SALAM ASPIRASI MAHASISWA
IKRAR PELAJAR BARU : SEMANGAT SISWA/I, MENJULANG ASPIRASI VARSITI
Hari ini, hari bersejarah di UKM. Seramai 2920 pelajar kemasukan baru sesi 2013/2014 melafazkan ikrar dengan penuh semangat di hadapan Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pegawai Kanan Universiti, Dekan-Dekan dan Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman. Wakil siswa dari Kolej Rahim Kajai (KRK) mengetuai pembacaan ikrar, diikuti wakil-wakil kolej kediaman dan mahasiswa/i lainnya. Sesungguhnya, inilah saat indah yang bakal melakari kenangan sebagai mahasiswa/i UKM.
Sebelum itu, Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato' Sri Sharifah Hafsah Syed Hassan Shahabudin memberikan amanat dan pesanan untuk di jadikan renungan buat mahasiswa/i UKM. 5 amanat beliau ialah:
1) Harapan tinggi ibu bapa agar anak-anak dapat menjadi yang terbaik dengan mendapatkan "pointer" setinggi mungkin agar mampu memberikan kegembiraan kepada ibu bapa. Jangan sesekali menghampakan harapan ibu bapa.
2) Bersama-sama universiti dalam menjadikan UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan (RU) yang terbaik dan melahirkan modal insan yang terbilang.
3) Hayati sejarah penubuhan UKM. Penubuhan UKM yang telah bermula sejak Persidangan Raja-Raja Melayu, Durbar pada 1903 menjadi perintis kepada usaha-usaha penubuhan sebuah universiti dengan memartabatkan Bahasa Melayu.
4) Jaga nama baik UKM. Sebagai mahasiswa/i UKM, setiap tindakan adalah berlandaskan kepada kerasionalan dan kematangan. Berfikir sebelum bertindak dan bertulis dengan berhemah.
5) menggunakan segala peluang yang ada di universiti bagi membentuk jati diri agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Diharapkan daripada ikrar dan amanat daripada Naib Canselor di jadikan pegangan oleh mahasiswa/i UKM untuk terus gemilang, mengharumkan nama universiti dan menjadi insan yang holistik di lapangan masyarakat.
"Ilmu Mutu dan Budi,
Itulah harga diri,
Itulah harga diri,
Hidup SISWA SISWI,
Harapan ibu pertiwi"
MPP ASPIRASI UKM
0 comments:
Post a Comment