MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Sunday, September 8, 2013

ASPIRASI selangkah bersama idea IDEAL COMMUNITY

Posted by ASPIRASI UKM 5:47 PM, under | No comments

ASPIRASI selangkah bersama idea IDEAL COMMUNITY – ulasan ucapan Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah


UKM, 5 SEP 2013 : YB Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah hari ini di jemput ke UKM untuk sesi mahasiswa/i baru kemasukan 2013/2014 Bersama Tokoh Kepimpinan Negara. Beliau yang juga Menteri Mentor UKM, telah berkongsi satu idea  iaitu IDEAL COMMUNITY yang boleh di praktikkan dalam UKM sejajar dengan langkah transformasi yang dilaksanakan oleh Ybhg Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sharifah Hafsah bagi menjadi sebuah universiti yang terkemuka pada 2018. 
Asas kepada idea IDEAL COMMUNITY menurut YB DS terbahagi kepada dua iaitu mahasiswa/i dan universiti serta rakyat dan kerajaan dalam mencapai satu misi dan visi yang sama . Bagi prospek mahasiswa dan universiti, mahasiswa/i UKM perlu bersama-sama pentadbiran universiti bagi mencapai harapan universiti menjadi sebuah universiti terkemuka dunia menjelang 2018 yang memperlihatkan hanya UKM, satu-satunya universiti yang berani meletakkan sasaran mencapai target tersebut pada 2018. Barisan Kepimpinan ASPIRASI menyambut baik idea bagi membentuk IDEAL COMMUNITY di dalam UKM. Idea ini telah dipraktikkan di dalam ASPIRASI bagi membentuk mahasiswa/i berkompetensi tinggi dan bervisi global melalui program-program yang berimpak tinggi seperti Ekspresi Mahasiswa yang mendapat pengiktirafan dan perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak serta Menteri Belia dan Sukan YB Tuan Khairy Jamaludin. Selain itu, sejajar dengan idea Transformasi Ybhg Naib Canselor, ASPIRASI juga turut sama selari dengan arus transformasi UKM dengan menonjolkan mahasiswa/i yang berkepimpinan tinggi dan holistik, pelaksanaan program yang berimpak,  kepimpinan yang mesra mahasiswa dan bersama-sama pentadbiran universiti dalam melaksanakan polisi yang melibatkan peranan kemahasiswaan.
Bagi membentuk satu komuniti yang ideal bukan satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan penglibatan seluruh mahasiswa/i UKM bersama-sama pentadbiran universiti agar apa yang diilhamkan mampu memberi impak kepada mahasiswa dan negara. 

MPP ASPIRASI UKM

0 comments:

Post a Comment