:: MPP ASPIRASI UKM ::
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..
Program Dermasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) Bagi Tahun 2013
(Pengambilan Mac 2013)
Program ini dibukakan kepada calon-calon OKU dan calon-calon
dari keluarga berpendapatan rendah dan berpotensi dalam bidang akademik tetapi
mempunyai kekangan kewangan untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih
tinggi. Calon yang menepati kriteria yang ditetapkan layak untuk memohon
Dermasiswa YSD bagi tahun 2013.
Di bawah program ini, pemegang Dermasiswa akan menerima
tajaan penuh kursus pengajian sepanjang tempoh pengajian pada peringkat Sarjana
Muda beserta elaun sara hidup, elaun buku dan elaun komputer (had maksimum
penajaan setahun ialah RM25,000).
Berikut adalah dua program Dermasiswa tajaan Yayasan Sime
Darby:
1. Program Dermasiswa Tajaan Khas untuk Ijazah Sarjana Muda
(Special Support Bursary Programme)
- Untuk pemohon dari latar belakang keluarga berpendapatan
rendah
2. Program Dermasiswa Keperluan Khas (Special Needs Bursary
Programme)
- Untuk calon OKU sahaja
Disamping dua program Dermasiswa di atas, YSD juga
menawarkan program Biasiswa untuk Prasiswazah yang cemerlang dalam bidang
akademik di bawah program YSD Undergraduate Scholarship Programme (Local).
Tarikh tutup permohonan bagi program Dermasiswa dan Biasiswa
di atas adalah pada 31 Mac 2012. Individu yang berminat boleh mendapatkan
maklumat terperinci mengenai program penajaan pendidikan YSD dan menghantar
permohonan secara online melalui laman web rasmi Yayasan Sime Darby di
http://www.yayasansimedarby.com/malaysia
Sila muat turun borang Permohonan Dermasiswa secara manual
khusus bagi kemudahan pelajar-pelajar OKU yang berminat untuk memohon (sila
lihat lampiran).
Borang permohonan (manual) beserta dokumen sokongan yang
lengkap perlu sampai pada alamat yang tertera dibawah selewat-lewatnya pada 5
April 2013. Borang permohonan yang diterima selepas daripada tarikh yang
ditetapkan tidak akan diproses.
Penganjur : Yayasan Sime Darby
Url :
http://www.yayasansimedarby.com/malaysia
0 comments:
Post a Comment