MPP ASPIRASI MAHASISWA

MPP ASPIRASI MAHASISWA

Wednesday, March 20, 2013

Penyelesaian Masalah Kolej Idris Al-Marbawi : UKM Jaring dan Keselamatan Siswi

Posted by ASPIRASI UKM 1:10 AM, under | No comments


:: MPP ASPIRASI UKM ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

ISNIN 18 Mac 2013 - MPP UMUM Saudara Shahrul Akmal bersama Saudara Muhammad Azrol menerima aduan beberapa mahasiswa/i berkenaan isu 'internet access' di Kolej Idris Al-Marbawi (KIAM) yang berada di tahap yang mengecewakan. Selain itu, kami juga menerima beberapa aduan mengenai gangguan yang diterima mahasiswi berkenaan gangguan yang dilakukan oleh sekumpulan 'orang luar' di kawasan KIAM. Oleh itu, kami dengan membawa aduan itu terus pergi ke Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan Unit Keselamatan Wisma Aman UKM bagi mengetahui maklumat masalah ini dengan lebih lanjut.


Saudara Muhammad Azrol berhubung terus dengan pegawai PTM bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut. Apa yang dimaklumkan kepada kami, urusan 'access' UKM Jaring ini diberikan kepada syarikat Jaring itu sendiri. Oleh itu, sekiranya ada pelajar yang mengalami masalah tersebut lagi, anda diminta untuk menyatakan 'details' maklumat tersebut seperti :

1. Nama pelajar
2. No Matriks
3. No Telefon
4. Emel
5. Kolej Kediaman
6. Blok
7. No Bilik
8. Username Jaring
9. Password Jaring
10. Masalah yang dihadapi

Maklumat tersebut ini hendaklah diberikan kepada pihak PTM. Pihak PTM akan menyalurkan maklumat ini ke pihak Jaring untuk tindakan lanjut secepat mungkin. Kami sedar penggunaan wifi dimana-mana sahaja amatlah penting bagi meng'access' pelbagai maklumat di internet. Jika mahasiswa/i UKM tidak keberatan, kami pihak MPP Aspirasi UKM juga boleh menawarkan khidmat aduan kepada PTM tetapi kami perlulah mendapat maklumat terperinci mahasiswa/i yang ingin membuat aduan. 


Seterusnya, MPP Shahrul Akmal bersama MPP Azrol menuju ke Unit Keselamatan Wisma Aman UKM bagi mengutarakan aduan mengenai gangguan yang dialami oleh mahasiswi di KIAM. Untuk awalnya, kami telah berjumpa dengan Pegawai Operasi Wisma Aman dan beliau sempat menerangkan beberapa penjelasan mengenai masalah ini. Selepas itu, kami telah dibawa oleh pegawai tersebut untuk berjumpa dan berbincang bersama Pengarah Keselamatan Wisma Aman, Lt Kol Jury Bin Tasripan bagi mengetahui maklumat lanjut. Beberapa cadangan kami kepada pihak Wisma Aman ialah :

1. Meletakkan pegawai keselamatan yang tetap di KIAM
2. Membuat rondaan yang kerap di kawasan KIAM

Lt Kol Jury memaklumkan bahawa terdapat kesukaran meletakkan pegawai keselamatan secara tetap di KIAM disebabkan kedudukan KIAM yang jauh dari kampus. Untuk ketika ini, pihak Wisma Aman hanya memfokuskan mengenai keselamatan di dalam kampus Bangi. Bilangan pegawai keselamatan yang sedikit menambahkan lagi sebab mengapa pengawai keselamatan tidak diletakkan di tempat yang berkenaan.

1. Namun terdapat penambahbaikan dan cadangan kepada pihak Wisma Aman yang akan mengadakan rondaan sebanyak 3 kali bagi tempoh 8 jam.
2. Memasang papan tanda/signboard di kawasan KIAM bagi memapatkan talian hotlime Wisma Aman.
3. Mahasiswa/i UKM boleh la menelefon hotline Wisma Aman jikalau melihat sesuatu keadaan yang mebimbangkan dan mencurigakan.
4. Jika terdapat masalah, silalah berhubung iaitu Lt Kol Jury Bin Tasripan (B) di talian 019-9668722 dan pihak keselamatan akan datang sejurus laporan tersebut dibuat.

Oleh itu, kami mengharapkan pihak PTM dan Wisma Aman dapat memantau situasi dan menyelesaikan permasalahan di KIAM. Kami berterima kasih kepada pegawai dan Pengarah Wisma Aman kerana berjaya membina satu perbincangan yang terbaik untuk mahasiswa. Kami percaya pihak PTM dan Wisma Aman dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.


"KEBAJIKAN DAN KESELESAAN MAHASISWA DIUTAMAKAN"

Melaporkan : MPP Shahrul Akmal Bin Johari, MPP UMUM UKM 2012/2013

0 comments:

Post a Comment

Tags

Blog Archive

Blog Archive