:: MPP ASPIRASI UKM ::
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
ISNIN 18 MAC 2013 - Pada Isnin lepas, seluruh pelajar UKM amnya dan khusus kepada pelajar FTSM dijemput untuk hadir ke kafe FTSM bagi bersama-sama menjayakan agenda Makan Tengahari secara percuma di kafe FTSM sempena 'first day' pembukaan kafe tersebut. Boleh rujuk http://mppaspirasiukm.blogspot.com/2013/03/majlis-pembukaan-kafe-ftsm.html
MPP Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM), Saudara Kinanda Nugraha, MPP Umum, Saudara Shahrul Akmal dan Nur Azreen Abdul Malek bersama beberapa mahasiswa/i UKM sempat juga meluangkan masa bersama mahasiswa/i UKM untuk menjamu makan tengahari di kafe tersebut. Selepas itu, kami mengambil inisiatif untuk melakukan sedikit perbincangan dengan pengusaha kafe tersebut dalam menyatakan 'demand' kami sebagai mahasiswa/i di UKM dan FTSM khususnya.
Pihak MPP Aspirasi mencadangkan beberapa cadangan agar pengusaha kafe dapat mempertimbangkannya bagi menjamin keselesaan dan kebajikan warga FTSM :
1. Kebersihan di kafe FTSM
2. Etika pekerja kafe di FTSM
3. Pemaparan dan pemberitahuan harga makanan yang tidak mahal
4. Wujudnya menu makanan yang istimewa di FTSM
Cadangan dan penambahbaikan yang diutarakan oleh kami diterima positif oleh pihak kafe FTSM sebagai satu permulaan yang baik di UKM. Selain itu, terdapat juga beberapa inisiatif yang cuba dilakukan oleh pihak FTSM bagi 'menghidupkan' kembali kafe tersebut.
1. Mereka akan melakukan penyelarasan harga makanan di FTSM
2. Pihak pengusaha kafe berhasrat untuk menjadikan kafe FTSM sebagai student centre atau 'lepaking' oleh para mahasiswa/i di UKM.
3. Mereka juga bakal mewujudkan skrin gergasi bagi perlawanan bola sepak dan lain-lain.
4. Mereka juga menawarkan perkhidmatan 'delivery' makanan kepada mahasiswa/i UKM bagi menu-menu istimewa seperti Nasi Arab dan lain-lain.
5. Pihak Kafe FTSM dengan konsep kebajikan berhasrat ingin melakukan Program Anak Angkat Kafe FTSM bagi mereka yang kurang berkemampuan dengan memberi mereka makan percuma sepanjang pengajian.
6. Pihak Kafe FTSM juga menawarkan kepada mahasiswa/i yang ingin 'part time' bekerja di kafe tersebut.
7. Pengusaha Kafe FTSM juga mencadangkan agar adanya satu kursus 'etika pekerja' diwujudkan di UKM bagi memastikan perkhidmatan kafe di seluruh UKM menepati status 'etika pekerja' yang baik.
Akhirnya, kami wakil dari mahasiswa/i UKM mengucapkan terima kasih kepada pihak pengusaha kafe FTSM kerana berjaya menaja makanan tengahari secara percuma pada hari tersebut. Kami pihak MPP ASPIRASI UKM akan sentiasa 'memerhati' dan memberi cadangan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi kebajikan dan keselesaan mahasiswa/i di UKM. Kami pihak MPP akan cuba sedaya upaya memberikan kerjasama dan pertolongan dalam apa jua usaha yang boleh dijalinkan.
"Kebajikan dan Keselesaan Mahasiswa Diutamakan"
Melaporkan : MPP Shahrul Akmal Johari
0 comments:
Post a Comment