:: MPP Aspirasi UKM ::
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pada Jumaat lepas, 15 Mac 2013, MPP Umum Shahrul Akmal dan Nur Azreen Abdul Malek menerima aduan mahasiswa mengenai kerosakan kemudahan dan kegunaan tandas FEP (berdekatan dengan kiosk). Oleh itu kami meninjau situasi tersebut dan mendapati keadaan kemudahan tandas tersebut berada di tahap yang kritikal bagi kami. Kekotoran dan kerosakan yang terjadi kemungkinan akan mengundang kesukaran dan ketidakselesaan mahasiswa yang menggunakannya. Kami mengambil pendekatan tidak memaparkan gambar keadaan itu dan kami telah masukkan di dalam kertas aduan untuk diserahkan kepada MPP yang bertanggungjawab di 'territory' tersebut yang merupakan kawasan beliau iaitu perwakilan FEP.
Pada Isnin, 18 Mac 2013, MPP Umum Shahrul Akmal bersama Muhammad Azrol membawa kertas aduan dan gambar tersebut untuk diserahkan kepada pihak MPP Mufadhal yang diwakili oleh MPP Afiah di Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar UKM. Kami harap dengan aduan tersebut dapatlah dipertimbangkan oleh pihak MPP FEP untuk langkah penambahbaikan demi kegunaan dan keselesaan mahasiswa di UKM.
Kami percaya MPP Mufaddal dapat menjalankan tugas dengan baik. Kami telah mendapat respon yang baik dari pihak beliau dan berharap masalah ini dapat diselesaikan. Kerjasama yang telah diberikan oleh pihak MPP amatlah dihargai sepenuhnya. Terima Kasih.
"KEBAJIKAN DAN KESELESAAN MAHASISWA DIUTAMAKAN"
MELAPORKAN : MPP UMUM UKM, SHAHRUL AKMAL JOHARI, FSSK/2
0 comments:
Post a Comment