BIASISWA
TUNKU ABDUL RAHMAN (BTAR)
Biasiswa berprestij dan
eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang
tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti
pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di IPTA mahupun IPTS dalam negara.
Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.
SYARAT-SYARAT
PERMOHONAN
(a)
Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan
(b)
Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum
(i) Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* yang
mencapai PNGK 3.75 dan ke atas
(ii) Permohonan juga dibuka kepada bakal graduan yang sedang dalam
pengajian sepenuh masa ijazah sarjana muda di IPT tempatan dalam Negara jika
mencapai PNGK 3.75 dan ke atas, dan masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun
pengajian.
(iii) Kepujian tertinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
di peringkat SPM.
(iv) Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan
yang yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar
sekolah atau university.
* pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT
tempatan dalam negara.
(c)
Syarat Tambahan
Penerima BTAR diperlukan berkhidmat untuk negara
sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.
KADAR
BIASISWA
Kadar biasiswa adalah mengikut
kadar yang berkuat kuasa semasa.
PERMOHONAN
Klik http://www.yayasantar.org.my/index/PP_BTAR.html untuk
memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman.
Tarikh permohonan dibuka : 1 Mac 2013
Tarikh permohonan ditutup : 29 Mac 2013
Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil
untuk temuduga. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh
tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
0 comments:
Post a Comment