaya di mana berkemungkinan soket yang digunakan boleh meletup. Pihak kolej telah bersetuju untuk menimbang tara dan mengambil tindakan selanjutnya bagi pendawaian yang baru.



3. Pemasangan jaring di tingkap bilik pelajar untuk mengelakkan gangguan monyet.


Masalah gangguan monyet ini merupakan antara masalah besar para pelajar di mana monyet-monyet ini sering kali menganggu para pelajar dan juga haiwan tersebut gemar masuk ke dalam bilik pelajar. Banyak aduan telah diterima dari pihak pelajar berkaitan hal ini.
Oleh itu, Pihak MPP UKM telah memberi cadangan kepada pihak kolej dengan menggunapakai sistem yang digunakan oleh Universiti Utara Malaysia iaitu pemasangan jaring di tingkap bilik. Keadaan di Universiti Utara Malaysia adalah sama dengan keadaan Universiti  Kebangsaan Malaysia iaitu masalah yang sama dihadapi oleh para pelajar.
Pihak kolej akan mempertimbangkan cadangan kami, namun demikian pihak kolej lebih gemar menggunakan pendekatan lain buat masa ini. Hal ini kerana pemasangan jaring itu akan melibatkan kos yang besar dan proses penjagaan kebersihan jaring memerlukan penelitian yang tinggi.
Pendekatan yang telah dipilih oleh pihak kolej adalah dengan meletakkan patung harimau di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan monyet-monyet ini. Hal ini kerana, terdapat beberapa kes gangguan monyet di tempat lain dan cara yang sama digunakan untuk mengatasi masalah ini dan cara itu berjaya. Oleh itu, pihak kolej ingin menggunapakai cara ini buat sementara kerana sekiranya cara ini berjaya, banyak kos dapat dikurangkan.


Di sini juga kami ingin memaklumkan bahawa sebarang kerosakan kemudahan/infrastruktur di kolej/bilik, pelajar perlulah memaklumkan hal tersebut kepada pihak pengurusan kolej. Ini bagi memudahkan kolej mengambil langkah-langkah penambahbaikan terhadap kerosakan kemudahan tersebut.

:: Kebajikan dan Keselesaan Mahasiswa Diutamakan ::

3 comments:

seriously? i'll see what you guys are capable of.

This comment has been removed by the author.

semalam bilik saya di ibrahim yakub pon diceroboh monyet. masa tu xde dalam bilik. barang makanan habis bersepah satu bilik. satu bilik berbau hanyir. bantal cadar semua kotor dan busuk. monyet siap buang najis lagi. laptop rosak sebab monyet tumpahkan air dan ada kesan kotor tapak kaki monyet dekat laptop tu. 4 jam ambil masa bersihkan bilik. kolej kediaman UTM dekat kl tu mampu je pasang jeriji besi kenapa UKM tak boleh? sudah dua kali bilik saya dipecah masuk. sebelum ni di kolej zaaba. nampaknya tiada tindakan yg diambil? patutkah sy susuli dengan laporan polis? hal ini berkaitan dengan harta benda dan keselamatan pelajar. monyet masuk ketika sy sedang berada di dalam bilik di kolej zaba. dan sy larikan diri bila ia mula bertindak utk menyerang

Post a Comment

Tags

Blog Archive

Blog Archive